masammanismasin Publish time 1-1-2020 09:35 PM

Tertekan kerana suami jadi mangsa keadaan

Salam semua. Sy stress sgt2 skrg. Langkah mudah sy salurkan mslh ini dlm forum. Maaf kalau tersalah bod sbb selama ni hanya silent reader je.

Saya dah berkahwin dan pjj dengan hubby. Saya bekerja di negeri kelahiran dan hubby di Selangor. Keluarga hubby di Johor. Kami dah kahwin lbh 2 thn dan sekarang sy tengah preggy 2 bulan. Ada alahan dan pening2. Dalam masa yg sama mak mertua jatuh sakit dan warded di hospital di Johor. Lps vss,hubby terpaksa buat grab food di sekitar selangor dan KL sementara dpt kerja lain. Dan memang dlm perancangan hubby utk cari kerja berdekatan sy supaya kami tidak lagi pjj.

Sekarang hubby saya la yg duk jaga mak mertua. Ayah dia mcm lepas tangan dan dtg hospital pn sekadar jenguk2 je lps tu balik. Adik lelaki dia baru berkahwin dan menyewa bersama wife dia. Bz dgn kerja yelah pangkat pn besar husband and wifr. Adalah 2,3 kali diorang jenguk mak di hospital sepanjang 2 minggu mak warded. Adik perempuan dia blm kawin dan kerja dan tinggal bersama PIL. Krja blk malam.

Masalah sy sekarang suami mcm lebihkan mak dia. Dah 2 minggu dia tak kerja sbb temankan mak dia di hospital. Sy naik geram sebab ayah mertua yg sepatutnya jaga sebab dia sihat je tubuh bdn. Hubby terpaksa stop sementara jadi rider sbb nk fokus pd mak dia. Tahu je la kerja mcm ni gaji hari. Kalau dah berhari2 tak kerja,takde la pendapatan. Saving kami pn tak banyak sebab kami dh guna utk buat umrah semata2 nak berdoa utk dapat zuriat. Bukan sy mengungkit psl ibadat. alhamdulillah nikmat dikurniakan zuriat itu lebih mahal harganya dibandingkan dgn kos umrah.

Saya ada bagitau hubby kenapa dia je yg kena jaga mak dia sedangkan ayah ada dan dh pencen. Hubby yg akan timang anak yg perlu cari duit. Sy fhm hubby anak lelaki sulung dan saya tak pernah halang dia utk berbakti pd ibu bapa. Tp dlm masa sekarang sy pn perlukan suami. Dengan letihnya, alahannya. Kdg2 saya tersepit sebab sy tahu suami sy seorang yg bertanggungjawab dan phm tugas dia sbg anak dan suami. Cuma saya agak tertekan ahli keluarga dia yg lain seolah lepas tgn dan serah tanggungjwb jaga mak dia seorang.

Dlm masa yg sama, saya sendiri bangga dan kagum akan sikap penyayang dia pd mak sendiri. Dia menangis bila dpt tahu mak dia jatuh sakit. Memang dia btl2 sayangkan mak dia dan sy tahu dia pn sayangkan saya.

Apa nasihat yg forumer blh bagi supaya sy redha dan terima keaadaan sekarang dgn hati terbuka. Dalam keadaan sekarang sy tertekan sbb memikirkan kesihatan dan juga duit belanja anak yg bakal lahir ni. Utk pengetahuan sy masih stay dgn fmily. Mengikut kata doktor mak mertua mungkin akan pulih sepenuhnya dlm masa 6 bulan. Sedih sy bila fikirkan hal ni.

Maaf kalau ayat2 berterabur sbb sambil menulis ni pn sambil menangis..

sarah82 Publish time 1-1-2020 10:17 PM

Ang ingat 10 org anak + seorg suami mampu jaga seorg mak dan isteri?

Jadi ang bersyukur la ang dpt suami yg taat pada mak bapa dia dan insyaallah suami yg jaga ang bila sakit nanti.

