seribulan Publish time 5-11-2019 10:56 AM

[Takwil Puisi 34] TERHIRIS...

Edited by seribulan at 5-11-2019 11:27 AM

Pemenang Two Sides of a Coin:
{:1_152:}semua pentakwil{:1_152:}

Maksud penyajak-

https://s5.gifyu.com/images/Screenshot_2019-11-04-17-35-04-372_cn.wps.moffice_eng.jpg


Puisi minggu ini,


TERHIRIS

Demi ikatan suci yang tersimpul
Kulukai kesayanganku
Kuterimamu sebagai takdirku
Tidak kuminta lebih
Selain jauhilah kebencianku
Janjimu kekuatanku
Tak kuendah lelahku
Meraih secubit
Keyakinan kesayanganku
Akulah kesayangamu

Terhiris dititis bisa lidah yang tulus
Mengejutkanku dari buaianmu
Sedalam sayangmu padaku
Dalam lagi sayangmu pada kebencianku
Biarpun ia memusnahkanmu
Hingga kau rela mendustaiku

Bukankah lebih baik
Tusuklah jantungku
Agar tak kusaksikan
Kesayanganku melukaimu                  


Oleh,

@orgsepang

@berakit2kehulu
@Kakaknanako
@nurrlisa
@chicozinn
@watashinoai
@KILL_NANCY
@MeghanK
@noor2

@kuihbakar

@TalibanRock
@kuzaime
@hibernation
@fixit
@AlterEgo
@kuihbakar
@bianglala
@hotmak
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@rob07
@takayama
@meisapoya
@ati2027
@krimkraker
@KahPahJ
@seller6183
@beautifulliar
@dani-rox

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201910/29/111155qgrllp3pvlvlgodz.gif

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201910/29/111227rvzrcl8zltve6fv4.gif


salmon-suki Publish time 5-11-2019 11:40 AM

Wahhh..parking dulu..nanti baru join..skrg tgh blur sbb demam ni..;P;P

Tp lebih kepada kawin paksa?cinta tiga segi antara isteri dgn suami dgn ex dia..ikut rangkap pertama mcm tu laa..

Dah masuk rangkap kedua dan ketiga mcm ada baur2 c ex mengganggu si suami tanpa pengetahuan si isteri..tapi si suami tetap jugak berusaha nak ambil hati si isteri,sanggup berkorban biarpun tindakan dia tu cuma menghiris perasaan dia sendiri..

Last sekali si isteri rela dilepaskan oleh si suami drpd melihat si suami menghancurkn dirinya sendiri..rasanya last para tu si isteri mungkin sudah mulai sayang kt si suami sikit kot..sbb tu dia tak sanggup tgk si suami terluka..

Okeh done..maaf kalau ayat berbelit2..hahaha:lol:

seribulan Publish time 5-11-2019 12:08 PM

@takayama @orgsepang sila post klaim...


lain sudah diberi kredit pemenang :loveliness:

orgsepang Publish time 5-11-2019 12:26 PM

Terima kasih seribulan. Selamat mencuba semua.

seribulan Publish time 5-11-2019 12:29 PM

orgsepang replied at 5-11-2019 11:26 AM
Terima kasih seribulan. Selamat mencuba semua.

Satu lagi post untuk pemenang :)

TalibanRock Publish time 5-11-2019 01:17 PM

aduhai terlepas satu takwil...maaf kak seri...sy sgt bz sbb kene travel sana sini (outstation)...insyaAllah sy ade masa sy akan takwil yg ni...very looking forward and deeply sorry. {:2congo

orgsepang Publish time 5-11-2019 01:28 PM

Wow, terima kasih.

seribulan Publish time 5-11-2019 03:01 PM

TalibanRock replied at 5-11-2019 12:17 PM
aduhai terlepas satu takwil...maaf kak seri...sy sgt bz sbb kene travel sana sini (outstation)...ins ...

Ala bang kur...kita pun berbengkel sana-sini, ado jo..iyo iyo o jo suruh tag segala..hampehs :P

kuihbakar Publish time 5-11-2019 03:46 PM

Tahniah semua pemenang

sapeka Publish time 5-11-2019 04:18 PM

tahniah kepada pemenang takwil
sekarang ni bz la
tak sempat nak mentakwil

nnt free saya akan jejakkan takwilan pada puisi yang sempat

orgsepang Publish time 5-11-2019 10:10 PM

kuihbakar replied at 5-11-2019 03:46 PM
Tahniah semua pemenang

Terima kasih kuihbakar. Pertama kali menang selepas mencuba dan mencuba. Walau akak minat menulis tapi tak mudah menterjemah maksud penulis lain.

orgsepang Publish time 5-11-2019 10:13 PM

sapeka replied at 5-11-2019 04:18 PM
tahniah kepada pemenang takwil
sekarang ni bz la
tak sempat nak mentakwil


