seribulan Publish time 7-1-2020 08:30 AM

[Takwil Puisi 43] Hidup Ini...

Edited by seribulan at 10-1-2020 05:45 PM

Pemenang Torehan Luka
@awanysss , @watashinoai , @Pakis , @takayama , @Vassss

Maksud puisi Torehan Luka

Dia, si isteri yang menunggu jawapan dari sang suami tentang perkahwinan mereka. Terlalu lama makan hati, merana hingga letih dengan hubungan ini. Nama saja tinggal sebumbung, namun tidak sehati sejiwa. Kalau benar dah tak sayang, tak cinta, lebih baik berpisah saja.

Puisi Minggu Ini


Hidup ini

Lautan itu masin

namun ikannya manis,

dunia ini indah

walau ranjaunya berduri.

Lalu mengapa diracuni hidup ini

hingga ia pahit sekali

hanya kerana haluan berbeza?

Hulurkan tanganmu,

pimpinlah aku,

jika langkahku terpesong.


Hulurkan tanganmu,

izinkan aku membimbingmu,

menjauhi lorong nan kelam.

Sayangi hidup sesingkat saat,

tidak ketahuan akhirnya,

jangan dibiar mimpi ngeri terus melukai.

Hasil nukilan,

@orgsepang

@watashinoai
@ati2027
@johan-adx
@berakit2kehulu
@orgsepang
@nurrlisa
@chicozinn
@KILL_NANCY
@MeghanK
@TalibanRock
@kuzaime
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@KahPahJ
@seller6183
@mdhelmi

This thread was moderated (Bump) by seribulan at 31-12-2019 08:26 PM

104059kyzqknmwlmzwplap.gif(324.15 KB, Downloads: 0)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201912/31/101516wcps4clllnckul7d.gif

142626akusqifbmrpfplbk.gif(2.53 KB, Downloads: 0)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201912/31/101536qody6cwnjqwvz9oc.gif




https://uf.cari.com.my/forumx/cforum/srebtn/share_my.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/cforum/srebtn/facebook.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/cforum/srebtn/twitter.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/cforum/srebtn/wechat.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/cforum/srebtn/google.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/cforum/srebtn/linkedin.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/cforum/srebtn/video.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/cforum/srebtn/comment.png
https://mforum.cari.com.my/static/image/common//fav.gif

fahdramli Publish time 7-1-2020 09:21 AM

Hidup ini indah sebenarnya kalau kena tatacaranya. Jadi jangan sesekali ducemari keindahan hidup ini walaupun ternyata kadang-kadang haluan dan pendapat yang tidak sama. Penulis mengharapkan dia ditegur kalau melakukan khilaf. Dan dalam masa yamg sama penulis sanggup bersama2 memimpin teman-temannya menjauhi perbantuan yang mungkin boleh merosakkan. Pada hemat penulis hidup ini terlau singkat untuk disiakan dan dalam masa yang sama, penulis tidak mahu mengulangi kesilapan yang pernah melukakan hatinya.

awanysss Publish time 7-1-2020 09:54 AM

yeayy menang.. thanks mod.. tahniah yg lain2..
puisi hari ni nanti kita try ye ;P

JibboTheCat Publish time 7-1-2020 10:30 AM

Dalam Hidup Kita ada pro dan kontra nya. setiap yang buruk pasti terselit kebaikan sebagai hikmahnya. begitu juga sebaliknya.

Penulis berpendapat kita haruslah sentiasa bersikap positif walaupun 'haluan berbeza' dengan orang lain.

Penulis meminta pandu arah ke jalan yang betul sekiranya beliau tersilap arah, dan akan berbuat demikian jua untuk sahabatnya.

Penulis juga mahu kita menghargai setiap saat yang ada. Kerana esok tiada jaminan. yang semalam hanya kenangan.



chicozinn Publish time 7-1-2020 10:34 AM

thanks kaka momod @seribulan sebab tagged nama saya..

Puisi kali ini bertemakan kehidupan manusia. Sang penulis bercerita akan keindahan tentang kehidupan jika kita melalui hari-hari dengan mengikut norma sejagat yang betul. Sang penulis turut tekankan disini bahawa hanya manusia yang boleh mencorakkan haluan tuju kehidupannya sendiri sama ada hendak menuju ke arah kebaikan atau kemungkaran.

