Kakasinci Publish time 7-12-2019 09:06 PM

Throwback Rumah Nenekku yang Seram

Aku memang suka ke rumah nenekku setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah. Memandangkan jarak ke rumah nenek cuma dalam 50km, aku sering meminta ibu utk hantar aku ke rumah nenek apabila hujung minggu. Di sana ada keluarga pakcikku beserta anaknya juga.

Rumah nenekku agak besar. Gabungan kayu dan batu. Di hadapan rumah ada beberapa batang pokok pelam yg agak besar, pokok kelapa, ciku dan bougainvillea atau lebih mudah disebut pokok bunga kertas. Di belakang rumah nenekku pula adakebun pokok durian dan pisang.

Ada beberapa kejadian seram yang pernah aku alami sepanjanb aku berada di rumah nenek. Yg aku igt pada malam raya sewaktu aku berumur belasan tahun aku mengikut adik sepupuku Muzai bermain pelita di luar. Dia menunjukkan bagaimana dia memasang pelita dan menuang minyak di dalam bekas pelita. Sewaktu kami asyik dengan pelita tiba2 kedengaran suara mirip makcikku iaitu ibu kepada Muzai bertanya “Ha! Buat apa tu?” Aku memandang dan berpusing ke belakang tp tidak nampak sesiapa lalu menoleh ke arah Muzai yg sedang memandangku. Matanya bulat dan seolah meminta aku berkata sesuatu. Terus aku menarik tangan adik sepupuku masuk ke dalam rumah.

Kami berlari kerana jarak laman depan dan rumah nenek agak jauh. Sampai ke dalam aku terus mencari Mak Yan, ibu kepada Muzai. Aku lihat dia sedang menggoreng kacang untuk dibuat kuah kacang untuk dijamu bersama ketupat dan rendang di pagi raya.

sarah82 Publish time 7-12-2019 09:43 PM

Jgn lupa sambung TT;P

Catpaw Publish time 7-12-2019 11:12 PM

Alah banyaknya to be continued, tunggu kat borak yg gigahertz ke apa tah eja nama. Ni tt pulak.Tetap juga la weyols tunggu ;P:$

Victorioussss Publish time 7-12-2019 11:42 PM

Makcik awak ade belaja ilmu ke

Kage bushin no jutsu?
Hiraishin no jutsu?

Nnt tt sambung ye iols goreng cekodok jap

Kakasinci Publish time 8-12-2019 03:22 AM

Edited by Kakasinci at 8-12-2019 03:30 AM

Okla sambung balik. Kejadian masih lagi di malam raya. Kejadian ni pula dialami kakakku yg rajin menolong nenek dan mkck serta ibuku di dapur ketika itu.

Ketika kakakku potong tempeh untuk dijadikan sayur goreng jawa, nenek menyuruhnya untuk tutup pintu belakang memandangkan periuk ketupat telahpun dibawa masuk untuk diangkat dan disejukkan. Pintu belakang tu mmg kat belakang lah duduknya. Ia berada dekat dengan tandas. Memandangkan rumah nenek ni memanjang, aku memang takut dan akan cepat-cepat kalau nk buang air kecil kerana selalu rasa diri diperhatikan di tingkap yang berada di sebelah pintu kayu itu.

Kakak yg rajin serta sentiasa patuh pada arahan org yg lebih berusia terus meninggalkan chopping board dan tempeh untuk mengunci pintu. Di luar pintu kayu itu terdapat pintu gril. Jadi kakakku tanpa membuang masa terus mengunci padlock mangga di grill dan menutup pintu kayu. Selepas kakakku berpusing dan melangkah beberapa tapak,Pangggg!!! Bunyi seolah-olah padlock jatuh terkena pintu grill besi. Kakak terus membuka semula pintu kayu dan agak terkejut kerana padlock masih berada di tempatnya. Jd bunyi apakah yang didengarinya. Kerana bunyi itu terlalu kuat dan ia memang bunyi benda berlaga di grill.

Kakasinci Publish time 8-12-2019 03:26 AM

Victorioussss replied at 7-12-2019 11:42 PM
Makcik awak ade belaja ilmu ke

Kage bushin no jutsu?


