kuroblack Publish time 10-12-2019 12:48 PM

Masih ada rasa cinta

Hi hi korang. Aiols dalam frasa indeniel. Semalam kiranya bergaduh dengan dia. Hubungan ni memang retak dah menanti belah tapi aiols masih berdoa dan berdoa untuk kelal dengan dia sampai Jannah.

Tapi nampaknya harapan aiols tak kesampaian. Ya. Aiols dan dia bakalan membawa haluan masing-masing. Sedih. Kesal. Serabut. Aiols pun tak tahu nak gambarkan macam mana persaan aiols.

Tak lama lagi nak ke pejabat agama. Aiols serabut. Boleh ke aiols tanggung gelaran baru nanti.

Tapi, bukan sebab orang ketiga. Aiols pun masih mencari kenapa. Jam yang aiols tanyakan pendapat di sini juga langsung tak disentuh.

Catpaw Publish time 10-12-2019 02:13 PM

Tak faham cerita, cerita sikit kisah sebelum ni. Ada bebenang tak?

yuki812 Publish time 10-12-2019 02:29 PM

tabah ye sis...
eventho rasa nak penampar muka dia ngn selipar jepun..walaupon itu..ini. mmg tetap ada rasa cinta eventho sekelumit. amik masa hargai dan lalui rasa sedih tu. cuma jangan berlarut2. perasaan camtu normal. sy doakan yg baik2 tuk sis :loveliness:

kuroblack Publish time 10-12-2019 04:48 PM

Catpaw replied at 10-12-2019 02:13 PM
Tak faham cerita, cerita sikit kisah sebelum ni. Ada bebenang tak?

Tak pernah chuols. Cuma aiols ada buka bebenang untuk carikan jam. Aiols hadiahkan dia jam utk anniversary tapi sentuh pun tidak.

Aiols ceritakan sikit.

Dah setahun aiols cuba untuk pulihkan hubungan tapi mungkin aiols ni tak pandai ambil hati dia atau susun atur aiols tak betul atau perlakuan aiols yang tak menyenangkan dia.

Setiap kali aiols cuba heart to heart, setiap kali jua gagal. Sampaikan sekarang, aiols dah penat. Aiols kesal dan sedih kenapa jadi begini.

Penghujungnya semalam, aiols ada cakap, aiols tengok dan baca message dia dengan seseorang. Dia sangat marah sampaikan gigil dan tepis aiols.

Then berlakulah pertengkaran dan aiols terima apa sahaja yang dia mahu. Penghujung kisah aiols dan dia.

Harapkan ke Jannah tapi rupanya hanya setakat ini.

kuroblack Publish time 10-12-2019 04:50 PM

yuki812 replied at 10-12-2019 02:29 PM
tabah ye sis...
eventho rasa nak penampar muka dia ngn selipar jepun..walaupon itu..ini. mmg tetap...

Aiols taktahu nak cakap macam mana. Hujung hati masih mengharap sinar baru. Hujung hati rela untuk lepaskan dia. Hujung hati sedih dengan diri sendiri.

Aiols tak tahu.

noor2 Publish time 10-12-2019 04:52 PM

kuroblack replied at 10-12-2019 04:48 PM
Tak pernah chuols. Cuma aiols ada buka bebenang untuk carikan jam. Aiols hadiahkan dia jam utk ann ...

Maknanya ada orang ke 3 lah....dia ada orang lain?...msg dia dengan perempuan?

Catpaw Publish time 10-12-2019 05:05 PM

kuroblack replied at 10-12-2019 04:48 PM
Tak pernah chuols. Cuma aiols ada buka bebenang untuk carikan jam. Aiols hadiahkan dia jam utk ann ...

T.kasih reply dan beritahu cerita, macam pernah terbaca cerita jam tu. Mungkin chuols perlu berhenti mengejar... dah usahakan? Tangok dia macam mana, atau hati dia dah takda di situ.. Fokus kat diri u... usahakan tuk masa depan sendiri, menunggu ja nanti masa berlalu... Ni hanya kata2 iols ja.. Selebihnya istikharah mohon petunjuk dariNya, moga dipermudahkan...

putericahaya999 Publish time 10-12-2019 05:09 PM

Pinggan tak retak
Nasi tak dingin
Org tak hendak
Jangan lah kau ingin

adila39 Publish time 10-12-2019 05:22 PM

Jap, apalah susah sgt nak gunakan perkataan saya, I, kami, kamu atau awak atau aku kau dia.. ni ols, aools, awls ni berbelit nak baca. X faham dik

Anyway rilek je la TT ada jodoh adalah. Xpayahla pikir sgt.

ikanmasin Publish time 10-12-2019 05:33 PM

maksudnya dia mcm dah ada org lain kan..sbb tu awak berusaha lah
mcm mana pun dia tak layan kan..kalau mcm tu lah awak,baik awak
usahakan jaga diri awak sendiri lah,jaga lah hati awak dl ..seposen dua dr akk

Megikari Publish time 10-12-2019 05:34 PM

Kadang2 benda yang kita taknak tu la yg terbaik untuk kita, cuma mungkin kita belum nampak lagi. Kalau dah sampai masanya, tt kena belajar untuk redha dan lepaskan. Semoga yang baik2 je utk tt, stay strong

kuroblack Publish time 10-12-2019 06:58 PM

noor2 replied at 10-12-2019 04:52 PM
Maknanya ada orang ke 3 lah....dia ada orang lain?...msg dia dengan perempuan?

