nidazahar Publish time 19-12-2019 12:24 PM

5 Kejadian Seram Histeria Di Sekolah Yang Menggemparkan

Kes histeria bukanlah sesuatu yang asing dalam budaya kita. Puncanya masih menjadi misteri kerana ada yang mengaitkan dengan elemen mistik dan ada pula yang menganggapnya sekadar gangguan fikiran. Ikuti 5 kes histeria di sekolah yang telah menggemparkan negara.

1. Akibat tebang pokok

SMK Bandar Baru Bangi gempar apabila histeria tiba-tiba berlaku pada suatu pagi sehingga menjadi viral.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/17/225405iazcldkxazadakak.jpgKredit gambar: mstar.com.my ~ Gambar sekadar hiasan



Mangsa mendakwa, mereka ternampak lembaga menakutkan sebelum hilang kawalan diri dan menjadi agresif. Menurut Yang Dipertua PIBG, kejadian tersebut berkemungkinan mempunyai unsur mistik kerana berlaku setelah sebatang pokok besar ditebang untuk pembinaan pintu pagar baharu.


Kes histeria berlanjutan selama beberapa hari melibatkan 50 mangsa. Pihak sekolah telah mendapatkan bantuan Darussyifa untuk memulihkan keadaan.

2. Aku tak nak balik...

SMK Pusat Bandar Puchong I telah gempar apabila beberapa orang pelajar wanita diserang histeria pada awal pagi.

Seorang ibupelajar yang turut membantu menenangkan kekecohan sempat bertanya kepada pelajar yang dirasuk, "Mengapa kamu menangis?". Pelajar tersebut menjawab, "Aku suka dekat sini, aku tak nak balik..."

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/17/194145nt112ot9bj2g4boa.jpg
Kredit gambar: www.lekatlekit.com ~ Gambar sekadar hiasan



Menurut sumber, histeria tercetus apabila sebuah tandas lama di tingkat dua telah digunakan semula setelah lama tidak digunakan.

Pejabat Pelajaran Daerah yang dimaklumkan mengenai insiden tersebut telah mendapatkan bantuan pengamal perubatan untuk memulihkan keadaan.

3. Sumpah Gunung Gading

Di SMK Serian, histeria bermula apabila sekumpulan pelajar pulang daripada perkhemahan di Gunung Gading.

Dipercayai, kejadian tersebut berlaku kerana ada pelajar yang telah melanggar pantang sewaktu berkhemah. Seoarang pelajar didakwa telah memetik bunga dan seorang lagi mengotori tasik berhampiran kem. Menurut kepercayaan tempatan, Gunung Gading didiami 99 dayang dari alam bunian.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/17/194312jmqc41kxm9f2gr4b.jpg
Kredit gambar: sarawaktourism.com

Walau bagaimanapun, pengawal keselamatan di situ berpendapat bangunan sekolah tersebut sememangnya berpenunggu.

Menurutnya yang telah bertugas 10 tahun, histeria pernah berlaku selepas sebatang pokok besar ditebang di belakang surau. Dia juga mendakwa sering terbau wangi-wangian dan rasa meremang ketika meronda waktu malam.

Kejadian histeria berlarutan beberapa hari sebelum berjaya dipulihkan.

4. Akibat Sihir

Di SMK Ketereh, beberapa orang pelajar telah menjerit ketika perhimpunan pada jam 7.30 pagi dan akhirnya merebak sehingga terpaksa mendapatkan bantuan Darussyifa. Perawat-perawat yang dipanggil untuk membantu telah berjaya memulihkan keadaaan jam 11 pagi, tetapi kes berulang pada tengah hari.

Seorang mangsa mendakwa, dia ternampak lembaga hitam di belakang rakannya, lalu hilang kawalan dan menjerit ketakutan. Setelah pulang, kejadian kerasukan berjangkit pula kepada ahli keluarganya di rumah.