Di rangkap kedua pula sang penulis kelihatan seperti sedang mengajak seseorang ke arah kebaikan dan keluar dari kesedihan akibat ranjau kehidupan yang seseorang tersebut lalui. Saya berharap sang penulis dapat teruskan usaha murni ini bukan sahaja kepada seseorang tersebut tapi kepada sesiapa sahaja sebab dunia kini kekurangan manusia2 yang berhati mulia.:'(

JibboTheCat Publish time 7-1-2020 02:42 PM

JibboTheCat replied at 7-1-2020 10:30 AM
Dalam Hidup Kita ada pro dan kontra nya. setiap yang buruk pasti terselit kebaikan sebagai hikmahnya ...

terima kasih momod @seribulan. kalau nak hantar puisi orang lain utk ditakwilkan boleh tak?

Pakis Publish time 7-1-2020 02:57 PM

Yeaaaasss. Tq mod bagi i menang.Puisi bru nanti kita try takwil yer

Snack_Fruit Publish time 7-1-2020 04:49 PM

Iolls cuba ye

Penyajak ni positif orangnya dan jugak bermotivasi. Sebab dia nak sama2 menegur dan ditegur kalau khilaf dalam hidup.

Dia juga taknak orang disekeliling dia hidup dalam kesunyian dan kesedihan.

orgsepang Publish time 7-1-2020 08:49 PM

Terima kasih @seribulan.
Selamat cuba mentakwil semua.

watashinoai Publish time 8-1-2020 01:47 AM

alhamdulillah... thanks seribulan

watashinoai Publish time 8-1-2020 01:59 AM

dalam kehidupan kita pasti ada duka dan pasti juga adasuka.. tak perlu memilih jalan yg salah utk truskan kehidupan. sama2 lah kita saling membantu utk menjadi insan yg diredhai. kita semua akan mati jd berubah lah ke arah yg lebih baik jgn biar sejarah hitam kekal bersama diri.

Vassss Publish time 8-1-2020 07:43 AM

Yayyy menang lg.thankss kaka seribulan{:loveo

Nati sy takwil ya

johan-adx Publish time 9-1-2020 08:41 AM

dalam hidup penuh dugaan dan ranjau kehidupan
penulis maksudkan ketepikan segala perbezaan dan buang sifat ego
dan pimpin dirinya ke jalan yg benar
sebab hidup ni ternyata sekejap saja
jd nikmatilah kehidupan yang sebenar

Vassss Publish time 13-1-2020 07:41 AM

Berjalan dengan seorang sahabat di dalam kegelapan lebih baik dari berjalan sendirian di tempat yg terang.begitulah takwil puisi ini berkenaan hubungan persahabatan sesama manusia. Mengambil berat dan membimbing sahabat dr terus melakukan kesilapan.meskikan berlainan pendapat juga dugaan hidup tidak sama jgnla kt hanya melihat.sama2lah kt membantu..penulis juga menekankan hidup ini singkat jd jgnlah di sia2 kannya.masih ada sinar kemanisan menanti disebalik kepahitan.

Pakis Publish time 13-1-2020 08:46 AM

Edited by Pakis at 13-1-2020 08:47 AM

Cuba la walaupun rasa blur blur. Hehe

Penulis mengambarkan tentang kehidupan.Yang kesusahan pada hari ini akan menjadi kemanisan pada hari esok.

Penulis juga berkata,kenapa hanya kerana dengan perbezaan haluan dan cara hidup, hidup perlu di racuni dengan perkara yang tidak mendatangkan kebaikan dan membawa kemudaratan.

Penulis berharap,kita sesama manusia manusia atau kawan atau keluarga boleh saling untuk membimbing jika melihat ada diantara kita yang terpesong dari jalan yang benar.Dapat ditarik dari kegelapan yang menyesatkan kerana hidup ini hanya seketika. Jangan kerana kedukaan semalam, kesusahan semalam akan terus melukai kita untuk hari mendatang

takayama Publish time 13-1-2020 03:59 PM

hampir terlupa nak takwil puisi ini

puisi kali ini menceritakan ttg kehidpuan kita yg ada pasang surutnya
ibarat air dilaut
dengan kata lain kehidupan kita ini ada pelbagai rencah iaitu pahit, manis, pedih, marah dan sebagainya
penulis juga meminta kita utk membantu dia sekiranya dia kehilangan arah dan penulis juga akan membantu kita sekiranya kita juga mempunyai masaalah dan berada dlm jln yg terpesong
kesimpulannya hargailah kehidupan ini


seribulan Publish time 14-1-2020 08:06 AM

Closed





.
Pages: [1]
View full version: [Takwil Puisi 43] Hidup Ini...


ADVERTISEMENT