Kiyoka Publish time 19-11-2019 11:25 PM

Tersangat stress dengan husband sendiri

Aku tak tau nak cerita dengan siapa. Terfikir nak luahkan dekat sini. Aku sangat stress hidup dengan husband aku. Kitorang dah nak masuk 9 tahun kahwin. Sebelum ni dia ok je. Tapi tahun ni dia sangat2 berubah. Dia jadi kuat sentap dan cepat marah. Apa aku buat or cakap semua serba tak kena pada dia. Padahal aku dah tone down. Tapi asyik la dia nak marah2 aku. Aku sedihhh :'(

Aku tak kerja. Lepas habis belajar aku terus kahwin dan jadi housewife. Aku memang sacrifice hidup aku untuk dia. Tapi hujung2 macam ni je dia layan aku. Yang buat aku lagi sedih, dia pernah ada cubaan nak mencurang baru2 ni. Dia put all the blame on me. Aku cuba betulkan mana salah aku, cuba jadi isteri yang lebih baik. Tapi makin teruk je dia layan aku :'(

Aku teringin sebenarnya nak berkomunikasi dengan dia elok2, dia bagi opinion dia..aku bagi opinion aku. Tapi aku tak dapat nak buat macam tu. Sebab bila aku bercakap je nanti dia akan sentap. Selalunya dia akan cakap 'takde pape la, malas la nak cakap'. Tak boleh ke kalau kita discuss elok2. Kenapa mesti nak cepat sentap macam tu? Habis tu macam mana kita nak communicate? :'( stress sangat aku rasa. Padahal bukan ayat marah atau perli dia pun. Ayat statement or soalan biasa je. End up, aku banyak diam je sekarang. Aku takde mood nak berborak dengan dia. Aku takut dia sentap. Tapi hidup aku jadi boring la sebab tak bercakap sangat kan. Dah la aku tak keje, memang tak bersosial sangat. Boleh kemurungan aku mcm ni :'(

Entah la. Sekarang ni aku rasa aku lagi happy kalau dia takde. Aku rasa macam nak doa je Allah ambik nyawa dia. Berdosa tak aku sebab rasa macam tu? Aku langsung dah tak rasa bahagia. Aku jadi sangat stress bila selalu kena marah.

Aku sekarang tengah dalam proses cari kerja. Aku ada degree. Aku nak kerja, aku dah taknak bergantung hidup dengan dia. Aku dah taknak berkorban hidup untuk orang yang tak hargai aku. Lebih baik aku fikirkan diri sendiri. Tapi tu la, aku dah lama sangat jadi housewife + takde experience, takde company lagi yang nak terima aku :'( kalau ada siapa2 yang nak offer aku kerja, pm la aku ye. Help me! :(

Moral of the story untuk wanita2 di luar sana, tak perlu lah sacrifice untuk orang yang belum tentu hargai kita. Fikir lah untuk diri sendiri. Jangan jadi bodoh macam aku :(

Lolalala Publish time 19-11-2019 11:54 PM

Cari la kerja. Tu semua cari pasal sebab dia dah start mencurang la tu. Dia divert perasaan bersalah sebab "curang" tu dgn perasaan "marah & salahkan TT" walaupun kesalahan kecil.. Buat apa fikir sentap dia. Luah kan je apa terbuku dalam hati. Selagi x diberitahu, mana la dia tahu. TT ada anak tak?
Jgn laaa doa mati. Doa je dia kena pi outstation seminggu 3x

penmerah Publish time 20-11-2019 12:13 AM

Sedihnya tapi saya rasa husband berubah Tu sbb dah pasang awek kot
Yang lenlain Tu hanyalah alasan nak justify dia bercurang-curangan
Dah kawin 9 tahun, alasan awak tak bekerja etc Tu sume hanyalah alasan
Sis Cari kerja sis, hantar CV ke opis2 by hand

bintangct Publish time 20-11-2019 12:22 AM

Find your own happiness sis!
Kesian kat sis.. dekatkn diri dgn fmly members yg lain2. Selalu la outing dgn bff.. or reunion ke

Sazida Publish time 20-11-2019 12:37 AM

Cariklahh keje tt oi. At least dpt jugak kawan2. Jgn tt dpt bopren baru sudahlaa.

chicozinn Publish time 20-11-2019 01:01 AM

TT sila cari kerja sbb aku memula baca citer ko ni aku da agak da laki ko ade pompuan lain b4 aku baca part start mencurang tu..

Bukan pe better pompuan ade simpanan sndri tkut bila diceraikan tggal sehelai sepinggang je..

sarahmirza Publish time 20-11-2019 01:22 AM

Dah ada GF la tu...
Bertabah la TT..

MenteriWanita Publish time 20-11-2019 01:53 AM

First thing first TT, kalau dah pasang niat nak cari kerja dan tampung diri sendiri itu very the bagus, teruskan ja, jangan buat untuk orang lain, apatah untuk balas dendam kat toklaki, itu niat tak baik, Allah SWT tak akan bantu untuk permudahkan, jadi buatlah untuk diri TT sendiri.

