adila39 Publish time 28-9-2019 10:47 AM

KAWAN YG BERMULUT MANIS

Happy weekend u all.

Pepatah mengatakan, kerana mulut badan binasa. Tapi now kerana mulut la senang dapat apa nak.. cemana tu?

Anyway share experience jom, sesapa ada kawan yg BERMULUT manis ni... puji manjang.... bodek ke kejenya. Tapi kat belakang kita bukan main mengata. So apa u all buat?

Nurul8001 Publish time 28-9-2019 11:10 AM

Buat tak reti je. Bolehhh
Tapi, lepas tu berhati2 je lah.
Tak bercakap yg personal2.

Tapi, baru2 ni dapat tau dia kena kanser. Padahal dia jenis jaga makan dan rajin senam semua. Allah. Ada juga rasa kesian. Kalo nak kata balasan, saya bukan sape2.

Tapi, ada ramai je yg pernah dapat kesan dari mulut dia tu. Mungkin ada doa org lain yg rasa teraniaya.

Nurul8001 Publish time 28-9-2019 11:15 AM

Tapi, saya mohon jangan salah anggap. Bukan saya maksudkan semua yg kena kanser tu sbb perbuatan dia.

Ada je kes yg memang dugaan untuk pesakit dan keluarga deme. Ada je kes pesakit kanser yg pesakit tu memang org baik2. Mungkin genetik ada sakit tu.

Maaf kalo ada yg terasa hati

kaoru44 Publish time 28-9-2019 11:24 AM

Tak pernah lg ada kwn mcm ni..
Kwn2 i semua jnis biasa2 bckp..xmelebih dan xmenunjuk..
Masing2 beringat bila bckp..tp prnh jmpa org mcm ni..i elakkn duduk dkt..sbb takut kte tpngaruh dan xpsl2 org label kte sama mcm dia..

zuuu Publish time 28-9-2019 11:38 AM

Penah ada jiran camni,mulut manis n friendly baru pindah je dh made friends with everyone...rupanya sejenis jahanam suka pinjam duit org hutang keliling pinggang n kaki pompuan,pinjam duit guna nama bini mintak simpati kt jiran2 pastu joli sakan ngan pompuan lain,paling unexpected leh nikah lain waktu bini sarat...x lama lpas tu pindah tmpat lain hutang x bayat

missus_meow Publish time 28-9-2019 11:40 AM

when ppl r overly nice ... adelah tu

Miss.H Publish time 28-9-2019 11:53 AM

I just ignore. Bukan apa, kalau ada spesis mulut manis ni, hanya "dia" je akan nampak baik. Sempurna giteww tapi realiti nauzubillah.
Sesuai sangat si mulut manis ni join geng MLM. Mesti sucessful lah.

awaynepian Publish time 28-9-2019 12:05 PM

Ada je...termasukla one of my cousin..he ni sorry to say la..xhensem..pendek..n gelap..typical malay..but dia suka benar meminjam duit pompuan..even anak dah 4..
Baru2 ni dgr dia gaduh ngan wife dia sampai melarat ke family..sbbnya dia layan sorang budak u ni masa budak u ni salah nombor call nombor dia..
Dan the best part are..apa bnda ayat cair dia..sampai budak tu yg baru masuk keja..boleh belikan fon samsung ..even xmahal..aku rasa berjaya gakla ..n instinct aku mengatakan yg dia ada gak pinjam duit adik tu..sbb sepupu aku ni memanjang xcukup..blom lagi dia mintak barang from shoppe lazada..n peliknya..adik skandal dia tu beli je..n postage ke umah dia

Last yg aku dgr..bini dia sound adik skandal dia tu..jangan kacau laki dia..erm..aku gelengkan kepala jer la..sepupu aku ni style duit dia..payah betul nak kluar..even nak belanja family sendiri...gatal pulak nak berskandal..

So pada adik2 luar sana..hati2 la ya....sweet talker ni via phone je pun jadi..dr kau belanja jantan mulut manis tu..baikla kau menabung or beli handbag..

Rata2nya yg jadi mangsa are perempuan..kesian..

234126 Publish time 28-9-2019 12:23 PM

Biasanya orang macam tu akan kantoi perangai sendiriby their own doing. Lama2 orang akan sedar and benda tu berbalik pada dia.

Yang terkena mmg gerammm je rasa nak membalas balik and defend diri tapi diam tu lebih baik things will prevail itself,surely. Dah byk terjadi. Mcm broken record.

vee_zara Publish time 28-9-2019 01:22 PM

Pernah la ada kawan mcm ni. Mulut manis and baik tapi depan kita je. Belakang kita mengumpat kita berlagak suka tayang barang mahal. Habis kalau aku tak pkai buat ap aku beli? Lg satu perangai suka buat org gduh. Let say dia ada tak suka habit sorang kwan ni. Dia bgtahu la aku , then aku pun tegur le kawan tu. Last2 kawan tu lak yg bermasam muka dgn aku, dia dengan kawan tu baik mcm nothing happen. Seolab aku plak yg jahat padahal punca sebenar mulut si dia. Aku just tolong tegur je. Mcm hareyyyy

MissCarcosa9753 Publish time 28-9-2019 01:43 PM

Mulut manis depan depan
Tapi mulut puaka belakang2 macamana

yuki812 Publish time 28-9-2019 02:05 PM

kwn mulut manis takda..
tapi biasa jumpa laki mulut manis..
caring semacam.
biasa i buat ignore je. anggap dia gurau. malas nak layan.