Soalan aku.. Adakah suami ang mengabaikan langsung tanggungjawab dia pada ang?

masammanismasin Publish time 1-1-2020 10:27 PM

Sy kagum dan bangga hubby bersikap penyayang dan layanan yg baik terhadap parents dia. Cuma saya tertekan disebabkan skrg kesihatan sy pn tak berapa baik. Duit belanja yg sepatutnya dia bgi bln lepas tak dapat bagi sbb tak kerja. Itu yg menambahkan tekanan sy

masammanismasin Publish time 1-1-2020 10:37 PM

Sy bukan mempersoalkqn tanggungjwb seorang anak pd mak ayah. Tp apa yg buat sy terkilan ialah tanggungjwb menjaga mak ayah sepatutnya pd semua anak,bkn hanya anak sulung. Lagi2 ayah mertua masih sihat tubuh bdn dak tiada sebarang komitmen. Kenapa lepas tangan bila isteri sendiri terlantar sakit.
Kalau hubby sy anak tunggal mungkin sy tak kisah

fliphair8 Publish time 1-1-2020 10:47 PM

Dek, hakak rasa sebenarnya kamu tgh pregnant ni jadik emo skit...lagi2 ngandung anak first...tu yg kamu rasa diabaikan...laki jaga mak ayah sakit ni barakah dek..sekarang kamu nampak susah, sakit hati, rasa diabaikan..suatu hari nanti kamu akan sedar hikmahnya disebabkan kamu redha...hakak kenal ramai kawan saudara mara even my parents yg dah tua tu sendiri jaga nenek i yg bedridden quite some time sampai meninggal dunia...adik beradik ramai...tapi masih ade komitmen pekerjaan anak2 bersekolah etc....alhamdulillah my parents sihat dan murah rezeki...but then again berbincanglah baik2 dgn suami...

masammanismasin Publish time 1-1-2020 10:56 PM

fliphair8 replied at 1-1-2020 10:47 PM
Dek, hakak rasa sebenarnya kamu tgh pregnant ni jadik emo skit...lagi2 ngandung anak first...tu yg k ...

Iyelah mungkin pengaruh hormon yg menambahkan emosi saya. Sy sedang cuba utk redha tp bila memikirkan ayah mertua dan adik beradik hubby yg seolah lps tgn tu yg buatkan sy susah nk berlapang dada.
Kesian hubby,sy fhm dia anak yg baik dan mahu berbakti pd ibunya. Dlm keadaan mcm ni sy turut perlukan perhatian dia.

masammanismasin Publish time 1-1-2020 10:59 PM

Bila fikirkan balik, terasa sy agak selfish sbb membuatkan hubby rasa bersalah. Tp fmily hubby pn selfish sbb kalau diorang fikirkan hubby dan keadaan sy yg tgh preggy, kenapa lah mereka tak ambk inisiatif utk tlg sama2 jaga. At least hubby blh bg perhatian pd mak dia dan wife dia...

Victorioussss Publish time 1-1-2020 11:01 PM

Bile tt jatuh sakit, masuk spital..suami tu jugak la yang akan temankan tt dan doa tt sihat balik

Mcm mana dia buat kat mak dia sekarang

Lelaki yang jaga mak dia elok, dia akan jaga wife dia elok jgk

Nasihat iols, cerai je la
Lelaki tu xlayak untuk tt. Dia terlalu bagusdan baik nak jadi suami kat tt yang selfish

Tu mak dia. Dia kenal lama start dia hidup. Tt? Kenal xsampai separuh hidup dia. Kenal semata2 nak sedap dengan harapn susah senang sama sama dan bole saling memahami

Now..memahami my ass

munchkin Publish time 1-1-2020 11:23 PM

I faham maksud u. Sebab pernah mengalami. Mak tu bukan mak suami seorang tapi mak semua orang.

Sukar bila takde kata sepakat. Suami pula tersepit bila takde kerjasama.

Bila fil i sakit. Spouse i sebagai yg sulung stepped up. Dia bikin jadual ya. Semua orang WAJIB menjaga. Takde alasan. SEMUA jaga sama rata. Termasuk menantu sekali bergilir menjaga. Jadi semua cukup rehat semua boleh settle hal masing2. Takde alasan.

Mana yg mengutuk mengecam tu sila lah fikir semula.

Adik beradik suami tu harap sedarlah itu mak mereka juga. Termasuk pak mertua harap sedarlah.

