seribulan Publish time 31-12-2019 11:15 AM

[Takwil Puisi 42] TOREHAN LUKA...

Edited by seribulan at 31-12-2019 12:30 PM

Pemenang Cinta Pertama

@chicozinn, @tandelta1, @Pakis, @orgsepang

Maksud puisi Cinta Pertama

Maksud: penulis mengharapkan cinta pertamamya menjadi cinta terakhir. Tapi perlu terima hakikat bahawa cinta pertamanya juga seperti orang lain. Hanya menjadi yang pertama dan bukan yang terakhir. Walaupun begitu, penulis tetap berharap rasa cinta pertama itu ada. Bukan utk sesiapa, tapi mungkin sebagai kenangan yg takkan pernah hilang.

Puisi Minggu Ini

TOREHAN LUKA


Malam ini sepi
sekali lagi kusendiri
nikmati rasa sunyi
yang menghuni
jiwa dan hati

Jari menari
di kertas putih
mencurahkan pedih
dan rasa letih
terhadap cinta ini

Dekat di mata
jauh dari hati
dia di sana
aku masih di sini
menunggu hujahnya
sejauh mana cinta
dan kasih bisa pergi

Tiada rasa dihati
lepaskan cintaku pergi
hati tak mahu lagi
lepaskan diriku pergi
rindu sudah hilang
benarkan aku terbang
kecapi bahagia yang
ku dambakan

Hasil nukilan,
@krimkraker

@watashinoai
@ati2027
@johan-adx
@berakit2kehulu
@orgsepang
@nurrlisa
@chicozinn
@KILL_NANCY
@MeghanK
@TalibanRock
@kuzaime
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@KahPahJ
@seller6183
@mdhelmi

chicozinn Publish time 31-12-2019 12:22 PM

thanks akak mod @seribulan sebab tag nama saya sebagai pemenang..

tazzangka menang lagi buat kali kedua..btw selamat tahun baru ye semua..:$

orgsepang Publish time 31-12-2019 01:16 PM

Alhamdullilah, dapat hadiah penutup tahun. Terima kasih dan selamat tahun baru pada semua forumer serta seribulan.

johan-adx Publish time 31-12-2019 02:38 PM

slmt tahun baru utk semua...
yg mana free bole terjemahkan dlu..

krimkraker Publish time 31-12-2019 04:22 PM

Tahniah para pemenang....selamat tahun baru kepada mod @seribulan n forumer lain...

awanysss Publish time 31-12-2019 05:37 PM

TOREHAN LUKA


Malam ini sepi
sekali lagi kusendiri
nikmati rasa sunyi
yang menghuni
jiwa dan hati

maksud : penulis melayan perasaan sunyi yg bersarang didalam hati..

Jari menari
di kertas putih
mencurahkan pedih
dan rasa letih
terhadap cinta ini

maksud: penulis menulis untuk meluahkan perasaan sedih terhadap hubungannya.

Dekat di mata
jauh dari hati
dia di sana
aku masih di sini
menunggu hujahnya
sejauh mana cinta
dan kasih bisa pergi

maksud : penulis menunggu penjelasan dr seseorang yg dicintainya, mengenai halatuju perhubungannya.

Tiada rasa dihati
lepaskan cintaku pergi
hati tak mahu lagi
lepaskan diriku pergi
rindu sudah hilang
benarkan aku terbang
kecapi bahagia yang
ku dambakan

maksud : penulis berharap jika tiada cinta lg, penulis mahu dilepaskan/berpisah untuk mencari kebahagiaannya sendiri yg diimpikan.

sapeka Publish time 31-12-2019 08:23 PM

TOREHAN LUKA

Malam ini sepi
sekali lagi kusendiri
nikmati rasa sunyi
yang menghuni
jiwa dan hati

-malam tersebut adalah waktu penulis telah putis cinta untuk kesekian kali.

Jari menari
di kertas putih
mencurahkan pedih
dan rasa letih
terhadap cinta ini

-penulis cuba mencoretkan perasaan luka yamg dialami melalui coretan pada kertas

Dekat di mata
jauh dari hati
dia di sana
aku masih di sini
menunggu hujahnya
sejauh mana cinta
dan kasih bisa pergi

-walaupun bekas kekasih dapat dilihat dengan pandanhan mata,tetapi tiada lagi rasa di jiwa bekas kekasih penulis, walaupun penulis masih mencuba untuk perbaiki hubungan mereka menunggu luahan rasa dari bekas kekasih yang tidak mungkin terjadi

Tiada rasa dihati
lepaskan cintaku pergi
hati tak mahu lagi
lepaskan diriku pergi
rindu sudah hilang
benarkan aku terbang
kecapi bahagia yang
ku dambakan

-penulis akhirnya pasrah dengan keadaan,berjaya keluar dari perasaan sayang yang membungkam tapi toada arah, penulis cuba lagi mencari kebahagiaan yang baru

Sekian..selamat tahun baru semua:bye:

ati2027 Publish time 31-12-2019 11:22 PM

Fuuuhh. Puisi nie sedih plak rasanya. Nnt iols takwil. By the way, happy new year sume.

watashinoai Publish time 1-1-2020 12:59 AM

penulis merasakan dirinya tiada teman dan sunyi.. hanya mampu mencurahkan isi hati dalam diari.. kekasih penulis mungkin sudah tidak lagi menyayanginya.. penulis hanya menunggu kata putus dari sang kekasih agar dia dapat pergi dan mencari bahagia yg seharusnya dikecapi bersama org yg lain..

kuihbakar Publish time 1-1-2020 02:11 PM

Tahniah semua. Selamat tahun baru semua

MaryJoK Publish time 1-1-2020 04:50 PM

Macam mana nak participate?? Huhu

Snack_Fruit Publish time 1-1-2020 07:05 PM

Iolls cuba ye

Kali ni, puisi menggambarkan cinta yang bertepuk sebelah tangan. Mungkin dah berpisah tapi penyajak masih berharap kepada bekas pasangan. Mungkin yang disebelah sana tu tak balas cinta dia, so dia penat tunggu. Jadi dia nak lepaskan orang tu pergi.

