lanesra Publish time 31-12-2019 01:00 PM

Rekaan sampul buku minimalis dapat sambutan. Namun anak sasterawan negara kecewa

Edited by lanesra at 31-12-2019 01:02 PM

https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/80724805_2651432935092664_7570638436323819520_o.jpg?_nc_cat=105&_nc_ohc=SAa25xgAEVwAQnG-TNGtiyjlpk8tXPQAvUeWlEALQzO1ul-sF7225yz_Q&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=2b519a572a68214e9f5358f1daefa9e9&oe=5EAC43FC
https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/80742825_2651432865092671_5046447609133137920_o.jpg?_nc_cat=107&_nc_ohc=Uv7bKjZgUj4AQkflC28hQkSS7k7CXPl6XhTC_-HLeTTXjAwsE3phOqJfg&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=7ceab556bbd671896dfd2fafc4761cbe&oe=5E6B4658
https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/81396001_2651432998425991_738688285617946624_o.jpg?_nc_cat=104&_nc_ohc=X8y3aQanroUAQk1rd0r-DWEdZhpVCYKql08-avQ4FsX2iub1AkSS3rrAw&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=bf8f95fb1d00d9ba493d91486978ba9f&oe=5E6B8DEF
https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/80834057_2651433155092642_3555933265514725376_o.jpg?_nc_cat=105&_nc_ohc=1WJ8K-s8_toAQnNTEgkKIcg0o5_4lD4otp6xGjsEA6ndSpObSltccv5wA&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=b6901ec75c76b7107ffc949f1840b4a5&oe=5EA6CF0D
https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/81560960_2651433055092652_1755236057361678336_o.jpg?_nc_cat=103&_nc_ohc=r_dOOTnfbSsAQlUKqgZiI-GoLkHIUaKpnlmQD5RO3JZrG9aHcEsTIPlKg&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=64277d137cd3a6a818917f750b9cc901&oe=5E9D58BFhttps://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/81151283_2651433205092637_4019106090653319168_o.jpg?_nc_cat=101&_nc_ohc=-uZPoBx4tagAQk0MghaBGpBukUd2KOPGoMHyGQiMTIR2QbMR0YedyflZA&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=5fffe84590dce5cb61574e5ae9c955eb&oe=5E6F6C15
https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/80291429_2651433351759289_6564641642584735744_o.jpg?_nc_cat=103&_nc_ohc=VSNcSI-_nRAAQm2L4lrtFaNdKsjBpv7SRLFMAaQ545_LzNRTC72CY5oHA&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=6626c8ebdf824373403b550f9b66dd8c&oe=5E6A3E44

https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/80527604_2651433465092611_5784625734240698368_o.jpg?_nc_cat=100&_nc_ohc=8ni_hKm6V40AQmcQm8i0-r9FP8Lh_n147O7RcqX2tlErQMaFTxlRKlLdg&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=41473372235ade2daf611e17e1492570&oe=5EA72D64
** 26 judul secara keseluruhan yang pernah dihasilkan oleh Sasterawan Negara kini diterbitkan semula untuk Edisi Malaysia Membaca. Cuma RM10.00 sahaja bagi setiap judul.

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjelaskan kulit muka depan buku Tulang-Tulang Berserakan adalah konsep baharu dalam usaha menarik pembaca dalam kalangan anak-anak muda.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata, selama ini buku terbitan DBP selalu digambarkan sebagai tidak menarik dan pihaknya perlu melakukan transformasi dengan mencuba reka bentuk baharu.

Justeru jelas beliau, kulit muka depan Tulang-Tulang Berserakan karya Sasterawan Negara (SN), Usman Awang itu telah mendapat pujian ramai sejak berada di pasaran dua bulan lalu.
“Buku ini adalah edisi khas sempena Dekad Membaca Kebangsaan dengan DBP telah memilih buku-buku SN untuk diterbitkan pada harga istimewa iaitu RM10 senaskah.
“Tujuan penerbitan ini bagi menggalakkan masyarakat membaca di samping anak-anak muda lebih mengenali SN. Jadi kita mencuba konsep baharu yang jarang-jarang DBP buat.

