seribulan Publish time 1-10-2019 10:32 AM

[Takwil Puisi 029] MIMPI & IMPIAN...

Edited by seribulan at 1-10-2019 09:33 AM

Pemenang Cinta itu ada

Tahniah pemenang-pemenang https://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/pompom.gif semua pentakwil :)

Maksud puisi- Cinta itu ada

Sebenarnya, ubat itu sakit putus cinta adalah masa. dengan masa je boleh ubati hati yang terluka teruktue. Hati lagi sakit bila kita harap cinta tue sampai syurga rupanya cinta tue terputus tengah jalan oleh orang yang kita tak duga pun akan buat camtue. In the end, sebenarnya ramai je manusia putus cinta. untuk kembalikan rasa cinta itu, kita kena percaya la. cinta itu wujud.

Puisi Minggu Ini

Tajuk : MIMPI & IMPIAN

Mimpi itu impian setiap insan,
Hak yang tidak bisa dinafikan kewujudannya.
Walau sekali tidak mekar,
Mungkin seterusnya bakal menjelma kelopaknya.

Jangan pernah padam pada mimpi,
Kelak merana raga memikul duka.
Jangan pernah patah pada impian,
Kelak kesal hati tiada kesudahan.

Andai mimpi dihalang kemaraannya,
Usah hampa tabahkan semangat.
Andai impian dihambur nista,
Ayuh BANGKIT pertahankan hak kita!!

oleh,
@chicozinn

@watashinoai
@KILL_NANCY
@MeghanK
@Foxey
@matkpop
@kuzaime
@hibernation
@fixit
@AlterEgo
@kuihbakar
@bianglala
@hotmak
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@meisapoya
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@rob07
@takayama
@meisapoya
@ati2027
@krimkraker
@KahPahJ
@seller6183


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201908/13/111615ejlw2j2d2ljc622l.gif


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201908/13/111639d78k7fv1vj26fe1k.gif



fahdramli Publish time 1-10-2019 11:07 AM

Ok sat lagi i try buat tamsilan

AlterEgo Publish time 1-10-2019 12:42 PM

Thanks Mod Seri, will try takwil for this week's entry

seller6183 Publish time 1-10-2019 03:16 PM

mimpi yang ditafsirkan oleh pengkarya saya anggapkan sebagai cita cita. cita cita yang dimiliki oleh semua insan.
setiap cita cita yang nak dicapai mesti lalui kesusahan, kalau tak kena dekat mata org mesti dicaci dihina. Jangan mengalah selagi cita cita tu tak tercapai,
org tua kata ada manis selepas pahit kopi itu.



Snack_Fruit Publish time 1-10-2019 05:54 PM

Puisi ni membicarakan mengenai impan yang ada dalam diri semua manusia. Semua orang boleh bermimpi. Walaupun kadang2 mimpi yang ada tu bukanlah mimpi yang mendonia, tapi orang lain tiada hak untuk memusnahkan mimpi yang ada.

Yang bermimpi pun kenalah berusaha untuk merealisasikan angan2. Fight your way. Kalau tak, mimpi jatuh kepada status "angan2 mat jenin"

diggerr Publish time 2-10-2019 03:05 AM

thanks tag momod.Nnti i takwil yee

salamon Publish time 2-10-2019 06:12 PM

MAKSUD MIMPI & IMPIAN

Semua orang mempunyai impian. Sebelum memasang impian, sudah tentu lah seseorang perlu bermimpi (berangan) terlebih dahulu. Penulis mengajak kita mempunyai impian dan mengejarnya. Tidak salah untuk bermimpi andai bermimpi itu memberi sumber kekuatan utk kita menggapai sesebuah impian.

Jangan pernah berputus asa akan impian kita andai belum dilaksanakan. Andai dalam mengejar impian perlu melalui onak-onak duri dan kecaman orang, hendaklah kita tabah mengharungi kerana mimpi dan impian adalah Hak semua insan! Sesungguhnya tiada apa yg boleh menghalang seseorng itu dari berusaha mengejar impian dan seterusnya berjaya mengubah hidup seseorg dgn lebih baik.

gold_teeth Publish time 3-10-2019 12:59 AM

Mimpi dan impian.. mula2 kena ada impian dan bermimpi untuk mengecapinya.. lepastu baru usaha gigih dan jitu mencapai kejayaan.. angan2 mat jenis itu harus bagiku sbab dengan angan2 baru ada nadi untuk menggerakkan langkah..
Yang penting kena tawakal dan usaha bersungguh, biar orang kata eleh angan2 je lebih.. yang penting buktikan angan2 menjadi kenyataan gitu konsepnya

meisapoya Publish time 3-10-2019 06:52 PM

Mimpi atau impian mesti sentiasa ada. Tidak mustahil untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan. Cuma perlu diiringi usaha dan doa. Kadang-kadang mimpi tidak mampu dicapai, namun jangan putus asa dan berduka cita. Andai impian dipersendakan orang, endahkan saja mereka. Fokus terus pada impian tersebut dan jangan berputus asa

