natrahn Publish time 9-12-2019 10:13 AM

"Cantik, Sayang Nak Makan" Special Dan Tular, Kek Gulung Mini Pelangi

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201911/25/115611uv6pwz7sp8ypwllz.png


Cuti sekolah telah pun bermula. Cuti sekolah inilah masa yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan setelah masing-masing sibuk dengan aktiviti rutin harian.


Apa kata mak ayah dan anak-anak cuba buat Kek Mini Gulung Pelangi ini. Sangat comel dan cantik kek mini ini kan? Bila dihidangkan memang sekelip mata hilang jadi rebutan tetamu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201911/25/114027g8kkkvivvvj5eixj.jpg




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201911/25/114027olljpsnjpgl1oiez.jpg


Bahan A :

[*]6 biji telur gred A
[*]200 gram gula castor
[*]1 sudu besar ovalate
[*]½ sudu kecil garam
[*]sedikit esen vanilla



Bahan B :

[*]200gram tepung gandum



Bahan C :

[*]150gram minyak masak
[*] 60gram santan kotak



Cara-cara :


1) Putar bahan A hingga kembang gebu.


2) Masukkan bahan B sedikit Demi sedikit. Putar hingga sebati.


3) Off mixer. Masukkan minyak & santan. Kaup balik dengan senduk aje.


4) Gris loyang.


5) Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Dengan berat 150gram setiap adunan. Letak pewarna merah, oren, kuning, hijau, turquoise & ungu.


6) Kukus adunan ikut turutan. Setiap 1 lapisan 8 minit. Untuk kukusan lapisan terakir lebihkan masa 15 minit untuk masak sekata.


*Kukus adunan dengan warna ungu dahulu. Ulang langkah 6 bagi setiap warna hingga habis adunan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201911/25/113859gai4j3lpxs3dvgdy.jpg


7) Keluarkan kek yang telah masuk daripada loyang. Sejukkan.


8) Trim / kemaskan bahagian tepi-tepi kek dahulu.






https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201911/25/113930ceogbzooww77wxum.jpg




9) Putar fresh cream (value pride) hingga soft peak.

11) Pipingkan fresh cream ke atas kek yang telah dipotong nipis dan gulungkan (rujuk gambar)


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201911/25/113930qtw21tyg8wobyzzf.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201911/25/114027ek4r4zg6gt9frls8.jpg




Selamat mencuba.




Nota :


1. Resipi ini memang tidak menggunakan baking powder @ soda bicarbonate.
2. Semasa keluarkan dari pengukus terus terbalikkan kek dan hati-hati kerana kek panas.
3. Potong nipis-nipis dalam anggaran 0.5cm untuk mengelakkan kek patah/pecah semasa digulung.
4. Untuk elakkan patah/pecah masa menggulung gunakan kain lembab.

5. Setiap kali bubuh adunan hentakkan loyang dahulu supaya takde ruang udara di dalam kek untuk mengelakkan struktur kek berlubang dan cantik semasa digulung. - CARI


Kredit - Ain Kamis


Resepi Asal - Aznie Khasri

mokcikcctv Publish time 9-12-2019 10:19 AM

ada jual online ke?

sarah82 Publish time 9-12-2019 10:24 AM

Yum.. Yum.. Yum.. Kalau ada cicit tok boleh la main masak2 dgn dia.. Ni takkan nak main masak2 dgn bibik ;P

Kenabertaubat Publish time 9-12-2019 10:26 AM

Cantiknya kek. Buat gift pun cantik ni.

weezerfan Publish time 9-12-2019 11:05 AM

Fuh.. The amount of food coloring

Kejora927 Publish time 9-12-2019 11:08 AM

Kalo iols buat xde sape nak makan;P;P

lil_honey Publish time 9-12-2019 01:12 PM

errrm...warna warni jugak la yang kuar nanti...

fishcracker Publish time 9-12-2019 01:58 PM

Pewarna tiruan banyak beno

saviour_09 Publish time 9-12-2019 03:02 PM

verra nanti mesti keluar kaler2 jugak kan ;P

gummiebear Publish time 9-12-2019 03:56 PM

Beli je lah senang ;P iols tak berapa nak rajin kihkih

mbhcsf Publish time 9-12-2019 07:36 PM

oih cik Kak.....ya Allah bukan sayang nak makan tapi TAKUT nyer NAK MAKAN PEWARNA SEKANDAQ

my god,who woul dbe insane enough to eat this? i am so sorry pewarnatu kalau organic based plant based   okay but kalau memang pewarna aiyoooo tak payah makan

HandOFate Publish time 9-12-2019 08:40 PM

nanti panggil bini i cuba ;P

jij81 Publish time 10-12-2019 09:43 AM

Setuju, banyaknya pewarna dia huhu

i_is_kennot Publish time 12-12-2019 11:08 PM

Nampak sedap..But food coloring tu sis.. :sweat3:
Pages: [1]
View full version: "Cantik, Sayang Nak Makan" Special Dan Tular, Kek Gulung Mini Pelangi


ADVERTISEMENT