ipes2 Publish time 9-11-2019 09:09 PM

[ILMU MUDAH]: PERNIAGAAN BUKU-BUKU ANTIK

Edited by ipes2 at 9-11-2019 10:47 PM

Perniagaan buku-buku antik adalah salah satu dari beberapa multi-million dollar bussinesses yang tidak begitu diketahui di Malaysia. Walaupun hampir setiap rumah mempunyai buku-buku, dan hampir setiap penduduk di Malaysia pernah memiliki senaskah, namun sangat sedikit yang tahu akan nilai dari segi matawang sebahagian kecil dari buku-buku tersebut. Sebagai permulaan, marilah kita tinjau business ini, secara keseluruhannya.

Dari segi matawang, buku-buku mula menonjolkan nilai mereka apabila naskah itu mula meningkat umurnya. Satu lagi faktor penting adalah edisinya; pada am nya, edisi pertama adalah lebih utama. 'Limited Edition' juga adalah lebih popular. Jika terdapat signature penulis, maka ianya lebih hebat lagi. Walaupun tujuan asal dari segi penulisan satu-satu title adalah kesannya kepada pembaca dan masyrakat, namun faktor-faktor yang membawa kepada rarity lah yang menaikkan nilai suatu naskah itu.

''The Northumberland Bestiary'' telah terjual dengan harga USD4.1mil dalam tahun 1990 (USD8.0mil nilai hari ini). ''The Canterbury Tales'', yang hanya 12 naskah sahaja dari Edisi pertamanya diketahui masih wujud, terjual kepada John Paul Getty Jr dengan harga USD7.5mil pada tahun 1998 (USD11.69mil hari ini). Bill Gates pula telah membeli buku lama ''The Codex Of Leicester'' pada tahun 1994 dengan harga USD30.8mil (USD52.8mil hari ini). Senaskah dari Edisi pertama''Harry Potter And The Philosopher's Stone'' oleh JK Rowling telah terjual dengan harga USD90,000 baru-baru ini walhal ianya adalah buku yang agak baru.

Jika kita mewarisi satu satu naskah buku dari orang tua kita, lihatlah keadaan buku tersebut, ini adalah penentu besar nilainya. Lihatlah pada umurnya, juga pada Edisi percetakannya. Apakah significance buku itu kepada dunia pembacaan? Adakah ianya buku ''13 May'' yang tercetak sewaktu ianya mula diharamkan, jika begitu, adakah ianya Edisi pertama? Jika ianya nya tercetak selepas pengharaman, mungkin nilainya agak rendah sedikit. Tetapi tunggu dulu, mungkinkah ianya Edisi yang menggunakan ejaan ''13 Mei''? Adakah kita mempunyai naskah asal dari Edisi pertama buku Tun Mahathir? Ataukah mungkin buku terawal dari Edisi pertama Dato Shannon Ahmad yang ditandatangani beliau?

Jagalah buku-buku kita. Setiap hari baru, ia memasuki realm sejarah dan ianya bertambah umur sehari lagi.

KIM.K Publish time 9-11-2019 09:50 PM

Saya sekarang beli ebook keusahawanan dari Google play. Senang nak download. Apa segala jenis buku ada, pricing, socmed marketing yg penting ada ongkosnya

Sekarang berminat juga meninjau bengkel masterclass.com. Ada sesiapa sudah ada pengalaman join masterclass? Any benefits..

Catpaw Publish time 9-11-2019 10:47 PM

Kamus2 lama dah makin berharga sebab dah keluar yang baru, ada yang perkataan yang dikeluarkan daripada kamus.Nak cari perkataan lama kadang dah takda dalam kamus baru, kena cari kamus lama. Kena cari kat kedai jual buku secondhand. Salah satu kat Pulau Pinang, Chowrasta market. Saya takberpeluang masa pergi ke P.Pinang hari tu, kesuntukan masa, ada buku yg saya cari kat kedai buku terpakai ni.

sharlenetexas Publish time 9-11-2019 11:10 PM

Iols ada buku Hang Tuah terbitan DBP.
Tapi dulu terhilangkan buku Tun Biajid Anak Hang Tuah. Rasa menyesal sangat2.
Pernah ada orang nak beli buku Juara Yang Tewas tapi iols lagi suka buat koleksi.
Harap2 lepas ni ada usaha untuk terbitkan semula buku2 Nakula.

ipes2 Publish time 9-11-2019 11:13 PM

KIM.K replied at 9-11-2019 09:50 PM
Saya sekarang beli ebook keusahawanan dari Google play. Senang nak download. Apa segala jenis buku a ...

awak ni wanita zaman IT
sy buku2 ni sy lebih suka yg fizikal nye
yg boleh pegang2, baca atas katil and if tertido di terjatuh pap atas muka!

sy ada la masterclass, tetapi dlm bidang sy lah

ipes2 Publish time 9-11-2019 11:15 PM

Catpaw replied at 9-11-2019 10:47 PM
Kamus2 lama dah makin berharga sebab dah keluar yang baru, ada yang perkataan yang dikeluarkan darip ...

byk buku2 DBP tu yg guna logo lama tu, agak terhad publications some of them tau.
if jumpa beli aje
if topic2 boring tu, ha mmg layak dibeli simpan, eg jenis2 basikal di penang..haa, maybe cetak tahun 30an, mesti mahal

ipes2 Publish time 9-11-2019 11:24 PM

sharlenetexas replied at 9-11-2019 11:10 PM
Iols ada buku Hang Tuah terbitan DBP.
Tapi dulu terhilangkan buku Tun Biajid Anak Hang Tuah. Rasa m ...