Misteri kejadian terjawab apabila elemen sihir ditemui didalam kawasan sekolah.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/17/194541wdpgp4dddwu8ppjd.jpg
Kredit gambar: www.fatehteam.com


5. Pocong

Ketika kekecohan di SMK Ketereh reda, SMK Pengkalan Chepa2 pula diganggu apabila beberapa pelajar mendakwa ternampak pocong di sebuah kelas kosong.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/17/194708aaa8eziy5yp8iaay.jpg
Kredit gambar: www.detiksabah.com



Seorang mangsa memberitahu,dia berasa kebas di kedua-dua belah tangan, kemudian rebah dan mula meracau-racau.

Seorang guru menceritakan, ketika dia menenangkan seorang pelajar, hatinya tiba-tiba menjadi gelisah, lalu satu sosok lembaga hitam muncul dan menarik tubuhnya. Dia membaca ayat Kursi berkali-kali sehingga akhirnya 'dilepaskan'.


Kes histeria hanya berjaya dipulihkan pada hari kelima secara berperingkat. - CARI

Rujukan:
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/359119/diserang-histeria-selepas-mengaji
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/10/19/histeria-solat-hajat
http://sarawakghoststory.blogspot.com/2009/04/hysteria-at-smk-serian-pt-1.html
https://www.bharian.com.my/node/143444
https://peraktoday.com.my/2014/02/10-pelajar-kena-serangan-histeria/

sarah82 Publish time 19-12-2019 12:40 PM

Ken aku mengajar sklh kat kedah juga.. Teruk gak kejadian histeria.. Dah la dia tu mudah terasuk.

Kurex Publish time 19-12-2019 01:21 PM

dekat kolej kurex selalu histeria.. kurex sumpah seranah jin tu dalam hati sebab ganggu nak exam & buat assignment.. asal histeria je kitaorang kena kumpul dekat surau baca yasin

vee_zara Publish time 19-12-2019 01:59 PM

Hmm dulu takde la percaya sgt psl histeria2 ni. Tp masa i kerja part time kat supermarket dulu ada kes kena rasuk. So i pun tolong la tenangkan. I pegang bahagian kaki. Sekali budak pompuan yg kena rasuk tu jegil mata kt i dgn mata merah. Tanjat mak nak. Trus percaya!

buragazz Publish time 19-12-2019 03:04 PM

Member aku lelaki pernah kene kat surau.. aku ingat pempuan je.. masa tu kat luar pintu surau tgh lepak2 tunggu maktu maghrib rasanya.. tiba2 dia menggila.. budak2 ni dah pegang dia dia boleh meronta sampai terlepas.. nasib ustad dtg..

supernaturalee Publish time 19-12-2019 04:01 PM

sarah82 replied at 19-12-2019 12:40 PM
Ken aku mengajar sklh kat kedah juga.. Teruk gak kejadian histeria.. Dah la dia tu mudah terasuk.

sape ken?





sarah82 Publish time 19-12-2019 04:04 PM

supernaturalee replied at 19-12-2019 04:01 PM
sape ken?

Kwn aku cikgu.. Hahahahaa.. Dia dari kecik lembik.. Aku garang dan selalu jadi pelindung dia kalau dia kena buli.

ken = kwn.. Aku typo.. Ampunnnn;P

RatuDunia94 Publish time 19-12-2019 08:48 PM

Sekolah melayu je ke yg kena gangguan histeria ni

kukukatablog Publish time 19-12-2019 09:52 PM

Sekolah aku dulu serentak 5 orang kena sekali,
ramai2 kumpul dalam surau,
dari pagi sampai petang baru habis,
aku pon sibuk nak tolong pegang,
xcited sebb first time tengok benda camtu,
bila dah reda, ustaz darussyifa bgtau,
"kemungkinan besar dikalangan kita yang menolong ni akan diganggu bila balik rumah nnt"
aku jadi takut, hampir 2 bulan tido bukak lampu,
mcm teringiang2 jeritan dorang,
bila 2-3 pagi slalu terkejut dari tidur mcm ada yang memerhati dalam bilik,
start dari tu mmg x nak dah tolong sapa2 kna histeria nih....

