bcomplex Publish time 13-9-2019 02:23 PM

KISAH BENCANA ALAM & PERISTIWA YG DI INGATI

Assalamualaikum
B mulakan dengan peristiwa yg B paling ingat
B ingat sebab lepas tengok berita kt tv pasal tanah runtuh ni
terus demam panas

TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA: SEPINTASAhad, 7 Disember 2008 12:00 AM

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2008/12/07/~/media/AF0FAA35A46144B9A9A990144E8A51DC.ashxJALAN di kawasan Bukit Antarabangsa rekah dalam tragedi tanah runtuh awal pagi ini. - foto The Star oleh CHAN TAK KONG

BERIKUT maklumat sepintas lalu mengenai perkembangan kejadian tanah runtuh di kawasan Bukti Antarabangsa - lokasi tanah runtuh terbaru.- Waktu tragedi kira-kira 4 pagi.- 14 banglo di Taman Bukit Mewah serta Bukit Utama tertimbus.- Kawasan runtuhan meliputi empat hektar dengan lingkungan satu kilometer meliputi kawasan sekitarnya.- Tragedi berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi tragedi Highland Tower.- Kejadian tanah runtuh ketiga sejak 30 November lalu (dalam tempoh seminggu).- 4 mayat telah ditemui setakat 7.45 malam. Mangsa terkorban: Shaiful Khas Datuk Shaharudin, 20; N. Yogeswari, 40, dan Eng Lee Peng, 30, serta Surina, 30, (wanita Indinesia).- Shaiful Khas (penghuni rumah No.17), Yogeswari (rumah No. 1), Eng Lee Peng (rumah No, 16, dan Surina (rumah No. 15).- Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selama 24 jam tanpa henti walaupun hujan.- Tanah runtuh dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah.- 93 mangsa kejadian tanah runtuh berjaya menyelamatkan diri.- 2,000 penduduk diarah berpindah ke pusat penempatan sementara di Pejabat Penghulu Hulu Klang, Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang dan surau Bukit Antarabangsa.- Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) merawat 14 pesakit. Kesemua mereka telah dibenarkan pulang.- Dua daripada 14 mangsa dirawat terdiri daripada dua pembantu rumah Indonesia.- Kesemua pesakit yang diterima HKL terdiri daripada lapan lelaki dan enam perempuan, yang berumur tiga bulan hingga 77 tahun.- Laluan utama ke beberapa taman di kawasan Bukit Antarabangsa terputus ekoran tanah runtuh. Beratus terkandas.- Kira-kira 1,500 rumah di sembilan kawasan terputus bekalan elektrik buat sementara waktu apabila 12 pencawang elektrik terjejas ekoran kejadian tanah runtuh. Rumah yang terjejas terletak di Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Utama, Jalan Puncak Bukit Utama, Southern Heights, Kyoto Garden, Oakland Condo Bukit Jaya, Casa De Sol Condo dan Jalan Bukit Utama.

seribulan Publish time 13-9-2019 02:27 PM

Edited by seribulan at 13-9-2019 01:32 PM

14 Tahun Tsunami Aceh, Ini 5 Fakta yang Perlu Diketahui
Kompas.com - 26/12/2018, 14:24


Bencana besar terjadi pada 26 Desember 2004. Wilayah Aceh dan sebagian pesisir barat Sumatera Utara hancur karena terjangan gelombang tsunami. Peristiwa yang diawali dengan gempa besar ini berujung dengan ratusan ribu korban melayang.Jutaan rumah hancur akibat gempa dan empasan gelombang tsunami. Listrik seketika padam karena dampak yang ditimbulkan. Tak hanya di Aceh, gelombang tsunami juga menerjang di beberapa titik lokasi pantai Sri Lanka, India, dan Thailand.Kini 14 tahun sudah bencana besar itu melanda Aceh dan sekitarnya. Setidaknya terdapat beberapa fakta yang perlu Anda ketahui terkait bencana itu. Berikut ulasannya, dilansir dari dokumentasi Harian Kompas:1. Gempa terbesar pada abad ke-21Tsunami Aceh terjadi karena interaksi lempeng Indo-Australia dan Eurasia. Gempa besar yang mempunyai magnitudo 9,0 berpusat di dasar laut pada kedalaman 10 kilometer, yang tergolong gempa dangkal, menimbulkan gelombang tsunami.Gempa tersebut menjadi bencana paling mematikan pada abad ke-21.Dasar samudera yang naik di atas palung Sunda ini mengubah dan menaikkan permukaan air laut di atasnya. Dengan demikian, permukaan datar air laut ke arah pantai barat Sumatera ikut terpengaruh berupa penurunan muka air laut.Beberapa gempa terjadi sebelum gelombang air laut menyapu daratan dan yang paling lama berkisar antara 8-10 menit. Durasi gempa ini merupakan catatan sejarah tersendiri.


Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "14 Tahun Tsunami Aceh, Ini 5 Fakta yang Perlu Diketahui", https://nasional.kompas.com/read/2018/12/26/14241151/14-tahun-tsunami-aceh-ini-5-fakta-yang-perlu-diketahui?page=all.
Penulis : Aswab Nanda Pratama
Editor : Bayu Galih

Gempa yang terjadi di perairan barat Aceh, Nicobar, dan Andaman, merupakan akibat dari interaksi lempeng Indo-Australia dan Eurasia.Gempa-gempa besar yang mempunyai magnitudo 9,0 berpusat di dasar laut pada kedalaman 10 kilometer-tergolong gempa dangkal-itu telah menimbulkan gelombang tsunami yang menerjang wilayah pantai di Asia Tenggara dan Asia Selatan, yang berada di sekeliling tiga pusat gempa tersebut.Pergeseran batuan secara tiba-tiba yang menimbulkan gempa itu disertai pelentingan batuan, yang terjadi di bawah pulau dan dasar laut.Dasar samudra yang naik di atas palung Sunda ini mengubah dan menaikkan permukaan air laut di atasnya sehingga permukaan datar air laut ke arah pantai barat Sumatera ikut terpengaruh berupa penurunan muka air laut.Proses ini juga akan menggoyang air laut hingga menimbulkan gelombang laut yang disebut tsunami. Ukuran gelombang ini bisa hanya beberapa puluh sentimeter hingga puluhan meter.Tak hanya di wilayah Indonesia saja, setidaknya ada beberapa negara yang terkena dampak tsunami yang terjadi pada 14 tahun silam.Dilansir Harian Kompas yang terbit pada 8 Januari 2005, pantai-pantai yang berada Sri Lanka, India, Thailand, Malaysia, Somalia, Bangladesh, Maladewa, dan Kepulauan Cocos.Ribuan jiwa manusia menjadi korban, banyak bangunan hancur dan rusak berat akibat keganasan tsunami itu.

Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "26 Desember 2004, Gempa dan Tsunami Aceh Menimbulkan Duka Indonesia..", https://nasional.kompas.com/read/2018/12/26/11213301/26-desember-2004-gempa-dan-tsunami-aceh-menimbulkan-duka-indonesia?page=all.
Penulis : Aswab Nanda Pratama
Editor : Bayu Galih


seribulan Publish time 13-9-2019 02:34 PM

https://asset.kompas.com/crops/ySM5-NSQs-VZDYSu9rwZFSn9ee8=/0x0:780x390/780x390/data/photo/2014/12/25/2215455tsunami-aceh-hoshiko780x390.jpg
Nelayan di Perak ada 3 orang yang meninggal...


https://asset.kompas.com/crops/-zXoO7Lw5znx_UV8t4cXlcrKCVc=/0x26:1000x692/750x500/data/photo/2018/10/22/3301791265.jpg

Dah sampai muzium di Acheh ini masa misi kemanusiaan...
memang menginsafkan...

hari ni kakak terbang working holiday...
ke Acheh pulak...



bcomplex Publish time 13-9-2019 02:43 PM

seribulan replied at 13-9-2019 02:34 PM
Nelayan di Perak ada 3 orang yang meninggal...




Masa ni B sibuk kenduri sepupu
siang memang tak tengok berita
malam baru tau terkejut sangat

bcomplex Publish time 13-9-2019 02:48 PM

Kronologi Peristiwa Kehilangan Pesawat MH370Jumaat, 21 Mac 2014 9:19 AMOleh: BERNAMA


https://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/03/09/20/35/mas.ashx?w=830&h=553&crop=1
KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang masuk hari ke-13 pada Jumaat, mungkin terungkai tidak lama lagi.

Petunjuk terbaharu ialah dua objek yang dikesan menerusi imej satelit Australia di bahagian selatan Lautan Hindi, dilaporkan mungkin serpihan pesawat yang hilang pada 8 Mac bersama-sama 239 orang di dalamnya.

Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.
* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.



Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/03/21/kronologi-kehilangan-mh370/#Syt0zZtFCKw02GbL.99

CiliPadiSedap Publish time 13-9-2019 02:53 PM

Biasa throwback akhir tahun, bulan 9 dh throwback awalnya

bcomplex Publish time 13-9-2019 02:55 PM

CiliPadiSedap replied at 13-9-2019 02:53 PM
Biasa throwback akhir tahun, bulan 9 dh throwback awalnya

tahun ni awal sket boleh ?

