zzblack Publish time 7-11-2019 12:07 AM

pengalaman ikut tok moh Sabah

Edited by zzblack at 7-11-2019 12:09 AM

    saya berasal dari sabahcerita ni terjadi awal tahun 2000, masa tu aku masih bekerja biasalah budak budak cafe sinonim dengan gangguan. masa tu aku masih menetap di cybercity jadi ada sebuah kafe kat sana,boleh dikatakan akubekerja shift malam setiap hari.jadi malam tu aku becerita apa jadi selepas aku menutup kedai tu aku ternampakkelibat orang.

" ai apa ko nampak geng..."respond kawan akuyang ternampak akujemm sekejap.
" Tak tau , mat aku nak tanya ko la ada lagi tak kustomer yang tertinggal kat dalam?"
"eh..bukan kita selalu check ke sebelum tutup kedai kan kosong 2ndfloor.."
" ntah tadi aku hampir nak tutup ingatkan orang dalam tandas ketengah muntah kan ramai mabuk malam ni.."
" oh yang last sudah balik tadi"
"dah dah .. tutup pintu kedai ni." kami terus berpusu2 tutup kedai, dengan perasaan takut kami balik awal malam tu. selalu nya kami sempat lagi lepak kedai mamak untuk tenangkan diri..

kawan aku mat ni asal dia sembulan kk, jadi dia dah biasa dengan gangguan macam ni. rumah dia dekat dengan kawasan banglotinggal yang dikatakan sejarah dia boleh tahan seram, apa apa pun kami tekad nak lapor ni kepada pemilik kafe, dia cakap cari la siapa siapa yang boleh tolong issue ni sebab dia sendiri pun mcm dah fed up kena ganggu setiap kali dia masuk kafe tu.jadi kawan aku mat ni kebetulan dia kenal seorang bomoh tapi dah masuk islam, cuma dia akan guna ilmu dia untuk tujuan perubatan sahaja...

malam tu aku ngan mat dah prepare ape yang patut untuk lawan benda yang kami nampak hari tu, memula yang seram diasebelum sampai kafe ni
kami perasaan dah tempat tu sunyi semacam, anjing pun tak menyalak.sekali tok moh bagi salam " Assalam "aku perasaan piring kat dapur pecah.
jadi tok moh suruh tunggu kami kat luar dia cakap " tutup dulu kedai ni"...kami biarkan tok moh didalamjadi aku cakap ngan mat " kenapa dia perlu gelapkan kafe?", dia menjawab " dia memang dah tahu apa yang menganggu kedai ni, tak da apa la cuma cara dia kerja". rasa ingin tahu aku ni aku terus letak telinga aku dekat ngan pintu kafe tu, macam macam bunyi aku dengardari bunyi jerit perempuan lepas tu ada macam kerusi kena baling.tak tau aku dah berasa takut, sebab time ni aku belum convert lagi muslim ntah la apa aku baca untuk tenangkan diri...aku duduk depan kedai kafe sambil merokok dalam keadaan takut dan confusemat tiba2 tanya aku " apa ko dengar tadi?",jadi aku jawab la " macam macam bunyi mat, ni pun begegar tangan aku " keadaan aku waktu tu begegar tangan, mat cuba tenangkan aku dengan cerita lucu kustomer semalam. selepas sejam kemudian tu tok moh keluar sambil diasapu tuala kat muka dia." jadi tok macam mana?"mat tanya apa jadi selepas menghalau gangguan itu. " Tak da apa apa nak, cuma tok pesan ada orang yang bawa benda tu kemari. lepas ni kena peka dengan keadaan" ..

selepas je kejadian tu kami beceritakat owner kafe tu,   dia berasa pelik sebelum ni tak ada pun musuh ke atau orang nak dengki dia.. sebab dia jarang berkawan, perangai boss kami ni dia cuma akan rapat dengan staff dia sahaja kalau member kat luar belum tentu lagi dia nak lepak hari hari.