Soal toklaki TT manusia dia akan ada evolusi atau perubahan 10 tahun sekali, kita panggil krisis dekad, TT umur 10 tahun takkan sama dengan TT umur 20 tahun, tapi sebabperempuan lebih banyak hormon, jadi lebih banyak perangai, jadi transisi ni tak nampak sangat,

Berbanding dengan lelaki sangat nampak jelas, dari banyak cakap jadi diam, dari diam tiba2 banyak bebel, dari boleh tolak ansur terus tak nak bagi tolak ansur, harap TT boleh bagi toklaki ruang untuk perubahan itu dengan perlahan2 arahkan tindak tanduk dan respon dia ke sudut yang positif, kalau tak TT bakalan stress hari2,

Lagi satu soal cubaan dia nak curang, curang ni dari zaman Firaun dah ada TT, biasalah rumah tangga memang ada pasang surutnya, kat luar sana bersepah pompuan yang nak duit ja mencoba memikat toklaki orang lain untuk dijadikan mesin ATM, dia takdan nak pikat mat rempit, hujung2 duit dia pulak kena lipat nanti,

9tahun kahwin, TT cakap toklaki okey, baru tahun ni ja berubah, nak bawa bincang dia tak mau kan, okey TT cari mana2 kawan atau orang yang toklaki TT sangat hormat, pak dia ka, pakcik dia ka, abang dia ka, bff dia ka, sambil bual2 kosong sambil dimasukkan sekali soal masalah TT secara spontan, kira guna contoh orang lain,

Kira bawa lah datang rumah kononnya, sebab ada lelaki dia malu nak citer dengan isteri kalau dia ada apa2 masalah, benda kalau kita tak boleh settle sendiri dah buntu memang kena ada helpline lain,

Akak saya kalau toklaki dia lain sikit, dia terus drive ambil makpak mertua kat kampung bawa datang rumah, toklaki balik kerja senyum ja, dia dok bual2 dengan makpak dia, nanti makpak dia nasihat dia, 2,3 hari dah okey, sekarang kalau toklaki buat hal akak saya akan petik nama makpak dia, sampai nangis2 orang tu ;P pernah jadi depan mata saya, semua orang ada kelemahan TT gunakan lah kelemahan mereka itu untuk benda baik,

Saya doakan yang terbaik untuk TT dan toklaki {:thumbo

Andyscenes Publish time 20-11-2019 02:09 AM

bodoh punya laki. da dpt puki. kau buat hal. kimak. kalau depan aku, pecah kepala laki kau aku pukul

noor2 Publish time 20-11-2019 07:24 AM

Dia dah ada orang lain tu tt.Awak carilah kerja. .insya Allah mesti dapat....jangan pedulikan suami Sgt. ...hiduplah untuk anak2 dan diri sendiri. ...hidup ni bukan semata nak berlaki. ....akhirat tu lagi penting. ...

takayama Publish time 20-11-2019 07:57 AM

Bgs TT nak cari kerja
InsyaAllah akaada rezeki nnt, usaha htr cv ke mana2 company mana tahu kan akan ada sangkut nnt
Tang tok laki TT tu buat mcm biasa, selain tu hbskan masa dgn membaca, window shopping dan keluar dgn family juga

supermum Publish time 20-11-2019 08:31 AM

Kalau tak pernah ada experience keja degree level, u kena start slow dari bawah. Try post assistant dulu. Jangan terus lompat mintak exec level. Ambik feel dulu kerja macam mana, ambik banyak2 experience, dalam setahun baru try mintak exec level. U grad course apa? Kalau bidang sains susah sikit nak balik ke bidang tu sebab hands on mesti dah lupa2.
Ada anak ke? Husband u dah ada org lain la tu. huhuhu

Kiyoka Publish time 20-11-2019 08:58 AM

Thank you semua untuk kata2 positif. Dalam keadaan fragile macam ni, bila dapat kata2 positif n kind words dari korang..aku sangat terharu. InshaAllah aku memang tengah berusaha cari kerja. Aku memang nak happykan diri aku dan anak2 je.

Pasal curang tu actually dia bukanlah curang yang betul2 ada skandal tu. Dia cuma purposely bagi hint kat aku supaya aku berubah sebab dia cakap aku ni garang and tak hormat dia sangat sebelum ni. So, aku memang dah betulkan silap aku. Aku dah tone down, jadi isteri yang lebih baik.

Dia ok je dari segi tanggungjawab. Dia bagi aku and anak2 kehidupan yang selesa. Bagi rumah yang selesa (gated and guarded), bagi kereta untuk aku gerak ke mana2, ada insurance and savings untuk aku and anak2. On that part, aku bersyukur je. Cuma emosi aku je yang selalu terseksa. Mungkin jugak dia stress dengan financial problem sekarang ni. Sebab tu dia jadi mudah marah macam tu.