“Kita ikut konsep anak muda dan meminta pereka bentuk buku ikut sudut pandangan golongan itu. Sebelum ini orang selalu gambarkan muka depan kulit buku DBP adalah teruk jadi sekarang DBP dalam transformasi dan banyak mencuba reka bentuk baharu namun ada had tertentu serta tidak boleh buat semua.
“Jadi untuk buku SN ini, kita dapat sudut pandangan dan kebanyakan orang memuji konsep kulit buku ini dan menyambut baik,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas luahan anak Usman, Haslina yang kecewa dan amat sedih apabila karya bapanya diterbitkan dengan paparan gambar orang lain.
Haslina berkata, paparan gambar di kulit muka depan Tulang-Tulang Berserakan menunjukkan DBP serta Kementerian Pendidikan tidak bertanggungjawab dan telah menganiaya karya seorang sasterawan negara.
Mengulas lanjut, Abang Sallehuddin mengakui ada pihak yang mempersoalkan kenapa tidak meletak gambar SN di kulit muka depan buku itu.
Jelas beliau, pihaknya tampil dengan kelainan untuk kulit muka depan konsep baharu kerana kebanyakan buku terbitan DBP sebelum ini turut tidak memapar wajah pengarang di depan.
Lagi pun katanya, gambar individu yang dipapar di kulit depan Tulang-Tulang Berserakan hanya gambar kecil reka bentuknya yang bukan untuk diberi fokus.
“Perlu jelas hak cipta dipegang oleh ITBM (Institut Terjemahan Buku Malaysia) dan kami telah berunding dengan mereka serta mendapat persetujuan
“Kita berbincang dengan pemegang hak cipta tetapi kita akan beri perhatian dan tidak mengabaikan pandangan waris atau sesiapa,” katanya.
Mengulas paparan individu di kulit muka depan Tulang-Tulang Berserakan didakwa seorang pegawai kepada Menteri Pendidikan, Dr Mazslee Malik, Abang Sallehuddin berkata, konsep gambar yang dipilih pereka bentuk telah difikirkan sesuai untuk satu kelainan baharu.
https://i2.wp.com/malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2019/12/usman1.jpg?w=422&ssl=1
“Perlu diambil ingatan jika menggunakan nama seseorang dan tanpa kebenaran namun dalam konteks ini ia adalah ihsan dan tidak perlu dibayar.
“Kalau tengok gambar kecil itu sahaja dan tidak fokus gambar, tetapi kebetulan individu yang dipilih memberi izin dan tidak perlu bayar. Ia hanya sekadar gambar hiasan dan tiada maksud lain sama sekali,” katanya.
Abang Sallehuddin turut berjanji akan melakukan rombakan ke atas buku lain terbitan DBP kerana konsepnya tidak boleh kekal dan perlu mengikut kehendak masyarakat.
“Saya harap buku ini jangan disensasikan kerana niat DBP adalah baik untuk tarik anak muda kerana kulit muka depan buku ini agak lain.
“Saya harap orang ramai dapat beli dan baca Tulang-Tulang Berserakan kerana kandungannya cukup hebat,” katanya. – MalaysiaGazette

epal21 Publish time 31-12-2019 01:15 PM

Simple. I like the covers. Macam penguin classics.

blusher Publish time 31-12-2019 01:16 PM

Kat mana boleh beli ni?

Zack8hunter Publish time 31-12-2019 01:34 PM

kene letak ilustrasi ala2 komik skit.. baru golongan muda rajin nak baca.. ;P

Teringat novel Putera Gunung Tahan time sekolah dulu.. jenuh nak memahamkan bahasa dalam tu. :L

Kurex Publish time 31-12-2019 01:50 PM

bestnya.. beli dekat kedai buku atau DBP

chinta89 Publish time 31-12-2019 01:59 PM

OMG sy suka buku2 lama mcm ni.. mana nk dpt?

Btw sori OT nak tanya mana nk beli Novel Salina. puas cari x jumpa.

lanesra Publish time 31-12-2019 02:08 PM

chinta89 replied at 31-12-2019 01:59 PM
OMG sy suka buku2 lama mcm ni.. mana nk dpt?

