FaryneeAwLea Publish time 3-10-2019 09:31 PM

Oct 2019

Sejak 2 3 hari ni bunyi anjing meraung lain macamada yg perasan tak ? Pagi petang malam diorang meraung*bukan menyalak k, meraung** nada dia macam sedih sangat ..sy bukan apa, trauma dah, dengar bunyi anjing meraung ni dah pernah bagi hint mistik kat pengalaman lalu sy..tak nak dah benda ni berulang lagi

sarah82 Publish time 3-10-2019 10:04 PM

Tulis la detail.. Kami bukan kenai TT.. Bila tulis detail.. Boleh la bagi sepatah 2 kata

CiliPadiSedap Publish time 3-10-2019 10:04 PM

anjing tu nampak kurex tengah dating

FaryneeAwLea Publish time 4-10-2019 08:28 AM

sarah82 replied at 3-10-2019 10:04 PM
Tulis la detail.. Kami bukan kenai TT.. Bila tulis detail.. Boleh la bagi sepatah 2 kata

Dulu pernah jadi situasi yg sama.. 2-3tahun yg lepas..dalam dua minggu berturut, tiap hari akn dengar bunyi anjing ni meraung tgh malam ke subuh..lepas dua minggu dapat berita nenek sy meninggal kat kampung, sedangkan tempat tinggal sy jauh dari kampung..berlainan daerah.. byk lagi hint sy dapat sebelum nenek meninggal, masa dapat call khabar nenek sedang nazak sy tak terkejut sgt sbb sy dapat rasa hint2 yg sy alami da signal sy awl..yg tak bestnya, sy dapat gangguan mistik lepas arwah meninggal, paling kuat terasa lepas 7 hari arwah jalan..sy berubat kesana kesini, tak lama lepas tu sy pulih..alhamdullillah

FaryneeAwLea Publish time 4-10-2019 08:30 AM

Sebab tu sy cakap sy tak sanggup dah nak lalui perkara yg sama..part yg sy tak sanggup nak hadap tu kalau melibatkan 'ahli keluarga' sy..mintak dijauhkan lasy berdoa, semoga saudar mara sy semuanya dalam keadaan baik2 sahajaamiin

sarah82 Publish time 4-10-2019 09:25 AM

FaryneeAwLea replied at 4-10-2019 08:28 AM
Dulu pernah jadi situasi yg sama.. 2-3tahun yg lepas..dalam dua minggu berturut, tiap hari akn den ...

Cuma citer dari A sampai habis tentang arwah nenek ang dan kejadian mistik.

FaryneeAwLea Publish time 4-10-2019 09:57 AM

Arwah nenek ni dulu pandai buat ubat ubatan herba..adalah dia pernah cita zaman dia muda dia belajar ilmu perubatan, berguru camtu..diantara cucu dia semua, kiranya sy ni la yg paling rapat dan paling banyak kenangan dengan arwah.. zaman budak pun ada je kisah2 pelik terjadi, yg lain dah samar, satu yg sy paling ingat masa kitorang budak, nampak satu cahaya biru terang bersinar terapung dua kaki dari jarak tanah..benda tu bergerak sambil menghilangkan diri disebalik pondok mengaji sebelah rumah nenek.. kitorang semua terpaku masa tu, yelah pelik kn nampak apa benda asing ni alien ke apa, arwah ada jugak masa tu sempat pesan "jangan dekat, warna biru tu biasanya benda jahat"

Dan lagi satu arwah ni selalu jugk cerita dia sering bertembung dengan roh *sukma ke ape benda tak pasti* ahli keluarga dia yg da meninggal..bisanya dialog nenek, dia bagi pesanan kat arwah keluarga dia yg jangan datang lagi, tenanglah kat alam sana, takyah risau soal anak/bini, dia akan tengok tengokkan

FaryneeAwLea Publish time 4-10-2019 10:03 AM

Nanti jap sy sambung..ni haa dua budak kecik nak diuruskan lagi ;P

sarah82 Publish time 4-10-2019 11:55 PM

FaryneeAwLea replied at 4-10-2019 09:57 AM
Arwah nenek ni dulu pandai buat ubat ubatan herba..adalah dia pernah cita zaman dia muda dia belajar ...

Arwah nenek ang bidan kan?

FaryneeAwLea Publish time 9-10-2019 09:21 AM

sarah82 replied at 4-10-2019 11:55 PM
Arwah nenek ang bidan kan?

Dia tak sampai tu lagi..setakat buat ubat ubatan herba tuk yg lepas bersalin, dan lain2..cuma memang dia berguru dengan seorang bidan dahulunya..tapi banyak yg dia tak amal, salah satunya dia pernah cerita dulu arwah guru dia ni pernah bantu org gugurkan kandungan dgn cara pijak2 perut, mungkin sbb tu dia x berani amal lebih2

sarah82 Publish time 9-10-2019 09:23 AM

FaryneeAwLea replied at 9-10-2019 09:21 AM
Dia tak sampai tu lagi..setakat buat ubat ubatan herba tuk yg lepas bersalin, dan lain2..cuma mema ...

