melnanzz Publish time 30-9-2019 09:51 PM

SEADANYA AKU [Akasia TV3: Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza]

Seadanya Aku
akan datan slot Akasia TV3



Nantikan drama adaptasi novel Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya di slot Akasia TV3. Menyatukan semula gandingan pelakon Zara Zya dan Azlee Khairi. Drama arahan Feroz Kader, terbitan Country Universal Sdn Bhd. Bakal ditayangkan pada awal tahun 2020.

JUDUL : SEADANYA AKU
TARIKH TAYANGAN : 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Rissa Ahdiya
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Ainina Ahmad

WATAK PELAKON
Zara Zya sebagai Aufiya
Azlee Khairi sebagai Zarul
Elvina Mohamad sebagai Wina
Dayana Roza sebagai Zureen
Redza Rosli sebagai Taufik
Sharifah Husna sebagai Eliza
Fadlan Hazim sebagai Hadi

SINOPSIS SEADANYA AKU
Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya.

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

fealefea Publish time 30-9-2019 11:23 PM

Gandingan ni mmg dinanti tp jln cerita sgt bimbooo

ismaha Publish time 1-10-2019 11:25 AM

ok nnt nk try test couple ni balik...masih kimia ke idok:$

chinta89 Publish time 1-10-2019 05:10 PM

bagi aku jahat aufiya semata2 nk selamatkan maruah diri sanggup khianati kawan baik.

eh skg dh moden la. xde nya org nk keji kalau x jadi kawin, kalau ada tentu makcik bawang jah.

imanda Publish time 11-10-2019 08:11 PM

jln cerita agak menarik n yes I really2 cant wait for this drama coz mmg sk sgt zara n mr arrogant ni dulu hihi
n I sk jg redza rosli hoho so mmg xsbr nk tgk cite ni! :C

azimodin Publish time 16-1-2020 10:56 AM

sebenarnya meouls lebih eksited tengok Elvina dengan Redza - couple Isteri Untuk Diiktiraf{:smileo

kykyland Publish time 16-1-2020 01:09 PM

Yes.Mengimbau balik lakonan Zara n Mr. Arrogantnya. :lol:

LiliSam Publish time 17-1-2020 11:58 AM

kykyland replied at 16-1-2020 01:09 PM
Yes.Mengimbau balik lakonan Zara n Mr. Arrogantnya.

GAMBAR ke apa yg tunang dia tgk semlm tu

hasyahana Publish time 17-1-2020 05:06 PM

Baca sinopsis...Taufiq tak muncul masa nikah...Zarul ganti...pastu dia rahsiakan dari kawan2 baik dia ...aikkk kawan2 baik dari sekolah duduk serumah tak datang ke time member nikah.

aint Publish time 17-1-2020 07:21 PM

menarik gak barisan pelakon2...

hrp citernye pn best...

kykyland Publish time 18-1-2020 12:46 AM

hasyahana replied at 17-1-2020 05:06 PM
Baca sinopsis...Taufiq tak muncul masa nikah...Zarul ganti...pastu dia rahsiakan dari kawan2 baik di ...

Kannn. Mcm pelik pulak. Kwn baik kot..duk serumah lg..bersangka baik je la, nikah kt siam gknya..hehe

nooriesz Publish time 18-1-2020 02:52 AM

kykyland replied at 18-1-2020 12:46 AM
Kannn. Mcm pelik pulak. Kwn baik kot..duk serumah lg..bersangka baik je la, nikah kt siam gknya..h ...

dlm novel si wina tu mmg jahatt.. bkn sbb zarul kawen fiya.. sbnarnye jahat mse diorg study lg.. nanti iols citer xsyok pulakk kan..

love_warrior Publish time 18-1-2020 11:18 AM

nooriesz replied at 17-1-2020 06:52 PM
dlm novel si wina tu mmg jahatt.. bkn sbb zarul kawen fiya.. sbnarnye jahat mse diorg study lg.. n ...

Adakah dia yg suruh org ro*** Fiya?

nooriesz Publish time 18-1-2020 12:23 PM

love_warrior replied at 18-1-2020 11:18 AM
Adakah dia yg suruh org ro*** Fiya?

heeeeee ;P;P;P

love_warrior Publish time 18-1-2020 12:39 PM

nooriesz replied at 18-1-2020 04:23 AM
heeeeee

Ok noted...

kykyland Publish time 18-1-2020 08:24 PM

nooriesz replied at 18-1-2020 02:52 AM
dlm novel si wina tu mmg jahatt.. bkn sbb zarul kawen fiya.. sbnarnye jahat mse diorg study lg.. n ...

Owhh ye ke?.so xpe la zarul x kawen ngn dia..lg pun zarul pn cm x bape suka ngn wina ni kn..

kykyland Publish time 18-1-2020 08:26 PM

LiliSam replied at 17-1-2020 11:58 AM
GAMBAR ke apa yg tunang dia tgk semlm tu

Wssapp dr malaun mana nth..hehe. Dia ckp fiya tu bekas dia..hmmm

Puteri19 Publish time 18-1-2020 08:51 PM

Makin ramai pengeship taufiqaufiya (ke zararedza?) nmpknya termasuk iols hehe.. suwit la plk scene tepi pantai.
Mr arrogant ko ke tepi sat.
p/s: hanya ellerahman je boleh mekap Zara nmpk natural & santek. Drama kali ni haukk mekapnya.

Kampungpeoplesz Publish time 19-1-2020 08:56 PM

nooriesz replied at 18-1-2020 02:52 AM
dlm novel si wina tu mmg jahatt.. bkn sbb zarul kawen fiya.. sbnarnye jahat mse diorg study lg.. n ...

Spoiler alertzzzzz haiyaaaa

nooriesz Publish time 19-1-2020 09:01 PM

Kampungpeoplesz replied at 19-1-2020 08:56 PM
Spoiler alertzzzzz haiyaaaa

uitt chuols ;P;P
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: SEADANYA AKU [Akasia TV3: Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza]


ADVERTISEMENT