Perawankota Publish time 19-12-2019 09:52 PM

Teringat p teman someone shooting tahun Lepas kt sk bdr tssik selatan.. Tgh2 duk, tiba2 MUA mengilai2.. Rupanya kena rasuk Lepas pakai tandas kt tepi dewan.. Seram aku dengar, sbb kuar suara jantan..

saviour_09 Publish time 20-12-2019 08:32 AM

kat kuantan ni
dulu femes jap sekolah tanjung lumpur tu

siap masuk tv3 lagi

punya la lama histeria
majoriti student cakap nampak nenek tua bongkok belakang sekolah tu

gideoncross Publish time 20-12-2019 10:27 AM

Trkejut hbis iol trtngok gmbr hntu bungkus tu wlaupun skrg bru pkul 1026am, kus smngat mak.

Themilo Publish time 20-12-2019 11:44 AM

masa program orientasi kat UiTM DUngun tahun 2002, kolej meols budak2 laki pun terjerit-jerit kena histeria.

Yang pompuan bersahut-sahutan.

takut yall {:smileo{:smileo

sosimple Publish time 22-12-2019 08:44 AM

sepanjang duduk asrama n belajar uni x pernah lagi tengok n dengar histeria.. selalu tertanya acaner la tu

hyie Publish time 22-12-2019 11:10 AM

masa meols sekolah menengah dulu, ada je minah india form 2 kena histeria, pastu lagi over plak tu efek dia ala2 drama tamil gitu...kowser sangat...so benda ni serang tak kira bangsa dan agama lah...

mialunar Publish time 22-12-2019 12:16 PM

vee_zara replied at 19-12-2019 01:59 PM
Hmm dulu takde la percaya sgt psl histeria2 ni. Tp masa i kerja part time kat supermarket dulu ada k ...

Hahaha... Lawak chuols

deydeylala Publish time 22-12-2019 02:52 PM

teringat time belajar kat uitm seri iskandar dulu. batch jun 2010. histeria berjemaah time mds. dewan dah jadi macam ombak. semua jatuh.

neez_cookies Publish time 23-12-2019 10:59 AM

Sama kes la kat sekolah aku. Balik perkampungan math ada sorang budak ni demam seminggu muka tak terurus. Bila tanya mak dia cakap bawak pergi berubat kat ustaz. Ustaz tu cakap ada benda kacau. Bila budak tu dah elok semangat dia. Aku tanya la apa yang dia nampak. Dia cakap ada lembaga berbulu kat bawah tangga. Waktu malam semua dah tidur dalam dewan dia terjaga sebab dengar ada lembaga tepi dewan ketuk tingkap. W

fefeeling Publish time 23-12-2019 02:22 PM

kukukatablog replied at 19-12-2019 09:52 PM
Sekolah aku dulu serentak 5 orang kena sekali,
ramai2 kumpul dalam surau,
dari pagi sampai petang...

Dulu masa kat uni students majority Chinese, kami Malays ada la sejoek je. Punya la akan damai, sekali ada budak kena rasuk balik dari berhuha lepas maghrib.. sapa2 budak pompuan yg kuat semangat je dibenarkan pegi bilik dia baca Yasin sementara tunggu ustaz dtg tolong sebab budak2 laki yg alim warning jangan cari pasal nak tolong kalau tak kuat semangat sebab yg rasuk budak tu 2 ekor laki bini... oi serammm

noradaniez Publish time 23-12-2019 11:21 PM

Sekolah anak aku dulu DTHO sampai budak2 ptg kena tahan x bg masuk. Lepas tu suruh semua balik. Teruk gak berminggu gangguan. Tv3 ada cuba try masuk nak buat temuramah dgn pihak sekolah tp x lepas kat guard sbb MP dpt arahan tak bg krew tv3 masuk.
Pages: [1] 2
View full version: 5 Kejadian Seram Histeria Di Sekolah Yang Menggemparkan


ADVERTISEMENT