BlueRose99 Publish time 18-9-2019 03:47 PM

Tunku Azizah Komen Mi Bandung Sungai Lembing Paling Sedap di Dunia.

Edited by BlueRose99 at 18-9-2019 03:51 PM


MI bandung di Sungai Lembing di Pahang laris apabila periuk besar berisi kuahnya licin, semuanya penangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli menikmati hidangan itu.

Terletak di tepi jalan di Kampung Kuala Kenau, Kedai Makan Wan Masturah yang menerima kunjungan Agong dan Tunku Azizah pada Sabtu lalu, mendapat jolokan mi bandung paling sedap.


“Saya orang Johor biasa makan mi bandung, tetapi mi bandung di Sungai Lembing paling sedap sekali di dunia... dan tauke kedai janji nak beri saya resepi.

“Tuanku (Agong) pun cakap sedap sangat mi bandung Sungai Lembing,” tulis Tuanku menerusi akaun Instagram @tunkuazizah di ruangan komen pada salah satu posting di laman Instagram rasmi mStar @mstaronlineofficial, yang menunjukkan video ketibaan Agong dan Permaisuri ke kedai makan tersebut.

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/09/17/~/media/e1b29466d485449196cf1bc00a8985bc.ashx?la=en
Sementara itu, Nur Madihah Ahmad Rosdi yang memuat naik video berkenaan sehingga tular berkata, keistimewaan mi bandung di kedai makan yang diusahakan keluarganya sejak 20 tahun lalu kerana kuahnya yang pekat.

“Resepinya sama dengan mi bandung yang lain tapi cara masakannya mengikut cara masakan daripada arwah mak saudara kami iaitu Allahyarham Wan Masturah.

https://scontent-kut2-2.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/71133623_10157653231224629_384700779048468480_n.jpg?_nc_cat=105&_nc_oc=AQlIXzoViSEf_n2eQQxh50zLaxz_E3TikcqD4OfbgQrutAllWaj4khfA7nyoxaNur6U&_nc_ht=scontent-kut2-2.xx&oh=a8e0b325ad57b9d6f9b26daf75030729&oe=5E0486B0

“Kenangan manis kami adalah ada orang sanggup datang ke Sungai Lembing semata-mata untuk makan mi bandung dan mi jawa kami, ia akan disusuli dengan respons positif daripada mereka,” katanya kepada mStar.

Malah, gadis berusia 23 tahun itu memberitahu ada pelanggan yang berulang kali datang semata-mata penangan kehebatan kedua-dua menu tersebut.

“Tetapi kenangan paling manis adalah dapat menghidang sendiri mi bandung untuk disantap Agong dan Permaisuri,” ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan Kampus 1 di Kota Samarahan, Sarawak.

Nur Madihah memberitahu, resepi mi bandung itu bagaimanapun masih belum disampaikan kepada Tunku Azizah kerana tiada nombor telefon yang diambil.

“Resepi ni tak bagi lagi kepada Tunku Azizah. Pihak kami tak pasti nak bagi macam mana sebab hari tu ramai berkerumun di kedai kami ketika itu dan (pihak Tuanku) tak sempat ambil nombor telefon.

“Kami tak kisah bila-bila pun boleh kongsikan resepi dengan Tuanku,” katanya yang membantu keluarganya mengusahakan kedai makan tersebut sementara mencari peluang pekerjaan.

Jelas Nur Madihah, keluarganya sedia menunjukkan cara-cara memasak mi bandung mengikut resepi turun-temurun itu di premis mereka sekiranya diberikan peluang.

Terdahulu, menerusi salah satu video yang dikongsi Nur Madihah, Tunku Azizah mahu mendapatkan resepi mi bandung yang dijual digerainya.

“Janji tau, ambil nombor telefon dia,” titah Tunku Azizah yang mahu resepi hidangan tersebut dikongsi oleh pemilik kedai makan berkenaan.

Boomibulat Publish time 18-9-2019 03:52 PM

Nmpk gmbr mcm x sdp je...ampun tungku

BlueRose99 Publish time 18-9-2019 03:54 PM

Kena try ni! Biasa makan mi bandung Mr Husband buat je.

Ada yang cakap mi bandung Sungai Lembing banyak rempahnya..

BlueRose99 Publish time 18-9-2019 04:04 PM

https://scontent-kut2-2.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/70455998_10157646734399629_8311353392454696960_n.jpg?_nc_cat=103&_nc_oc=AQl-rJBzRgZGaWduDxGXADFWo6kGE7A3267TqytLRdZZq0UoW1-KArZ5GLmNZTwHxNY&_nc_ht=scontent-kut2-2.xx&oh=36d42c0d3fb95234e54a842edf443cb2&oe=5E0336A0


Mi bandung tulang Mr Husband buat hari Ahad hari tu.. agak2 mana lagi sedap?!

krustykrab Publish time 18-9-2019 04:06 PM

Tu la.. tp selera masing2 kan

sarah82 Publish time 18-9-2019 04:09 PM

Alamakkk.. Sedap.. Boleh hancur diet aku.. Sila bg resepi

cahaya_almas Publish time 18-9-2019 04:11 PM

Tk suka sgt mi bandung..lg suka laksa penang..kelantan or johor...

