GuaSayangMelaka Publish time 20-12-2019 03:19 PM

Corat Coret BISNES PAKAIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Thread ini akan membincangkan pegalaman 20 tahun dalam bisnes pakaian agar dimanfaatkan usahawan 2 baru,sdg dan akan bisnes pakaian .

Aku bermula tahun 1998 ,ketika Malaysia mengalami kegawatan ekonomi ( 1997-1998 ) di Kompleks PKNM ALor Gajah Melaka .

Selain premis,masuk ekspo,pasau malam,pasau tani,car boot sale hatta buka koboi merata-merata ;P

https://www.saatsulaiman.com/wp-content/uploads/2018/07/2620_1130920392392_2459022_n.jpg

Setelah ribuan emel dan PM aku dapat,aku tulis buku ini dan alhamdulillah puluhan ribu dapat ilmu dari buku ini .Buku ini tidak dijual lagi versi cetak ,hanya ada versi Ebook dalam playstore .

GuaSayangMelaka Publish time 20-12-2019 03:22 PM

Akibat suasana suram ekonomi ,pada Julai 2018 ,aku tutup semua premis pakaian DLL dan mahu berehat dan tumpu kepada premis jahitan dan training company .

Insya Allah 2023 aku akan run semula bisnes pakaian ,produce own product .

Tudung,telekong,kurta,jubah etc.

Bisnes jahitan pn modal besau hampir 30K dgn pembelian mesin2 ,brg jahitan etc.


GuaSayangMelaka Publish time 20-12-2019 03:24 PM

BISNES PAKAIAN ada beberapa kategori

a) Modal kecil

b ) Modal sederhana

c ) Modal besau

Jadi ukur baju di badan sendiri jika mahu run binses ni ...

GuaSayangMelaka Publish time 20-12-2019 03:26 PM

a ) Modal kecil

Modal kecil boleh dimulakan dgn modal RM2500 hingga 5 K

Tudung,pakaian kanak-kanak,bundle etc .

kalau ada 5K ke bawah,jgn berangan nak buka premis atau butik.

Aku brcakap benar.

Buka premis pakaian modal sahaja paling kurang 50K - 100K

GuaSayangMelaka Publish time 20-12-2019 03:29 PM

Pengalaman arwah ibu bapa

Pada 70 an ,arwah ibu bapa hanyalah orang kampung dan memelihara ayam,itik,menanam sayuran,pokok2 dan bisnes pakaian
menggunakan basikal tua

https://img.rnudah.com/images/89/891920103675562.jpg

Aku sendiri pernah membonceng basikal bersama arwah Ayah pada awal 80an pergi rumah ke rumah dari kampung Londang hingga ke Kuala Sungai Baru DLL.

Sbb aku anka bongsu ,jadi ayah bagi ikut .

Duduk belakang dan pegang bungkusan kain penuh kain sarong,batik,tudung dll .

Sedih pula bila cerita ni sbb arwah ibu bapa meninggal 2013 lepas .

al-Fatihah

GuaSayangMelaka Publish time 20-12-2019 03:30 PM

Bila dengau lagu ni,pasti teringat kenangan bersama ayah

GKiqU9SncjY

GuaSayangMelaka Publish time 20-12-2019 03:37 PM

Panduan bagi mereka modal bawah 5K

1.Pilih jenis pakaian yang kurang risiko spt TUDUNG .

Tudung dibeli pelanggan setiap bulan dan risiko "terperap" lama minimum.

2.Pelbagaikan lokasi tapak jualan spt pasau malam,pasau tani,rumah ke rumah,mohon jual kawasan kilang ,online etc .

3.Elakkan produkbermusim spt BAJU MELAYU atau BAJU KURUNG .

4.Jika memilih bisnes bundle,pergilah ke pasar borong Aranyaprathet Thailand.Di sana seguni RM60 dan ada 200-400 helai pakaian .
Bergantung kepada luck .Ada seguni 90% koyak rabak dan rosak....

5.Jual peralatan berangkai spt aksesori tudung,pin dll

6.Belajau cash-flow

7.Jangan pikiaq modal 5K nak untung 10K sebulan

8.Bina laman web dan Facebook Page ,Twitter,IG etc

9.Tudung 2 perlu DIY .Contohnya tudung kosong modal RM4,letakkan manik dan sulam dan boleh dijula RM50-100

Beli mesin tampal ( RM1500 ) dan mesin jahit kecil .

10.Jika salah pilih jenis produk pakaian,terimalah risikonya iaitu jualan lembab dan lemau ;P

10.

GuaSayangMelaka Publish time 20-12-2019 03:42 PM

Bagaimana mendapatkan tapak niaga dalam kilang-kilang ?

1.Hubungi officer HR kilang spt kilang Sony,Samsung etc .Aku biasa faks surat .