Bye.
Tumpang sedih dan bawa hati{:2happybirthdayo

Lelli Publish time 1-1-2020 11:28 PM

Penulis sudah berputus asa dgn rasa cinta dan kasih sayang yang telah penulis curahkan pada insan yang dia sayang...kerana ianya tidak dihargai.
Akhirnya penulis mengambil keputusan untuk move on,demi mencari sebuah kebahagiaan yang penulis idamkan selama ini.

JibboTheCat Publish time 2-1-2020 09:33 AM

TOREHAN LUKA


Malam ini sepi
sekali lagi kusendiri
nikmati rasa sunyi
yang menghuni
jiwa dan hati

-penulis merasa kesunyian bila malam menjelma.


Jari menari
di kertas putih
mencurahkan pedih
dan rasa letih
terhadap cinta ini

-Penulis meluahkan perasaan di atas kertas putih, mungkin juga sebuah diari.Penulis meluahkan rasa sedih dan letih terhadap perhubungannya. mungkin juga sudah bosan.

Dekat di mata
jauh dari hati
dia di sana
aku masih di sini
menunggu hujahnya
sejauh mana cinta
dan kasih bisa pergi

-NAmpaknya penulis mendedahkan beliau menjalani perhubungan jarak jauh. Memang benar hubungan jarak jauh memang meletihkan, membuatkan kita sentiasa mencari validasi tentang perasaan pasangan kita terhadap kita.

Tiada rasa dihati
lepaskan cintaku pergi
hati tak mahu lagi
lepaskan diriku pergi
rindu sudah hilang
benarkan aku terbang
kecapi bahagia yang
ku dambakan

-Akhirnya penulis mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dan ingin bebas mencari bahagia diluar sana. ternyata penantian sangat menyeksakan.

JibboTheCat Publish time 2-1-2020 10:42 AM

JibboTheCat replied at 2-1-2020 09:33 AM
TOREHAN LUKA




terima kasih @seribulan :D

orgsepang Publish time 4-1-2020 01:48 PM

Sayunya puisi kali ini :'(

Mengenai seorang isteri yang diabaikan suami. Dia cuba bertahan demi keluarga tetapi hari demi hari perasaan cinta diantara mereka semakin hambar.
Isteri berharap suaminya membebaskan dia agar dia boleh mencari kebahagian bersama orang yang tahu menghargainya.

Pakis Publish time 4-1-2020 04:35 PM

Tq mod. {:1_152:}{:1_152:}

Pakis Publish time 4-1-2020 05:14 PM

Try takwil puisi kali ni.

Rasanya puisi kali ini tentang sebuah pernikahan yang bergolak.Penulis sering di tinggalkan dan meluahkan segala isi hatinya di atas sekeping kertas.Rasa letih rasa kecewa dan rasa pedih dengan hubungan mereka.

Mereka dekat dan sebumbung tapi sudah tidak ada komunikasi hati, tiada gurauan mesra, tidak berbincang untuk menyelesaikan segala kepincangan yang berlaku.Penulis masih menanti si dia membuatkeputusan kemana hala tuju hubungan mereka.

Penulis berharap agak kalau segala rasa cinta, kasih, sayang, rindu sudah tiada seeloknya di mereka membawa haluan masing masing, agak penulis mampu mengejar bahagia yang di impikan dari terus menanggung duka sebuah hubungn yang tidak pastikeutuhannya.

i_is_kennot Publish time 5-1-2020 06:58 AM

Benarlah kata orang,sabar itu ada hadnya..

Situasi seperti penulis sudah patah hati, cinta kian pudar dan putus harapan,   dan memilih untuk hidup sendiri tanpa ada apa apa ikatan, bebas mencari bahagia sendiri.

"Dia disana,aku di masih di sini "
"Menunggu hujahnya "
Penulis dan pasangan berpisah buat sementara untuk merelaikan kekusutan, namun masih tiada jawapan dan penulis memutuskan berpisah adalah jalan terakhir..

takayama Publish time 6-1-2020 11:57 AM


puisi kali ini menggambarkan luahan hati seorg isteri yang hampa menanti jawapan dari sang suami
si isteri meluahkan rs kecewa dan sedih akan tindakan si suami yg diam membisu
si isteri mahukan jawapan muktamad dr suami seandainya tiada lagi cinta di hati suami dan jgn biarkan dia ternanti ibarat digantung tak bertali

kesimpulannya kaka rs si isteri makan hati akan kebisuan mulut suami
dibiarkan terumbang ambing bersendirian
maka si suami hendaklah memberi kata putus samada msh bersama atau bercerai shj


Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 42] TOREHAN LUKA...


ADVERTISEMENT