gadis10 Publish time 21-10-2019 06:30 PM

Ingin Berkahwin TETAPI family TIDAK PEDULI

saya mempunyai psgn dan kami setuju tuk berkahwin hujung thun ini dan budget kami mampu. kami sependapat mahu teruskan mjlis hujung thun ini.

tetapi keluarga sy, (keluarga perempuan) saya mohon Minta rujukan untuk masalah keluarga saya bercerai ini tidak sependapat.
saya mahu berkahwin seperti dimaklumkan saya kena rujuk wali untuk proses berkahwin (iaitu nikah) namun ayah saya tolak tanggugjwb itu pd ibu saya (nikah dan majlis)buat kputusan dan ibu saya meletakkn syarat yg kami tak mampu dari segi masa, adat dan wang ringgit. saya minta tola ansur. ibu saya tolak kembali pd ayah saya, dan serahkan kembalikepada ayah saya. tetapi ayah saya tolak kembali pd ibu saya.

perkara ini sudah berlaku sebulan lebih. kami tiada kata putus sampai hari ini.
mohon bantuan

CiliPadiSedap Publish time 21-10-2019 07:18 PM

pakai wali hakim kan boleh? jangan pakai wali band:lol:

ctaz Publish time 21-10-2019 08:05 PM

wali tu

1) Bapa
2) Ayah kepada bapa (datuk)
3) Adik-beradik lelaki seibu sebapa
4) Adik-beradik lelaki sebapa
5) Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa)
6) Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki sebapa)
7) Bapa saudara seibu sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang seibu sebapa)
8) Bapa saudara sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang sebapa)
9) Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa)
10) Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa)
11) Jika semua wali di atas tidak ada maka yang menjadi wali ialah wali sultan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sultan (pemerintah) menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.” (Riwayat Abu Daud).

jazaa100 Publish time 21-10-2019 08:10 PM

pegi pej agama.....cite kan kat kadi situ...nanti dorang akan panggil ayah awak.....

Awak akan dapat kawinn......

zuri154 Publish time 21-10-2019 09:38 PM

kalau ayah masih hidup & enggan jd wali... akan jatuh ke wali hakim.

salmon-suki Publish time 21-10-2019 09:38 PM

Kalai xde y sudi jd wali mtk tlg wali hakim jelaa..benda baik tu..

Ke selain drpd alasan kekangan masa,ada benda y buat ur parents x sudi?

Boomibulat Publish time 21-10-2019 09:49 PM

Mcm google translate je..

Sazida Publish time 21-10-2019 10:27 PM

Aku xphm ape ko tulis ni tt.

Lagubestbest Publish time 21-10-2019 10:54 PM

karangan bm pun macam robot takde AI, ayat antara rangkap tak smooth. yakin ke mampu kawin ni? umur berapa?

Lolalala Publish time 21-10-2019 10:58 PM

Buat majlis sendiri je sis kat dewan @ buat satu majlis je dgn pihak lelaki. Lepas tu, soh je bapak tu sign utk bg jadi wali hakim. Baru je attend wedding dia buat nikah sahaja, crowd x ramai tp exclusive. Nak mai pun kena Rsvp. Pernah juga pegi wedding di masjid. Dia nikah dan jamuan makan di masjid je. Dalam 3jam settle. Seorg anak perempuan yg mak dah meninggal dan bapa dia x dpt datang utk jd wali.

Yang penting halalkan hubungan utk elak zina dan mulakan lah kehidupan baru dengan keluarga baru. didik dan jagalah anak2 supaya mereka x rasa apa yg sis lalui.

awanysss Publish time 22-10-2019 09:29 AM

pergi belajar buat ayat elok2 dulu baru sibuk nak kawin ye..
kang nnti dah kawin ada masalah komunikasi pulak..
stress hakak nak fahamkan cerita kau dikk..

polluxsstar Publish time 22-10-2019 01:49 PM

adik/kak,
jgn lah gopoh nk nikah
mesti ada sbbnya kenapa Allah x mudahkan urusan adik/kak ni.

take ur time.

Ara_roro93 Publish time 22-10-2019 05:56 PM

Situasi awk ini sama macam kejadian sy nak nikah pada 2014 yg lalu , hampir 3 bulan sy cuba berbincang & ckp baik2 tetapi ayah sy tetap berkeras hati taknak walikan sy. Sebab kami broken family ... so isunya macam rumit sikit.

Last2 , atas cadangan dari seorang hamba Allah nie sy terus ke pejabat agama dan ceritakan masalah sebenar kepada pegawai kadi di sana. Alhamdulillah diorang berjaya memujuk ayah sy , selang seminggu selepas itu sy selamat bernikah dengan suami berwalikan ayah sy di surau pejabat agama islam itu. Acara nikah sy juga berjalan dgn lancar dan baik sekali , siap dimeriahkan lagi dgn kehadiran serta sokongandari staf2 pejabat tu.

Yang penting niat kita baik/betul , inshAllah pasti Allah permudahkan urusan pernikahan awk nie nanti. Sy dlu pun mula2 takut nak ke sana , tapi lpas berbincang dgn pelbagai pihak tapi masih x dpt persetujuan dari ayah sy. Tu sy terus nekad melangkah ke pejabat agama.

copy_paste Publish time 22-10-2019 07:27 PM

bapak ape punye perangai x bersyukur langsung,
elok la anak nak kawin dengan cara halal,
kalau anak main kawin kat hotel bajet agaknye lebih mumudahkan si bapa kot...
tu la org nak kawin sebok nak kawin,org ade anak sebok nak anak,tapi xnk bertgwb..

Ara_roro93 Publish time 28-10-2019 07:40 PM

Ara_roro93 replied at 22-10-2019 05:56 PM
Situasi awk ini sama macam kejadian sy nak nikah pada 2014 yg lalu , hampir 3 bulan sy cuba berbinca ...

Tqsm sis @NURMIMIE !

cmf_blingblings Publish time 3-12-2019 02:17 PM

Yang pertama apa sebabnya yg bapa kau menolak taknak jadi wali atau tak nak tanggung perbelanjaan majlis? Dua benda berbeza.
Kalau tak nak jadi wali agak pelik. Benda bertolak tarik ni mmg ada masalah yg tak dijelaskan. Adakah bersangkutan dgn status perkahwinan dia dan ibu awak? Suruh dia org jelaskan adakah dia sebenarnya tak layak. Kalau tidak, cari wali lain, datuk, abang, adik, bapa sedara yg boleh.
Pages: [1]
View full version: Ingin Berkahwin TETAPI family TIDAK PEDULI


ADVERTISEMENT