noraidil_06 Publish time 2-11-2019 12:33 PM

Ikan Bilis

Korang jom cerita psl ikan Bilis.
Mahal betul ikan bilis skrg.
Jom share ikan bilis pilihan korang.
& Resepi2 juge

Sy ni mls skit ke dapur, so ikan bilis pilihan sy yg dh kopek. N plg suke bilis dr PERAK (aummm), ikan mata biru pulau pangkor.

Sy suke tumbuk2 ikan bilis n masukkan dlm masak lemak

noraidil_06 Publish time 2-11-2019 01:35 PM

1. Tempoyak 4 sudu
2. Cili api 25 biji. Memang cukup pedas..kalau tak begitu boleh mkn pedas boleh kurangkan.
3. Bawang holland 1 labu a.k.a sebiji (orang Kelantan panggil selabu..hehehe)
4. Bawang putih dua ulas
5. Ikan bilis dalam segenggam
6. Minyak masak setengah cawan. Agak2 ya, jgn byk sgt, sekadar untuk menumis saja.
7. Garam dan gula secukupnya.

Cara2 memasak:

1. Kupas bawang holland dan dimayang halus. Bukan halus sgt...biasa2 saja tapi opkos jgn tebal2 sgt la kan..hehe.

2. Bawang putih dikupas dan ditumbuk..jgn lumat sgt.

3. Cili api ditumbuk kasar dan sekadar pecah2 saja..jgn lumat mcm nak buat sambal belacan tu. Jgn sesekali di blend ya cili api ni kerana kita nak teksturnya kering dan tidak bercampur dgn air. Kalau blend tu dicampur air tak sedap nanti nak buat sambal tempoyak goreng. Kalau blend kering ok, tapi saya tak galakkan sgt sbb ada tendency unk dia hancur sgt...jadi kena rajin tumbuk ya..sekejap aje sbb kita tumbuk sekadar bagi pecah2 saja.

4. Goreng ikan bilis sampai garing. Ikan bilis ni sebenarnya boleh dipilih sama ada nak digoreng dan dicampurkan dgn sambal tempoyak kemudian semasa nak makan di meja hidangan nanti, atau nak masuk terus semasa proses memasak tempoyak sedang dibuat. Kalau memilih unk masukkan terus...makanya boleh dibuat pilihan sama ada nak masukkan yg mentah terus tidak perlu digoreng, atau digoreng sekejap saja...namun rasanya mmg tetap berbeza..bagi ikan bilis yg digoreng garing dan dimasukkan kemudian, dengan ikan bilis mentah dan dimasukkan terus semasa proses memasak tempoyak sedang dilakukan.

5. Seterusnya panaskan minyak dlm kuali. Bila dah panas, tumis dulu bawang putih tadi, bila dan kekuningan sedikit, terus masukkan bawang holland, kacau sebentar dan boleh terus masukkan cili api yang ditumbuk tadi. Kacau dlm 5 minit..sampai bawang holland tu dah nampak kekuningan agak2 nak garing...jgn sampai garing ya...terus masukkan tempoyak..masa ni pelankan api sedikit...slps masuk tempoyak kacau serata..kalau nampak pekat sangat boleh masukkan air sedikit saja, hanya sekadar unk buat tempoyak tu tergaul elok dgn bahan2 tumis tadi.

5. Kemudiannya masukkan garam dan gula...garam jgn terbabas byk pula..biasanya dlm setengah sudu besar. Tapi unk gula kena masuk lebih sikit sebab nak seimbangkan dgn rasa tempoyak yg masam dan kepedasan cili 25 biji tadi..hehehe. gula biasanya sy masukkan dlm 3 ke empat sudu. Boleh agak2 nanti ya. Dah gaul sebati semuanya...maka boleh diangkat dan dihidangkan.

sarah82 Publish time 2-11-2019 01:40 PM

Antara ikan bilis sy suka.. Beli kat group wasap.. Penjual antar ke rumah... Ranggup betul.. Nak cuba buat kacang pedas ikan bilis tapi still tak dpt cara yg betul supaya ikan bilis tu kekal ranggup mcm arwah tok selalu buat.

sarah82 Publish time 2-11-2019 01:42 PM

Hasil kacang pedas ikan bilis yg sy buat.. Tak secantik dan sesedap arwah tok sy buat.

Boomibulat Publish time 2-11-2019 02:02 PM

Teringat kecik2 dulu x time de duit ayah beli ikan bilis utk buat lauk..beli seringgit jenuh makan..
Skrg tebalik ikan bilis dh jd mahal..bpuluh rm sekilo.

Catpaw Publish time 2-11-2019 02:02 PM

Ikan bilis pilihan saya yang bilis mata biru. Satu lagi bilis yang kecik2 tu macam putih2 sikit warnanya, yang ni buat goreng rangup.

orgsepang Publish time 2-11-2019 02:06 PM

sarah82 replied at 2-11-2019 01:42 PM
Hasil kacang pedas ikan bilis yg sy buat.. Tak secantik dan sesedap arwah tok sy buat.