Bonda_Aniey Publish time 3-10-2019 09:47 PM

Berimpian tu lumrah pada setiap manusia. Setiapimpian perlu disekalikan dengan usaha. Jangan cepat mengalah kerna impian itulah yang buat kita akan lebih kuat. Tak dinafikan bukan senang nak capai impian, namun sekali kita gagal harus bangun dan bangun. Jangan pedulikan bisikan2 setan dlm kita usaha untuk mendaki, jadikan suara itu sebagai pemangkin semangat kita untuk mencapai impian.

Sesungguhnya biarlah dtg beribu pun negatif yg cuba menjatuhkan, namun dengan semangat yg kental IMPIAN itu mampu dicapai

Bonda_Aniey Publish time 4-10-2019 09:17 AM

Bonda_Aniey replied at 3-10-2019 09:47 PM
Berimpian tu lumrah pada setiap manusia. Setiapimpian perlu disekalikan dengan usaha. Jangan cepat ...

TQ @seribulan memang tak pernah mengecewakan... hehheeh

takayama Publish time 4-10-2019 11:09 AM

Penulis menyatakan bahawa mimpi dan impian adalah dua benda yg berkait satu sama lain. Manusia suka bermimpi dan memasang impian dlm pada masa yg sama. Penulis seterusnya menyatakan jgn sesekali membiarkan impian itu berlalu pergi walau tidak kecapaian. Usaha kenalah ada dan abaikan bg mereka yg mengejek mahupun memandang rendah atau entang pd mimpi mahupun impian kita.Dan akhir sekali penulis menyarankan untuk terus berusaha supaya ianya menjd kenyataan dan bukannya hanya suatu mimpi dan dan impian yg kosong.

TalibanRock Publish time 4-10-2019 11:44 AM

Bila sampai hari ini mimpi-mimpi anda belum juga tercapai, janganlah berhenti atau kehilangan gairah untuk mewujudkannya. Belajarlah terus dan tetap bangkit kembali saat anda kalah oleh keadaan. Buatlah diri anda lebih besar dari keadaan. Jangan pernah kalah oleh keadaan, sebab keadaan anda saat ini sifatnya sementara.

watashinoai Publish time 5-10-2019 01:38 AM

impian memang wujud bg setiap manusia..tiada halangan utk sesiapapun punyai impian.wlupun kdg tidak menjadi kenyataan, mungkin di lain masa akan terlaksana.

jgn pernah putus asa utk capai apa yg kita hendak kerana tanpa usaha kita tak akan dapat apa yg kita impikan. diri sendiri yang kecewa.

teruskan usaha untuk capai apa yg kita impikan walaupun bnyk cabaran dan dugaan yg menghalang.

kuihbakar Publish time 5-10-2019 09:19 AM

Takwil dari saya yang hidup dalam blues.

Setiap manusia mempunyai impian. Impian bermula dari mimpi. Dari impian insyaAllah akan menjadi kenyataan. Cuma jangan putus harapan. Teruskan usaha dan mara

Tapi jika mimpi dan impian tak menjadi kenyataan, jangan disalah pada taqdir. Tugas kita manusia berusaha dan jangan putus harapan. Mungkin ada mimpi yang tidak menjadi kenyataan, tapi Allah berikan dan datangkan yang lebih baik dari yang diimpi

seribulan Publish time 5-10-2019 10:21 AM

seller6183 replied at 1-10-2019 02:16 PM
mimpi yang ditafsirkan oleh pengkarya saya anggapkan sebagai cita cita. cita cita yang dimiliki oleh ...

Sila post untuk klaim kredit pemenang :)

seribulan Publish time 5-10-2019 10:22 AM

Snack_Fruit replied at 1-10-2019 04:54 PM
Puisi ni membicarakan mengenai impan yang ada dalam diri semua manusia. Semua orang boleh bermimpi....


Sila post untuk klaim kredit pemenang :)

seribulan Publish time 5-10-2019 10:23 AM

watashinoai replied at 5-10-2019 12:38 AM
impian memang wujud bg setiap manusia..tiada halangan utk sesiapapun punyai impian.wlupun kdg tidak...


Sila post untuk klaim kredit pemenang :)

Snack_Fruit Publish time 5-10-2019 01:03 PM

seribulan replied at 5-10-2019 10:22 AM
Sila post untuk klaim kredit pemenang

Hihihi...


Thank you momod.

Flying kiss satu round xoxo

watashinoai Publish time 6-10-2019 02:39 AM

thank you @seribulan :)
Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 029] MIMPI & IMPIAN...


ADVERTISEMENT