yukisakura Publish time 17-12-2019 12:12 AM

Makan pakai tangan. Kalau malaih nak basuh tangan makan pakai sudu/camca jugak. :lol: :lol: :lol:

i_is_kennot Publish time 29-12-2019 10:37 AM

Meols rumah atau luar rumah pakai sudu garfu,   tapi kalau makan nasi, guna sudu jah garfu tak guna pun,kepelikan di situ. Haha.Keja bhgn kecantikan nk sentuh2 muka customer tak amalkan makan pakai tangan..Kat rumah kadang2 makan telur goreng ngn kicap meols pakai tangan ,tgk keadaan...

deydeylala Publish time 29-12-2019 10:58 AM

teringat time belajar dulu pernah ada dinner kat hotel. makan ayam guna sudu garfu. selambe je ayam terbang masuk pinggan orang sebelah ;P

anyway i prefer makan tangan kat rumah. kalau kat luar, depend on makanan jugak la.

luluaurora Publish time 29-12-2019 02:29 PM

tgk pada makanan,
tapi mostly makanan melayu ni pakai tangan la,
pernah jugak makan chicken chop pakai tangan hahahahah

tpi my BIL makan nasi goreng pun pn pakai tangan,
mee..bihun..kueteow goreng smua dia pakai tgn ;P

QueenIsolde Publish time 29-12-2019 10:03 PM

Mengikut menu yg dipilih..klu ikan iols for sure akan guna sudu dan minum something yg bau nice utk overtake bau ikan tu. Tp klu menu other than ikan guna tangan lagi nikmat dan sunnah of course :)

amyfiq Publish time 5-1-2020 10:22 AM

depends on makan ape n kat mana
hahahaha
tapi pernah aku wat kekwat makan mee guna tangan makan nasi guna sudu:P:P:P

sojambu Publish time 2-2-2020 01:48 AM

Petikan article oleh FMT Reporters

Kenapa makan guna tangan lebih baik?
Ada 4 kebaikan yang disenaraikan di bawah:

1. Naluri
Makan dengan tangan merupakan sesuatu yang datang dengan naluri. Penggunaan sudu dan garfu merupakan alatan yang dicipta untuk menandakan ketamadunan manusia sejajar dengan peredaran masa. Namun begitu, makan dengan tangan tidak semestinya menandakan hal tersebut.

Banyak tamadun-tamadun besar dalam sejarah adalah di Asia dan kebanyakan daripada tamadun tersebut mengamalkan makan dengan tangan. Lagipun, makanan terasa lebih enak dan sedap dimakan apabila makan dengan tangan.

2. Meningkatkan penghadaman
Makan dengan tangan bagai memberikan penanda pada perut anda iaitu rasa lapar yang menggigit anda akan hilang selepas ini. Tangan merupakan sambungan luaran untuk sistem penghadaman anda. Jutaan saraf di hujung jari anda akan menghantar pesanan anda akan makan termasuklah memberitahu maklumat mengenai suhu makanan, tahap kepedasan dan sebagainya supaya perut anda bersiap sedia menerima makanan tersebut. Selain itu, enzim pada tangan akan membantu dalam penghadaman perut anda.

3. Lebih peka
Kebanyakan pakar menyatakan kepentingan untuk bertenang dan hadirkan diri semasa waktu makan. Jika anda makan dalam keadaan yang tenang, proses penghadaman anda dapat dioptimumkan dan membantu anda daripada makan secara berlebihan.

Anda pasti pernah berada dalam situasi yang mana anda sedang makan sambil menonton TV, anda makan 3 pinggan nasi pun rasa tak kenyang. Luangkan masa intim bersama makanan anda dan rasa lebih terhubung dengan makanan anda apabila makan dengan tangan.

4. Menggunakan kesemua deria
Terdapat pendapat yang mengatakan makanan perlu dinikmati dengan semua deria kita dan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut. Ada kebenaran pada kata-kata tersebut. Dengan bau makanan, rasa dan tekstur makanan yang anda makan, anda akan lebih menghargai dan menikmati makanan anda.

Cassieopeia Publish time 4-2-2020 10:58 AM

makan pakai tanganla nikmat hihi
tapi kalau mkn western nak2 plak kat luar harusla bersudu garpu bagai. kang ada yg cakap tak sopan plakkan.. tapi kalau mkn benda berkuah suka pakai chopstik lg hihi
Pages: 1 2 3 4 5 [6]
View full version: Sudu dan tangan mana satu pilihan nak makan


ADVERTISEMENT