terataiku Publish time 30-11-2019 10:54 PM

MENJADI PENJAMIN KES POLIS

Edited by terataiku at 30-11-2019 10:56 PM

Salam forumer. Saya ingin mendapatkan maklumat sebab saya yakin dalam forum ni mesti ada yang tahu selok belok perundangan. Jumaat lepas anak sepupu saya ditangkap polis. Dia keluar dengan kawan2 naik sebuah kereta. Kereta milik kawannya iaitu si A. Ada roadblock dan bila polis check,terjumpa pil kuda. Dalam 2 biji kot, di seat belakang. Masa tu si A tak mengaku barang tu milik dia.anak sepupu saya dan sorang lagi kawan dia langsung tak tahu yg si A ni ambik barang terlarang. Disebabkan si A tak mengaku maka ketiga tiga dibawa ke balai. Tiba di balai dan didesak,baru lah si A mengaku yang pil kuda tu adalah milik dia.

Saya dan pak sedarapergi ke balai dan polis cakap walaupun barang tu bukan milik anak sepupu tapi disebabkan dia berada bersama2 dalam kereta dan si pemilik tak nak mengaku pada awalnya,maka semua kena bawa ke balai dan ni dah jadi kes polis. Polis cakap mungkin isnin ni sepupu akan dilepaskan dengan jaminan polis. Anak sepupu saya ni anak tunggal.bapak dia uzur dan bedridden. Dia ada minta utk saya jadi penjamin dan duit jaminan tu dia akan selesaikan. Cuma saya takut ada kesan ke sy sebagai pemjamin?kalau dalam tempoh tertentu seandainya anak sepupu trlibat lagi dgn kes polis,adakah sy akan turut terkesan? Risau jugak ni.kalau tak tolong sy kesian pd sepupu sbb selama sy belajar dulu dia yg bnyk support sy dari segi kewangan.Mohon pendapat forumer apa kesan menjadi penjamin. Dan satu lagi macam mana proses jaminan dilakukan.


KIM.K Publish time 30-11-2019 11:54 PM

Dulu Ada kenalan kena situasi yg sama. Sampai bayar perawat tradisional juga la suruh buat solat hajat cegah bala. Tak ingat macamana dia lepas

orgsepang Publish time 1-12-2019 06:46 AM

Kenapa tak tanya terus pada pihak polis lagi jelas dan terperinci jawapannya.
Kalau dilihat pada kes rasanya tak adalah berat sangat cuma tt mungkin perlu pastikan anak sepupu tt mesti hadir di mahkamah sebagai saksi. Apa2 hal dengan kes berkaitan polis tak dapat cari anak sepupu tu, polis akan menghubungi tt.

DumBell Publish time 1-12-2019 10:03 AM

salam n selamat pagi tt.. jaminan polis ni selalu duit jaminan akan dipulangkan setelah habis kes di mahkamah dan didapati OKT tak bersalah atau suspek atau saksi dan tak bersalah juga... duit jaminan akan dipulangkan.. resit bayaran jaminan simpan sbb nanti nak claim balik..

kalau jatuh hukum..
duit jaminan xboleh dikembalikan..

tiada masalah buat penjamin sbb bukan jamin kete, along, angah atau achik..

MissLana Publish time 1-12-2019 03:14 PM

brp umur anak sepupu TT?

terataiku Publish time 1-12-2019 03:16 PM

MissLana replied at 1-12-2019 03:14 PM
brp umur anak sepupu TT?

Umur anak sepupu 23

Gomea Publish time 1-12-2019 03:29 PM

Edited by Gomea at 1-12-2019 03:30 PM

Kalau dengan jaminan polis ni maknanya siasatan tak lengkap lagi. Kalau yang jaminan duit tu,maknanya siasatan dah kukuh. Jaminan polis, penjamin cuma kena sain je. Takde keluar duit pape pon. Cuma jamin mulut je.

Ni pengalaman masa jamin adik ipar dulu2.

Gomea Publish time 1-12-2019 03:36 PM

Lupa nak tanya, ank sepupu tu urine sangkut tak?

terataiku Publish time 1-12-2019 03:50 PM

Gomea replied at 1-12-2019 03:29 PM
Kalau dengan jaminan polis ni maknanya siasatan tak lengkap lagi. Kalau yang jaminan duit tu,maknany ...

Polis cakap kes akan dibawa ke court. Dis bagitau awal2 blh jamin dgn wang jaminan antara rm3k-rm5k lebih kurang mcm tu la. Maknanya jaminan duit la tu

terataiku Publish time 1-12-2019 03:51 PM

Gomea replied at 1-12-2019 03:36 PM
Lupa nak tanya, ank sepupu tu urine sangkut tak?

Masa kt balai mlm tu jgk dia bertiga buat urine test dan ketiga2 negatif

Gomea Publish time 1-12-2019 04:08 PM

Edited by Gomea at 1-12-2019 04:09 PM

terataiku replied at 1-12-2019 03:51 PM
Masa kt balai mlm tu jgk dia bertiga buat urine test dan ketiga2 negatif

Kalau kawan dia dah mengaku barang dia kenapa pulak anak sepupu pon kena tahan? Lagi pun urin tak sangkut. Dia kena tahan atas sebab ape? Siap kena jamin duit plak tu. Anak sepupu tu crite benda yang betul ke tak? Tt pegi jumpe io yg handle kes ni. Lebih baik dengar dr mulut polis sendiri

terataiku Publish time 1-12-2019 04:17 PM

Gomea replied at 1-12-2019 04:08 PM
Kalau kawan dia dah mengaku barang dia kenapa pulak anak sepupu pon kena tahan? Lagi pun urin ta ...

Mcm ni,masa polis jumpa brg tu dom kereta si A,dia tak mengaku.polis dah warning kalau semua taknak mengaku,tiga2 org kena bawa ke balai.

Tp bila smpai kt balai lastly si A ni mengaku. So kes ni akan dibicarakan dan IO dh bgtau kalau masa bicara nanti si A mengaku,so dia je yg kena hukum. Lagi 2 org termasuk anak sepupu ni dibebaskan dgn jaminan.
Ntahla,itu yg IO bagitau.sy mmg x tahu psl semua ni. Mmg itu la kot prosedur polis

candilixious Publish time 2-12-2019 09:45 AM

Salam TT, untuk jadi penjamin di Mahkamah tidak ada effect pada tt. Cuma nya tt kena memastikan kehadiran okt/anak saudara tt ke mahkamah pada setiap kali sebutan. Sekiranya okt/anak saudara tak boleh hadir, tt kena hadir untuk maklumkan Mahkamah kenapa anak saudara tak dapat hadir. Sekiranya gagal waran tangkap akan dikeluarkan kepada okt/anak saudara dan notis kepada penjamin iaitu tt sendiri. Akibatnya wang jaminan boleh dirampas/dibekukan atau dinaik kan sekiranya Mahkamah tidak berpuashati dengan alasan ketidakhadiran. Jadi selagi tt dan anak saudara hadir ke Mahkamah, takde masalah untuk tt jadi penjamin.
Pages: [1]
View full version: MENJADI PENJAMIN KES POLIS


ADVERTISEMENT