Akak selalu buat sambal ni untuk bekal adik2 balik asrama. Tahan lama. Goreng sambal sampai betul2 kering baru masukkan kacang dan ikan bilis. Hujung2 api kena kecil kalau tak hangus pula.

putericahaya999 Publish time 2-11-2019 02:06 PM

Buka order lah nak beli

sarah82 Publish time 2-11-2019 02:08 PM

orgsepang replied at 2-11-2019 02:06 PM
Akak selalu buat sambal ni untuk bekal adik2 balik asrama. Tahan lama. Goreng sambal sampai betul2 ...

Hahaha.. Nak cuba lagi la.. Minggu depa selalu x jadi.. Tu malas nak buat...

isseliparjepun Publish time 2-11-2019 02:18 PM

Sebab i skang kat borneo so sini ada jugak ikan bilis but not sure la mata biru ke ape. Sekilo Rm76. Sedap jugak bilisnya. Kalau time takde idea, i akan goreng sampai rangup, then ketepikan. Lepas tu goreng bawang potong kasar, cili padi potong. Then curah kicap. Ini la lauk dulu kecik kecik sebab kami bukan orang senang. La ni pun lauk ni tetap jugak sedap kat tekak.

noraidil_06 Publish time 2-11-2019 02:29 PM

isseliparjepun replied at 2-11-2019 02:18 PM
Sebab i skang kat borneo so sini ada jugak ikan bilis but not sure la mata biru ke ape. Sekilo Rm76. ...

Adoyai mahalnye bilis. X terbeli kalau poket nipis.uhuks.
Ikan bilis Sabah antara my favorite. Eh i mmg suke la bilis especially yg warna jernih2.

noraidil_06 Publish time 2-11-2019 02:30 PM

isseliparjepun replied at 2-11-2019 02:18 PM
Sebab i skang kat borneo so sini ada jugak ikan bilis but not sure la mata biru ke ape. Sekilo Rm76. ...

Nak try la ur resepi

isseliparjepun Publish time 2-11-2019 02:38 PM

noraidil_06 replied at 2-11-2019 02:29 PM
Adoyai mahalnye bilis. X terbeli kalau poket nipis.uhuks.
Ikan bilis Sabah antara my favorite. Eh ...

Yaa mahal kan. I pun terasa mahalnya bilis zaman sekarang. But I needed bilis in our life. As for me, nasi goreng, tumis sayur, buat jemput jemput pun semua letak bilis.

isseliparjepun Publish time 2-11-2019 02:40 PM

noraidil_06 replied at 2-11-2019 02:30 PM
Nak try la ur resepi

Ala itu resepi biasa biasa sangat tu. Kena makan panas panas if not ikan bilis tu liat once dah kena kicap lama sangat. I kalau balik dari berjalan luar negara, ni lauk utama nak makan tambah dengan telur mata je. Ehehe

pitera Publish time 2-11-2019 02:48 PM

Beli bilis haritu kebetulan terbeli yg saiz besar, masak untuk anak-anak kecik dorang tak enjoy makan. Nk kirim bilis mata biru dr sabah, tengok rm50 sekilo cancel dulu niat. Sekali ada kawan offer nak bawak balik dr sabah, rm32 sekilo. Aiols okay je.

Tp bila dpt i tgk dia campur. Bilis kecik2 tapi ada dlm 10-15% gitu kepala ikan bilis besar. Kepala okeh. Bukan isi ikan bilis. Satu hal pulak aiols nak asingkan dengan bilis yg kecik2 semua tu. Tak baik sungguh niaga camtu.

Tapi puas hati masak ikan bilis ni sbb anak2 enjoy makan. Masak nasi goreng kampung, anak-anak korek cari bilis halus. Dorang suka hahahhaa

PinkyPie Publish time 2-11-2019 02:54 PM

Pernah makan ikan bilis goreng dengan bunga kantan. Sedapnyaaa.

takayama Publish time 2-11-2019 03:00 PM

Kaka pun suka ikan Bilis pangkor yg siap kopek bermata biru dan Bilis sgt mahal
Bilis biasa akak guna time nk msk sambal tumis, grg cekodok, nasi grg kampung dan juga msk kicap bilis
Dan disbbkan Bilis mhl maka kaka mmg catukan ;P;P

missDollie Publish time 2-11-2019 03:02 PM

Suka sangat ikan bilis.. Tak boleh hidup takde ikan bilis.. Kalau beli nasi lemak tapi takde ikan bilis rangup memang iols hangin..hehe.. So far favorite bilis pangkor dengan bilis tanjung dawai.. Hehe.. The best!

arianakhalid Publish time 2-11-2019 03:08 PM

Aku suka sngat ikan bilis. Makan nasi pnas dgn ikan bilis goreng mmg heaven... tapi ikan bilik kolestrol tingi

noraidil_06 Publish time 2-11-2019 03:08 PM

missDollie replied at 2-11-2019 03:02 PM
Suka sangat ikan bilis.. Tak boleh hidup takde ikan bilis.. Kalau beli nasi lemak tapi takde ikan bi ...

X pernah lg try lg tg dawai punye
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Ikan Bilis


ADVERTISEMENT