seribulan Publish time 15-10-2019 03:25 PM

[Takwil Puisi 031] Laparnya Matahari...

Edited by seribulan at 16-10-2019 08:42 AM

Pemenang The taste of you

@TalibanRock


Maksud sajak ni keseluruhannya adalah:-

Baris baris awal, membayangkan suasana indah waktu pagi dengan warna warni mentari naik. Ini kerana perhubungan penyajak ini banyak warna warna yang semua indah dimata penyajak. Penyajak berjalan menyusuri kenangan.

Penyajak selalu terbuai oleh perasaan bila pertama kali dia lafazkan cinta. Dan merasakan kehangatan cinta. Penyajak bawa kenangan ini sehingga dia yang tersayang pulang kembali nanti. Penyajak jaga rapi kenangan seperti pasir pantai yang menjaga air laut dengan setia.


Puisi Minggu Ini

Tajuk :Laparnya Matahari


Disabitkan kesalahan bulan

maka bermulalah bulan baru

Bulan

di mana kita rasa seperti berbulan-bulan

Walaupun ianya hanya sebulan

Makhluk yg berakal menahan nafsu lelehan ais krim perisa coklat

Menahan godaan si tanduk merah untuk menyelamatkan setitis air

Menahan godaan si kutu khinzir yg merayap dlm telinga

Sehinggalah terbenamnya bunga matahari

Selamat sudah buat sehari

Masih ada 29 hari berbaki

Begitulah seterusnya hingga hari tercorot

Selamat lapar matahariku..

nukilan,

@berakit2kehulu




@Kakaknanako
@nurrlisa
@chicozinn
@watashinoai
@KILL_NANCY
@MeghanK
@Foxey
@matkpop
@kuzaime
@hibernation
@fixit
@AlterEgo
@kuihbakar
@bianglala
@hotmak
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@rob07
@takayama
@meisapoya
@ati2027
@krimkraker
@KahPahJ
@seller6183




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201908/13/111615ejlw2j2d2ljc622l.gif


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201908/13/111639d78k7fv1vj26fe1k.gif




Kurex Publish time 15-10-2019 04:19 PM

Ot jap.. Siapa tau mana nak cari novel penyiasatan siri hadi, siri salmah dgnkomik cikgu halimah?

salmon-suki Publish time 15-10-2019 05:32 PM

Ohh..puisi berkaitan bulan ramadhan ya?betul2 mendalam ni..hihihi:$

Xdapat nak pk sgt ni;P

salmon-suki Publish time 15-10-2019 05:34 PM

Kurex replied at 15-10-2019 04:19 PM
Ot jap.. Siapa tau mana nak cari novel penyiasatan siri hadi, siri salmah dgnkomik cikgu halimah?

Siri Salma..bukan Salmah..dulu jumpa laa kalau kt pesta buku..skrg ni mcm xde daa..

seribulan Publish time 15-10-2019 06:02 PM

Kurex replied at 15-10-2019 03:19 PM
Ot jap.. Siapa tau mana nak cari novel penyiasatan siri hadi, siri salmah dgnkomik cikgu halimah?

Hep :P pergi nonton siri tv Nancy Drew 2019 @711 tu...

kuihbakar Publish time 15-10-2019 06:56 PM

Tahniah Taliban rock. Terima kasih seribulan tag kaka

salmon-suki Publish time 15-10-2019 07:27 PM

salmon-suki replied at 15-10-2019 05:32 PM
Ohh..puisi berkaitan bulan ramadhan ya?betul2 mendalam ni..hihihi

Xdapat nak pk sgt ni

Hahaha..xpe..tu sekadar ltk ikut kefahaman sikit2.. Nanti kalau dpt pk ayat,sy cuba susun elok2..hihi..baidewei..maceh gk sis momod bg tacang walaupun secoet gitu. Aduhaiii..

seribulan Publish time 15-10-2019 08:42 PM

salmon-suki replied at 15-10-2019 06:27 PM
Hahaha..xpe..tu sekadar ltk ikut kefahaman sikit2.. Nanti kalau dpt pk ayat,sy cuba susun elok2..h ...

Secoet tapi original idea :) jangan letak sajak orang, taruh initial sendiri...tak mo ngaku orang lain yang tulis bila dipuji...plagiat kan co-mod @ipes2 @johan-adx...no integriti...

salmon-suki Publish time 15-10-2019 09:31 PM

seribulan replied at 15-10-2019 08:42 PM
Secoet tapi original ideajangan letak sajak orang, taruh initial sendiri...tak mo ngaku orang...

Mendalam tu maksud sis momod..hihihi~
Secoet komen sy tu je..nak buat tafsiran penuh masih blur lagi..ilham xnak dtg..xde muse nak tolong..kekeke~

Snack_Fruit Publish time 15-10-2019 10:55 PM

Iolls cuba ye..

Yang ni tak berapa confident sikit

Kalini penyajak nak tekankan mengenai masa. Sekejap je masa berlalu lagi2 bila kita cuba mengawal nafsu. Kenalah bersabar mengharungi masa yang berbaki. Sampailah hujung bulan nanti.

