KILL_NANCY Publish time 10-9-2019 12:50 AM

Ihsan Mama

Mama,

Kenangan mengimbau ceritera dahulu,
Aku masih ingat walau dua dasawarsa berlalu,
Ketika aku belum tahu di mana diamnya sabdu,
Rahasia berjinjit kaki mengenal tuhan nan Satu,
Hati kau mengkar nur menyinar syahdu,
Yang guguk kian terang kecambah atas nawaitu.

Pepatah betah berkata berpantun lantun lontar nuansa,
Tawarikh sintesis minda julang ruang samudera,
Saat kau mafhum diri ada sora bingar menyapa,
Mereka bilang kau jumud teori kovensi agama lama,
Kau tersenyum ditempelak maki tanpa rela,
Susur makrifat ajar rugi berbalah dengan hamba.

Mama,

Aku masih ingat ketika enam menjadi lima,
Masa kau habiskan bertemankan jendela,
Bukan mengharap yang pergi bangkit menjelma,
Cuma adakala mengharap redha ada pasang surutnya,
Aku?
Hanya membatu di penjuru kubus konkrit berpangsa ....
Berfikir ayat induk klausa untuk ku tutur sempurna.

Dari lilin aku mengenal Ilafi dan Artadaya,
Padamnya lilin ku selak Serat Sunan Kalijaga,
Aku lihat Mama dalam Serat Siti Jenar sukunya,
Belum cukup setengah aku menggencat baca,
Ku gusar sebelum Zohor aku jadi gila,
Tidakku tagih Jabal Tursina cukup cuma Jabal Natfa.

Mama,

Kau ajarkan aku melihat yang Esa,
Katamu Tuhan tidak berarah tidak berwarna,
Andai Tuhan itu tiada wujudnya,
Maka alam raya ini kosong tak bernyawa,
Maka ku zahir jahil mengajar orang berdusta,
Bagai molohingon kampung buta adat resamnya.

Ilmu kau memacu tujuh watak dalam aku,
Tiga runduk bagai keris pamur tak berhulu,
Tiga lagi tercari manikam di balik kaca beribu,
Yang satu sujud tundukkan kepala batu ....,
Suluk Linglung jangan kau singgah kamar itu,
Jangan kau berani ambil Mama aku.

K.N

KILL_NANCY Publish time 10-9-2019 12:53 AM

@Ipo saya pinjam pakai gambar lukisan awak tu.bosan avatar lama.bertahun pakai.

CikB Publish time 10-9-2019 04:39 PM

sayu pulak kita baca

Kakalongmu Publish time 10-9-2019 04:54 PM

Teringat mak kat kampung :'(
Ya Allah kasihanilah ibuku.. Haramkan lah tubuhnya darisiksa kubur dan siksa api neraka.

Ipo Publish time 10-9-2019 07:20 PM

KILL_NANCY replied at 10-9-2019 12:53 AM
@Ipo saya pinjam pakai gambar lukisan awak tu.bosan avatar lama.bertahun pakai.

Adeh..malunya. Lukisan amatur tu..hahaha.

KILL_NANCY Publish time 10-9-2019 11:00 PM

Kakalongmu replied at 10-9-2019 04:54 PM
Teringat mak kat kampung
Ya Allah kasihanilah ibuku.. Haramkan lah tubuhnya darisiksa kubur d ...

selalu2lah call mak tu ya.tanya khabar dia.

KILL_NANCY Publish time 10-9-2019 11:01 PM

Ipo replied at 10-9-2019 07:20 PM
Adeh..malunya. Lukisan amatur tu..hahaha.

bukan amatur, jangan macam tu ipo.cuma sedikit sentuhan lagi lukisan tu ada nyawa.teruskan melukis ya.

nurrlisa Publish time 17-9-2019 12:56 PM

This is one of the best poetry I have read here. Sangat poetic. Adakah penulis seorang poet? Walau banyak perkataan saya tak faham dalam sajak ni, tapi amat mengasyikkan membaca nya. Thanks for sharing.

Rasa malu pulak, macam nak delete 'sajak' sendiri.

KILL_NANCY Publish time 17-9-2019 02:58 PM

nurrlisa replied at 17-9-2019 12:56 PM
This is one of the best poetry I have read here. Sangat poetic. Adakah penulis seorang poet? Walau b ...

terima kasih nurrlisa kerana sudi baca.

kenapa perlu delete?karya yang bagus, karya yang keluar dari hati, bukan secara paksa2.teruskan menulis ya.

poet?tak lah saya kerja jual tong gas je.

nurrlisa Publish time 18-9-2019 08:29 AM

KILL_NANCY replied at 17-9-2019 02:58 PM
terima kasih nurrlisa kerana sudi baca.

kenapa perlu delete?karya yang bagus, karya yang keluar ...



Morning. {:1_200:} Berapa harga satu tong gas tu?

KILL_NANCY Publish time 18-9-2019 03:37 PM

nurrlisa replied at 18-9-2019 08:29 AM
Morning.Berapa harga satu tong gas tu?

morning.

untuk LPG 10 kg saya tolak 19 ringgit je, 12 kg rm22.80 dan rm26.60 untuk 14 kg.tak termasuk cas penghantaran.

tong kosong untuk 16 kg saya tolak 85 ringgit je.14 kg angkatlah 60 ringgit je.

macam2 gas saya jual, oksigen, karbon dioksida, nitro, helium, freon, hydro, gastrik, sapok biki, farid ismeth, ato boldon dan macam2 lagi.

