Sang_Pencinta Publish time 11-11-2019 10:22 AM

'Leon Mesti Islam, Dilarang Hubungi Istana' - Antara Syarat Sultan Kepada Rihan

Sultan Kelantan dilaporkan telah menawarkan dana amanah (trust fund) untuk bayi yang dilahirkan mantan isterinya, Rihana Oksana Petra berjumlah 195,000 pound (RM1.03 juta) dengan pelbagai syarat.


Antaranya, bayi itu, Tengku Ismail Leon Petra, 5 bulan, mestilah dibesarkan sebagai Islam dan tidak boleh menghubungi Baginda sama sekali.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201911/11/065552dkouiorg2eqjtote.jpgKredit foto: Carian Google




Syarat perjanjian antara pasangan itu dilaporkan DailyMail UK sebelum Rihana memulakan prosiding di sebuah mahkamah di Moscow untuk meminta ujian DNA membuktikan bahawa bayi itu adalah zuriat Sultan Muhammad V.


Walaupun pihak Istana dikatakan telah menafikan gambar-gambar bayi itu menyerupai Baginda, sumber DailyMail melaporkan bahawa pihak Sultan pernah menawarkan jumlah RM1 juta itu dengan pelbagai syarat.


Menurut sumber itu lagi, Leon mesti dibesarkan sebagai Islam Sunni dan diwajibkan menghadiri sekolah agama.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201911/11/065727yysyncg4izgincgk.pngKredit foto: IG




Dana amanah itu boleh dikeluarkan sebanyak 1,160 pound (RM6100) sebulan sebagai perbelanjaan Leon sehingga ke pengajian Universiti.


Bagi Rihana pula, pihak Sultan dikatakan bersedia menawarkan sejumlah 77,600 pound (RM410,000) yang akan dibayar dalam tempoh 10 bulan.


Syarat tambahan dalam perjanjian itu termasuklah penolakan pihak Istana untuk mengesahkan atau menafikan kesahihan sebarang paterniti bayi tersebut. Leon juga tidak layak menuntut hak terhadap kesultanan Kelantan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201911/11/065752il5l5mevvc5mmyc5.pngKredit foto: IG



Bagaimanapun, DailyMail melaporkan bahawa pihak Rihana menolak tawaran tersebut kerana klausa ketat non-dsclosure (NDA) dalam perjanjian itu akan menyebabkan beliau terpaksa membayar balik jika gagal mematuhinya.


Rihana sebaliknya kekal dengan pendiriannya untuk meminta sebuah villa bernilai 16 juta pound (RM85 juta) dan elaun perbelanjaan untuk Leon 24,400 pound (RM129,175) sebulan. Turut dituntut adalah rumah bernilah 8 juta pound (RM43 juta) di London dan apartmen 1.2 pound juta (RM6.3 juta) di Moscow.


Jika dibandingkan, jauh kecil jumlah yang sanggup dibayar oleh pihak mantan suami berbanding apa yang dituntut Rihana. Persoalannya, adakah jumlah itu berpatutan? - CARI

alinone78 Publish time 11-11-2019 10:26 AM

yakinnya leon bukan anak nya
kesian leon

belum apa apa dah malu sedonya

dubuk Publish time 11-11-2019 10:28 AM

kalau budak ni tak panjang umur..

natrahn Publish time 11-11-2019 10:30 AM

kesian Leon... anak kecil ni jadi mangsakeadaan.. hmmm

tomatome Publish time 11-11-2019 10:35 AM

Nape ntah ak rasa leon ni anak sk..

Comel nya tengok baby ni pakai seluar hitam.. sian sbnrnya rihanna n baby nye..

fizz2510 Publish time 11-11-2019 10:44 AM

klau bukan anak kandung...cmne plak bleh wujudnye perjanjian...hurmmm :o:o:o

allysumc Publish time 11-11-2019 11:02 AM

Boleh percaya ke wakil sultan n daily mail ni?

NazRysha Publish time 11-11-2019 11:05 AM

rihanna ni bijak okey
comel sgt tengku leon

LadyCarefree Publish time 11-11-2019 11:14 AM

fizz2510: klau bukan anak kandung...cmne plak bleh wujudnye perjanjian...hurmmm :o:o:o


Apa pulak xbolehnya?

Girl-N-Roses Publish time 11-11-2019 11:16 AM

buat je lah DNA
nak tahu anak siapa
ni dok berdolah dalih
claim sana sini
sian baby tu jd mangsa

awanysss Publish time 11-11-2019 11:19 AM

LadyCarefree replied at 11-11-2019 11:14 AM
Apa pulak xbolehnya?

maksud dia, kalau sultan tak ngaku tu anak dia, kenapa nak bother buat perjanjian ni bagai..
buat DNA test, terus boleh close case kan kalau bukan anak dia.. buat ape nak bayar banyak2..

cmf_premierleag Publish time 11-11-2019 11:19 AM

dia takde rasa kasih ke kat baby leon tu yg didakwa sbg anak dia?
aku yg takde blood related apatah lg dna bagai dgn leon ni pun rasa kasih sgt kt baby ni
sbb dia bersih dr dosa

Kurex Publish time 11-11-2019 11:22 AM

kesian.. budak yg tak tau apa,yg tak salah jadi mangsa keadaan..

Sang_Pencinta Publish time 11-11-2019 11:22 AM

Edited by Sang_Pencinta at 11-11-2019 11:25 AM

Rm6000 sebulan bg kita cukuplah tapi di sana Rihana tpaksa lupakan darah diraja Leon, hidup sederhana pun entah tak cukup

royaldanish Publish time 11-11-2019 11:24 AM

malunya budak tu besar nanti.. tak tau bapa sapa.. lepastu yg kawen dgn emak pulak siap2 bg warning heols tak layak menuntut hak..

Ambik je la Oks apa yg diberi tu.. duduk aman2 duit masuk.. nanti ada la laki kaya masuk meminang

Sang_Pencinta Publish time 11-11-2019 11:27 AM

Means kalau dia ambil, tak bolehlah Leon tu ada Youtube, Instagram etc Rihana pun tak boleh jumpa media.

fizz2510 Publish time 11-11-2019 11:30 AM

awanysss replied at 11-11-2019 11:19 AM
maksud dia, kalau sultan tak ngaku tu anak dia, kenapa nak bother buat perjanjian ni bagai..
buat ...

yupp.... klau bukan ank kandung why bother

NAT_11 Publish time 11-11-2019 11:31 AM

Edited by NAT_11 at 11-11-2019 11:33 AM

Mana sultan nak korek duit rm1.3 juta dan tiap-tiap bulan seribu paun.....?
Adakah dia ambil darpada royalty minyak untuk pembangunan negeri Kelantan yg Kerajaan Pusat bagi, setiap tiga bulan...?
Macam ni, habislah royalty minyak utk tanggong nafsu serakah dia terhadap p#$i koksyen. Lepas Oac, Diana, lepas tu entah berapa ramai slut lain.



haryatie Publish time 11-11-2019 11:35 AM

elaun perbelanjaan untuk Leon 24,400 pound (RM129,175) sebulan
mahal nya belanja sebulan

chicozinn Publish time 11-11-2019 11:38 AM

exgong ni buat je la DNA test..ape payah bebenor nih???
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: 'Leon Mesti Islam, Dilarang Hubungi Istana' - Antara Syarat Sultan Kepada Rihan


ADVERTISEMENT