Jimat RM4! Resepi Ayam Goreng Mamak Bikin Ketagih
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201909/26/105219lfum7cciu02c3jc9.pngKredit foto:Axuricca Razali& Qhamcyahh Hidayat
Siapapun yang makan ayam goreng mamak mesti cakap sedap, rangup, daging empuk, tidak pedas walau warnanya merah seperti itu, bahkan kanak-kanak juga suka.
Sebenarnya, anda boleh buat sendiri ayam goreng mamak sedap seperti di kedai atau restoran mamak. Malah, buat ayam goreng sendiri lebih jimat masa dan ekonomi.
Menurut Axuricca Razali yang telah mencuba resepi dikongsikan Qhamcyahh Hidayat yang tular baru-baru ini, hasilnya benar-benar seperti ayam goreng yang dijual di restoran mamak!
Cukup pedas, cukup sedap dan sangat rangup! Ini bukan cubaan, ini betul-betul!
Ini dia Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih oleh Qhamcyahh Hidayat yang telah dikongsi 1.9k untuk anda cuba.
Bahan-bahannya:
[*]1 ekor ayam
[*]6 sudu makan tepung jagung
[*]6 sudu makan tepung beras
[*]3 tangkai daun kari
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201909/26/102826jl99s9l8z6m9llz9.pngKredit foto: Axuricca Razali
Bahan untuk dikisar:
[*]6 ulas bawang putih
[*]2 inci halia
[*]5 tangkai cili kering
[*]2 sudu makan rempah kari
[*]1 biji telur
[*]Garam secukup rasa
[*]1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara:
1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama satu jam. Untuk hasil yang lagi 'umph' boleh perap semalaman. Perap lagi lama, lagi sedap!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201909/26/103156no6wj8wq6y6qofwo.pngKredit foto: Axuricca Razali
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201909/26/103302hmm1bm6ylhbfym7l.pngKredit foto: Axuricca Razali
Setelah masak, boleh dihidangkan bersama dengan nasi putih beserta lauk pilihan atau enak dimakan begitu saja. Yang pasti, haruslah hingga menjilat jari!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201909/26/103555qrvrtnstut0t3r9z.jpgKredit foto: Qhamcyahh Hidayat
Mudah bukan? Selamat mencuba dan selamat menjamu selera! - CARI
Resepi Asal dari Qhamcyahh Hidayat Aku pernah buat.. Tp nak sedap jgn bagi cair.. Buat bg melekat elok kat ayam tu dan perap paling cepat 2 jam.. Api x leh kuat sgt.. Habis ayam goreng mamak aku buat masa berbuka posa tahun ni;P sarah82: Aku pernah buat.. Tp nak sedap jgn bagi cair.. Buat bg melekat elok kat ayam tu dan perap paling cepat 2 jam.. Api x leh kuat sgt.. Habis ayam goreng ...
Kalau dilamar mamak, kau nak tak @sarah82 ? Kurex replied at 3-10-2019 12:37 PM
Kalau dilamar mamak, kau nak tak @sarah82 ?
Hahaha.. Ang tau tak kurex.. Aku selalu dpt harga murah bila makan kat mamak.. Sbb depa ingat aku nami tanjung versi puteh gebu.. Hahahaa.. Sampai kawan2 aku jeles sbb aku selalu dpt harga murah dari depa X pnh rs nk mkn aym grg merah ni... sarah82 replied at 3-10-2019 12:39 PM
Hahaha.. Ang tau tak kurex.. Aku selalu dpt harga murah bila makan kat mamak.. Sbb depa ingat ak ...
Amboiiiii terus teringat kenangan makan mamak tak payah bayar masa arwah lect aku hidup lagi Kurex replied at 3-10-2019 12:58 PM
Amboiiiii terus teringat kenangan makan mamak tak payah bayar masa arwah lect aku hidup lagi
Hahaha...aku muka ikut arwah tok aku sikit.. Ada rupa ala2 mamak dan arab.. Kalau aku bawa tok Sharifah aku mengasuh ni pi check up.. Dr selalu ingat aku cucu dia ...haha..
Tak pernah free lagi kecuali org belanja.
Al Fatihah utk arwah Lect ang... Org yg baik2..Allah syg. Nak lagi sedap, campur sedikit yogurt.. Ni kawan aku keturunan mamak Bukit Mertajam yang ajar {:good Sedapnya aaa ayam goreng mesti rangup ni Banyaknye bahan imransulaiman replied at 3-10-2019 01:02 PM
Nak lagi sedap, campur sedikit yogurt.. Ni kawan aku keturunan mamak Bukit Mertajam yang ajar {:good
ok..tq..saya pun nak cuba nanti imransulaiman replied at 3-10-2019 01:02 PM
Nak lagi sedap, campur sedikit yogurt.. Ni kawan aku keturunan mamak Bukit Mertajam yang ajar {:good
Tq2....nk try buat jugak nnti.. sarah82 replied at 3-10-2019 12:39 PM
Hahaha.. Ang tau tak kurex.. Aku selalu dpt harga murah bila makan kat mamak.. Sbb depa ingat ak ...
Mesti cantik orangnya kuihbakar replied at 3-10-2019 10:28 PM
Mesti cantik orangnya
Oh.. Tak.. Biasa saja kaka.. Plain jane tq share resepi ni..nnt nak jg cuba..{:1_132:}:) natrahn replied at 3-10-2019 08:31 PM
ok..tq..saya pun nak cuba nanti
Try lah.. Tapi ayam goreng mamak ni kena perap semalaman..baru rasa dia kebaboom! diss69 replied at 3-10-2019 09:34 PM
Tq2....nk try buat jugak nnti..
Yogurt yang takde flavour ye.. Lepas tu mesti perap semalaman.. Baru tambah terangkat rasa dia! imransulaiman replied at 4-10-2019 04:44 AM
Yogurt yang takde flavour ye.. Lepas tu mesti perap semalaman.. Baru tambah terangkat rasa dia!
Ok2.. Tq eaa.. laki aku mamak peranakan penang tapi aku tak penah pun masak ayam goreng mamak ni..tak guna punya bini..hahaha