Boomibulat Publish time 5-12-2019 11:01 AM

Kulit ayam jangan dibuang,bagus untuk jantung

Jangan buang kulit ayam, ia ada khasiat - Kajianhttps://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2019/04/KULIT-AYAM.jpg
MUNGKIN sebelum ini anda sering mendengar bahawa kulit ayam sangat tidak sihat untuk dimakan.

Selain dikatakan mempunyai banyak lemak, ia juga sering dianggap boleh meningkatkan tahap kolesterol dan menyebabkan masalah kesihatan seperti darah tinggi dan penyakit jantung.

Disebabkan itu juga, ramai yang memilih untuk menyingkirkannya daripada menu, terutamanya bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.

Terkini, menurut laporan portal kesihatan stethnews.com, kajian yang dijalankan beberapa pakar kesihatan di Universiti Harvard mendapati kulit ayam sebenarnya tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan terutamanya terhadap jantung.

Katanya, bahagian kulit yang sering dibuang itu sebenarnya mempunyai banyak khasiatnya, malah bagus untuk jantung anda!

Lemak kulit ayam, menurut laporan pakar itu, tergolong dalam kategori tidak tepu dan lemak jenis ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang buruk, disebabkan hormon seseorang.

Selain itu, kalori dalam kulit ayam juga tidak terlalu tinggi sehingga boleh menyebabkan kegemukan.

Antara lain, kebaikan kulit ayam adalah ia sangat lazat dan anda tidak perlu menambah banyak garam untuk menjadikannya lebih sedap.

Tambahan pula, kulit ayam juga boleh berfungsi sebagai penghalang kepada minyak daripada terus menyerap ke dalam daging ayam yang dimasak.


Themilo Publish time 5-12-2019 11:03 AM

nyam nyam.. sedapnya kulit ayam gorenggggg

KIM.K Publish time 5-12-2019 11:27 AM

Tak sia sia gemuk kerana kulit ayam

sarah82 Publish time 5-12-2019 11:34 AM

Aku mmg suka kukit ayam.. Sekian.

kentel Publish time 5-12-2019 12:50 PM

hmm kalau betol tu cara masakan yang sihat ke memang apa2 cara masakan pun ok??

ikanmasin Publish time 5-12-2019 01:06 PM

akk mmg suka kulit ayam ni.garing2 sedapp:lol::lol:

Andyscenes Publish time 5-12-2019 02:00 PM

sarah82 replied at 5-12-2019 11:34 AM
Aku mmg suka kukit ayam.. Sekian.

kukit pun boleh

MissLana Publish time 5-12-2019 02:04 PM

fav iols ni, dkt psr mlm 'cik, kulit ayam rm2' hihihi

sarah82 Publish time 5-12-2019 02:25 PM

Andyscenes replied at 5-12-2019 02:00 PM
kukit pun boleh

Aku typo.. Biasa la.. Aku suka typo2 ni.. Hahaha

Supersirap Publish time 5-12-2019 02:33 PM

thanks for the info TT

haryatie Publish time 5-12-2019 03:10 PM

iyer ke bagus
yg aku perasan aku alergi kalau mkn kulit ayam
nnti jd gatal2 muka
mmg aku buang semua kulit kalau masak/goreng
kecualiygkfc tu...aku makan la

Lengkong Publish time 5-12-2019 04:06 PM

Kulit ayam goreng {:thumbo


Andyscenes Publish time 5-12-2019 10:47 PM

sarah82 replied at 5-12-2019 02:25 PM
Aku typo.. Biasa la.. Aku suka typo2 ni.. Hahaha

haha.. nasib x bunyi lain macham hahah

komotthecat Publish time 5-12-2019 10:59 PM

makan je tapi kena beringat la

sarah82 Publish time 6-12-2019 04:58 AM

Andyscenes replied at 5-12-2019 10:47 PM
haha.. nasib x bunyi lain macham hahah

Hahaha.. Adoi.. Sorryyyyyy.. Aku malas edit... Hahahaha.. Arwah tok aku dulu suka buat minyak ayam dari kulit ayam..minyak tu buat goreng mee.. Sedap

brownsaga Publish time 20-10-2020 07:48 PM

Ermmm. Jangan makan banyak sangat kulit ayam ni

Bylaaz Publish time 19-3-2021 10:24 PM

Memang favourite kulit ayam ni
Pages: [1]
View full version: Kulit ayam jangan dibuang,bagus untuk jantung


ADVERTISEMENT