LadyCarefree Publish time 28-9-2019 02:29 PM

Kawan saya tak ramai. I keep my circle really tight.

terataiku Publish time 28-9-2019 03:12 PM

Tiada kawan yg bermulut manis.tapi bermulut jahat ada.cakap lepas dan langsung takde sensitiviti dgn kita.bertudung litup blm tentu mulut juga terjaga.

Catpaw Publish time 28-9-2019 03:29 PM

Miss.H replied at 28-9-2019 11:53 AM
I just ignore. Bukan apa, kalau ada spesis mulut manis ni, hanya "dia" je akan nampak baik. Sempurna ...

Dan juga jual insurans takaful, lembut dr lidah manisnya, rupanya lakonan semata2. Belakang tipu sana sini tunggang agama

Catpaw Publish time 28-9-2019 03:40 PM

Iols abaikan je yg jenis macam ni bila tau perangai macam tu. Orang macam ni kita tak tahu awal2 simpan baik punya tak ngaku.

Depan kita baik namampus, suci murni, pijak semut tak mati-mati. Belakang macam2 dia hebahkan siap tokok tambah dah lain benar dari keadaan asal, asalkan kita nampak buruk, dia nampak malang dan kesian gitew... :$

Jauhkan diri, tak kuasa nak layan perangai buruk dia. Nanti dia sendiri buka aib buruk perangai dia tu sebab memang itu perangai dia.

Pilihlah kawan yang berakhlak yang nak mencari redaNya bukan memilih kawan yg berharta, berjawatan dunia je. Doa selalu agar dapat kawan2 yg membawa ke syurga. Agar kita juga mendapat tempiasnya. Kawan dengan orang jual minyak wangi kita pun dapat tempias air wanginya, kan harum{:1_149:}

munchkin Publish time 28-9-2019 03:44 PM

I stay away. Dulu ada bff i punya kawan mulut hansuang. Depan kota kemain memuji muji. Belakang dia mengata macam hapa. Siap fitnah kan org lagi. Org tak kenal pun dia fitnah.

Org mcm tu aku stay away je. Tak kawan pun takpe. Aku tak perlukan kawan toksik

MenteriWanita Publish time 28-9-2019 04:21 PM

Makpak tak leh pilih, adik beradik tak leh pilih kena layan sampai hujung nyawa kita, suka tak suka memang itu takdir kita, layan lah dan jaga lah silaturrahim itu, kita tiada hak kerana Yang Berhak telah pilihkan mereka untuk kita,

Kawan ni pula masuk list special, Yang Berhak dah kasi kebebasan mutlak untuk memilih, kita boleh pilih dengan siapa yang kita nak kawan, kita boleh pilih siapa layak masuk ke dalam hidup kita, kita boleh pilih tahap rapat kita dengan mereka, rakan sekolah ka, rakan kerja ka, rakan sukan ka, rakan bisnes ka, jiran saja ka, yang lagi best kita boleh edit list kawan kita, siapa nak masuk, siapa yang harus dikeluarkan, kebebasan hak kita 100% mutlak,

Kalau dapat yang hauk, memang kena check diri kita dulu, sebab orang bebal selalunya akan menarik orang bebal untuk berkawan dgn nya, sampai ada pepatah mat salleh mengatakan "tell me who's your friend, i'll tell you who you're, nampak tak bahawa kawan kita ni adalah imej kita, kawan kita hauk memang terjejas imej kita,

Jadi yang sejenis mulut manis depan2, kaki kipas, yang suka mengata kawan sendiri kat belakang nih, kawan2 dia sama ja semua dengan dia ,tak ada beza, sikit pun tak ada beza, kalau kita termasuk dalam geng begini, elok keluar dari circle itu, nescaya lega kepala otak dan tak banyak drama ntah apa2.

Perk77 Publish time 28-9-2019 05:20 PM

Pernah..Aku pun pelik baik sgt ckp...Dan Aku selalu tgk jenis Mata org yg menunduk tp mengerling Mata..jenis bentuk bibir nipis...Aku berhati2 berkawan Dan Bercakap...

nirose Publish time 28-9-2019 05:24 PM

Pernah jumpa org macam ni..dekat socmed orang tu, dia puji puji cakap orang tu cantik..tapi kat belakang, dia badmouth orang tu..
Walaupun apa yg dia kata tu fakta dan bukan fitnah, tapi nampak sangat ko talam dua muka.
Pages: [1] 2 3
View full version: KAWAN YG BERMULUT MANIS


ADVERTISEMENT