cuba goolge tun biajid tu, tapi tak nmpk lak pix nye
jauar yg tewas tu 2nd hand rm60 sekarang
tapi surely edisi bukan yg pertama
cover awak camaner?

mcm dlm pix inikah

ipes2 Publish time 9-11-2019 11:25 PM

sharlenetexas replied at 9-11-2019 11:10 PM
Iols ada buku Hang Tuah terbitan DBP.
Tapi dulu terhilangkan buku Tun Biajid Anak Hang Tuah. Rasa m ...

cuba goolge tun biajid tu, tapi tak nmpk lak pix nye
jauar yg tewas tu 2nd hand rm60 sekarang
tapi surely edisi bukan yg pertamawalaupun logo dbp tu logo lama
cover awak camaner?

mcm dlm pix inikah

sharlenetexas Publish time 9-11-2019 11:25 PM

ipes2 replied at 9-11-2019 11:24 PM
cuba goolge tun biajid tu, tapi tak nmpk lak pix nye
jauar yg tewas tu 2nd hand rm60 sekarang
ta ...

Opsss! ;P

Catpaw Publish time 9-11-2019 11:32 PM

ipes2 replied at 9-11-2019 11:15 PM
byk buku2 DBP tu yg guna logo lama tu, agak terhad publications some of them tau.
if jumpa beli a ...

Kalau ada buku2 yg dalam pencarian saya memang beli la, kalau tak mahal sgt hehe

takayama Publish time 10-11-2019 05:31 AM

Klu naskhah buku2 lama ni kaka ada bbrp naskhah lama kt rumah ayah cuma koleksi ayah tu bhs arab lah ygayah kaka beli time dia study kt Mesir zaman hujung tahun 1950an dan awal 1960an,still cantik cover dia, dulu2 ayah kaka mmg suruh anak2 yg bersekolah agama baca dan tafsirkan namun kaka biasa akagive up sbb bhs arab tu terlalu tinggi bhsnya utk kaka faham. Maklumlah level bhs arab cam ala2 sekolah rendah aje ;P

KIM.K Publish time 10-11-2019 07:22 AM

ipes2 replied at 9-11-2019 11:13 PM
awak ni wanita zaman IT
sy buku2 ni sy lebih suka yg fizikal nye
yg boleh pegang2, baca atas kat ...

Hee..lawak. Masterclass endocrinology pon nak bagitau

Buku yang sama memang boleh beli di MPH or Amazon
Tapi tak boleh bawa naik tren, bas, tunggu di airport
Cuma kelemahan ebook Google Playstore, takleh download & saved anywhere

sarah82 Publish time 10-11-2019 10:05 AM

Rumah tok sy mengasuh ni ada byk kitab lama dalam bahasa arab.. Rasa mcm nak guna google translate

CatMiow Publish time 10-11-2019 11:51 AM

Ayah banyak novel inggeris lama dan komik perang lama,

Simpan asal kat rumah arwah nenek,rumah tu pkcik yg jaga... Jadi tak tau ape cerita buku dan komik2 lama tu,sebab pakcik saya jenis suka bakar je buku2 lama,

Buku novel saya yang lama kumpul zaman sekolah rendah tahap 2 pun dah lama tak nampak sejak duduk asrama.Sedih sangat.:'(

CatMiow Publish time 10-11-2019 11:54 AM

Gambar google,

Combat comic gini saiz A5. Gambat ehsan google

Catpaw Publish time 10-11-2019 04:51 PM

sarah82 replied at 10-11-2019 10:05 AM
Rumah tok sy mengasuh ni ada byk kitab lama dalam bahasa arab.. Rasa mcm nak guna google translate

Cuba guna yg camsanner ke apa yg terus boleh translate perkataan tu

sarah82 Publish time 10-11-2019 05:25 PM

Catpaw replied at 10-11-2019 04:51 PM
Cuba guna yg camsanner ke apa yg terus boleh translate perkataan tu

Tu la.. Tapi kena minta kebenaran dulu.. Katanya arwah suami tok ni ulama..

Catpaw Publish time 10-11-2019 05:49 PM

sarah82 replied at 10-11-2019 05:25 PM
Tu la.. Tapi kena minta kebenaran dulu.. Katanya arwah suami tok ni ulama..

Kitab2 berkaitan apa tu sarah?

sarah82 Publish time 10-11-2019 06:01 PM

Catpaw replied at 10-11-2019 05:49 PM
Kitab2 berkaitan apa tu sarah?

Tak pasti sbb anak2 tok pun x faham arab....kena terjemahkan.. Syg kalau biar mcm tu.

isseliparjepun Publish time 10-11-2019 07:04 PM

Dulu I ingat zaman I sekolah rendah sekitar tahun 1990an ada buku cerita hantu. Buku tu permulaan dia ada lagu Seroja. Now I mencari buku tu and I rasa rugi tak simpan and jaga sebaik mungkin. Sebabnya it is based on true story penulis tu and zaman tu ada beberapa je writer horror and ghostly stories berbahasa Melayu.

Now I nak carik and kumpul buku Enid Blyton edisi awal awal. Cetakan terbaru macam tak feeling sangat pada iol yang sentimental ini. Ehehe
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: [ILMU MUDAH]: PERNIAGAAN BUKU-BUKU ANTIK


ADVERTISEMENT