Btw sori OT nak tanya mana nk beli Novel Salina. pua ...

boleh beli daripada anak A. Samad Said.

https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/s960x960/81344107_10221413834956833_6934457155906961408_o.jpg?_nc_cat=102&_nc_ohc=0XCFZ67KBhwAQl09q7Khf5woyKFBgAP4wLasjDy2owL29_1Q_d2rFZaeA&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=63d0e009495ffd3bd75ea4c672db3951&oe=5EB0744D

lanesra Publish time 31-12-2019 02:14 PM

blusher replied at 31-12-2019 01:16 PM
Kat mana boleh beli ni?

https://www.facebook.com/DBPNiaga/

onlline belum ada. buat masa ni ada di Anjung DBP, Menara DBP.



https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/p720x720/80813407_2659028850999739_1169913456086745088_o.jpg?_nc_cat=107&_nc_ohc=ZCyjc9ghAK8AQm2ble2tWnkkDCm-NOe8dYVDQTI3BNAB5XBKXlO-2xT4g&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=347a9ef4b95efbc983d4767b4b3be778&oe=5EB2D640

https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/p720x720/80813407_2659028850999739_1169913456086745088_o.jpg?_nc_cat=107&_nc_ohc=ZCyjc9ghAK8AQm2ble2tWnkkDCm-NOe8dYVDQTI3BNAB5XBKXlO-2xT4g&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=347a9ef4b95efbc983d4767b4b3be778&oe=5EB2D640

chinta89 Publish time 31-12-2019 02:16 PM

lanesra replied at 31-12-2019 02:08 PM
boleh beli daripada anak A. Samad Said.

tq chuols! mmg tgh cari sgt2 buku ni {:iwanto

shernazz Publish time 31-12-2019 02:22 PM

Iols is suka
Buku bacaan iols masa kekecik ni
Bestnya..
Skang buku buku tu mak.iols dh buang tah ke mana sebab nak pindah..
Sedih sgt..

blusher Publish time 31-12-2019 02:33 PM

lanesra replied at 31-12-2019 02:14 PM
https://www.facebook.com/DBPNiaga/

onlline belum ada. buat masa ni ada di Anjung DBP, Menara DB ...

I see. Terima kasih. Nak kena gi cari ni. Hehe

KIM.K Publish time 31-12-2019 02:43 PM

Kulit yang baik utk harga tersebut
Maafkan saya bukan nak mencemuh

figurae Publish time 31-12-2019 03:01 PM

chinta89 replied at 31-12-2019 01:59 PM
OMG sy suka buku2 lama mcm ni.. mana nk dpt?

Btw sori OT nak tanya mana nk beli Novel Salina. pua ...

i pon dulu gigih cari Salina kat DBP tapi yang ada english version ja
lepastu jumpa yang ni.. terbitan semula lejen press

https://lejen.my/produk/salina

chinta89 Publish time 1-1-2020 09:14 AM

figurae replied at 31-12-2019 03:01 PM
i pon dulu gigih cari Salina kat DBP tapi yang ada english version ja
lepastu jumpa yang ni.. ter ...

Alaaa dia tulis buku ni x tersedia utk dijual. x pe cba beli ngn anak dia mcm porumer sorg lagi bgtau.

epal21 Publish time 5-1-2020 08:11 AM

epal21 replied at 31-12-2019 05:15 AM
Simple. I like the covers. Macam penguin classics.

Wah,thank you mod. Sorry tak perasan noti.

WawaRaRa Publish time 29-1-2020 10:30 AM

chinta89 replied at 1-1-2020 09:14 AM
Alaaa dia tulis buku ni x tersedia utk dijual. x pe cba beli ngn anak dia mcm porumer sorg lagi bg ...

saya pon beli kat anak dia... cari dah bertahun2... last year nyer PBAKL dpt audiobook free... so amek salina... terus membuak2 rasa nak cari novel tu... so start la follow #asamadsaid kat ig... then jumpa sorg ni jual... so dpt ler buku tu berserta tanda tangan...

skrg ni nak cari Tulang2 berserakan sbb yg kat DBP dah habis dijual katanya...

diggerr Publish time 29-1-2020 01:51 PM

Sebenarnya objektif mereka dah tercapai apabila ramai orang mula bertanya tentang buku ni. Bukan hanya di kalangan orang pencinta buku sahaja

chinta89 Publish time 18-2-2020 09:49 AM

WawaRaRa replied at 29-1-2020 10:30 AM
saya pon beli kat anak dia... cari dah bertahun2... last year nyer PBAKL dpt audiobook free... so...

tq u utk info nt i follow hashtag tu {:1_149:}
Pages: [1]
View full version: Rekaan sampul buku minimalis dapat sambutan. Namun anak sasterawan negara kecewa


ADVERTISEMENT