iloveselangor Publish time 27-9-2019 01:03 PM

Aquascape, Paluderium, Kusamono, Suiseki, Bonsai, Kokedama dan Terrarium.

Edited by iloveselangor at 12-10-2019 01:20 PM

Hi,

Siapa Kat sini yang minat dengan Aquascape Dan Terarium?

Hari tu Saya Ada menonton di YouTube channel milik seorang belia dari Jepun...Jumpa channel pun pasal nak beli Indoor Waterfall, konon untuk hasilkan natural Negative Ion dalam rumah.

Saya tertarik dengan video beliau yang membuat lanskap daripada lumut dan Batu - batuan di Jepun untuk membuat air terjun di dalam sebuah tangki/bekas Aquarium.

Sangat cantik bila dah siap.

Ingat nak Cuba teknik pembuatan Aquascape ni.

Nanti saya Cari pasal asal usul Aquascape ni.

iloveselangor Publish time 27-9-2019 01:10 PM

Video2 dia sangat menarik, dia takda suara...dia cuma tunjuk Cara buat je...nak tahu apa bahan2 yang dia gunakan kena tonton semua video dia...dia Tak letak label bahan Kat semua video.

Siapa YG minat subscribe la channel dia...semua video masih baru dlm Tahun 2019

_BcFxMgsH2I

sharlenetexas Publish time 27-9-2019 02:02 PM

Too meticulous. Hanya mampu tengok. Tak sanggup buat sendiri ;P

Gomea Publish time 27-9-2019 02:15 PM

Mmg slalu tgk youtube dia. Tapi video dia tak banyak lagi.

Kurex Publish time 27-9-2019 02:30 PM

Lama tak nampak tt

iloveselangor Publish time 27-9-2019 02:46 PM

Edited by iloveselangor at 14-10-2019 09:18 PM

Gomea replied at 27-9-2019 02:15 PM
Mmg slalu tgk youtube dia. Tapi video dia tak banyak lagi.

Susah kot nak buat video Macam ni...tengok la angle kamera dia...dia punya cut time tiap scene...zooming...bukan seang nak buat.

Video dia Macam terapi.

Gomea Publish time 27-9-2019 05:42 PM

iloveselangor replied at 27-9-2019 02:46 PM
Susah kot nak buat video Macam ni...tengok la angel kamera dia...dia punya cut time tiap scene...z ...

Tapi mmg cantik kan? Siap ade air terjun, kabus lagi

iloveselangor Publish time 27-9-2019 07:45 PM

Gomea replied at 27-9-2019 05:42 PM
Tapi mmg cantik kan? Siap ade air terjun, kabus lagi

Tu la cantik...benda NI Ada negative ion, bagus untuk terapi dan udara Kat rumah lebih Bersih.

Tak payah guna Coway hihihihi

iloveselangor Publish time 27-9-2019 08:46 PM

Kurex replied at 27-9-2019 02:30 PM
Lama tak nampak tt

Ada je kat sini..:loveliness:

iloveselangor Publish time 2-10-2019 06:12 PM

Tadi search Ada jumpa thread Aquascape ni....tapi Kat board Haiwan...lepastu dah close....

Kalau Ada jumpa thread yang sama Tolong bagitahu ya....nak tukar nama thread ni jadi Seni Taman Jepun.

iloveselangor Publish time 12-10-2019 01:16 PM

Kusamono
Kusamono adalah susunan rumput liar dan bunga secara tradisional di dalam pasu atau dulang yang unik. Nama ini terdiri daripada dua aksara Jepun - "rumput" dan "benda" - perkataan yang digabungkan membawa maksud tumbuhan yang rendah hati, tumbuhan sehari-hari atau rumput, walau bagaimanapun seni kusamono telah berkembang melampaui asal-usul yang rendah hati. Hari ini istilah kusamono digunakan apabila tumbuhan aksen dipamerkan sebagai tumpuan. Kusamono boleh tumbuh tinggi, samada penanaman campuran atau semua tumbuhan yang sama, masuk atau keluar dari bekas. Kusamono menentukan efek hiasan tempat dan musim, seperti padang rumput, rawa, atau gunung.

iloveselangor Publish time 12-10-2019 01:24 PM

Suiseki berasal dari China (dipanggil "Gongshi", atau batu sarjana) dan di Korea (dipanggil "Suseok"). Seni Suiseki diperkenalkan di Jepun oleh mahkamah Imperial China semasa zaman Asuka (538-710AD). Seni menjadi lebih popular semasa zaman Kamakura (1183-1333AD) kerana ia mendapat penerimaan dengan kelas pemerintah Samurai. Kesenian batu ini diperkenalkan di barat ketika ia dipamerkan di pameran awal Bonsai.DQ9n2GCicKA

iloveselangor Publish time 12-10-2019 01:30 PM

Kokedama
Kokedama, yang dalam bahasa Inggeris diterjemahkan secara harfiah sebagai "bola lumut", adalah bola tanah, dipenuhi dengan lumut, di mana tumbuhan hiasan tumbuh. Ide ini mempunyai asal-usul di Jepun di mana seni taman ini berabad-abad lamanya dan terikat dengan amalan bonsai, tetapi ia telah berkembang menjadi bentuk seninya sendiri. Kokedama hari ini dipamerkan sebagai pusat perhatian, biasanya dilekatkan pada sepotong kayu hanyut atau kulit kayu, digantung dari tali, atau terletak di dalam bekas yang rendah.

iloveselangor Publish time 14-10-2019 07:42 PM

Edited by iloveselangor at 14-10-2019 09:12 PM

Sebelum nak buat Paluderium, Terrarium, Kokedama Dan sebagai nya....korang kena belajar dulu macam mana nak biakkan lumut.