In fact, sekarang pun dia asyik pinjam duit aku untuk belanja dia (rokok, bola/futsal, mengeteh dengan kawan2). Aku ada buat business sendiri jugak. Boleh la nak ada duit poket sendiri sikit2. Aku bagi je kalau dia nak guna duit tapi masih jugak nak marah2 aku macam tu.

Doakan aku dapat kerja cepat2! I am more happier if i less care about him hahaha

Kiyoka Publish time 20-11-2019 09:03 AM

Lolalala replied at 19-11-2019 11:54 PM
Cari la kerja. Tu semua cari pasal sebab dia dah start mencurang la tu. Dia divert perasaan bersalah ...

Aku ada dua orang anak. Anak2 aku pun tak rapat dengan ayah diorang sebab dia memang serahkan dekat aku untuk uruskan anak2. Dan dia pun takde effort sangat nak ambik hati anak2. Alasan dia nanti --> anak2 taknak dengan dia

julielapadite Publish time 20-11-2019 09:08 AM

I suggest chuol kena cari org tengah utk jadi moderator antara perbincangan chuol berdua. Kalau mcm ni mmg chuol dah tak mampu have two way communication. Pegi la kaunseling lppkn atau pej agama.

Kiyoka Publish time 20-11-2019 09:12 AM

MenteriWanita replied at 20-11-2019 01:53 AM
First thing first TT, kalau dah pasang niat nak cari kerja dan tampung diri sendiri itu very the bag ...

Macam betul je krisis dekad yang you cakap tu. Mungkin ye kot.

Pasal cadangan you tu, the only person yang dia hormat rasanya mak dia je la kot. Tapi memang tak la kalau aku nak cakap dengan mak dia macam tu. Mak dia sejenis yang back up anak. Sebelum2 ni dah ada kes menantu mengadu pasal anak dia. Hujung2 menantu yang dipersalahkan ye, anak lelaki dia tetap tak salah. Family dia jenis yang judgemental. Dia dibesarkan dalam keluarga yang pelik. Sebab tu kot sekarang dia bertukar jadi pelik. Jenis masing2 rasa diri betul, ego setinggi langit, taknak terima pendapat orang.

seri_mawr Publish time 20-11-2019 03:04 PM

memang ramai laki tak gun ajadi suami skrg ni....

dah lah tak guna...ilmu and tanggungjawab sebagai suami pun cetek....

ada laki setakat tahu buat anak jek....benda lain satu kupang tak reti....

ehh...geram la aku....mmg kesian dgn isteri2 zaman skrg....

ko cari jek keje kak oiii.....usah di hadap laki ruper itu....

Kiyoka Publish time 20-11-2019 03:52 PM

seri_mawr replied at 20-11-2019 03:04 PM
memang ramai laki tak gun ajadi suami skrg ni....

dah lah tak guna...ilmu and tanggungjawab sebag ...

Exactly! Ilmu parenting dan ilmu sebagai suami memang cetek. Jenis ego pulak tak boleh terima kita tegur. Kalau aku share apa2 ilmu pasal parenting or ilmu2 pasal husband and wife ni, bukannya dia nak baca pun. Dia ingat dia belajar pandai semua benda dia dah tahu kot. Tapi tak sedar akhirnya ke laut.

Anak aku yang sulung pun nampak macam tak suka ayah dia sendiri. Dia dengan anak pun main marah sebarangan. Langsung takde ilmu parenting.

Pendek kata, kalau dia takde..semua orang lagi happy.

Meiizu Publish time 20-11-2019 04:02 PM

Edited by Meiizu at 20-11-2019 04:05 PM

patutlah orang tua kadang risau kalau anak perempuan tak keje bukan sebab duit semata ..memang banyak sebab lah.
tapi confuse plak ..kata nak cari keje tapi ada business? kenapa tak continue secara serious..
you sanggup ke kalau takat keje admin/front desck tu gaji rm1600 je.?haaa kalau sanggup .. i nak ingatkan time interview ckp anak dah besar, jgn sesekali ckp nak kluar amik anak etc, baik dia amik cik single jerr keje.nampak hal kecik tapi camtulah employer ni bukan heran pun katanya banyak lagi orang nak keje.

Donutfilling Publish time 20-11-2019 05:35 PM

Solat shuben ok tak? Paling tidak pun solat subuh?

Hihi kalau ad yg berubah... try bwk g scan
Kui2 yg lain jgn kecam ye

I takde lah caye sgt
Tp ad berubah baik lah lps tu
Solat subuh ok masjid pun dah btahun elak boleh je g

Ad tempias skit2 cerita TT dgn sy
Langsung tak ley nk borak
Ad je tak kena huhu
Pages: [1] 2 3
View full version: Tersangat stress dengan husband sendiri


ADVERTISEMENT