KIM.K Publish time 25-12-2019 10:45 AM

DIY CATFOOD: Lezat & Berkhasiat!

Edited by KIM.K at 26-12-2019 11:11 AM

Hi dear. Chuols pernah masak sendiri tak makanan kucing? Iols dulu beli berguni-guni dry cat food sebelum discover our cats sakit gigi. So I beli canned wetfood pula, rajin tukar perisa & brand tapi kucing jemu juga makan tak habis

I pun semak kat youtube cara prepare catfood. One day I goreng tepung, gula, garam, black pepper, jintan kasar my cats makan licin tinggal tulang je. Now I improvised, rebus semua bahan in one go. Kalau oily sangat hormon kucing betina jadi tak cantik e.g beguk

Kebaikan resepi ni setakat ini:
1) Sumber protein, mineral & fiber yang baik
2) Sedap. Sebiji nasi pun tak tinggal
3) Cepat kenyang. Kucing lebih berselera,puas makan & tak kerap nagging nak makan
4) Luka cepat sembuh. Luka beguk/gaduh cepat kering
5) Jimat. Perut ikan included takda part yang buang. 2kg ikan tahan seminggu lebih (3 kali/hari makan for three adult cats)

Ramuannya:
1) 2kg Ikan (80%)
Basuh luaran je, tak perlu siang ikan
Perut/sirip takpayah buang terus masuk kuali besar
Internal organs tu sumber mineral untuk kucing selain tu rasanya manis & flavourful

2) 0.5kg Sayur-sayuran (20%)
Sayur: sumber fiber dan mineral
Labu: remove gumpalan bulu dalam perut kucing
Sayur manis: karot, bawang, labu
Sayur hijau: kucai, kacang botol, kacang panjang

3) Seasoning (1/2 cawan)
Sos: sos tiram, kicap, sos ikan
Herb: jintan, halba, black/white pepper ditumbuk
Gula & garam
Seaweed
Tepung untuk pekatkan kuah

4) Air (1/4 daripada total weights prepared)

Cara-cara:
1. Basuh ikan sahaja, tak perlu siang ikan tu. Terus masuk kuali
2. Potong sayur-sayuran campak sekali
3. Tumbuk herba & campurkan gula garam, sos dalam cawan. Masuk dalam kuali. Seaweed tabur atas ikan
4. Isi air 1/4 atau 1/2 daripada total weights ramuan. Masak la sampai empuk segala. Tak lama pun dalam 20mins kot
5. Gaul dengan nasi
6. Dah sejuk bakinya boleh simpan fridge buat stok seminggu

Pelbagaikan ramuan, sayur dan seasoning for different batch utk bagi berjenis sikit minerals dalam makanan
Kalau ada bajet lebih bolehlah masukkan seaweed flakes, minyak ikan for supplements
Kucing kitorang taksuka makanan blend/hancur. Dia suka tengok small chunks of food
Elakkan gaul ikan dengan nasi panas. Nasi panas akan menyebabkan nasi tu bergumpal dan kenyal bila digaul. Elok Gaul nasi dah sejuk sikit
Ikan rebus ni cepat hancur kalau asyik dikacau dalam kuali. So minimum handling
Kalau berair sangat kucing tak suka, reduced air dia dulu dengan renehkan bawah api sederhana

Kucing iols approve sangat menu ni, depa pun teringin flavored food hari-hari kita masak tu. Harap dapat membantu rakan2 jimatkan belanja & prepare catfood yang menarik. Jika ada kesilapan dalam resepi ni yang tak sesuai untuk anak bulus minta tunjuk ajar. Masak catfood ni dah jadi favourite event kat rumah

Kongsi la cara chuols improvised catfood kat rumah

imransulaiman Publish time 25-12-2019 12:23 PM

Wowwwww! Menarik ni! Terima kasih very much!
Ikan tu tak buang tulang lah kan?

Saya selalu guna ikan tongkol. Rebus dengan garam dan serbuk kunyit. Lepas tu buang tulang. Gaul dengan nasi. Sayur tak pernah bagi..

