M.Anas Publish time 25-11-2019 08:38 PM

4x4 mana yg senang jaga dan tahan lasak,sparepart sng cri

Hilux triton dmax

Clan204 Publish time 25-11-2019 09:05 PM

hilux la... minyak jimat parts berlambak... cuma benda panas la... tak semua kompeni insuren nk cover

per706 Publish time 25-11-2019 11:24 PM

Hilux pnas tu betol...a few years back msa keje site,.proj manager gelakan subcon sbb siap rantai besikan lgi hilux dia setiap kali parking...last2 hilux proj manager aku kena hangkot.parking dlm carporch uma lak tu!

royaldanish Publish time 25-11-2019 11:31 PM

Hilux paling byk guna kat site yg jalan kayu balak

sehirkedi Publish time 25-11-2019 11:38 PM

Hilux tahan lasak, spare part senang cari dan kos penyelengaraan kurang membebankan.
Tapi tang corner kurang helok keseimbangannya. Moose test gagal. Awas, tak boleh laju-laju kalau dekat selekoh.

Dulu pakai tayar Michellin, lagilah sakan nak terbalik bila lalu selekoh dalam kelajuan 80/kmj je. Sekarang dah tukar tayar Silverstone, tegap dan bagus sikit. Masa mula-mula dulu pakai tayar Bridgestone pun bagus.

Cakap pasal tahan lasak, kereta hilux memang menjadi pilihan untuk dibawa ke tapak pembinaan. Orang bengkel pun cakap, Hilux memang tahan lasak walaupun dibawa ke kawasan pembinaan yg berbukit dan lopak sana sini dengan membawa beban yg berat lagi tu. Kalau jenis yg lain katanya dah meragam dan tak boleh bertahan.

Kalau setakat nak jalan bergaya iols minat D-Max sebab stabil, cantik, harga lebih murah, canggih sikit, interior menarik dan pengeluarnya Isuzu diyakini kerana mereka pakar dalam mengeluarkan trak dan lori.

M.Anas Publish time 26-11-2019 12:57 AM

Ada beza x dari segi spec 2.5 2015 kebawah dgn 2.4 2016 ke atas dari segi enjin

MenteriWanita Publish time 26-11-2019 03:13 AM

Kau kalau drive macam mana, elok ka macam orang gila, kereta untuk kerja atau show off saja, kalau untuk pergi kerja, jalan seharian yang dilalui tu okey ke, ada masuk tanah merah ka, hutan bakau ka, kalau nak bergaya ambil FORD RANGER, nak kerja harian ambil HILUX atau TRITON, aku tak minat 4x4 dia punya mantul kat jalan raya serupa gampang, nak tidur tak selesa, dah macam naik katak, tapi itu lah kelebihan dia makin banyak barang angkut makin steady.

nize Publish time 21-12-2019 04:42 PM

Boleh katakan semua 4 x 4 di pasaran malaysia senang carik part dia, cuma kena tahu pengguna duduk mana, kalau tinggal di pendalaman yang jenis biasa hilux, triton dmax mungkin lebih mudah cari cuma$$ je.

Ada banyak pilihan sekarang dipasaran
Hilux - absorber keras (mantul2), barang panas, hp rendah skit
Triton- absorber lembut skit, panas gak, nampak hot weels, hp tinggi (Laju)
Dmax - ada enjin baru 1.9 rasanya bi turbo.
Ford ranger- ada engin baru gak 1.9@2.0 biturbo harga mak aih mahal.
mazda b50 - design lamaharga menarik
Navara - mother truckers , absorber lembut, lari berdesup. harga mnarik.
colorado- tak sure ada model baru tak , harga memang agak mahal sbb chevrolet.

nize Publish time 21-12-2019 04:45 PM

M.Anas replied at 26-11-2019 12:57 AM
Ada beza x dari segi spec 2.5 2015 kebawah dgn 2.4 2016 ke atas dari segi enjin

kalau triton memang beza - sebab yang 2.4 mivec (cc kecik power lebih )

assaffah Publish time 6-5-2020 07:57 AM

Kalau syok pandu Ford Ranger berbanding Hilux. Aku pandu 180km sejam dan corner 120km sejam pun tak membuang. Ford Ranger Raptor mungkin lagi mantap tapi aku belum pernah cuba lagi.
Pages: [1]
View full version: 4x4 mana yg senang jaga dan tahan lasak,sparepart sng cri


ADVERTISEMENT