Ohhh.. Aku faham fah.. Pernah tak arwah nenek ang bagi apa2, kat ang?

miftahuljamilah Publish time 9-10-2019 09:30 AM

Dulu situasi ni saya pernah alami ada anjing meraung sayup2 time azan.. 5 waktu dia meraung bersama seruan azan..bila azan habis dia pun berhenti..banyak pulak tu kawanan anjing sahut menyahut

FaryneeAwLea Publish time 9-10-2019 09:31 AM

Masa dapat kol dari keluarga yg nenek tengah nazak kat hospital, hari tu jugak sy bergegas melawat, dua jam setengah jarak perjalanan..emosi semua masi normal, **maksud sy emosi sedih sebak semua masa tu kena ngan situasi la** masuk wad jenguk nenek, nenek masi mampu bercakap, tapi sy ni yg x mampu nak bendung lagi air mata dah bertakung habisdari pagi ke malam kitorang semua kumpul kat hospital..yg peliknya petang tu sy jenguk wad kali kedua, sy dah rasa lain macam, nenek da tak sedarkan diri.. jantung sy berdegup kencang sungguh tak selesa, seolah olah ada sesuatu yg berdamping dekat dengan nenek menyebabkan sy rasa cemas rasa takutemosi sedih sebak sy sekelip mata LENYAP..nak pandang muka nenek pun sy tak mampu, nak dekat pun tak mampu..ntah laaa..

FaryneeAwLea Publish time 9-10-2019 09:50 AM

Lepas nenek meninggal, hari ketujuh siap kenduri tahlil..sy terus balik rumah, dua jam setengah jugak balik malam..sy dah boleh rasa dah masa tu ada yg ikut sy balik, setiap saat cemas, dalam posisi duduk pun sy boleh rasa badan sy ni terlambung lambung dengan degupan jantung yg kuat
Sy jadi mudah terkejut, yela sbb kalau sy jalan sy boleh rasa ada angin yg lalu lalang ada sesuatu yg lalubila sy berhenti & stay posisi berdiri akan ada bayang hitam besar kat ats kepala tapi sy x berani nak dongak..rasa satu badan panas,nak kata demam tak jugakperut jgn cakaplah, ada masanya kena attack, benda2 halus ni memang akan aim perutmemulas !
.
Tiga hari berturut turut sy terhidu bau seakan akan bau nanahbau mayat ke apa x pasti la, yg pasti bau tu tak menyenangkan
.
Dan dua hari berturut turut, kehadiran anak ayam tanpa ibu kat halaman rumah..hari pertama 3ekor anak aym warna semua putih..hari kedua, 4ekor anak ayam warna semua hitam.

FaryneeAwLea Publish time 9-10-2019 09:52 AM

miftahuljamilah replied at 9-10-2019 09:30 AM
Dulu situasi ni saya pernah alami ada anjing meraung sayup2 time azan.. 5 waktu dia meraung bersama...

Ada sesuatu yg jadi ke sis masa tu atau selepas ?

miftahuljamilah Publish time 9-10-2019 10:18 AM

FaryneeAwLea replied at 9-10-2019 09:52 AM
Ada sesuatu yg jadi ke sis masa tu atau selepas ?

Saya anggap kebesaran Allah..tak pernah saya dengar anjing menyahut azan begitu di tempat lain..kawasan perumahan saya je anjing tu berbunyi mcm menyahut azan..tapi anjing tu mati jugak akhirnya..bawah longkang rumah saya..rupa anjing ni pelik sikit..badan bulat bulu panjang, hitam satu badan..kwsn rumah saya semua orang Melayu takde bela anjing..ni anjing liar yg berbunyi

LostStar Publish time 10-10-2019 07:43 PM

daku rumah tinggi sangat.. jangan kata anjing kereta lalu pon tak dengar..

najib888 Publish time 13-10-2019 01:13 AM

Kebetulan je tu. Setakat 1 je peristiwa, terus jadi khurafat.

1. "Tidak adapenyaki yang berjangkit,tidak ada kepercayaan bahawa haiwan memberi manfaat dan mudarat, tidak ada kesialan dalam bulan safar dan tidak ada juga kepercayaan datangnya malapetaka disebabkan burung hantu.”

Riwayat al-Bukhari (5770), Muslim(2220), Abu Daud (3913) di dalam al-Sunan & Ahmad(3031) di dalam Musnad.

2. "tidak ada kesusahan (atau bala bencana) Yang menimpa (seseorang) melainkan Dengan izin Allah; dan sesiapa Yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa Yang telah berlaku itu Dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

(Surah Al-Taghabun 64 : 11)

Intanterpilih09 Publish time 13-10-2019 10:55 AM

Kawasan umah Intan ni tiap kali azan memang dgr anjing menyalak.azan zohor n asar pun sama.kdg2 seram berdiri bulu roma.

FaryneeAwLea Publish time 5-11-2020 01:28 PM

najib888 replied at 13-10-2019 01:13 AM
Kebetulan je tu. Setakat 1 je peristiwa, terus jadi khurafat.

1. "Tidak adapenyaki yang berjang ...

lebih dah dari satu kejadian, dah biasa hadap pn dari kecik dikelilingi dengan situasi2 pelik.. eh tu kurafat ke ? benda ghaib ni khurafat ? sy takda pula menyembah atau menggagungkan atau berpaut memohon perlindungan dari mhkluk2 ghaib ni .. malahan sy usaha berubat, rawat diri sndri sambil berubat sana sini takda pun ustaz/perawat yg ckp ni khurafat..kalau ye pun gangguan tu dtg dari amalan2 atok nenek sy.. apa yg sy tahu sy berusaha pulihkan keadaan..
Pages: [1] 2
View full version: Oct 2019


ADVERTISEMENT