seribulan Publish time 17-12-2019 11:53 AM

[Takwil Puisi 40] MASA

Pemenang
@fahdramli, @awanysss, @Pakis, @kuihbakar, @miss_wawa, @krimkraker


Maksud penyajak-

Seorang kakak telah menjaga adiknya sebaik mungkin penuh kasih sayang dan mahu hubungan mereka kekal abadi tetapi tanpa sebab jelas adiknya menyisihkan. Setelah lama menangisi sesuatu yang tidak mampu diubah, dia sedar dan redha menerima takdir Allah.

Puisi minggu ini,

Masa

andai bole diputar kembali
pasti yang buruk akan dibaiki
yang tiada pasti akan diganti
tidak ada yang tidak lagi

yang lepas mungkin tidak kembali lagi
yang jauh pasti juga akan ditempuhi
kalau dapat ditukar ganti
emas bukanlah sebagai pengganti

waktu yang ada manfaatkan sepenuhnya
bersama keluarga rakan dan agama
jika terleka sedarlah saudara
yang tersisa tidaklah berapa lama

jika kita bijak aturkan
semua kerja pasti terlaksana
jangan leka dibuai kemalasan
nanti akan menyusahkan badan

Oleh,
@johan-adx


@berakit2kehulu
@orgsepang
@nurrlisa
@chicozinn
@KILL_NANCY
@MeghanK
@TalibanRock
@kuzaime
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@ati2027
@KahPahJ
@seller6183
@mdhelmi

krimkraker Publish time 17-12-2019 12:56 PM

Terima kasih penyajak...tahniah kepada para pemenang...:loveliness::loveliness::loveliness:

miss_wawa Publish time 17-12-2019 01:00 PM

terima kasih mod bg menang {:1_152:}

miss_wawa Publish time 17-12-2019 01:01 PM

tenung dulu hat yang ni. cari idea :loveliness:

fahdramli Publish time 17-12-2019 01:31 PM

Tq kaka mod bagi menang minggu ni.. Say lagi i try yang ni.

Pakis Publish time 17-12-2019 07:36 PM

Tq mod.Amik mood nk takwil yang ni plak.

Pakis Publish time 17-12-2019 09:03 PM

Penulis mengambarkan kepentingan masa. Kepentingan masa ketika keluarga dan sahabat handai masih ada.Kepentingan masa ketika kita masih hidup.

Selagi ada masa,gunakan lah dengan sebaiknya kerana masa yang kita ada tidak lama, kerana kita pasti akan pergi, mereka yang kita sayang juga akan pergi.

Andai masa dapat diputarkan kembali,pasti salah dan silap akan kita baiki, yang tidak cukup akan diganti dan dilengkapi seperti solat, sedekah jariah dan amalan kebaikan.

Masa yang berlalu tidak akan kembali, mereka yang pergi tidak akan kembali, sementara masih ada masa,mereka yang jauh pun akan ku dekatkan selagi masih ada masa kerana masa yang ada lebih berharga dari emas permata.

Masa yang ada gunakan lah dengan sebaiknya,dan kita harus bijak menguruskan masa dan jangan asyik menanguh kerja kerana akan kita juga akan susah

Selagi masih ada masa.Carilah tuhan,cari lah keluarga,carilah kebaikan.

Snack_Fruit Publish time 17-12-2019 09:32 PM

Iolls cuba ok

Penyajak ni tekankan pasal masa.
Masa ni sesuatu yang mahal nilainya
Sebab tu dia kata yang emas pun tak boleh putar balik masa untuk membetulkan semua kesilapan silam.

Sebab tulah penyajak ni suruh kita hargai masa. Bagi masa untuk diri sendiri, keluarga, dan kawan.

Jangan macam lagu "andai dapat ku undurkan putaran dunia.."

Pandai pandai la kita curi masa ye

{:thiefo

anj2208 Publish time 17-12-2019 10:05 PM

Yeay!!!! Tq momod {:mlXD:}

kuihbakar Publish time 18-12-2019 08:44 AM

Terima kasih TT , momod, dan semua. Tahniah semua

takayama Publish time 18-12-2019 02:54 PM

puisi kali ini berkaitan dengan masa
penulis menekankan betapa pentingnya masa itu
menyesal tiada guna apabila kita mengambil remeh akan sesuatu benda kerana apabila masa itu berlalu ianya tidak boleh diputar semula.
kesmipulannya hargailah masa yang ada dengan melakukan kerja2 yg berfaedah, spend masa dengan yg tersyg dan yang penting jgn bertangguh

JibboTheCat Publish time 19-12-2019 09:50 AM

puisi ni menekankan betapa pentingnya masa.
walau ada segunung emas pun tak kan dapat putarkan atau beli masa tambahan untuk kita.
jadi hargailah masa.
kita semua umpama sebuah jam pasir yang bila-bila boleh kehabisan pasirnya

ati2027 Publish time 19-12-2019 11:41 AM

kita datang lagiiiiiii. sementara ada masa nie.

