Masak Ayam Kung Pao Tanpa Perlu Berkung Fu!
Resepi Ayam Kung Pao bukan ayam kung fu ya. Rasanya masin manis pedas, amat sesuai dimakan di waktu makan malam atau makan tengah hari. Keenakan rasa masakan ala cina ini pasti menambat hati.Kalau anda sukakan menu yang mudah, boleh cuba resepi ini. Pasti tidak menyesal!
Bahan-bahan:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201910/15/160237nkkgzk7xp5tz452z.png
[*]400g isi ayam, dipotong dadu
[*]3 sudu besar minyak masak
[*]10 biji cili kering, dipotong (3 sm panjang)
[*]3 ulas bawang putih, diketuk
[*]2 sm halia, dihiris nipis
[*]1 biji bawang, dipotong dadu
[*]100g kacang tanah, dipanggang (boleh digantikan dengan kacang gajus - lebih umph!)
[*]2 tangkai daun bawang, dipotong (4 sm panjang)
Untuk perapan:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201910/15/161222mqlbyb9b9ujl900v.png
[*]1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
[*]2 sudu teh gula
[*]½ sudu teh serbuk lada putih
[*]2 sudu teh Sos Karamel Cheong Chan
[*]1 sudu besar Tepung Jagung
Cara-caranya:
[*]Perap ayam dengan adunan perapan dalam 10 minit.
[*]Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cili selama 2 minit. Angkat dan ketepikan.
[*]Tumis bawang putih dan halia sehingga perang. Tambah bawang dan biar 2 minit.
[*]Kemudian, masukkan ayam dan gorengkan dalam 8-10 minit.
[*]Tambah kacang tanah, cili goreng dan daun bawang, biar seminit.
[*]Hidangkan panas bersama nasi
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201910/15/161415wjgoxmntn6hl4nhu.png
Selamat mencuba! - CARI
Kredit resipi - Kimball Malaysia Sedapnya.. Senang jugak...boleh try {:hooray Cam senang jah resepi ni hehe i loikee :lol: Bagus resepi mudah camni utk masak during weekdays yg sibuk. Thanks TT dulu kat bod ni ada forumer share resipi kungpao ciken gak
semua bahan2 sama macam kat atas tapi sos karamel diganti sos cili .. memang sedap rasa masin2 manis kuah dia tak perlu tambah garam atau perisa sebab dah cukup rasa..
dan kacang tanah boleh juga kalau nak ganti dengan kacang gajus lagi sedap berlemak
Pages:
[1]