Ada yang takwil ni bulan ramadhan..
Meolls pulak rasa macam bulan gaji. Hahahhaha. Lama nak tunggu cukup bulan ni.:lol:

TalibanRock Publish time 16-10-2019 08:32 AM

terima kasih atas penghargaan...lepas ni mod please tag saya utk takwil berikutnya. sy akan sntiasa follow.:lol:

seribulan Publish time 16-10-2019 09:42 AM

TalibanRock replied at 16-10-2019 07:32 AM
terima kasih atas penghargaan...lepas ni mod please tag saya utk takwil berikutnya. sy akan sntiasa...

Haa...sila takwil yang atas nih :D

salamon Publish time 16-10-2019 02:22 PM

Seeprti apa yg dikatakan forumer lain, sajak ini berkaitan bulan ramadhan. Memang tidak dinafikan kita mula berpuasa sebelum terbitnya matahari dan berbuka seusai terbenamnya matahari. Jadi matahari memang sinonim dgn bulan puasa. Waktu siang, kita perlu menahan rasa lapar dan dahaga dan begitu jgk menahan diri dari memasukkan sesuatu ke dlm rongga badan. Puasa jgk mgajar kita utk menahan dr sgala godaan syaitan. Kita puasa hnyalah 30 hari je tp nak menghabiskn puasa sehari terasa lah lama sgt sprti berbulan2.

orgsepang Publish time 18-10-2019 06:24 AM

Akak pun rasa puisi ni berkaitan dengan bulan ramadhan.
Penulis menekankan biarpun masa bergerak sama sahaja tetapi situasi semasa membuat masa itu berbeza. Jika dalam keadaan menanti ditambah pula lapar dahaga masa terasa bergerak perlahan. Penantian satu penyiksaan. Bila dalam keadaan gembira, sibuk dan selesa masa terasa bergerak sangat pantas.
Jadi jangan cuba menyalahkan matahari membuat bulan tidak kelihatan kerana tanpa matahari siapalah bulan.

TalibanRock Publish time 18-10-2019 08:48 AM

Puisi diolah untuk menerangkan tentang godaan semasa berpuasa Ramadhan. Ketika berpuasa, kita harus menjaga dan menahan godaan bukan sahaja di perut malah juga melalui hati, mata, lidah, telinga dan perbuatan.

Puasa mata adalah dengan cara menahan penglihatan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan, memejamkannya dari perkara-perkara yang kotor dan keji dan menguncinya daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Dalam masa yang sama faham tak kita apa yang dimaksudkan dengan perut berpuasa? Iaitu bukan sahaja kita perlu menjauhi perut tidak diisi dengan makanan dan minuman pada waktu berpuasa. Bahkan juga makanan dan minuman yang diharamkan pada masa tidak berpuasa ketika malamnya atau bukan bulan Ramadan. Ia termasuklah sumber daripada perbuatan haram seperti harta yang didapati dari riba, rasuah, curi, rompakan dan hak anak yatim.

Patutkah diberikan pahala puasa yang sempurna bagi orang yang dipermainkan oleh lidahnya, diperdaya oleh ucapannya dan ditipu oleh perkataannya? Sempurnakah puasa orang berdusta, menipu orang lain, gemar memaki hamun dan mengumpat seta ‘membawang’ sana ‘membawang’ sini?

Telinga turut dikehendaki Allah supaya berpuasa daripada mendengar perkara maksiat seperti kata-kata kotor, nyanyian melalaikan, perkara keji dan hina.

Puasa hati adalah dengan menjauhkan hati dari perkara yang merosakkannya seperti syirik, keyakinan yang sesat, penyakit was-was dan sifat-sifat tercela seperti hasad dengki, bakhil, bangga dengan diri sendiri, riyak dan sebagainya.




berakit2kehulu Publish time 18-10-2019 03:34 PM

Macih momod. Nak claim kedit ni. Hehehe

seribulan Publish time 18-10-2019 05:00 PM

orgsepang replied at 18-10-2019 05:24 AM
Akak pun rasa puisi ni berkaitan dengan bulan ramadhan.
Penulis menekankan biarpun masa bergerak sa ...

Jadi jangan cuba menyalahkan matahari membuat bulan tidak kelihatan kerana tanpa matahari siapalah bulan.


Uik, I loike :)

berakit2kehulu Publish time 18-10-2019 06:11 PM

orgsepang replied at 18-10-2019 06:24 AM
Akak pun rasa puisi ni berkaitan dengan bulan ramadhan.
Penulis menekankan biarpun masa bergerak sa ...

Terer la sis ni..

anakkerengga Publish time 19-10-2019 07:06 AM

Matahari memancarkan bulan yg menyinar. Tiada yg lbh tiada yg kurang. Hanya berjln mengikut hukum alam

ipes2 Publish time 20-10-2019 09:28 PM

seribulan replied at 15-10-2019 08:42 PM
Secoet tapi original ideajangan letak sajak orang, taruh initial sendiri...tak mo ngaku orang...

terima kasih for the tag

apakah issue nye cik seri
plagiarism is not good lah
not in these Takwils i am sure
Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 031] Laparnya Matahari...


ADVERTISEMENT