I dont think tt nak rebut suami. Tapi kalau 2 minggu straight sorang2 jaga lain tu sekadar menjenguk macam tetamu. Astagaaaaaaa

salmon-suki Publish time 1-1-2020 11:29 PM

Maybe tt emo sket kot sbb tgh preggy...xleh discuss dgn hubby ke,cth nya gilir2 utk jaga mak mertua y tgh sakit dgn adik2 dia kalau ada adik2 dia y stay berdekatan?

Psl ayah mertua tu,tt abaikn jelaa..dia tahu tanggungjawab dia,kalau tt ckp pun,org tua,degilnya faham2 laa..nanti dikutuk2 plak tt...lagi sakit kepala tt..

And,sy doakn tt dan baby sehat sentiasa..redha dgn ketentuan Ilahi,in sha Allah,ada hikmahnya..mana taw berkat hubby tt jaga mak dia,dpt kt baby tu nanti..y penting tt fikir positif je..:loveliness:

salmon-suki Publish time 1-1-2020 11:30 PM

munchkin replied at 1-1-2020 11:23 PM
I faham maksud u. Sebab pernah mengalami. Mak tu bukan mak suami seorang tapi mak semua orang.

S ...

Dlm isu tt ni,pak mertua ngn adik2 suami tt mcm dah lps tgn je..masing2 nak jaga periuk nasi sendiri tp lupa pd keberkatan y dorg akn dpt kalau jaga mak sendiri..

Ntah laa..anak2 x sedar diri..huhu

munchkin Publish time 1-1-2020 11:36 PM

salmon-suki replied at 1-1-2020 11:30 PM
Dlm isu tt ni,pak mertua ngn adik2 suami tt mcm dah lps tgn je..masing2 nak jaga periuk nasi sendi ...

Itulah tapi masing2 nak kecam tt

Valid apa yg ditanya or dipersoalkan.

Suami tt juga ada tanggungjawab pada tt.

Tanggungjawab suami adalah pada isteri, anak, bapa, mak mengikut turutan tu.

Tanggungjawab mak suami jatuh pada bapa suami sebab bapa masih hidup.

Yg terbaik semua jalankan tanggungjawab sama rata. Bukan suami tu pikul sorang diri.

I have seen contoh kurang baik dan ive seen contoh terbaik mcm keluarga spouse i buat. So takde alasan ketidakadilan di sini.

Moga tt dan suami dipermudah segala urusan. Moga ibu mertua lekas sembuh amin amin aminnnnnnnnn

Meiizu Publish time 1-1-2020 11:56 PM

Edited by Meiizu at 2-1-2020 12:01 AM

nak hubby kerja kat negeri kelahiran you tu kat mana? Kalau hubby kat kl & selangorlah senang cari kerja..negeri lain bukan senang ...so sama gaklah kan susah dpt keje dlm masa terdekat ni.

Lolalala Publish time 2-1-2020 12:16 AM

Fikir positif ye dear. Allah kurniakan zuriat tapi Allah duga dgn ibu mertua sakit. Sebagai bakal ibu, mesti TT sendiri nak anak soleh macam husband. Bersangka baik dgn Allah. InsyaAllah murah rezeki TT, suami dan bakal anak nnt. Saya yakin, TT x pernah lagi ada masalah sangkut dgn duit lagi kan.
Bapak mertua tu, abaikan je la. Malaysia ni memang dah lama Laki dimanjakan. Confirm tukar pampers anak pun x pernah dulu tu. Anak yg lain tu, tgk laaa. Byk mana pun duit, pasti akan rasa x cukup je nanti bila tak jaga kebajikan ibu sendiri.
TT redha laa ya. Moga anak yg dikandung tu baik pekerti macam bapaknya. Bagi sedikit masa pada suami tu. Dia kena vss tu pun mungkin Allah dah aturkan supaya dia dapat berbakti pada ibu dia. Mana tau hayat MIL x panjang, x ralat la hati suami tu.

