Lilrose Publish time 9-12-2019 11:15 AM

Tinggal Kenangan, 'Bapa' Usop Sontorian Dan Keluang Man Meninggal Dunia

Kanak-kanak era 90-an pasti 'layan' kenakalan Usop Sontorian dan kawan-kawannya.


Malah, sikap gila-gila adiwira Keluang Man yang cemerkap juga membuat ramai tertunggu-tunggu di hadapan kaca televisyen sewaktu itu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201912/09/110928zmqt4d27zygyxm65.pngKredit foto: Cinema Online/OhBulan/YouTube




Namun, kini semuanya tinggal kenangan. 'Bapa' kepada Usop dan Keluang Man kini tidak lagi bersama kita di dunia yang fana ini.


Laman Facebook Persatuan Animasi Malaysia (Animas) pada Ahad memaklumkan, pengasas animasi digital dan tokoh penglipur lara animasi Malaysia, Kamn Ismail atau nama sebenarnya Kamaruddin Ismail, 63, meninggal dunia sekitar 4.15 petang, semalam akibat serangan jantung.

"ANIMAS berdukacita dan merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan handai taulan Allahyarham," tulisnya.




https://www.facebook.com/animas.org.my/posts/2625625804195761


Untuk makluman, Allahyarham pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah kartunis dan Hari Kartunis 2018 di Muzium Negara oleh Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama ANIMAS.


Takziah kepada keluarga Allahyarham. Usop Sontorian dan Keluang Man takkan pudar dari ingatan kami. - CARI


zcH_9QuAeHA




R5UcwDNJF_U

matbad Publish time 9-12-2019 11:37 AM

Baru sangat aku layan kat youtube cerita usop ni mengenang kembali zaman aku tak payah fikir bab nak bayar bil segala bagai

tripleid Publish time 9-12-2019 11:49 AM

terima kasih Kamn kerana menggembirakan zaman kanak2 kami

mangkukhayun Publish time 9-12-2019 12:04 PM

thanks for the chillhood memoriessss

johan-adx Publish time 9-12-2019 12:18 PM

kartun lejen ni...
semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan soleh

Chairman Publish time 9-12-2019 12:43 PM

jasa anda dikenang..semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya..amiin

Artemesiaa Publish time 9-12-2019 12:57 PM

Takziah buat keluarga beliau, pelupor bidang aminasi di Malaysia

violetungu Publish time 9-12-2019 01:05 PM

Salam takziah..Baru ja sembang dengan ayah pasai kartun usop sontorian ni,bila usop bercakap lidah dia bergerak2 lawak rasa..

biozipstar Publish time 9-12-2019 08:17 PM

salam takziah. aku layan gile cerita usop sontorian. dgn suara kawan2 pun teringat... moga roh dicucurkan rahmat

Supersirap Publish time 10-12-2019 10:32 AM

Salam takziah, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman, amin

RinIna Publish time 10-12-2019 12:31 PM

Innalillahiwainnailaihirojiun.. Cite2 kartun kegemaran pd zamanku. Semoga ditempatkan bersama golongan yg beriman dan beramal soleh..

kuroblack Publish time 10-12-2019 12:38 PM

Innalillah. Aiols suka usop dgm keluangman. Ohhh zaman knk knk ku

Mr_fried Publish time 22-2-2020 12:46 PM

Takziah.. aku membesar dengan kartun ni usop santorian keluangman dan seangkatan rasa nak repeat tengok balik..
Pages: [1]
View full version: Tinggal Kenangan, 'Bapa' Usop Sontorian Dan Keluang Man Meninggal Dunia


ADVERTISEMENT