KIM.K Publish time 7-11-2019 04:19 AM

Orang nak test power kut. Belajar ilmu hitam ni kena lepaskan juga untuk percubaan

misuke Publish time 7-11-2019 07:54 AM

biasala benda.. xperlu tunggu ada musuh bab2 nk hantar benda. asal ada hati busuk je

CiliPadiSedap Publish time 7-11-2019 08:45 AM

ni sebab tak bayar gst kut, kerajaan bani jin bunian tengku jalal dan armada dia dah marah sebab cukai tak declare:lol:

polluxsstar Publish time 7-11-2019 08:47 AM

woww apakah benda itu??
xde ke tok moh tu suruh gali lubang cari benda tertanam dpn kedai ke, ape ke? xde ehh?

whadda Publish time 7-11-2019 10:02 AM

ade sambungan lagi ke.. ke abeh camtu je

zulka Publish time 7-11-2019 10:30 AM

{:1_550:}{:1_550:}{:1_550:}

DumBell Publish time 7-11-2019 01:31 PM

salam tt.. seramnya..
teringat bell pada satu kisah..

Balan-Balan pemakan mayat..

satu pagi..aku dapat berita..ayah kawan aku yg bernama osman(nama samaran).. telah sakit tenat.. disebabkn kami rakan sekerja(kerja kilang) dan agak rapat.. aku ingin ikut sekali sahabatku balik ke kampung beliau sambil melawat org sakit.. boleh tgk tempat orang.. boleh juga tenangkn hati sahabat ku dari gusar dan bersedih agar bertenang dan berdoa.. bisik ku..
lontaran itu.. aku menyuarakan hasrat aku iaitu.. ingin mengikutinya balik kampung.. yaa..balik kampung halaman sahabatku yg terletak di Kota Belud.. (kampung lupa nama dia.. pang pang ujung dia.. lempang?.. lompang?.. entah la.. kisah lama)
mmg terasa harga tiket dia masa tu.. sbb beli hariini utk esok kami terbang dari klia pukul 8.00 malam.. semua dah sedia.. barang dipack kan pada satu beg..

tiba di lapangan terbang.. satu hal terjadi.. berat beg melebihi had.. dan aku check dlm resit.. xde extra tambahan.. dan perlu bayar rm120. 00 utk insuran dan berat tambahan.. adoii.. mmg pengalaman betul..
lepas naik dan turun di k. kinabalu.. kami berlepas pada pukul 8.00mlm dan selamat mendarat pada pukul 10.30 mlm lebih atau kurang pada tu.. sampai pun dah malam.. sahabat aku osman mengajak ku berjalan keluar lapangan terbang.. naik leceh pinggang sbb nak sampai jalan besar....
so dpt juga tumpang orang malam mlm ke kota belud.. sbb org tu nak ke ranau.. dan abg lori tu berhenti di spital tuaran.. kami.. tunggu kawan kawan dia dtg dkt spital.. mereka naik moto pickup kami.. (pendek kn cerita.. sbb malas bak tulis pasal jalan kaki sampai nak cabut lutut bagai) tapi bab menumpang kereta.. org sana ngam.. cuma hulur la sikit duit.. minyak bukan free..

sampai ke rumah beliau.. (ayah dia dah meninggal masa dlm perut burung besi).. org dah ramai.. kami sampai pukul 3 pagi.. urusan hal kematian taktau mcm mna kt sana.. dan mata pun rabak sangat.. alhamdulillah pukul 7 pagi selamat dikebumikan..

malam tu.. sblm tu osman ada bagi tahu.. mlm ni stdby(tak tau stdby apa)
rupanya.. dia, aku, abgnya dan 3 org rakan sekampung beliau.. kami ke tanah perkuburan.. dah siap lampu suluh 2 biji, lampu minyak tanah dan sebidang tikar diletakkn di kubur ayah mereka.. telan air liur la sbb dlm pikiran.. gila syirik org sabah.. mayat ayah sendiri kut.. nak buat minyak dagu ke apa ni.. bisik hati aku.. tapi ternyata telaan aku meleset.. rupanya kami perlu jaga kubur ayahnya selama 3 hari.. sbbnya.. mlm tu jugak pukul 9 malam.. balan2 datang.. ada kepala, ada yg badan tanpa kepala.. ada jugak full set tapi mcm zombie.. jalan pun mcm zombie kampung pisang. balan2 tu datang dari segenap arah.. rasa 7 ekor kut yg nampak.. selebihnya mungkin lambat datang.. sbb.. masa tu xde grab.. . tertanjat la boboi masa tu..
takut mmg takut.. sampai takleh nak berkata kata.. hanya fizikal sahaja yg memberi respon.. iaitu berundur dan mencangkung di belakang kawan sekampung osman..