Kakalongmu Publish time 25-12-2019 12:31 PM

Kaka pun masak sendiri... Selalu beli ikan parang atau selayang kengkadang sardin. Masak semua sekali dgn perut dan insang :lol: letak asam keping dan bawang putih. Masak banyak2, lecek dan bungkus plastik utk satu hidangan. Masuk freezer time nak bagi makan Batu keluar kan. Jimat banyak lah belanja. Kucing kaka x berapa nak makan dry food.

KIM.K Publish time 25-12-2019 12:37 PM

imransulaiman replied at 25-12-2019 12:23 PM
Wowwwww! Menarik ni! Terima kasih very much!
Ikan tu tak buang tulang lah kan?



Lagi senang resepi chuols! Kalau ada orang ajar dah lama saya buat
Saya biasa pakai ikan murah je, ikan tongkol banyak isi jadi mahal sikit hehe

Ya asing tulang lepas masak. Kadang2 tulang/kemucup lekat kat gusi dia sampai bernanah. Macam jaga kanak2 pulak kucing cerewet ni

Mary_jane Publish time 25-12-2019 01:07 PM

Thanks for the recipe. My mom siang ikan, tak buang tulang, then rebus simpan dalam fridge. Time makan, gaul dengan nasi panas. Cuma kadang kucing jadi bosan menu sama. At the same time bagi juga kibbles. Tapi kucing i ended mati kena batu karang. Kibbles pun dia pilih, tak nak yang adult type sebab keras kot. Itu pun they get bosan over the same menu. So beli lah yang junior.

I stop beli canned food sebab pernah baca banyak mercury. Bagi dia wet food juga & treats. Wet food tu whiskas je, jenama lain macam cannot go jah bau nya sis. After all, kucing memang sejenis memilih ya. :laugh3:

bakingsoda Publish time 25-12-2019 04:27 PM

kucing tak patut makan nasi la sis. garam pon kalau boleh jgn letak. aku dlu mmg beli ikan sardin, rebus, buang tulang bg kat kucing. tapi mahal dan penat nak buang tulang semua tu, pastu vet bagitau kucing tak patut jugak mainly makan wetfood boleh menyebabkan cacing, wetfood tu patut jarang2 je. jadi aku beli kibbles grain-free pastu wetfood pon grain-free. sebulan dua kali camtu je bagi.

3480 Publish time 25-12-2019 09:43 PM

Sama la rcp kita. Aku dlu rebus ikan sardin (kdg2 tukar jgk) dgn garam. Rebus ikan seperiuk. Simpan dlm peti ais. Tahan la 3 hari. Gaul dgn nasi. Wow..nyum2

pearl.silver Publish time 26-12-2019 12:20 AM

Bagi ikan rebus camni taik busuk ya amat kan?
Klu indoor cats kne cari pasir yg super absorbant

KIM.K Publish time 26-12-2019 05:42 AM

Edited by KIM.K at 26-12-2019 10:21 AM

Kakalongmu replied at 25-12-2019 12:31 PM
Kaka pun masak sendiri... Selalu beli ikan parang atau selayang kengkadang sardin. Masak semua sekal ...

Rupanya ramai orang masak sendiri catfood ye kaka..rebus batch besar.

Kat youtube ramai mat saleh ajar buat wet catfood tapi diorg tak masak ayam tu. Blender je semua

Petua labu tu dapat dari youtube

@kakalongmu iols tak pernah rasa sehappy ini bila kucing cukup makan. Atmosphere kat rumah kita tu rasa berubah. Kucing tak nagging nak makan..kucing makan sampai habis. Dia tak kacau kita, Tak gelisah

nenekglamer Publish time 26-12-2019 10:26 AM

Best gak ni. Tapi kena tengok bahan satu persatu. Ada yg toksik n bole rosakkan organ kucing utk long term.. garlic or onion n garam tu aku xsure selamat or not. Tp kucing aku mmg dh biasa mkn yg rebus xde garam or bawang. Plain. Labu is ok.

KIM.K Publish time 26-12-2019 10:44 AM

Mary_jane replied at 25-12-2019 01:07 PM
Thanks for the recipe. My mom siang ikan, tak buang tulang, then rebus simpan dalam fridge. Time mak ...