Miawlover Publish time 18-9-2019 04:13 PM

X pernah lg jumpa mee bandung yg sdp, kena dgn tekak kecuali dkt Muar.

CiliPadiSedap Publish time 18-9-2019 04:28 PM

tekak kaka makan spageti putih kalau mentua lalu confirm tersadung kaki kaka sebab sedap sangat

Beautifulliar. Publish time 18-9-2019 04:38 PM

Pnh mkn mee bandung opismate dr muar bwk mak nya buat katenye. Tah meols rasa biase je so kdg xtau nape org suka sgt mee bandung. klo yg bkuah2 ni meols lg prefer laksam or mee kari sdpnyeeee

Kak-Leen Publish time 18-9-2019 04:38 PM

Mee bandung Johor & mee bandung Pahang ada perbezaan. Pernah makan mee bandung kat warung dia ni tapi kalau tanya tekak akak, mee bandung muo lagi sedap.

BlueRose99 Publish time 18-9-2019 04:43 PM

Miawlover replied at 18-9-2019 04:13 PM
X pernah lg jumpa mee bandung yg sdp, kena dgn tekak kecuali dkt Muar.

Dengar jugak orang kata mee bandung Muar sedap.. tapi tak pernah try lagi. Tak pernah sampai Muar pun.

laksmanabentan Publish time 18-9-2019 04:43 PM

yummmmyyyy dapnya mee bandung....

BlueRose99 Publish time 18-9-2019 04:44 PM

Kak-Leen replied at 18-9-2019 04:38 PM
Mee bandung Johor & mee bandung Pahang ada perbezaan. Pernah makan mee bandung kat warung dia ni tap ...

Hakak pun suka mee bandung. Memang nak ke try mee bandung muar ni!

BlueRose99 Publish time 18-9-2019 04:45 PM

Kak-Leen replied at 18-9-2019 04:38 PM
Mee bandung Johor & mee bandung Pahang ada perbezaan. Pernah makan mee bandung kat warung dia ni tap ...

Selalu makan mee bandung Mr Husband buat je. Tk tau nak cakap mee bandung mana.. mee bandung Kolumpo kot! {:childlikeo

Kak-Leen Publish time 18-9-2019 04:59 PM

BlueRose99 replied at 18-9-2019 04:45 PM
Selalu makan mee bandung Mr Husband buat je. Tk tau nak cakap mee bandung mana.. mee bandung Kolum ...

Wah.. Masak sedap, with extra love .. Memang paling sedap dalam dunia!

Kak-Leen Publish time 18-9-2019 05:01 PM

Beautifulliar. replied at 18-9-2019 04:38 PM
Pnh mkn mee bandung opismate dr muar bwk mak nya buat katenye. Tah meols rasa biase je so kdg xtau n ...

Aduh beau.. Mee bandung muo, laksam pasar besar Kuantan & mee kari memang favourite akak! Tapi kalau tgh x sihat aka bersin bagai, baik jgn makan mee bandung.. Kang bertambah bersinnya.. huhuhu..

Miawlover Publish time 18-9-2019 05:06 PM

BlueRose99 replied at 18-9-2019 04:43 PM
Dengar jugak orang kata mee bandung Muar sedap.. tapi tak pernah try lagi. Tak pernah sampai Muar...

Nnti jln2 la muar. Bnyk restaurant jual mee bandung tp nk cari yg sdp tu kena try n error la.. Org muar biasa mkn mee bandung, mee rebus dgn sate time breakfast.

Gomea Publish time 18-9-2019 05:10 PM

Kak-Leen replied at 18-9-2019 05:01 PM
Aduh beau.. Mee bandung muo, laksam pasar besar Kuantan & mee kari memang favourite akak! Tapi kal ...

Kat muo yg mana sedap kak? Slalunya makan yg deret roti john singapore tu. Yang dekat petronas tu. Orang kata yang paling sedap mee bandung hanifah. Tapi tak penah makan kat situ lagi

Kak-Leen Publish time 18-9-2019 05:13 PM

Gomea replied at 18-9-2019 05:10 PM
Kat muo yg mana sedap kak? Slalunya makan yg deret roti john singapore tu. Yang dekat petronas tu. ...

Mee bandung hanifah setakat bagi akak. Tapi org kata mee bandung makpon pun sedap. Akak x pernah makan kat makpon tu tp ada beli pes dia.. Buat kenduri masak utuk 200 orang mee bandung tu. Memang jadi sebutan tapi banyak kerjanya nak kasi sedap. Penat, tapi puas hati!
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Tunku Azizah Komen Mi Bandung Sungai Lembing Paling Sedap di Dunia.


ADVERTISEMENT