zulka Publish time 27-9-2019 03:42 PM

Honda CB250R

Ada siapa2 pakai moto ni tak?, cadang nk beli sebiji utk daily ride pegi balik keje sahaja..:loveliness:baca spec mcm best, nak tanya org yg dah pakai mcmana.....

https://pandulaju.com.my/6-fakta-pantas-honda-cb250r-kini-di-malaysia-harga-rm22999-sahaja/honda-cb-250r-20181/

https://news.webike.net/wp-content/uploads/2019/01/190131_05.jpg

SPESIFIKASI CB250RENJIN: 4-lejang sebaris, silinder tunggal, DOHC, penyejukan cecair
SESARAN: 250cc
GEREK x LEJANG: 76mm x 55mm
KUASA MAKSIMUM: 27.2hp @ 9000rpm
TORK MAKSIMUM: 23.3Nm @ 8000rpm
SAIZ TANGKI MINYAK: 10.1 liter
JENIS KLAC: Klac manual
TRANSMISI: 6-kelajuan
DIMENSI: 2,020mm (panjang) x 805mm (lebar) x 1,050mm (tinggi)
JARAK RODA: 1355mm
TINGGI PELANA: 800mm
JARAK KELEGAAN TANAH:150mm
BERAT: 145kg
SUSPENSI DEPAN: Teleskopik USD
SUSPENSI BELAKANG: Lengan ayun monoshock
SAIZ RODA DEPAN: 110/70 R17
SAIZ RODA BELAKANG: 150/60 R17
BREK DEPAN: Cakera hidraulik ABS
BREK BELAKANG: Cakera hidraulik ABS
Harga - RM22,999 (belum OTR)

1. Honda CB250R didatangkan dengan lampu depan bentuk bulat dengan teknologi LED yang menyerlahkan gaya jentera cafe racer retro moden.Lampu belakang juga dalam ciri LED.2. Saiz tangki 10.1 liter tampil dengan rekaan berlekuk dan maskular yang memberikan imej sporty seperti abangnya, CB1000R.3. CB250R turut dilengkapkan panel instrumen digital penuh yang memaparkan maklumat penting seperti perbatuan (odometer), trip meter, indikator petrol, dan jam digital moden berlatarkan warna biru.4. Berat 145kg boleh dikatakan cukup ringan yang sama kelas dengan jentera naked. Padanan jarak kelegaan tanah 150mm dan ketinggian pelana 800mm agak tinggi. Penunggang bertubuh rendah mungkin sedikit sukar mengawal keseimbangan, terutama ketika berhenti di lampu merah.5. Dijana enjin 250cc DOHC penyejukan cecair dengan kuasa maksimum 27.2hp (20.3kW) dan tork 23.3Nm. Transmisi pula daripada klac manuai 6-kelajuan dengan output cukup berprestasi dan tork tinggi.6. Trenkuasa CB250R turut dibekalkan teknologi PGM-FI yang menawarkan penjimatan bahan api memuaskan.

BlueRose99 Publish time 27-9-2019 04:30 PM

Wow! Beli jangan tak beli!

sarah82 Publish time 27-9-2019 04:51 PM

Adik tiri pakai mod.. Tp x sampai 6 bulan kena curi

palmolive Publish time 16-10-2019 02:22 PM

beli bang..nanti share pengalaman sini.
nnt boleh angkat yg 1000cc pulak..

zulka Publish time 17-10-2019 02:55 PM

palmolive replied at 16-10-2019 02:22 PM
beli bang..nanti share pengalaman sini.
nnt boleh angkat yg 1000cc pulak..

takmola...dh dpt review dari kawan, tak best katanya..macam bawa yamaha fz150 je :lol:membazir duit je beli 23K...baik beli MT09 second hand :loveliness:


palmolive Publish time 17-10-2019 03:02 PM

zulka replied at 17-10-2019 02:55 PM
takmola...dh dpt review dari kawan, tak best katanya..macam bawa yamaha fz150 je membazir dui ...

kalo gitu dah jimat 15k kalo compare ngan fz150..alahai..
Pages: [1]
View full version: Honda CB250R


ADVERTISEMENT