KILL_NANCY Publish time 18-9-2019 03:53 PM

nurrlisa replied at 18-9-2019 08:29 AM
Morning.Berapa harga satu tong gas tu?

ni nurrlisa saya bagi contoh macam mana puisi tu ada flow yang baik.yang maknanya tak lari dari makna asal.

contoh:

Pantun takkan hilang selagi tak hilang melayu,
Syair takkan hilang selagi tak hilangnya suku,
Seloka gurindam takkan hilang begitu,
Selagi ada nyawa kekal dalam tubuh aku

Bukan yang tersirat tapi ini kenyataan,
Aku bukan aku kalau aku tiada tuhan,
Yang mana terbaik itu datang dari dia,
Nyatanya aku hanya boneka dunia.

KILL_NANCY Publish time 18-9-2019 03:58 PM

MIMPI & IMPIAN

Mimpi itu impian setiap insan,
Hak yang tidak bisa dinafikan kewujudannya.
Walau sekali tidak mekar,
Mungkin seterusnya bakal menjelma kelopaknya.

Jangan pernah padam pada mimpi,
Kelak merana raga memikul duka.
Jangan pernah patah pada impian,
Kelak kesal hati tiada kesudahan.

Andai mimpi dihalang kemaraannya,
Usah hampa tabahkan semangat.
Andai impian dihambur nista,
Ayuh BANGKIT pertahankan hak kita!!

ni forumer chico punya.

pemilihan/laras bahasa yang mudah tapi maksudnya sampai.best kalau baca, kita dapat rasa apa yang chico nak sampaikan.

teruskan menulis nurrlisa.:bye:

nurrlisa Publish time 18-9-2019 09:29 PM

KILL_NANCY replied at 18-9-2019 03:53 PM
ni nurrlisa saya bagi contoh macam mana puisi tu ada flow yang baik.yang maknanya tak lari dari...

Sangat menarik the words play. Ini perlu vocab yang tinggi. Thanks once again for sharing. Saya baru tertarik membaca poetry you yang lain di board ni. You are really talented! I dont think I can write like that but I do appreciate a good writing.

Why Nancy needs to be killed?

nurrlisa Publish time 18-9-2019 09:33 PM

KILL_NANCY replied at 18-9-2019 03:58 PM
MIMPI & IMPIAN

Mimpi itu impian setiap insan,


Ya penulisan yang bagus. Saya rasa seperti an overlap antara pantun dan poem. Dulu dulu saya ingatkan poetry yang baik mesti ada unsur sedih mendayu namun saya dapati poetry boleh saja bersemangat dan masih menarik. Anyway, saya tak pandai menulis begini, for sure hehehe.

Oh and thanks for the detailed pricing on the gas tank. Saya ambil LPG 12 kg, thanks. Do you deliver?

KILL_NANCY Publish time 19-9-2019 01:03 PM

nurrlisa replied at 18-9-2019 09:29 PM
Sangat menarik the words play. Ini perlu vocab yang tinggi. Thanks once again for sharing. Saya ba ...

Why Nancy needs to be killed?

i'm not like letting my bias blind me or anything .... but she was a toxic person who refused any kind of help repeatedly.and nancy in something resembling three facets, something more than a cultural cypher and a groupie from naraka.she always said she was going to die before she was tweneeone and she did to harm herself over the years .... so her wish has been granted.

how about you?why Kill needs to kill?

KILL_NANCY Publish time 19-9-2019 07:45 PM

kalau minat nak layan puisi2, kat sini pun awak boleh lepak.tu saya share link.ramai puisi2 forumer yang gempak2.ada puisi berkaitan politik, alam raya, kekeluargaan, ketidakpuasan hati dan sebagainya.nak share puisi awak pun boleh, nak teka puisi kawan2 forum pun ada.enjoy .... :bye:

Takwil Puisi

...coretan puisi syahdu...

nurrlisa Publish time 20-9-2019 09:06 AM

KILL_NANCY replied at 19-9-2019 01:03 PM
i'm not like letting my bias blind me or anything .... but she was a toxic person who refuse ...

May Nancy sleep in peace.

This is too complicated for me hehe, if you just give me my LPG I'll be on my way. Gaji belum dapat, boleh ke on credit sir?

nurrlisa Publish time 20-9-2019 09:07 AM

KILL_NANCY replied at 19-9-2019 07:45 PM
kalau minat nak layan puisi2, kat sini pun awak boleh lepak.tu saya share link.ramai puisi2 forumer...

Kadang kadang minat layan puisi, kadang minat dengar lagu. I guess its what the mood takes me.

Thank you for the link, insyaAllah. :)

You have a good day!

KILL_NANCY Publish time 25-9-2019 04:10 PM

Ipo replied at 10-9-2019 07:20 PM
Adeh..malunya. Lukisan amatur tu..hahaha.

https://i.ibb.co/YTdGTXZ/IMG-20190925-1.jpg

ipo mana ada signature.:(
Pages: [1] 2
View full version: Ihsan Mama


ADVERTISEMENT