Jemahjemah Publish time 3-10-2019 11:40 PM

STOKIST PRODUK COSMETIC

Assalamualaikum.
Saja nak tanya pendapat korang. Kot ada yang ada pengalaman kan.

Sekarang tengah trend beauty product tengah naik. Ada sesiapa yang pernah join tak ? And sambutan okey ke krik krik jugak nak abiskan stock ?

Wawacosmetic
Bougasbeauty
Sobella
Kekasih

Ni la yang setakat ni tengah survey.

CiliPadiSedap Publish time 4-10-2019 12:14 AM

produk cmni niche persaingan tinggi. stokis boleh hidup sebab agent. kalau tiada agent nak jual sendiri memang menangis.

MissCarcosa9753 Publish time 4-10-2019 12:23 AM

Nk jadi agen ke

Make sure ada sijil yg diperlukan bukn timbang kati

CiliPadiSedap Publish time 4-10-2019 12:45 AM

sekarang kalau report kkm xkira agent, dropship atau sesiapa sahaja boleh kena legal action. kena saman paling2 kurang RM 2000.

kepada nak mula jadi agent study dulu produk.jangan fikir untung je.

Jemahjemah Publish time 4-10-2019 04:36 AM

MissCarcosa9753 replied at 4-10-2019 12:23 AM
Nk jadi agen ke

Make sure ada sijil yg diperlukan bukn timbang kati

Ingat nak jadi stokist je. Tapi tak study lagi pasal beauty product ni. Tkt jgk kan tb2 dh jd stokist. Produk timbang kilo pulak

Jemahjemah Publish time 4-10-2019 04:37 AM

CiliPadiSedap replied at 4-10-2019 12:45 AM
sekarang kalau report kkm xkira agent, dropship atau sesiapa sahaja boleh kena legal action. kena sa ...

Betul jgk kan. Ssh jgk nak study beauty product ni kan. Founder mmg confirm2 la claim produk diaorg ada kkm. Haha. Jenuh la nak korek satu2 before join ni.

CiliPadiSedap Publish time 4-10-2019 04:46 AM

Jemahjemah replied at 4-10-2019 04:37 AM
Betul jgk kan. Ssh jgk nak study beauty product ni kan. Founder mmg confirm2 la claim produk diaor ...

owner dh jutawan kalau main lepas kt stokis :

> ada owner campak kt stokis lepas tu buat promosi stokis pun mati
> ada owner campak kedai2 jamu lantik stokis, stokis mati
> ada owner jaga stokis, siap ambil produk stokis tak laku refund ( yang ni pernah dengar jarang jumpa)
> ada owner jaga stokis agent semua dan tak bagi kedai jamu jual produk ( yang ni sekali sekala dengar)

cara nak ceepat kaya:
> campak produk kt kedai jamu, stokis dan semua channel
> kesannya main harga bila produk xjalan agent jual bawah market

cara nak steady kaya dan lama :
> jaga harga jangan bagi harga jatuh

adila39 Publish time 4-10-2019 08:07 AM

I sign up agent.. bayar rm50 je produk Dato Alif... entahla sampai hari ni x penah jual or beli. Sign up tu sbb terpengaruh tgk gambar all agents dpt duit berkepuk kepuk..

Somehow sb i x penah guna produk dia so i rasa krik krik nak jual so duit i rm50 rugi je la.

Mybe i x minat jual jual produk kecantikan ni.

Aloevera pun penah beli beratus la, lupa... pun xpenah jual.. sb i rasa i x minat and x cut utk ni. Soo TT kena jugak nilai ur potential.. u akan grow atau cemana.. sb ada yg mmg superb but ada juga just not meant to this.

Bukan nak patah kan semangat just nak TT sure.. u mmg minat jual atau x. if minat go ahead la but after u study d product

Jemahjemah Publish time 4-10-2019 02:26 PM

CiliPadiSedap replied at 4-10-2019 04:46 AM
owner dh jutawan kalau main lepas kt stokis :

> ada owner campak kt stokis lepas tu buat promos ...

Kann. Kdg nampak mcm elok je jg. Tp end up stokist2 ni mcm nk gila hbskn stock. Hq goyang kaki dah sbb semua stock dh lelong kt stokist

Jemahjemah Publish time 4-10-2019 02:27 PM

adila39 replied at 4-10-2019 08:07 AM
I sign up agent.. bayar rm50 je produk Dato Alif... entahla sampai hari ni x penah jual or beli. Sig ...

Tu la i risau. Sbb xpernah buat beauty product ni. Tkt duit burn je. Sbb tgk ramai jugak yg dh join. Tp xtau la diaorg bole jual ke x

aurorayasmeen Publish time 4-10-2019 03:14 PM

Hai. Nak share skit pemerhatian & pengalaman kt uols.

Kalau awk nk jd Stokis mmg untung. Tp ade moq bulanan yg kna fulfill. So better if u already ade team dah. Sbb u just kna jaga agent n dropship bwh u utk buat sales. Means bg coaching yg berterusan. Share ilmu.. u yg kna provide marketing material bagai.. so kna cari HQ kosmetik yg mmg rajin buat video/testimoni/collaborate ngn Artis & influencer. Klu u x bg guide to ur agent / dropship mmg arwah la bisnes tu nnt..hehe



aurorayasmeen Publish time 4-10-2019 03:18 PM

N kalau product itu mmg high demand, berquality & mmg ade kkm n so on. Sentiasa ade hype kt social media. N founder x buat kontroversi aneh2.. InsyaAllah xde istilah stok pening nak dihabeskan.. since product mmg laku..

Jemahjemah Publish time 4-10-2019 10:57 PM

aurorayasmeen replied at 4-10-2019 03:14 PM
Hai. Nak share skit pemerhatian & pengalaman kt uols.

Kalau awk nk jd Stokis mmg untung. Tp ade m ...

Perlukan komitmen jgk tu. huhu. Nak buat side income je ni. Sbb ada main bisnes lain. Nk buat suka2 cmtu je. Kena jg agent biasa je la kot kan.

Miss.H Publish time 24-10-2019 05:56 PM

CiliPadiSedap replied at 4-10-2019 12:45 AM
sekarang kalau report kkm xkira agent, dropship atau sesiapa sahaja boleh kena legal action. kena sa ...

Betui tu. Sis kene rm 2k last year. Dropship je pun. Jangan anggap jadi dropship boleh bebas jual apa sahaja. Lebih2 lagi kalau produk tu kene banned dengan kkm.

Jemahjemah Publish time 6-11-2019 08:30 PM

Miss.H replied at 24-10-2019 05:56 PM
Betui tu. Sis kene rm 2k last year. Dropship je pun. Jangan anggap jadi dropship boleh bebas jual...

Serius ke ? Apa jadi ?jual product apa tu sis
Pages: [1]
View full version: STOKIST PRODUK COSMETIC


ADVERTISEMENT