2.Mrk akan berikan tarikh dan bayaran tapak niaga .Ada RM50 ada RM500 bergantung kepada kilang

3.Juallah ketika tarikh selepas gaji .

4.Pilih jenis produk laris seperti tudung,pakaian dalam,tuala etc

5.Jika rajin ,boleh dapat untung5K hingga 10K sebulan bergnatung kepada sales .

6.Pilihlah kilang ramai pekerja .

7.Warga asing spt Bangla DLL suka tuala,kain sarong etc

8.Blouse dan seluar wanita mmg laris ( pengalaman aku )

9.Usahakan dapat 10 kilang sebulan .

10.Biasa kilang berikan tapak kawasan kantin atau parking kilang

11.Jual harga lebih rendah dari kedai

12.Berikan bisnes kad kepada pelanggan dan ulang jualan sebulan sekali sebuah kilang .



GuaSayangMelaka Publish time 20-12-2019 03:46 PM

Senarai pemborong :

Famous produk pakaian JALAN KENANGA KLtp mostly mahal.

Blouse sahaja modal RM45-60 sekarang .

Lebih baik ke pasau Danok ,Golok atau Aran .Byk blouse cantik2 modal RM8 -10 sahaja .

Jika ada kemahiran jahitan,beli sahaja kain .Jakel kdg2 ada promosi RM2 semeter dan blouse hanya 13/4 meter sehelai blouse.

Blouse Indonesia dan Vietnam pun cantik2 .

Tahun lepas aku pi Korea ,melawat kilang2 ..mmg cantik blouse sana ..tp modal RM50 paling murah sbb currency Malaysia yg semakin jatuh skrg .

GuaSayangMelaka Publish time 20-12-2019 03:49 PM

Aku mohon undur diri .Nanti bila free aku sambung .Nak tido.
Ptg ni nak beli brg2 masak sbb malam ni ada majlis Baca Yaasin.Aku mmg biasa masak sjk kanak2 belajar dr arwah mak dan kawan2 sertaFB grup google ;P

Jika nk mai rasa air tgn aku ,jemput semua datang mlm ni 9 mlm

https://www.aisahfashiondesign.com/majlis-kesyukuran-dan-doa-selamat/

TERIMA KASIH MEMBACA :loveliness:

Catpaw Publish time 20-12-2019 04:18 PM

GuaSayangMelaka replied at 20-12-2019 03:49 PM
Aku mohon undur diri .Nanti bila free aku sambung .Nak tido.
Ptg ni nak beli brg2 masak sbb malam n ...

Nama kedai GSM ke ni. Nak raya bukan 4 mesti dah sibuk tempah baju2 nak jual

misuke Publish time 20-12-2019 04:25 PM

seronok baca pengalaman tt. memang nak berjaya dlm bisnes hati mau kental betul.. btw, keep sharing tt

GuaSayangMelaka Publish time 21-12-2019 11:50 AM

Catpaw replied at 20-12-2019 08:18 AM
Nama kedai GSM ke ni. Nak raya bukan 4 mesti dah sibuk tempah baju2 nak jual

yup.jk mai Melaka ,singgahlah ....

x paham ayat last tu ,maap.:loveliness:

GuaSayangMelaka Publish time 21-12-2019 11:56 AM

KOS BAJU KURUNG / BAJU MELAYU

a) Kain RM5 X 4 meter : RM20

b ) Upah jhit borong : RM12

: RM32

Harga Jualan : RM80 - RM150

https://0s?q=tbn:ANd9GcQkifnQ5GpjkmQclDPnVgCksWtuSbTtS6NqPkUkw5ZfuwhxSYsX&shttp://mytrend.online/webshaper/pcm/gallery/nm/bce9e507078322cced22b223125659801524554629-nm.jpg

Aku pernah tanya kawan aku Ah Boon yang hantau kain dijahit di Kalimantan

Upah Blouse : 50 sen

Upah Baju Kurung : RM1

Tapi kena hantau 500k pasang ke atas ;P

GuaSayangMelaka Publish time 21-12-2019 12:03 PM

Zaman Nickname aku SUKUN,banyak aku kongsi bisnes pakaian dlm bod USAHAWAN ( skrg ekonomi & usahawan ) sampai ghamai marah dan complaint kat mod2 hingga kena troublemaker .

Bkn mod shj dtg,smpi supermod dan admin berkampung sini ....

sbb tu bertahun 2 aku x singgah bod ni .

Bila mod lama dah meninggal ,aku tgk mod skrg ok je jadi aku singgah sini balik .

Apa yg aku cerita dlm ni based my own experients and friends etc.

Wlupn aku skrg dh cuti sementara lantaran kelembapan ekonomi ,ambillah pengajaran dan teladan pengalaman aku .

