seribulan Publish time 26-10-2019 03:24 PM

Lets TALK ulam

Edited by seribulan at 26-10-2019 02:39 PM

Saya suka makan segala ulam selepas masuk kampus sebab mak ayah jarang makan ulam. Bila mula makan di kafe baru jumpa pelbagai jernis ulam :)

PristineOne Publish time 26-10-2019 03:36 PM

Ulam raja untuk saya.... Cicah dgn sambal belacan or tempoyak budu or budu with cili padi.

Rainrein Publish time 26-10-2019 03:45 PM

Saya suka ulam. Cicah budu, cicah sambal belacan. Sedapnye. Pegaga, ulam raja, pucuk gajus, daun selom pun sedap. Senang cakap semua jenis sayur and ulam la saya suka. Kalu balik kampung PIL selalu beli ulam lebih sebab xnak saya berebut dengan dorang. ;P

Sazida Publish time 26-10-2019 03:57 PM

Sy suka semua jenis ulam. Termasuk la peria katak tu. Sy mkn jugak cicah budu. Mase pantang mkn bunga kunyit,bunga lengkuas,temulawak,halia muda..sedap je bdn.

LinguaFranca Publish time 26-10-2019 03:57 PM

Tak ramai orang buat daun selasih, daun pudina dan daun kari sebagai ulam. Tapi itulah yang saya dan keluarga makan hampir setiap minggu. Ulam biasa seperi timun, kacang botol, ulam raja pun biasa dimakan, tapi yang tu kena beli. Dedaun ni memang ditanam di depan rumah. Bila nak makan pegi depan, petik je.

Kak-Leen Publish time 26-10-2019 04:29 PM

Dari kecil memang suka makan ulam mentah . Kacang panjang, tomato, pucuk kari, daun mengkudu muda, ulam raja, kacang botol, daun tenggek burung, pucuk gajus, timun, beremi, pudina, daun kesom, daun kaduk, peria , lobak merah, jering, petai & many more yang kalau akak jumpa akak kenal tp x ingat nama. Ulam mentah ni memang x makan dicicah dgn apa2 pun.
Kalau yg dicecah, biasa kita celur, grill bodoh atau kukus kejap. Yg tu biasa bendi, terung, jantung pisang, pucuk ubi & lain2..

misuke Publish time 26-10-2019 04:40 PM

sy suka amat segala jenis ulam

ulam + ikan singgang + sambal belacan + nasi putih =bertambahhh

seribulan Publish time 26-10-2019 05:16 PM

Edited by seribulan at 26-10-2019 06:15 PM

Sazida replied at 26-10-2019 02:57 PM
Sy suka semua jenis ulam. Termasuk la peria katak tu. Sy mkn jugak cicah budu. Mase pantang mkn bung ...
Peria katak {:thumbo baru minum jus....

Temulawak pakai sebagai foundation. Tak pernah jumpa ulam dia :)

thetimes Publish time 26-10-2019 05:42 PM

Makan semua jenis ulam. Tak suka peria ja.hehe
Nasi panas + ikan goreng + ulam + budu. Makan tak hengat dah .;P

tuberoses Publish time 26-10-2019 07:00 PM

kecuali peria, lain2 jenis ulam ok je, sb mmg suka makan sayur...kdg kobis dgn tomato pun jadik...
teringin nak makan nasi ulam, mesti sedap, pelbagai jenis ulam ada . tengok resipi dia pun macaam renyah nak cari ulam2 nye, if takde salah satu ulam mcm tak complete.

orgsepang Publish time 26-10-2019 07:06 PM

Macam pucuk, segala ulam pun akak makan. Cuma pelik sikit kenapa pucuk tenggek burung yang beli lebih sedap dari yang akak kutip sendiri di tepi jalan. Rasa kelat semacam jadi kalau teringin makan tenggek burung kena beli.
Terung biasa yang hijau bulat2 tu pun sedap dibuat ulam mentah. Dulu akak goreng terung yang panjang.
Ulam akak tak berebut sebab yang lain kurang sukanya kecuali timun.

takayama Publish time 26-10-2019 07:10 PM

Agak selektif juga dgn ulam ni, takat ni ulam mkn timun, tomato, ulam Raja, terung pipit dan peria katak. Yg lain2 cam lom try lg

Sazida Publish time 26-10-2019 07:28 PM

seribulan replied at 26-10-2019 05:16 PM
Peria katakbaru minum jus....

