Mudahnya Buat Kek Gula Hangus Pakai Periuk Nasi Je, Harus Cuba Ya!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/26/234547o446uqd7qg463oz3.jpgKek gula hangus, kek span atau kek sarang semut adalah sejenis kek yang sama walaupun namanya berbeza. Kek tradisional ini biasanya dimasak orang-orang dahulu dengan menggunakan cara membakar dalam ketuhar pembakar.
Rasanya memang sangat sedap, tetapi untuk membuatnya memerlukan ketuhar pembakar.
Bagaimanapun, pemuda ini telah menunjukkan cara-cara untuk membuat kek gula hangus hanya dengan cara memasak di dalam periuk nasi.
Wah! Menarik ni, bertambah mudahlah untuk membuat kek selepas ini.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/26/230916h20sc67r10icg2c5.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/26/230951lll379p43l7p2n2p.jpgKredit foto: FB
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/26/231323vricr3v5hiz5r1as.jpgBahan-bahan - FB
Bahan-bahan membuatnya:
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 1 cawan tepung gandum
- 125 gm butter
- 4 bj telur ayam gred B
- 1/2 tin susu pekat
- 1 camca besar baking soda @ soda bikarbonat ( wajib )
- Periuk nasi
Cara membuatnya:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/26/232308qp00b2si1bwegtxp.jpg
Foto: FB
1&2) Panaskan gula dengan api sederhana sehingga hangus (tapi bukan hangit ya).
3) Bila nampak keperangan, tuangkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Kemudian, perlahankan api sampai gula hangus tadi dan air sebati.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/26/233253j5o97o591w5oo9ec.png
FB
4) Kemudian, masukkan mentega, kacau dan biarkan seketika.
5) Masukkan empat biji telur ke dalam mangkuk dan kacau sebati dengan susu pekat.
6) Masukkan tepung dan baking soda, kacau sebati.
7) Kemudian, tuangkan air gula hangus tadi ketika masih suam ke dalam adunan sambil kacau sehingga abis.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/26/234057i001yl178oz7sofz.pngFB
7) Kemudian, tuangkan air gula hangus tadi ketika masih suam ke dalam adunan sambil kacau sehingga abis.
8) Gris kan periuk nasi, kemudian tuang adunan ke dalam, tudungkan dan tekan butang memasak.
9) Kek akan masak sendirinya selepas butang masak siap. Boleh juga untuk gunakan pisau mencucuk samada sudah masak atau belum. Jika perlu tambah masa, tekan kembali butang memasak tadi.
Senang kan? Masak kek dengan periuk nasi pun dah boleh sekarang. Selamat mencuba! - CARI
Kredit: FB Azizi Rais menerusi Masak Apa Hari Ini
p.p1 {margin: 0.0px 0.0px 0.0px 0.0px; font: 12.0px 'Helvetica Neue'; color: #454545} feveret nie masa kecik2 .. skrg pon kalau balik kg mintak makcik buat kan ... wajib dicuba. mudah. Weekend ni nak cuba OK blh Cuba nih Sedapnya. :drool3: wah serbaguna juga eh rice cooker rupanya :loveliness: Periuk nasi tok ada fungsi baked
So nk guna yng mana satu
Guna cara masak nasi atau baked
Masa kecik2 selalu mak buat kek ni..suka kek yg ada susu
wow..boleh guna rice cooker je tapi adoiiii, takut nak cuba..acanenya ni.. Klu sempat hakak nak try buat esok :loveliness: periuk nasi ai tak sama mcm tu, bole guna ke? Kek yang sedap...xreti nak guna rice cooker...reti makan jer boleh try lps ni..sbb mmg xpnh guna ricecooker..:):):) i_is_kennot replied at 31-12-2019 01:59 AM
Weekend ni nak cuba
boleh guna apa2 jenis periuk nasi ke?
adawiyah_hakim replied at 2-2-2020 08:47 PM
periuk nasi ai tak sama mcm tu, bole guna ke?
takut...kena guna periuk yg supa tu je kan?
sape dh cuba..ok ke pakai rice cooker yg biasa tu ? orkid_lestari replied at 4-3-2020 02:38 PM
sape dh cuba..ok ke pakai rice cooker yg biasa tu ?
jadi2..rice cooker biasa tu kena tekan ‘cook’ byk kali. Bila dah warm biarkan sekejap pastu tekan cook balik sampai kek masak.kena rajin jenguk kek tu. sy buat dlm 45-60minit. ada kot dlm 10x tekan cook tu. Monicalsfeedback Survey – Monical’s Pizza wants your opinion and feedback from your recent visit experience through Monical’s Pizza customer experience survey.
https://guestsurvey.onl/ Kalau buat kek ni, jangan pkul telur sampai kembang. Kacau pkai garpu je dah,janji telur pecah. Kek ni x boleh rasa lembut macam kek. Dia kena kenyal baru jadi
Pages:
[1]
2