MFR_IN Publish time 13-9-2019 03:05 PM

banjir besar di kelantan, tahun 2014.. air naik tinggi. smpai tak pecaya bila husband tunjuk dekat tempat kejadian di kuala krai.

mungkin boleh baca berita ni https://www.bharian.com.my/node/29743


semoga kita semua di lindungi..

CiliPadiSedap Publish time 13-9-2019 03:14 PM

bcomplex replied at 13-9-2019 02:55 PM
tahun ni awal sket boleh ?

boleh sis, kita ikut kalendar yunani, bintang di pagar bulan

Azharitubunga Publish time 13-9-2019 03:26 PM

Ulangtahun terhampir gempa di sulawesi.. 28 september 2018.. Palu dan Petobo.. tanah bergerak dan dikisar
Berita penuh
https://www.google.com/amp/s/www.bbc.com/indonesia/amp/indonesia-45832237

kucingitam Publish time 13-9-2019 04:29 PM

Azharitubunga replied at 13-9-2019 03:26 PM
Ulangtahun terhampir gempa di sulawesi.. 28 september 2018.. Palu dan Petobo.. tanah bergerak dan di ...

eh dah setahun ke? cepatnya masa berlalu

kucingitam Publish time 13-9-2019 04:32 PM

Peristiwa yg aku ingat

1. 9/11 - berkampung depan tv tiap masa
2. Highland Tower - sampai sekarang dok ulang tgk kat youtube dokumentari pasal ni
3. Tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa
4. Tanah runtuh kat Gua Tempurung
5. Bas jatuh gaung kat Genting Sempah
6. Tsunami Aceh- masa tu selalu outsation ke Penang, jadi bertalu2 org call tanya ok ke dak..
7. MH17
8. MH370

anehaneh Publish time 14-9-2019 03:07 PM

to name a few yang terlintas :
1. Tsunami Aceh 2004
2. MH370
3. MH17
4. Sekolah Tahfiz yang mengorbankan 23 pelajar

Azharitubunga Publish time 28-9-2019 11:46 PM

Hari ni genap setahun gempa /tsunami di palu dan petobo sulawesi...

tuberoses Publish time 29-9-2019 10:22 AM

paling terkesan, tsunami di acheh 2004 dan mh370.
time kejadian tak miss follow up berita pasal ni, siap beli paper segala

shy79 Publish time 29-9-2019 08:56 PM

paling xleh lupa peristiwa banjir besar 2014 di kelantan. paling menginsafkan sbb diri sendiri yg mengalami

MinMinah Publish time 1-10-2019 12:17 AM

(2004)
Masa hari kejadian tsunami besar tu. Family aku dalam ferry dari langkawi ke kuala perlis. Aku sekolah rendah lagi time ni.

Sampai2 rumah tengok berita rupanya ada tsunami. Kami dalam ferry sedap je tidor. Tapi ada few family members ada rasa mcm ombak kuat sikit time tu.

(2011/2012)
Aku teringat masa aku duduk rumah tinggi. Time tu aku sekolah rendah & selalu tidur lewat
Tetiba aku dengar bunyi bising. Igt toyol mana buat bising (sebab area blok aku kecoh pasal toyol). Rupanya semua org turun bawah sebab terasa bergegar. Time ni ada kejadian gempa bumi. Aku tak berapa rasa sebab duduk tingkat 1. Hahaha.

outofstep Publish time 3-10-2019 04:30 PM

9.11 paling tak boleh lupa. Bukak2 tv tengok ada berita pasal ni sebab baru terjadi. Masih ingat lagi bangunan WTC sedang terbakar dan nampak orang terjun dari tingkat tinggi untuk selamatkan diri. Haunting betul

purplebloom Publish time 10-10-2019 04:08 PM

Tsunami Acheh.
Sebab kita ada kat penang dan memang terasa gegaran masa gempa berlaku.
Pagi tu mcm2 teori kecoh org bercakap sini kena gempa bumilah, ombak naik tinggi lah, banjirlah, tp x siapa tahu pasal tsunami. Kecoh habis. Berita pulak lambat waktu tu. Fb pun xda.
Kebetulan ada family member yg duduk area terjejas& ada pun yg tengah keluar menjala tgh laut waktu kejadian. Nasib semuanya selamat.
Waktu tu mmg rasa dunia nak kiamat sbb first time seumur hidup tgk video2 ombak mengganas mcm tu. Lagi scary sbb jadi dekat sgt dgn kita. Terus smbhyg taubat ok.

namakusiapa2 Publish time 11-10-2019 05:55 AM

I bersyukur tak pernah hadapi lagi cuma pernah lah macam rasa bergegar itu pun dah takut
Pages: [1] 2
View full version: KISAH BENCANA ALAM & PERISTIWA YG DI INGATI


ADVERTISEMENT