Abam Vic, makck aku tak belajar ilmu apa-apa. Sekolah pon sampai tingkatan 5 je. Tp as far as I was concern, atokku dulu memang pandai ubat orang. Tp dia dah lama meninggal dunia. Sejak aku belum wujud di alam duniawi lg.

missycutie Publish time 8-12-2019 07:03 AM

Teruskan tt.. im waiting... gitu

sarah82 Publish time 8-12-2019 11:00 AM

Sambung vepat TT.. Aku suka bab2 citer seram ni..

Kakasinci Publish time 8-12-2019 11:41 AM

Kakakmemberitahu nenek, dan nenek dengan tenang menjawab tiada apa-apa dan mungkin itu hanya mainan perasaannya..Tapi jauh di sudut hatiku tahu ada sesuatu di rumah nenekku ketika kakak menceritakan hal ni kepadaku..

Ada lg kejadian pelik di rumah nenek. Nanti malam I cerita. Siang xthrill..hihi

umisha Publish time 8-12-2019 03:11 PM

Cerita seterusnya.....
Tungguuuu

Kakasinci Publish time 8-12-2019 09:59 PM

Kejadian ni berlaku ketika aku dan sepupuku sedang menonton tv di dapur. Rumah nenekku yg besar ni ada dua ruang menonton tv. Satu di depan dan satu di bahagian dapur. Ketika sedang asyik menonton tv, rumah tiba-tiba menjadi gelap. Lampu dipadamkan. Kami terkejut dan melihat ke belakang. Makcikku dengan memakai telekung dan memegang kayu menunjukkan isyarat senyap. Rupanya makcik yg menutup lampu. Aku berbisik bertanya kenapa? Aku tahu makcik biasanya akan berada di bilik dari waktu maghrib dan isyak untuk solat dan mengaji. Tapi sekarang sudah pukul 11 lebih. Rupanya makcik tertidur dalam menunggu isyak tapi tersedar apabila dengar sesuatu di atas loteng. Rumah nenek rumah lama jadi memang ada loteng di bahagian atas. Kami bertanya bunyi apa? Makck mengajak aku dan sepupuku ke biliknya. Kami masuk ke bilik makck dalam keadaan rumah yang gelap gelita.

Jantungku berdegup kencang, agak takut tapi aku ikut juga duduk di tepi katil kayu makck dan menunggu bunyi yang diceritakan. Malangnya aku tidak mendengari apa-apa. Makcik risau kalau ada penyamun cuba merompak. Memandangkan pakcikku berada di luar, makcik menelefon bapa saudaraku agar segera pulang.

Setelah beberapa ketika, pakcik balik. Makcik menceritakan apa yang berlaku dan bapa saudaraku mengambil tangga untuk memanjat loteng di atas. Aku ketika itu rasa agak cuak. Sampai di anak tangga yang terakhir, pakcik mendongak kepalanya ke atas dan meninjau kawasan loteng. Kemudian dia berkata "Ada kain putih yang diletak di atas kayu. Ada kucing di tepi kain itu. Nak ambil ke? Kucing itu kita simpan dalam kandang kalau esok siang ada maknanya kucing kalau hilang mungkin benda lain" Makin cuak aku bila dengar pakcik cakap begitu. Tapi nenek terus melarang. Nenek kata tak perlu dan suruh pakcik segera turun. Mungkin nenek juga berasa cuak.

Pada malam itu aku tidak dapat tidur. Perasaan takut masih terasa. Aku baring bersama sepupuku di bilik depan. Ketika cuba melelapkan mata bunyi kanak-kanak bermain di tepi rumah. Gelak tawanya memang macam kanak-kanak. Aku berpeluh. Memikirkan siapa yang bermain di waktu begini. Tak mungkin adik sepupuku tidak tidur lagi dan bermain di luar rumah. Duppp...Duppp... Bunyi sepakan berkali-kali di dinding kayu rumah nenek. Aku dapat bayangkan ianya bunyi bola yang disepak di dinding. Aku pandang sepupuku Rin di sebelah.. Rin memandangku juga. Dia tanya aku bunyi apa tu? Aku cuba baca surah al-fatihah dan ayat kursi. Bunyi itu masih tidak hilang. Suara kanak-kanak yang aku tidak dapat dengar sebutannya yang jelas tapi ianya kuat! Aku ajak Rin keluar dari bilik dan ke bilik nenekku yang berada di dapur. Bilik kami yang paling depan. Memang taklah kami terus tidur dalam keadaan macamtu. Nenek yang sedang baring bangun melihat aku dan Rin di tepinya. Kami menceritakan apa yang terjadi. Nenek cuba menenangkan kami dan mengajak kami tidur di dalam biliknya. Nenek kata kami tak perlu takut. Ia juga makhluk ciptaan Allah seperti kami cuma tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Nenek juga cerita dia selalu merasa diri ditepuk di belakang ketika sedang berzikir di tengah malam. Mungkin itu cara ia menunjukkan kehadirannya pada kita agar kita sentiasa sedar ada makhluk lain di bumi ini selain manusia.

