Boomibulat Publish time 26-12-2019 10:19 AM

10 Filem Melayu dengan kutipan terendah 2019

Edited by Boomibulat at 26-12-2019 10:51 AM

Ini Senarai 10 Filem Melayu Tempatan Dengan Kutipan Rendah

https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/filem2019_1.jpg?ext=.jpg


1. Bella & Jamie
Tarikh tayangan: 31 Januari 2019
Pengarah: Ghaz Abu Bakar & Fairul Nizam Ablah
Filem yang dibintangi oleh Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman dan ramai lagi ini hanya meraih RM9,186.50 sahaja selepas beberapa hari ditayangkan di pawagam.
https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/bella_005.jpg


2. 7 Hari Kisah Cinta Langkawi
Tarikh tayangan: 31 Oktober 2019
Pengarah: Dr Anwardi Jamil
Memaparkan keindahan Pulau Langkawi, Kedah, filem yang membariskan lakonan Josiah Hogan, Peter Davis, Mark Adam dan Chi Azim ini kurang menarik minat penonton dah hanya meraih kutipan sebanyak RM11,967.
https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/7hari-poster-01-(1).jpg
3. Bu, Kasih Suci
Tarikh tayangan: 11 April 2019
Pengarah: Jeany Amir
Walaupun filem pertama arahan pengarah wanita muda ini membariskan nama-nama hebat seperti Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P Ramlee, Nadia Brian dan ramai lagi, ia hanya meraih kutipan sebanyak RM21,754.
https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/d2hrprkucaetwnm.jpg
4. Kolong
Tarikh tayangan: 17 Oktober 2019
Pengarah: Zulkifli Abu Kassim
Filem yang memaparkan lakonan Wan Raja, Luthya Sury Widjaja dan Annie Arifin ini tidak berjaya menarik minat peminat filem tempatan dan hanya mendapat kutipan sebanyak RM26,680.
https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/kolong.jpg
5. MOX
Tarikh tayangan: 21 November 2019
Pengarah: Datuk Zulkeflie M. Osman
Filem MOX ini mempertaruhkan nama pelakon seperti Ebi Kornelis, Tya Arifin dan ramai lagi. Ternyata pelakon hebat tidak berjaya menarik tontonan peminat kerana filem ini hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM28,148.
https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/m-o-x-misi-operasi-x.jpg
6. Warkah
Tarikh tayangan: 15 Ogos 2019
Pengarah: Opie Zami
Filem yang mengangkat tema kekeluargaan ini menampilkan lakonan Namron, Syazwan Zulkifli, Isyariana dan ramai lagi, tetapi ia tidak berjaya meraih status pecah panggung dan hanya meraih kutipan sebanyak RM29,700.
https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/d-pjqq4u8aad4zv.jpg
7. Kron
Tarikh tayangan: 22 Ogos 2019
Pengarah: Opie Zami
Selain Warkah, filem Kron yang menampilkan lakonan Zahiril Adzim dan Dayana Roza ini juga mendapat sentuhan pengarah sama iaitu Opie Zami tetapi malangnya ia turut tidak berjaya mencuri perhatian orang ramai dan hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM31,530.60.
https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/kron-filem.jpg
8. KL Vampires
Tarikh tayangan: 14 November 2019
Pengarah: Daven Raghavan
Nama hebat seperti Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim dan ramai lagi merupakan teraju filem ini tetapi ia kurang menyengat di pawagam dan hanya berjaya meraih RM35,448.
https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/kl-vampires.jpg
9. XX Ray 3
Tarikh tayangan: 24 Januari 2019
Pengarah: Aziz M Osman
Filem kesinambungan ini turut 'sepi' di panggung wayang dan walaupun ia membariskan nama pelakon popular seperti Izzue Islam, Ardell Aryana, Nonny Nadhirah dan banyak lagi, ia hanya berjaya meraih RM56,932 sahaja.
https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/xx-ray-3.jpg
10. Felina
Tarikh tayangan: 17 Januari 2019
Pengarah: Sandosh Kesavan
Filem arahan sutradara Sandosh Kesavan mempertaruhkan lakonan Raja Ilya, Zaidi Omar dan ramai lagi ini hanya meraih kutipan sebanyak RM60,887.50 sahaja.
https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/felina.jpg



aiva Publish time 26-12-2019 10:53 AM

kurang promosi

salmon-suki Publish time 26-12-2019 11:43 AM

X pernah dgr lgsg psl citer2 ni..

iszablack Publish time 26-12-2019 11:47 AM

Ya betul.. promosi kurang.. iols hari ni baru tau kewujudan filem2 ni .. kesian....