Temulawak pakai sebagai foundation. Tak pernah jumpa ul ...

Sedapp. Mkn yg muda tu.. mmg sedap

makneng Publish time 26-10-2019 08:09 PM

Mak suka ulam tenggek burung, pucuk ubi, jantung pisang, pucuk betik dan peria katak cicah dgn cencalok atau tempoyak.. Ehhh tak kurus tau.. Sbb nanti makan bertambah2 nasik :lol:

mistified Publish time 26-10-2019 10:27 PM

Saya suka semua jenis ulam, terutama yang pahit, macam pucuk beko, buah beko. Dari kecil minat ulam sebab ayah penggemar ulam.

lalangkering Publish time 26-10-2019 10:48 PM

Khasiat Ulam

1. Jantung pisang

diperolehk daripada pokok pisang, jantung pisang atau bunga pisang ini berwarna merah keunguan. Tinggi serat dan mampu bantu elak sembelit.. Boleh direbus atau dicelur, dimasak lemak putih atau dibuat kerabu.

2. Ulam raja

Ulam raja hanya perlu dicuci bersih dan boleh terus dimakan mentah. Ibu dalam pantang pun bagus makan ulam raja ni. Nak tanam pun mudah sahaja. Antara khasiat ulam raja, bantu meremajakan kulit. Bolehlah diamalkan untuk awet muda.

3. Kacang botor/kelisa

Kacang botor boleh dimakan mentah atau dimasak. Lazimnya dikacau goreng. Pilih yang muda dan segar untuk rasa yang lebih enak. Kaya dengan protein dan mineral.

4. Timun Jepun

Ini antara ulam yang sedap dan rangup. Boleh dimakan dengan apa jua menu. Dipercayai timun dapat atasi masalah sembelit dan gastrik.

5. Petai
Salah satu ulam kegemaran rakyat Malaysia ni. Sama ada direbus atau dibakar, enak dimakan bersama sambal. Apatah lagi dimasukkan dalam sambal tumis! Biarpun bau petai kurang menyenangkan, tapi khasiatnya banyak. Kaya antioksidan dan serat untuk kesihatan tubuh anda.

6. Cekur

Pokok cekur, daripada rizom, pucuk dan daunnya semua boleh dimakan dan tinggi khasiat. Ulam kegemaran orang Jawa dan sering juga digunakan oleh ibu yang sedang berpantang untuk kecutkan rahim dan membuang angin. Selain rangup, cekur juga memberi aroma harum pada masakan.



Intanterpilih09 Publish time 27-10-2019 07:08 AM

LinguaFranca replied at 26-10-2019 03:57 PM
Tak ramai orang buat daun selasih, daun pudina dan daun kari sebagai ulam. Tapi itulah yang saya dan ...

Sedap ooo daun selasih n pudina wat ulam.mulut rasa segar xda bau belacan.buat sambal pudina pun sedap.

Intanterpilih09 Publish time 27-10-2019 07:11 AM

Intan Suka mkn ulam raja,pucuk gorek n bunga kunyit.tp pucuk gorek n bunga kunyit susah nak dpt.

mamarock Publish time 27-10-2019 11:33 PM

Daun selom, pudina, pegaga, kacang botor, kacang bendi, pucuk ubi petik aje kat kebun mini mama.

Petai, timun muda, ulam raja, kacang panjang, jantung pisang, belimbing buluh biasanya mama beli kat pasar malam Putrajaya aje. Bergantung nak msk apa pd hr tu.

Tinot7 Publish time 28-10-2019 02:38 AM

My fevret are ulam raja, cucumbers, tomatoes, mint and anything that is not bitter. Iols mkn juga kacang panjang, bendi dan kacang botor, tapi tak sefevret ulam raja, timun, tomato dan pudina. Basically iols suka mkn sayur. Dan buah. Dan makanan lain.

Fevret topik: food. Syabas momod! Nah munge {:1_149:}{:1_149:}{:1_149:}
Pages: [1] 2 3
View full version: Lets TALK ulam


ADVERTISEMENT