Iols pun lupa kucing ni picky eater huhu.. rasanya dah banyak berusahalah bab catfood. Wiskas, Kucinta, Snappy Tom tapi diorg jemu juga makan tak habis. Kejap je dah nagging cepat lapar

Sama kita sis masak juga. Lepas masak ni kitties tak gelisah nak makan je setiap masa. Kibbles buat kucing I semua sakit gigi/rongak..kesian diorg tak makan langsung

KIM.K Publish time 26-12-2019 10:54 AM

bakingsoda replied at 25-12-2019 04:27 PM
kucing tak patut makan nasi la sis. garam pon kalau boleh jgn letak. aku dlu mmg beli ikan sardin, r ...

Tak pernah jumpa kibbles/wetfood grain free sis kat sini. Taktahu pula kucing takboleh makan grains..karbo tinggi kot

Kalau ikut Manual Verterinar Merck cakap kucing lebih sesuai dengan nasi daripada grains lain. Tapi 1/4 je dalam catfood. Garam laut tu NaCl yang tak elok, iols pakai rocksalt..nak bagi minerals. Ada 96 salt minerals. Kucing iols suka manis2 pastu buh gula untuk potong kaki huhu

Iols tak bagi kibbles dah sebab gigi diorg longgar dan rongak. Terpaksa bagi wetfood but diorang jemu. Tulah masak sendiri

KIM.K Publish time 26-12-2019 10:57 AM

3480 replied at 25-12-2019 09:43 PM
Sama la rcp kita. Aku dlu rebus ikan sardin (kdg2 tukar jgk) dgn garam. Rebus ikan seperiuk. Simpan...

Sama kita. Rupanya ramai owner rebus buat stok banyak2. Tapi takde orang Msia ajar buat catfood kat internet itu yang improvised bikin gourmet lah bagai :D

Iols 2kg ikan tahan seminggu lebih. 3 ekor

KIM.K Publish time 26-12-2019 11:04 AM

pearl.silver replied at 26-12-2019 12:20 AM
Bagi ikan rebus camni taik busuk ya amat kan?
Klu indoor cats kne cari pasir yg super absorbant

Actually kalau dalam kuali tak busuk, najis pun tak busuk sangat. Mak I rebus jg sebelum ni siap siang perut, insang lagi. Iols selalu komplen dapur busuk melekat macam bangkai ikan jemur matahari

So I take over, improvised letak herbs supaya tak berbau. Macam kita masak juga, masakan wangi selain mineral sources

KIM.K Publish time 26-12-2019 11:11 AM

nenekglamer replied at 26-12-2019 10:26 AM
Best gak ni. Tapi kena tengok bahan satu persatu. Ada yg toksik n bole rosakkan organ kucing utk lon ...

Betul rasanya kena revise sikit kucai & bawang tu iols baca tadi tak sesuai

I bagi flavours macam jintan ni selain dapur tak berbau teruk, ada mineral dan aroma

bakingsoda Publish time 26-12-2019 03:37 PM

KIM.K replied at 26-12-2019 10:54 AM
Tak pernah jumpa kibbles/wetfood grain free sis kat sini. Taktahu pula kucing takboleh makan grain ...

kat sini tu kat mana? kat shopee mcm2 brand ado. kibbles acana, orijen, totw, happy cat, sanabelle, cindy's recipe etc. wetfood cindy's recipe je yg tau grain-free.

KIM.K Publish time 26-12-2019 04:14 PM

bakingsoda replied at 26-12-2019 03:37 PM
kat sini tu kat mana? kat shopee mcm2 brand ado. kibbles acana, orijen, totw, happy cat, sanabelle ...

Ok nanti I tengok. Tak biasa baca grain free. Beli kibbles pun kena basahkan air..wongak gigi

Better kecik2 jgn ajar kibbles. Kibbles pun takboleh bagi selalu. Dulu2 semua kucing I makan nasi..takpernah masalah dental or health
Pages: [1]
View full version: DIY CATFOOD: Lezat & Berkhasiat!


ADVERTISEMENT