Sazida Publish time 26-12-2019 12:00 PM

Baik buat telefilem jah.

lola Publish time 26-12-2019 12:22 PM

Buat citer animasi pulak la..tgk boboiboy upin ipin ejen ali..laku je..

MissLana Publish time 26-12-2019 02:43 PM

buat cerekarama saje la, kurang promosi, cerita syok sendiri lg. Pelakon2 ada nama jgk.

brego Publish time 26-12-2019 06:13 PM

Edited by brego at 26-12-2019 06:14 PM

kalau promosi pun orang tak hingin nak tengok.
terutama filem drama sendu, gangster bodo dan chenta basi.:lol:

baik buat filem animation, konfem laku.
sebab mak bapak sekarang suka bawak budak2 pegi wayang.
terbukti dengan boboboi dan upin ipin.

tagas Publish time 26-12-2019 10:28 PM

aziz m osman legend bikin filem pun takde sambutan

hawat terok benaw

xx ray 1 dulu punye la legend :o

meow_tompok Publish time 27-12-2019 03:48 PM

brego replied at 26-12-2019 06:13 PM
kalau promosi pun orang tak hingin nak tengok.
terutama filem drama sendu, gangster bodo dan chenta ...

ye setuju, sekali bawak je dah mau setengah dozen campur mak pak
senang2 je dpt jual tiket


brego Publish time 27-12-2019 05:17 PM

meow_tompok replied at 27-12-2019 03:48 PM
ye setuju, sekali bawak je dah mau setengah dozen campur mak pak
senang2 je dpt jual tiket



yer, trend filem di malaysia sekarang adalah ANIMATION.

nak berniaga kena ikut current trend.
baru la ada sambutan.

boleh belajor kat MMU, belajar buat animation film.
creator/founder filem Boboboi & Upin Ipin belajar di sini.


Weller Publish time 30-12-2019 09:52 PM

ada xx ray 3 ke?


baru tahu


huhuhu

buragazz Publish time 2-1-2020 01:46 PM

Filem M.O.X ngan KL Vampires tu aku tak pernah tau pun kewujudannya..
Tapi XX Ray 3 tu satu pelaburan bodoh la.. klu kau tak cukup budget or material hold dulu jangan buatdari ko keluarkan filem ntah hapa2 aku tgk starting aku dah start rengsa dengor skrip dan lakonan hancur... sebab XX ray ni movie legend kot... sayang betul..

palmolive Publish time 2-1-2020 04:46 PM

tagas replied at 26-12-2019 10:28 PM
aziz m osman legend bikin filem pun takde sambutan

hawat terok benaw


XXRay 3 tak best langsung..

paz Publish time 2-1-2020 05:41 PM

Banyak filem yang Paz tak pernah dengar. Kena giat buat promosi, ada nampak cerita yang best.

GuaSayangMelaka Publish time 2-1-2020 11:32 PM

myb competition dgn films luar.

filem bagus x semestinya laris.

tp serius baghu tahu filem2 tersenarai.....;P

Jeanspurple Publish time 14-1-2020 07:29 PM

Competition dari luar. Lagipun filem2 melayu biasa cuma melayu je tengok. Kalau boleh buat movie yang boleh attract lain2 bangsa sekali. Pastu nak compete dengan movie luar lagi huhu.
Orang sekarang banyak source of entertainment. Nak compete dengan Netflix, Iflix, Hulu, Viu lagi... jadi movie kena betul2 strong. Cinema pun bagi bnyk promotion nak bagi orang masuk wayang.

JiEunTak Publish time 16-1-2020 09:03 AM

x semua pilem di nanti2 kan nowadays....
kena banyak promosi....
kena wat market testing...
tgk citarasa market cana...
animation tu juta2 sbb penuh panggung...
ofkos laa penuh dah target kanak2 --- otometik mak bapa skali kena beli tiket masuk...
movies mcm ni plak target nya siapa...? budak2 U...? org dewasa...?

lagi berbaloi kalau masuk astro 1st ja kot...
xpun jadikan dalam bentuk drama jual kat TV3...

kaksenah65 Publish time 19-1-2020 08:45 AM

taktau pun kewujudan kebanyakan filem ni ;P

GuaAnakMelaka Publish time 26-1-2020 12:54 AM

mana Badang ????:funk:
Pages: [1] 2
View full version: 10 Filem Melayu dengan kutipan terendah 2019


ADVERTISEMENT