Semalam masa sesi petengkaran tu, dia nyatakan dia anggap sebagai keluarga kandung. Tp, hati pasangan mana yang tak sedih kalau dah setiap hari dan masa mereka berhubung. Pasangan sendiri terkapai.

kuroblack Publish time 10-12-2019 06:59 PM

Catpaw replied at 10-12-2019 05:05 PM
T.kasih reply dan beritahu cerita, macam pernah terbaca cerita jam tu. Mungkin chuols perlu berhen ...

Aiols dah usaha setahun. Setiap kali aiols usaha pengkakhirannya gagal. Aiols pun dah buntu. Aiols ada istikharah, cuma aiols masih taktahu sama ada keputusan aiols betul atau salah.

kuroblack Publish time 10-12-2019 07:00 PM

putericahaya999 replied at 10-12-2019 05:09 PM
Pinggan tak retak
Nasi tak dingin
Org tak hendak


Tapi bila hati dah menyayangi, aiols tak mampu. Sakitilah berapa kali, entah kenapa aiols bodoh masih mengharap

kuroblack Publish time 10-12-2019 07:01 PM

adila39 replied at 10-12-2019 05:22 PM
Jap, apalah susah sgt nak gunakan perkataan saya, I, kami, kamu atau awak atau aku kau dia.. ni ols, ...

Haha maaf kakak mod. Terikut lak bahasa bod gosip sana.

Cuba untuk tak fikir dan saya cuba untuk cari benda yang boleh alihkan fokus selain dia.

kuroblack Publish time 10-12-2019 07:03 PM

ikanmasin replied at 10-12-2019 05:33 PM
maksudnya dia mcm dah ada org lain kan..sbb tu awak berusaha lah
mcm mana pun dia tak layan kan..k ...

Kak, dia cakap dia anggap macam saudara kandung. Saya pun dah penat jadi saya pun cuba nak jaga hati sendiri.

Cuma, saya harap ada sinar baru dengan dia. Entahla kak, bodohnya la saya ni.

kuroblack Publish time 10-12-2019 07:03 PM

Megikari replied at 10-12-2019 05:34 PM
Kadang2 benda yang kita taknak tu la yg terbaik untuk kita, cuma mungkin kita belum nampak lagi. Kal ...

Amiin. Saya harap saya boleh lepaskan tanpa ada rasa sedih yang menggari hati.

Any suggestion yg boleh saya buat utk alihkan perhatian?

ikanmasin Publish time 10-12-2019 07:18 PM

kuroblack replied at 10-12-2019 07:03 PM
Kak, dia cakap dia anggap macam saudara kandung. Saya pun dah penat jadi saya pun cuba nak jaga ha ...

sudahlah awak,buat apa seksa diri awak.dia dah bgt awak mcm tu mmg dia
takde perasan cinta sayang sbg pasangan dgn awak pun..undur diri pastu
buatlah apa yg awak nak buat sblm ni tak boleh..jgn paksa sbb apa2 awak jg
yg akan disalahkan..awak pun nak kasih sayang cinta,nak anak kan tp kalau
mcm tu situasi nya.awak tak akan bahgia..baik bahgiakan diri awak sendiri..

noor2 Publish time 10-12-2019 07:25 PM

kuroblack replied at 10-12-2019 06:58 PM
Semalam masa sesi petengkaran tu, dia nyatakan dia anggap sebagai keluarga kandung. Tp, hati pasan ...

Amboi....dan dan anggap saudara kandung. ...adik?..kakak? ...ada pertalian darah ke atau taraf saudara mara ke nak.anggap saudara kandung. ..

Bangang lah laki atau perempuan dah kawin nak anggap perempuan lain atau laki lain sebagai saudara kandung atau kawan rapat ke apa. ..dah kawin buat cara kawin lainlah kawan satu tempat kerja cth keluar ramai2 atau ada bisnes. ..ni sampai malam2 bermesej....kejadahnya...

Jadi macam kawan baik akak...mula2 lakinya anggap perempuan tu adik angkat konon...lama terangkat...bini tengah mengandung dia ceraikan sebab adik angkat. ..4 bulan lepas ceraikan bini depa kawin. ...jadi laki bini. ..sampai nak gila kawan akak sebab anak2 kecik dan tengah mengandung anak ke 3....

kuroblack Publish time 10-12-2019 07:54 PM

ikanmasin replied at 10-12-2019 07:18 PM
sudahlah awak,buat apa seksa diri awak.dia dah bgt awak mcm tu mmg dia
takde perasan cinta sayang ...

Akhir ini saya akan ikut apa yg dia mahu. Dah lama agaknya dia bersabar dengan sikap saya.

Susah saya nak cakap sebab saya rasa saya trauma. Lagi pula saya ada sesi kaunseling dan perjumpaan dgn doktor psikiatri. Atas sebab kemurungan dan anxiety saya berada di tahap teruk.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Masih ada rasa cinta


ADVERTISEMENT