hazlinshah Publish time 15-10-2019 03:30 PM

Apa perasaan korang bila suami nak pinjam duit dari ex BF korang?

sedih saya dapat tahu, bila x BF saya beritahu suami pernah PM minta pinjam duit dari dia... walaupun tak banyak tapi saya tak tahu menahu langsung. memang suami tak pernah tahu dia X BF saya sbb kami bukan bercinta bagai nak rak pun. kami cuma lebih kepada teman rapat.

saya malu, malu sangat2 dan rase geram dengan perangai suami... sebelum ni saya cuma tahu yang dia ada minta pinjam duit dari adik2 saya dan sepupu2 saya jer, itu pun selepas kantoi. saya rase seolah2 suami tak hormat saya langsung dan dalam masa yang sama saya malu sangat2 dengan orang2 yg dia minta pinjam tu, padahal saya tak tahu menahu pun.

sakitnya hati ni, perasaan pun mula bercampur baur, tawar hati semua ada...

akudansesuatu Publish time 15-10-2019 03:37 PM

maybe ex TT tu member baik suami TT kot?
orang laki ni selalu macam tu..

jazaa100 Publish time 15-10-2019 03:40 PM

ur hb main judi ke?....hisapdadah ke?....kaki pompuan ke?

selalu lelaki kategori ni je yg selalu nak pinjam duit tanpa rasa malu....

prettyuglybabe Publish time 15-10-2019 03:46 PM

napa tak confront laki awak tanya kenapa meminjam kat sedara mara kawan-kawan awak?

hazlinshah Publish time 15-10-2019 04:04 PM

prettyuglybabe replied at 15-10-2019 03:46 PM
napa tak confront laki awak tanya kenapa meminjam kat sedara mara kawan-kawan awak?

yg sebelum2 ni dah confront tapi jadi gaduh... tp yg ni, saya tak tau macam mana nak mula? sebab sakit sangat hati ni.

fliphair8 Publish time 15-10-2019 04:11 PM

semoga dipermudahkan untuk adek....

Kurex Publish time 15-10-2019 04:17 PM

Apa punca dia meminjam? Sebelum nak selidik dia pinjam dekat siapa, baik selidik apa punca dia nak meminjam..

Teringat la ada sorang pompuan tu pinjam duit aku semata nak bagi bf dia.. Ala calaka..

Alasan "kurex, nak pinjam duit kau boleh tak? Sebab aku malas nak naik rumah (walaupun rumah kau tingkat 1 walhal masa tu kau dekat g floor).. Aku nak pinjam 10 je, sebab tak bawak duit nak makan makan ni..."

Lepas aku bagi dia, aku intai dekat tepi tangga, aku nmpak dia bagi duit tu dekat boipren dia yg kepam berkerak muka kelam tu! Aku tak kisah pasal duit sebab rm10 je takde terasa sngat kalau dia tak bayar, ni kau bagi dekat jantan tu..

Illayana Publish time 15-10-2019 04:17 PM

Cuba diskas dgn suami, tanya dia elok2, awat duk pinjam duit merata? Ade pinjam ah long ka? Kalau pinjam ah long, sbb apa? Suami pinjam2 tu, dia mmg ada byr blk ke tak? Tt kena tahu punca suami duk pinjam duit, baru blh cari jalan penyelesaian terbaik utk bantu suami tt dan stop him from borrowing merata riti. Semoga dipermudahkan segala urusan tt. Kalau suami hangin jugak tak mau bgth, tt kena la jd spy buat risikan. Check handfon ka, tgk online banking statement ke, tnye kwn2 rapat suami or rakan sekerja ka. Wallahualam.

awanysss Publish time 15-10-2019 04:21 PM

jazaa100 replied at 15-10-2019 03:40 PM
ur hb main judi ke?....hisapdadah ke?....kaki pompuan ke?

selalu lelaki kategori ni je yg selal ...

kan.. selalunya org2 camni je dah tebal muka..

prettyuglybabe Publish time 15-10-2019 04:22 PM

hazlinshah replied at 15-10-2019 04:04 PM
yg sebelum2 ni dah confront tapi jadi gaduh... tp yg ni, saya tak tau macam mana nak mula? sebab s ...

ooo.. apa ye tujuan dia meminjam?
guna untuk awak/family atau tak tau ke mana?

yprat Publish time 15-10-2019 04:31 PM

hazlinshah replied at 15-10-2019 04:04 PM
yg sebelum2 ni dah confront tapi jadi gaduh... tp yg ni, saya tak tau macam mana nak mula? sebab s ...