'Hei sibalan hina!!! aku tahu asal usul Engkau' ".. jerkah abg osman..
" makanan engkau cabai burung.. jadi engkau dari abu"..(lebih kurang n dipendekkn la dia punya serapah.. nak lebih lanjut gi tanya org lama sabah bah) pergi kau dari sini jangan kacau tempat ini.. bapakku yg mati disini.. aku jaga!!!
jerkah abg osman sambil membakar kayu putung jemulung(kayu buat torch light zaman dulu2 sebelum terciptanya lampu suluh berbateri).. dan semua mengibar2 kayu tersebut.. tidak termasuk aku.. sbb taktahu nak buat apa.. ibarat tikus dgn dinding besi..

dgn tak semena2.. semua balan2 tu Uturn balik dan bersurai tak jadi nak buat party makan besar itu malam.. sampai la ayam berkokok kali ke2 baru kami balik rumah..

kalau kt semenanjung kita org panggil penanggal.. di sana panggil balan2.. tapi sana extreme oo.. mcm dbell tulis kt atas.. mcm zombie pun ada..
nak kenal pengamal ilmu tu.. ada la juga member bagi tahu.. buah masam jadi manis.. tapai kalau mereka buat atau simpan.. manis yahamat.. ada lagi.. dbell rasa tak sempat nak kongsi..

huhuhu.. sekian.. dbell nak tulis banyak2 step by step xdan sbb ada kerja..
k.. bye bye semua..

isseliparjepun Publish time 7-11-2019 08:20 PM

DumBell replied at 7-11-2019 01:31 PM
salam tt.. seramnya..
teringat bell pada satu kisah..



Thanks share dumbell. I am staying here and have heard one or two about this. So dbell ada datang sini lagi tak? Weol sangat sangat mengelakkan bergerak jauh jauh waktu malam sebab bimbang terserempak benda benda gini.

Ada member citer, kawan dia balik dari Tawau menuju ke Sandakan, sampai area Checkpoint around 2 3 pagi kalau tak silap, nampak bola bola api. Diorang kata bola bola api tu la balan2. Sebabnya kat sini memang ada bangsa tertentu di mana ilmu ini diperturunkan dari bapa ke anak ke cucu. Begitulah.

Thanks tuan tanah sudi sumbang cerita. Kasi lagi ba kalu ada ceritanya.

DumBell Publish time 8-11-2019 02:04 PM

isseliparjepun replied at 7-11-2019 08:20 PM
Thanks share dumbell. I am staying here and have heard one or two about this. So dbell ada datang...

petua jgn kasi ilmu balan2 tu dpt kt kita..
belen air kelapa pemilik ilmu tu jgn diminum.. cth.. pemilik ilmu balan2 minum air kelapa pada cawan.. ada separuh.. kita minum.. haa.. kita jadi balan2 juga.. garam.. cth.. sisa makanan dia jgn makan dlm 1 bekas.. paling kena jaga la tu.. kalau beli fries mekdi.. kita kena rasmi makan dulu fries tu sblm pemilik ilmu.. kalau tak naya oo.. balik siminanjung pun masih kena penangan dia..

s@s@ Publish time 11-11-2019 09:00 AM

tt, cuba cerita pasal banglo kat sembulan tu

Hatida Publish time 12-11-2019 02:57 PM

bestt... takde sambungan dah ke TT.. hihihi

sranua Publish time 13-11-2019 01:12 PM

Menarik cerita ni.
Pages: [1]
View full version: pengalaman ikut tok moh Sabah


ADVERTISEMENT