Impian aku satu je,nak buat PERSATUAN BUMI CLOTHS.So kita boleh kongsi modal dan terbang ke China,India,Korea DLL borong byk2 barang dan jual di sini .Tudung Syria pun cantik2 skrg dan dah sampai Europe.Mat Saleh jadikan skaf mcm zaman wanita Melayu pakai 70 an dan 80 an.

Kita kalah dgn Cha bukan sbb kita muflis idea nmn sbb kita x BERSATU .

Bak kataotai.sebatang lidi xkan kuat..jika diikat 100 batang lidi boleh jadi PENYAPU .

Bila cerita pasal penyapu lidi ,teringat pula arwah mak

mmg sedap kena sebat masa budak hahahaha

al-fatihah buat mak :'(
https://cf.shopee.com.my/file/fe8ad53b0abda7b5ce281837b4324588



GuaSayangMelaka Publish time 21-12-2019 12:11 PM

JENIS PRODUK PAKAIAN LAKU KETIKA EKONOMI GAWAT ?

Bundle



http://img.citybase.com/a-S__b3c52037d70531046e675360f095512f_2011_12_o/pemborongpembekal-pakaian-bundle.jpg

Bundle ada 3 kategori

a ) Kategori pakai buang

b ) Kategori sederhana

c ) kategori Rare

Jenis A aku pernah jumpa di terengganu .Ada gerai tepi jalan jual 50 sen .

Aku sebat 10 helai buat baju pi kebun hahaha

Kategori B kira kualiti ok l asikit boleh pakai lama n cantik

Kategori C mmg mahal.Aku pernah nampak seluar Levis kat KL dijual RM8000!

Seluar buruk je tp sbb rare 1 edition Levis ...

Kata peniaga Mat Saleh suka seluar2 baju rare wlu bundle ...

Sampai ke Korea aku pi tgk pasau borong bundle..topi GAP je RM400

bapak mahal ...tengok je la ...;P

Malaysia ni ramai pekerja asing ,jadi depa mmg minat bundle.

Tempat aku ni ada lori 5 tan masuk pasau malam .Sekali dia turun ,sale RM3K satu malam .

Bayangkan 3K satu malam .................

Bundle pun ada3 gred

a ) Gred lusuh ( jahanam )

b ) Gred sederhana

c ) Gred berkualiti ( Boleh jual RM100 hingga RM10K sehelai )

Sbb tu ada bundle Jepun,Korea,Amerika,Europe DLL

Jgn ingat bundle low class ...

Aku pernah beli kat Car Boot Putra Mahkota RM2 sampaikawan aku tanya "Bila pulak hang graduated Universiti of Tokyo ? " ;P


GuaSayangMelaka Publish time 21-12-2019 12:14 PM

Aku tanya kawan aku yg jual bundle dan ada lori 10 tayau dan memandu Merc 600K

https://media.karousell.com/media/photos/products/2017/08/26/guni_bundle_bintang_8_1503677758_61ec96e2.jpg

katanya dia jatuh bangun dlm bisnes bundle 15 tahun.

Lps 15 tahun baghu paham pemborong dan sebagainya .SMpi Korea Jepun dia pi .

Mcm2 pemborong dunia dia jumpa.

Kdg2 beli 100 guni ,semua kena lelong RM1 selai ;P

kiral 100 % rejected n low quality


Catpaw Publish time 21-12-2019 01:41 PM

GuaSayangMelaka replied at 21-12-2019 11:50 AM
yup.jk mai Melaka ,singgahlah ....

x paham ayat last tu ,maap.

typo... bukan = bulan

Nak cakap puasa raya bulan 4/5 2020, mesti dah sibuk tempah. Masa ni nak buat duit lepas tu kurang la orang membeli

GuaSayangMelaka Publish time 21-12-2019 02:02 PM

if God wills

https://res.cloudinary.com/teepublic/image/private/s--FTTHsVzI--/t_Resized%20Artwork/c_fit,g_north_west,h_954,w_954/co_000000,e_outline:35/co_000000,e_outline:inner_fill:35/co_ffffff,e_outline:35/co_ffffff,e_outline:inner_fill:35/co_bbbbbb,e_outline:3:1000/c_mpad,g_center,h_1260,w_1260/b_rgb:eeeeee/c_limit,f_jpg,h_630,q_90,w_630/v1541796380/production/designs/3474552_0.jpg

GuaSayangMelaka Publish time 21-12-2019 02:08 PM

Catpaw replied at 21-12-2019 05:41 AM
typo... bukan = bulan

Nak cakap puasa raya bulan 4/5 2020, mesti dah sibuk tempah. Masa ni nak...

skrg pn dh ratus gulung kain org hantau kat kedai utk stok jualan Ramadhan.

kami terima jahitan runcit dan borong :loveliness:

BAJU MELAYU BIASA: RM60

BORONG : RM18
Pages: [1] 2 3
View full version: Corat Coret BISNES PAKAIAN


ADVERTISEMENT