Sewaktu aku baring bersama Rin di sebelah. Aku terus membaca doa tidur. Tidak sedar berapa lama aku ambil masa untuk tidur tapi aku terbangun apabila terasa berat di bahu. Ahh sudah.. Kenapa Aku.. Aku tahula kau wujud. Tak perlu sampai macamni. Fikirku. Aku baca beberapa surah juz Amma. Entah betul atau tidak susunan ayat. Aku dapat rasa bacaanku berterabur. Aku rasa macam nak nangis. Mataku tertutup rapat. Tak berani menoleh ke belakang. Aku teringat muka pontianak yang selalu ada di dalam cerita seram. Makin aku berpeluh. Aku dengar bunyi hujan di luar. Aku teruskan bacaan sehingga aku terlelap.

sarah82 Publish time 9-12-2019 01:39 AM

Rumah nenek TT ada tiang seri ka?
Lps tu... Laluan angin ka rumah nenek TT?

Zack8hunter Publish time 9-12-2019 01:16 PM

keep on posting TT.. tassabar

gummygummy Publish time 9-12-2019 01:36 PM

Teruskan TT wuhuu. Neves i baca

sosimple Publish time 21-12-2019 03:17 PM

mana sambungan :D

bungalavender19 Publish time 21-12-2019 06:33 PM

Sambung lah lagi..

TabletSusu Publish time 22-12-2019 01:13 AM

seram pulak aku baca cerita TT ni..

neez_cookies Publish time 23-12-2019 12:05 PM

Sambung TT

berrygurl Publish time 15-1-2020 04:23 PM

Sampai pertengahan bulan jan tahun 2020 tt ilang..misteri wey

Kakasinci Publish time 16-1-2020 01:11 AM

Haha..sorry la guys. Thread ni mcm xmendapat sambutan sgt. So I pon xsemangat nk post. Tp since da ade yg minta, I update la sikit.

Kejadian ni berlaku semasa cuti semester. Aku pulang ke rumah nenek untuk menghabiskan cuti yang masih berbaki. Telah menjadi rutin bagi aku dan sepupu yang sebaya denganku untuk duduk di verandah rumah nenek pada waktu malam.

Malam itu kami masak mi segera dan makan bersama-sama sambil berborak. Sedang leka berborak ada sebuah motosikal lalu di depan rumah nenek. Rumah nenekku memang bertentangan dengan jalan besar. Aku perhatikan motor tersebut tapi aku tak boleh berfikir ape yang aku nampak. Yang aku nampak seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya aku xpasti apa. Puas aku mengecil dan membesarkan mata. Macam orang tapi tiada kaki dan kepala. Bentuknya seperti bantal peluk. Tiba-tiba aku rasa tanganku dicuit. "Eh! Itu orang kan" Pertanyaan dari sepupuku Atie. Atie orang yang lemah semangat. Dia tidak suka cerita seram. Dia jugalah yang selalu mengejutku ditengah malam untuk ke tandas. Aku menjawab "A'ah" ringkas tapi masih tidak pasti dengan apa yang kulihat. Nak kata orang macam orang berjubah tapi di mana kakinya. Kepalanya juga tak jelas. Macamtu ke rupa hantu sebenarnya. Aku pasti penunggang itu tak sedar ada yang menumpangnya. Sehingga ke hari ini aku masih ingat rupa dan bentuk 'benda' pelik Itu. Aku pernah tengok pocong yang dilakonkan dalam tv. Tp ia bukan seperti itu.
Pages: [1] 2
View full version: Throwback Rumah Nenekku yang Seram


ADVERTISEMENT