Terima kasih sapeka. Cubalah. Seronok juga mentakwil hasil seni orang lain.

watashinoai Publish time 6-11-2019 01:57 AM

rangkap pertama tu si penulis sanggup menerima pasangannya walaupun dh ada kekasih hati.. mungkin juga sbb pilihan keluarga jd penulis relakan ja kehendak kluarga asalkan pasangan baru ni dpt jaga hati dan prasaan si penulis

rangkap kedua pula bila penulis dh merasa syg pada pasangan, cuba utk menerima pasangan tu, penulis di duakan/pasangan buat perkara yg penulis benci.. mgkin ada org ketiga..

last nya penulis minta pasangan bunuh ja dia sebelum pihak keluarga penulis membenci pasangan nya..

KILL_NANCY Publish time 6-11-2019 05:57 AM

terima kasih cik seri.

ada masa saya cuba takwil puisi ni ya.puisi yang bagus{:thumbo.good job orangsepang.

kuihbakar Publish time 6-11-2019 08:41 AM

orgsepang replied at 5-11-2019 10:10 PM
Terima kasih kuihbakar. Pertama kali menang selepas mencuba dan mencuba. Walau akak minat menulis...

Bagus minat menulis. Teruskan usaha

sapeka Publish time 6-11-2019 02:48 PM

Edited by sapeka at 6-11-2019 03:04 PM

orgsepang replied at 5-11-2019 10:13 PM
Terima kasih sapeka. Cubalah. Seronok juga mentakwil hasil seni orang lain.
selalu cuba bila tak bzbest jugak bila taw jawapan pada puisi tu
tq u

kuihbakar Publish time 6-11-2019 03:30 PM

TERHIRIS

Demi ikatan suci yang tersimpul
Kulukai kesayanganku
Kuterimamu sebagai takdirku
Tidak kuminta lebih
Selain jauhilah kebencianku
Janjimu kekuatanku
Tak kuendah lelahku
Meraih secubit
Keyakinan kesayanganku
Akulah kesayangamu
Takwilan : si penyajak telah memilih kekasih hati sebagai suami atau isteri, mungkin melukakan hati ibu dan ayahnya. Tetapi demi ikatan pernikahan yang sah, penulis tetap gagahkan hati. Dengan impian untuk disayangi dan dihargai

Terhiris dititis bisa lidah yang tulus
Mengejutkanku dari buaianmu
Sedalam sayangmu padaku
Dalam lagi sayangmu pada kebencianku
Biarpun ia memusnahkanmu
Hingga kau rela mendustaiku

Takwilan : tetapi lama kelamaan, suami / isteri lupa tentang janji2 yang telah dipatri. Hingga melukakan hati dengan segala penipuan dan pengabaian

Bukankah lebih baik
Tusuklah jantungku
Agar tak kusaksikan
Kesayanganku melukaimu   

   Takwilan : penyajak merasakan biar sahaja dia terus dilukai kerana tidak sanggup melihat orang lain melukai suami/isteri

Snack_Fruit Publish time 6-11-2019 09:46 PM

Hi! Iolls cuba okay

Puisi ni masa baca pertama kali macam kisah kena kahwin paksa. Tapi, dari kaca mata iolls macam lelaki yang kena kahwin paksa. Maybe dengan pilihan keluarga. So awal2 tu macam benci sebab lelaki kan ego dia tinggi. Maybe perempuan yg dia kahwin tu izinkan untuk contact girlfriend even dah kahwin, so lelaki ni cuba untuk bertahan dalam perkahwinan yang dia tak rela.

Tapi maybe isteri pilihan keluarga lama2 takbagi suami berselingkuh didepan mata (siapa sanggup kan?) So maybe dia pengaruh family lelaki tadi untuk backup dia. Ye lah, menantu pilihan kan. So lelaki ni lagi rela dia yang terkorban dari tengok menantu pilihan keluarga bercakar dengan gadis pilihan hati.


Hahhahaha ampun chuolls. Dah taip ni terasa macam taip script drama maghrib dekat tv:lol:

takayama Publish time 8-11-2019 11:43 AM

Pemuisi dlm puisi ini mengisahkan ttg kisah kahwin paksa atau kisah cinta tiga segi yg akhirnya si suami terpaksa berkahwin dgn isteri tanpa kerelaan hati dan meninggalkan cinta hati
Selanjutnya pemuisi menggambarkan walau telah berkahwin si suami msh ada hubungan dgn kekasih lama atau dgn erti kata lain berskandel dan melukai hati si isteri dan akhirnya si isteri walau terluka ttp memilih utk bersama suami

Belasah ajelah ;P

takayama Publish time 8-11-2019 11:44 AM

seribulan replied at 5-11-2019 12:08 PM
@takayama @orgsepang sila post klaim...




Nak claim cik momod
Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 34] TERHIRIS...


ADVERTISEMENT