Cara Simpan Bukti Perbualan WhatsApp Bagi Kegunaan Mahkamah, Bukan Semberono Je!
Kedudukan kebolehgunaan WhatsApp sebagai bukti di mahkamah telah banyak direkodkan, digunapakai dan dirujuk di dalam pelbagai kes.Namun, ketahuilah bahawa kaedah bagi memasukkan Screenshot Whatsapp sebagai bukti di mahkamah bukanlah secara semberono sahaja.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/24/214444uev5cz8rmrcrners.png
Kredit Foto : Google
Sesuatu screenshot Whatsapp yang hendak digunapakai sebagai bukti di mahkamah hendaklah antara lain memenuhi kriteria berikut seperti dikongsikan peguam Faiz Fahmi:
i. Screenshot mendedahkan nama penghantar;
ii. Screenshot menyatakan tarikh dan masa perbualan tersebut berlaku;
iii. Nombor telefon penghantar (pihak satu lagi); dan
iv. Gambar profil penghantar (pihak satu lagi).
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/24/211133v5ym7maxi9amcrsx.png
LANGKAH 1 - 3
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/24/212521ta00dslgx0j0d7s7.png
LANGKAH 4 ( 4.1 - 4.7 )
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/24/212712p4rk1v4dlbfdwssd.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/24/212712tgoddgdp0yea0z0d.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/24/212712gq04l4eulke4x706.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/24/212712qn9xvi82ll62lddh.png
Pada Langkah 4.7, di dalam dokumen tersebut mengandungi mesej penuh, termasuk tarikh, waktu, nama pengirim, penerima dan gambar yang boleh dirujuk secara bersilang dengan WhatsApp tersebut.
Sekiranya kriteria tidak dipenuhi, ianya akan menimbulkan keraguan terhadap kesahihan ketulenan (authentic) screenshoot di mana terdapat kemungkinan screenshot tersebut telah dimanipulasi, dianggap tidak boleh dipercayai dan/atau tidak mempunyai value di Mahkamah bagi menyokong kes anda.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Peguam Faiz Fahmi
Nice info Kalau dah delete message tersebut masih boleh trace ke? Atau hanya keluar screenshots yg masih ada dalam simpanan semasa? Oh begitu, boleh la cuba Menarik ni... isseliparjepun replied at 17-9-2019 11:32 AM
Kalau dah delete message tersebut masih boleh trace ke? Atau hanya keluar screenshots yg masih ada d ...
kalau kita ada buat backup bole trace balik
{:1_132:}{:1_132:} Okay nice info
Dulu masa frust dgn ex, aku export semua chat aku pegi emel sblm delete conversation WhatsApp. Bodoh betul rasanya bila pikir balik. Hahahahaha natrahn replied at 17-9-2019 12:29 PM
kalau kita ada buat backup bole trace balik
I see. Thanks. Patutla some messages lost sebab tak back up. Good info. isseliparjepun replied at 17-9-2019 12:46 PM
I see. Thanks. Patutla some messages lost sebab tak back up.
ha..bole buat backup..check setting -chat- chat backup
Info berguna ooo ok baru tau {:1_132:} Nice info. Tp skrg setiap msg yg kita dh htr kt org, kita boleh delete n meols tertanya gak org tu boleh baca or tak msg yg kita dh htr tu andai org tu belum smpat tgok msg tu tp kita dh smpat deleted dlu Benda benda macam ni lah patut sebar dalam whatsapp.
Bukan news ntah apa2 merepek je memanjang. Good info. Thanks Tq tq tq {:thumbo Sazida replied at 17-9-2019 12:36 PM
Dulu masa frust dgn ex, aku export semua chat aku pegi emel sblm delete conversation WhatsApp. Bodoh ...
HAHAHAHAHA
Ingat iols sorang jer buat gitu. Lepas tu baca balik sambil feeling-feeling. Bodohnya rasa :laugh3: fairy_fairy replied at 17-9-2019 07:51 PM
HAHAHAHAHA
Ingat iols sorang jer buat gitu. Lepas tu baca balik sambil feeling-feeling. Bodohny ...
Kan? Rasa mcm apelahh bebal beno buat mcm tu., penat la mase tu duk tanam dlm jiwa kumbang bukan sekor.,tp tetap jugaklah duk repeat baca conversation tu. Mujurlah skrg dh jumpa jugak mr right. Hahahahaha