Sebab2 nya

1. Harga Lumut sangat Mahal. Contoh macam Japanese Feather Moss harga RM60 untuk 4''x6''
2. Peminat lumut ni biasa kalau masuk hutan mereka akan kutip dan jaga....so kena tahu jaga dan biakkan lumut.

Lumut sejenis tumbuha....seperti Fern tapi bukan Fern/pakis.

Sebab Lumut takda batang akar daun yang jelas...dia buat Makanan dari Klorofil...keseluruhan bahagian nya boleh menyerap nutrisi...termasuk partikel di udara so Lumut sebenar tumbuhan yang bagus untuk indoor sebab boleh Bersih Kan udara termasuk menyerap bahan Kimia YG beradiasi tinggi.

Cara pembiakannya sama macam fern/Pakis iaitu melalui spora.

Lumut perlukan persekitaran lembab untuk menyerap nutrisi Dan kekal segar...sesetengah lumut boleh hidup dalam air....lumut perlukan Cahaya Matahari Dan sesetengah nya pula Tak tahan pada cuaca panas tapi perlukan Cahaya YG terang (contoh Cahaya lampu)..contoh spesis lumut begini adalah Japanese Feather Moss



iloveselangor Publish time 14-10-2019 07:56 PM

Edited by iloveselangor at 14-10-2019 07:59 PM

Cara Membiakkan Lumut / How to Propagate Moss

Tools
1. Clear Container/ Bekas lutsinar
2. Scissor/Gunting
3. Rubber Glove/sarung tangan getah

Ingredients/ Bahan2
1 . Pebble /Baru2 Kecil
2. Plastic or Aluminum Mesh / Jaring Plastik atau Aluminium
3. Charcoal / Arang (I use coconut charcoal)
4. Peat Moss


iloveselangor Publish time 14-10-2019 08:17 PM

Edited by iloveselangor at 14-10-2019 09:11 PM

Pertama sekali korang kena cuci batu2/ Pebble Kasi Bersih...kalau nak rebus pun boleh utk bunuh kuman dan bakteria

Kemudian...susun rata pada permulaan bawah dalam bekas...guna bekas YG Jernih sahaja supaya Mudah Cahaya tembus utk fotosintesis lumut....fungsi Batu tu untuk simpan lebihan air dari peat moss

Selepas itu...ukur Jaring aluminum kalau boleh lebihkan sikit beberapa mm supaya menutup sepenuhnya batu2 kecil YG diletakkan dlm container...fungsi Jaring untuk elakkan batu2 kecil tu bercampur diantara peat moss Dan arang

Selepas letakkan aluminum mesh tu letakkan pula arang....fungsi arang utk menapis air2 dari peat moss, supaya lebih Bersih, jernih, Tak berbau sebab arang bersifat anti bakteria dan anti fungi

Kemudian baru letakkan Peat Moss...pastikan. Peat Moss dibasahkan terlebih dahulu sebelum diletakkanarang supaya struktur nya melekat. Tak peroi.

Peat Moss NI perbuat dari lumut Sphegnum sp. Moss...yang sangat bernutrisi Dan mempunyai water holding capacity YG tinggi YG sangat bagus untuk moss....Kora g kalau nak campurkan Perlite Dan akadama soil pun ok..utk mudahkan percambahan moss.

Kalau nak gunakan tanah bukan peat moss pun boleh...tapi make sure tanah tu korang bakar atau masukkan dalam microwave utk dipanaskan...tujuannya utk bunuh microbe dlm tanah tu.

Step yang terakhir korang buat la lubang tanaman guna gunting atau pisau pada permukaan peat moss ikut size moss korang nak letak....leraikan la dlm 1 inci gitu..pastu letak pada lubang.

Kemudian bilas bekas2 korang tu Dan siram lagi sekali lagi pada moss tu.

Tutup bekas Dan letak bawah lampu...x perlu siram...just spray sikit seminggu sekali..ni pun terrarium juga:loveliness:

Kalau tropical moss Tak pe nak letak bawah cahaya yang 34°c .kalau Macam Japanese moss letak Kat tingkap atau bawah lampu dalam bilik.:loveliness:

iloveselangor Publish time 14-10-2019 08:37 PM

Edited by iloveselangor at 14-10-2019 10:02 PM

Moss yang saya nak biakkan ini adalah Japanese Feather Moss....nanti Saya update pembesaran moss ini dalam thread ni

Plan selepas ni nak buat Projek biakkan Local Moss...Dan semai benih pokok water jasmine untuk hasilkan Bonsai.

Malaysia.Doom Publish time 18-10-2019 09:37 PM

Haigoke, Japanese Feather Moss 18/10/2019

indestructibleR Publish time 2-12-2019 02:06 PM

wow i baru berjinak-jinak dengan terrarium. tapi tak la pro mana pun
Pages: [1]
View full version: Aquascape, Paluderium, Kusamono, Suiseki, Bonsai, Kokedama dan Terrarium.


ADVERTISEMENT