TT nih tgh bela biawak hidup ke? Kalau ye, angkat la kaki cepat2, nanti masalah tuh akan membesar susahkan ko lagi teruk, lagi2 kalau dia seorang yg pemalas.

Boomibulat Publish time 15-10-2019 04:33 PM

Kurex replied at 15-10-2019 04:17 PM
Apa punca dia meminjam? Sebelum nak selidik dia pinjam dekat siapa, baik selidik apa punca dia nak m ...

Ape kata kurex caras je bf dia tu..kerak2 pn blh digilap tu..

Sasha Publish time 15-10-2019 04:34 PM

TT selidik dulu kenapa dia meminjam. Expenses rumah semua dia tanggung ker atau ada share dgn TT?

Kurex Publish time 15-10-2019 04:34 PM

Boomibulat replied at 15-10-2019 04:33 PM
Ape kata kurex caras je bf dia tu..kerak2 pn blh digilap tu..

Tak hingin!!!!!

Sasha Publish time 15-10-2019 04:35 PM

Kurex replied at 15-10-2019 04:17 PM
Apa punca dia meminjam? Sebelum nak selidik dia pinjam dekat siapa, baik selidik apa punca dia nak m ...

Hihihi tang kepam berkerak muka kelam tuh yang tak bole blah tuh

Eric.n9 Publish time 15-10-2019 04:43 PM

jazaa100 replied at 15-10-2019 03:40 PM
ur hb main judi ke?....hisapdadah ke?....kaki pompuan ke?

selalu lelaki kategori ni je yg selal ...

Tak nak speku...

Tapi kebiasaannya, orang jenis tak segan nak pinjam duit ni, biasanya set set mcm tu.
My staff dulu pun ada perangai mcm ni. Pinjam duit sana sini, sbb nak sedekah mesin.

Harap suami dia bukan set2 mcm tu.

CiliPadiSedap Publish time 15-10-2019 04:53 PM

Sasha replied at 15-10-2019 04:34 PM
TT selidik dulu kenapa dia meminjam. Expenses rumah semua dia tanggung ker atau ada share dgn TT?

saya nak status supermoderator boleh x?

hazlinshah Publish time 16-10-2019 02:10 PM

akudansesuatu replied at 15-10-2019 03:37 PM
maybe ex TT tu member baik suami TT kot?
orang laki ni selalu macam tu..

memang tak la... saya kenal X lagi lama dari kenal suami.. sebab tu saya sedih sangat... dengan org yg baru kenal mcm tu je dia boleh minta duit... mungkin sebab saya pernah bgtau dia saya anggap X tu mcm abg saya je. tapi tu bukan alasan utk dia pi tarah X saya pulak. haish

hazlinshah Publish time 16-10-2019 02:14 PM

Illayana replied at 15-10-2019 04:17 PM
Cuba diskas dgn suami, tanya dia elok2, awat duk pinjam duit merata? Ade pinjam ah long ka? Kalau pi ...

bukan utk family sangat pun... korek lubang utk kambus lubang lain... suka buat hutang, mujur la saya keje.. itu pun dah limit duit gaji buat loan memanjang huhuhu sedih... ada je alasan dia bg.

hazlinshah Publish time 16-10-2019 02:17 PM

yprat replied at 15-10-2019 04:31 PM
TT nih tgh bela biawak hidup ke? Kalau ye, angkat la kaki cepat2, nanti masalah tuh akan membesar...

dah banyak kali gaduh sebab duit... banyak kali juga hampir dia nak sebut utk berpisah... tapi tu la, bila saya xmelawan... benda tu berlarutan macam tu jer... hurm, saya takut tak bersedia nak menempuh sebarang kemungkinan... saya takde rumah. rumah yg duduk sekarang rumah bapak dia. kereta pun satu nama dia, satu nama mak dia... saya menangis sbb saya tak prepared apa2 utk masa depan sendiri...

Pages: [1] 2
View full version: Apa perasaan korang bila suami nak pinjam duit dari ex BF korang?


ADVERTISEMENT