tari Publish time 5-11-2019 09:01 PM

Tips & Petua Halau/Tangkap Cicak

Edited by tari at 7-11-2019 08:30 PM

https://akcdn.detik.net.id/community/media/visual/2018/09/28/27fe579e-f2df-4dbb-a1b5-42050b1e07a1_169.jpeg?w=620

Sebut CICAK pasti ramai yang geli geleman mendengarnya. Dah guna macam-macam cara tapi masih berkeliaran sicicak. Stressnajisnya mengotorirumah.Nah disenaraikan sebahagian petua untuk menghalau cicak
1.      KULIT TELUR – letak ditepi tingkap atau pintu(laluan cicak). Perlu diganti 3 minggu sekali.
2.      BAWANG PUTIH/BAWANG MERAH – potong bawang dan diletakkan dikawasan yang disukai oleh cicak. Boleh juga gunakan semburan bawang yang telah dikisar untuk menghalau cicak. Cicak akan keluar dari rumah kerana tidaktahan dengan bau bawang.
3.      SERBUK LADA HITAM, SERBUK CILI DAN AIRCicak tak suka benda yang pedas, kitaboleh gunakan bahan yang pedasiaitu serbuk lada hitam, serbuk cili, dan air.Caranya:Campurkan serbuk lada hitamdengan serbuk cili. Masukkan campuran tadi ke dalambotol spray, masukkan air.Goncang sehingga sebati.Sembur ke tempat cicak selalukelihatan.Cicak akan lari bertempiaranakibat tak tahan pedas.
4.       SERBUKKOPI +TEMBAKAU Caranya:Campurkan serbuk kopi dan tembakau.Sapukan gam pada hujung pencungkil gigi.Benamkan hujung pencungkil gigi yang bergamtadi ke dalam campuran serbuk kopi dan tembakau. Gerak-gerakkan pencungkil gigi supaya serbuk tadi melekat kepadanya.Letakkan pencungkil gigi tersebut di kawasancicak selalu kelihatan.Cicak akan tertarik dengan bau yang dihasilkan oleh campuran tadi lalu menjilatnya.Bahan dalam campuran tadi akan menyebabkancicak mati
5.      SERAI WANGILetak batang berserta daun serai ditempat cicakberkeliaran. Kalau tidak ada pokok serai beli semburan serai wangi, danspray.Pasti bertempiaran cicak lari
6.       JAGAKEBERSIHAN RUMAH Pastikan ruang dapur sentiasabersih. Tong sampah ditutup rapat. Kalau rumahbersih cicak pasti berkurangan.
Sekiranya ada petua yang lain, sila sambung ……..

kymano Publish time 6-11-2019 11:55 AM

3.      SERBUK LADA HITAM, SERBUK CILI DAN AIR

Pernah cuba cara nie:loveliness:

anniez08 Publish time 7-11-2019 01:21 PM

bagus petua juga ni.. boleh la try letak kulit telur.
kat rumah saya byk cicak..

tari Publish time 7-11-2019 03:06 PM

kymano replied at 6-11-2019 11:55 AM
Pernah cuba cara nie

Pasti cicak bertempiaran lari kepedasan ;P

tari Publish time 7-11-2019 03:11 PM

anniez08 replied at 7-11-2019 01:21 PM
bagus petua juga ni.. boleh la try letak kulit telur.
kat rumah saya byk cicak..
hehehe.... lagi2 di dapur kan.

1 lagi petua yang boleh dicuba


https://countrystore.tabasco.com/media/catalog/product/cache/e4d64343b1bc593f1c5348fe05efa4a6/0/0/00006---original-red-mini_pdp_wr.jpg

Campur sedikit sos TOBASCO dengan sedikit air dalam botol spray
Sembur bahan tersebut ke belakang almari, rak atau tempattertutup. Baunya yang tajam akanmembuatkan cicak tidak akan berani datang ke tempat semburanitu.


tari Publish time 7-11-2019 03:41 PM

Cicak juga takut dengan BULU AYAM.

Gantungkan bulu ayamdisekitar tempat yang selalu cicak berkeliaran.
Secara semulajadi cicak takut dengan bulu ayam.Jadi secara tidak langsung
menghalau cicak.

Nakguna BULU BURUNG MERAK pun boleh.

tari Publish time 7-11-2019 04:00 PM

https://secure.ap-tescoassets.com/assets/MY/554/212554/ShotType1_540x540.jpg

Cili kering juga berkesan untuk menghalau cicak.
Caranya:
Gantung atau gunting cili kering dan masukkan dalam bekas, letak ditempat yang berkenaan.
Cicak lari bila terhidu bau kuat cili kering.

MadameOnion Publish time 7-11-2019 04:20 PM

so kesimpulannya cicak tak suka benda pedas menyengat..tapi i rasa serai wangi tu mcm nak try

tari Publish time 7-11-2019 08:37 PM

https://bacaterus.com/wp-content/uploads/2015/04/kucing-makan-cicak.jpg
Pelihara kucing dapat membantu mengurangi populasi cicak.





tari Publish time 7-11-2019 09:02 PM


https://cdn.impiana.my/wp-content/uploads/2017/11/Cicak1.jpg
Cara paling mudah guna Perangkap Gam

Dengan cara ini lebih mudah untuk membuang bangkai cicak yang melekat.








takayama Publish time 8-11-2019 10:11 AM

Wah banyaknya petua nk halau cicak
Rumah akak byk btl binatang ni, mop lantai tetiap minggu, dapor bersih lps msk tp msh ada lg binatang yg menggelikan ni, InsyaAllah nak cuba

Shamiez Publish time 13-10-2020 09:32 PM

kymano replied at 6-11-2019 11:55 AM
Pernah cuba cara nie

Berkesan ke?

my_irina Publish time 2-12-2020 08:11 PM

I ollz paling benci cicak...nak senja jer dgr la cicak buat bunyi cet cet cet bising dkt tingkap...dkt rumah i ollz siap ade cicak warna coklat brbelang2 hitam...ade jugak cicak albino besau gile sizenye...eiii benci btol!!!!

nanies Publish time 15-1-2021 04:24 PM

hahaha tulis notis cicak di larang masuk.. kira petua tak tu? hehehe gurau ajee

takayama Publish time 18-5-2022 05:08 PM

dah buat memcm ikut petua ni dan rumah pun bersih tp cicak still bermaharajalela, stress :mad:

artisa@n Publish time 15-3-2023 03:50 PM

I am really afraid of lizards
I hope this is an effective way to save them :huffy

JorgeSoares Publish time 17-4-2023 11:32 PM

Pernah cuba cara nie

haprak4042 Publish time 1-10-2023 02:23 AM

serai wangi tu memg tak lut dah kat rumah aku..melambak2 cicak, sampai naik geli tgk
Pages: [1]
View full version: Tips & Petua Halau/Tangkap Cicak


ADVERTISEMENT