penmerah Publish time 2-1-2020 07:36 AM

Cerita Sama mcm saya dulu
Hubby siap berenti kerja sbb Jaga bapa kat hospital Dan saya pregnant
Semua saya buat sendiri sampai saya miscarriage
Dah la Kami susah nak pregnant Dan belum ada anak
Tapi alhamdulillah sikit pun saya tak bersungut kat suami sbb saya faham Dan takmo suami rasa berbelah bahagi
Cuma pernah sekali saya marah hubby sbb he janji nak hantar saya somewhere but yet he tak balik rumah beberapa Hari sbb his parent suruh tunggu teman bapa. Dia balik pagi sebelum hantar saya tapi saya marah Dan pergi sendiri.
Patutnya saya nak mengamok Hari Tu tapi sbb my parents ADA maka kontrollah marah Tu kikiki
Tahun lepas bapa mertua meninggal
Saya rasa hubby tak terkilan sbb dia sempat Jaga
Saya juga tak terkilan sbb saya Redha hubby lebihkan his family when he was needed
Saya sayang suami saya sbb dia sgt baik sebab Tu saya tak ungkit pasal mengandung/ miscarriage

Keywords saya ialah bersyukur banyak2 Dan Redha
Ps: sampai sekarang belas2 tahun Kami belum ADA anak tapi we are happy and in peace alhamdulillah

gigahertz Publish time 2-1-2020 08:17 AM

masammanismasin replied at 1-1-2020 02:27 PM
Sy kagum dan bangga hubby bersikap penyayang dan layanan yg baik terhadap parents dia. Cuma saya ter ...

Mak mentua u umur berapa ?

Sazida Publish time 2-1-2020 08:30 AM

Hai tt., iols pun pernah pjj dgn husband setahun lebih. Mengandung n checkup sorang2 sbb iols kt kl dia Kt johor. Sebulan 2x iols yg turun jb. Sbb kerja dia mmg susah nk dpt cuti. Ikutkan mmg penat tp nk buat mcm mana. Slh sorang kena la berkorban. Bila dah sarat baru dpt tukar kerja dekat dgn husband. Btw tt xyah la harapkan bapak mertua tt nk jaga. Kalau dia ada otak,dia xjd mcm tu. Bersyukur laa Allah lapangkan dada suami tt nk jaga mak dia. Jgn halang dia kejar syurga dia.

tagas Publish time 2-1-2020 08:37 AM

ajak hubby discuss

two way communication

ujian sdgn melanda ur hubby


time2 camni cara terbaik nya

mmg jaga her mom no need pertikai nape

org lain tak jaga ni bkn masa nya

utk fikir tu suma makin berserabut kalo difikir nnti


but at da same time

keep in touch with u slalu call n wasap

tanya khabar bagi ayat2 cair m semangat pd u


then financial pun kena kuat n kena pandai

urus kewangan pandai2 la jimat mana patut

coz baby keluar nnti byk jg pakai duit

moga dipermudahkan urusan :C

MissLana Publish time 2-1-2020 09:33 AM

Baiknya suami TT menangis tgk mak dia sakit, TT jgn la buat suami berbelah bagi suruh dia buat pilihan mana satu yg penting. Kalau dia utamakan TT, sanggup ke TT tgk suami bersedih, terkilan kalau apa2 jd dkt MIL nanti? Mungkin yg TT boleh buat ialah suruh suami berbincang dgn ahli keluarga yg lain buat jadual giliran jaga MIL dkt hosp. Adil dan saksama. Psl FIL TT tu maybe faktor usia, org2 tua ni takdan nak dok hosp lama. Kita yg muda2 pun if jaga org sakit kt hosp akan senang sakit kaki, demam bagai terikut sakit sama, so TT bayangkan la apetah lg org tua. Syukur la TT still ada FIL & MIL lg. Tabur la bakti dkt dorang dulu. Faktor emosi pregnant TT pun maybe terbawa2 dlm situasi mcmni. Semoga TT dipermudahkan urusan mengandung, kewangan dan emosi yg stabil juga.

prettyuglybabe Publish time 2-1-2020 09:51 AM

awak emo sebab tengah mengandung kot..
tak payah la ungkit-ungkit orang tu buat apa orang ni buat apa..
tunggu mak ayah awak sendiri sakit nanti tengok mana adik beradik awak yang berebut nak jaga..
patutnya awak fikir suami jaga mak nanti tuhan kurniakan anak yang buat baik pada awak juga..
kalau pasal duit tu, ikhlaskan la sikit hati..
baru ni je dia tak kerja sebab jaga mak dia kan..
so jangan la berkira sangat..
lain la dari awal dia jadi biawak awak bela..
itu memang patut awak tinggalkan je..
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Tertekan kerana suami jadi mangsa keadaan


ADVERTISEMENT