Puisi kali nie menceritakan tentang masa. Masa itu emas orang kata. Betulla tue.
Penulis menceritakan tentang masa yang tidak boleh diganti atau masa tue memang akan berlalu. Tak boleh untuk diulangi. Jika boleh diganti, pasti perkara yang dah berlaku, takkan berlaku balik. Dan walaupun emas boleh ditukar lagi, tapi masa memang takkan dapat lagi. Begitu mahalnya masa yang kita ada. Dan penulis menasihati supaya masa yang kita ada nie perlu digunakan sepenuhnya. Dengan keluarga dan juga agama. Jangan salah gunakan masa yang ada. Semua manusia dapat masa yang sama, jadi gunakan sebaiknya. Jika tidak nanti akan menyusahkan diri sendiri jugak.

krimkraker Publish time 19-12-2019 01:50 PM

Penulis menasihati kita agar menghargai masa sebaik-baiknya. Kata orang dulu-dulu, masa itu emas. Biarpun punyai emas, belum tentu mampu membeli masa yang sudah terlepas. Setiap detik dan saat yang berlalu, ia takkan kembali lagi.

Sementara sihat, masih kuat, masih berkemampuan, panjangkan silaturahim kita sesama manusia. Perbanyakkan amal jariah tanpa mengaut keuntungan dan menjaga hubungan kita dengan Allah. Kerana kita sendiri tidak tahu berapa banyak masa kita memiliki.

Semua tugas dan tanggungjawab dan dapat dilaksanakan jika pandai membahagikan masa. Jangan mencari alasan kerana kekangan masa. Oleh itu, hargailah masa sebaik-baiknya.

awanysss Publish time 19-12-2019 03:11 PM

yeayy kite menang.. thankyou and tahniah yg lain2 jugakk..

Vassss Publish time 19-12-2019 04:56 PM

Masa tidak boleh di beli dengan wang ringgit..sekaya atau sebanyak mana harta yg kt ada, jika kita tidak hargai masa ianya sia2..Masa juga seperti kasih sayang
yg tidak boleh di beli di mana2..hargai dan penuhi la masa yg ada dgn berkasih sayang sesama keluarga dan umat manusia..Suatu hari nati satu persatu akn pergi..Yang tinggal hanyalah kenangan..Tiada masa yg tepat untuk kita melakukan dan mengubah sesuatu..Orang yg bersedia adalah orang yg tahu mencorakkan masa depannya untuk bekalan didunia &akhirat

johan-adx Publish time 20-12-2019 12:44 PM

maaf..br berkesempatan jenguk sini...
tahniah yg dh terjemahkan mksd..

MnhSengalBengal Publish time 20-12-2019 10:37 PM

Dalam 2 rangkap pertama, penulis seperti mengimbau akan kekesalan terhadap masa lalu yang tidak bole diulang kembali. Penulis menyatakan hasrat ingin membetulkan keadaan sekira bole diputarkan masa. Ini juga menjelaskan betapa beharganya masa kerana apabila masa sudah berlalu tiada apa pun yang mampu membeli nilai masa tersebut.

Dalam dua rangkap terakhir penulis menyampaikan nasihat supaya menghargai setiap saat dengan meluangkan masa dengan perkara-perkara yang baik bersama orang-orang tersayang kerana kesempatan yang ada bukan selamanya. Penulis juga menekankan tentang amalan pengurusan masa. Jangan menangguh sesuatu pekerjaan dan menggunakan masa secara efisien.

diggerr Publish time 22-12-2019 06:28 PM

Puisi ini memberi maksud betapa pentjngnya masa dan kalau boleh ditukar ganti nilainya lebih berharga dari emas. Penulis menasihatkan untuk memenuhkan masa yang ada sekarang jni dengan perkara berfaedah. Guna masa sebaiknya dengan membuang kemalasan

orgsepang Publish time 23-12-2019 07:43 AM

Penulis menegaskan betapa pentingnya kita menghargai setiap detik masa yang ada kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi.
Sebanyak mana pun harta tak akan dapat membeli masa yang sudah berlalu. Walaupun ingatan tentang nilai masa sudah diperkatakan sekian lama, masih ramai yang leka dan tidak tahu menghargai masa.
Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 40] MASA


ADVERTISEMENT