eddlisa_uyuk Publish time 5-9-2019 01:02 AM

AKASIA : SETELAH KU DIMILIKI [ZUL ARIFFIN,INTAN NAJUWA,TIZ ZAQYA

Edited by eddlisa_uyuk at 28-10-2019 04:39 PM

https://1.bp.blogspot.com/-NDENW45raZk/XW3k3qjJSWI/AAAAAAAAIbA/o_VBAphqxY8JJMZzaSLA_QQXeuhs82CcwCLcBGAs/s1600/Setelah%2BKu%2BDimiliki.jpg
Nantikan drama adaptasi novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry akan disiarkan di Slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah. Akan menemui penonton pada bulan Oktober nanti.

JUDUL : SETELAH KU DIMILIKI
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis & Dayang Kartinah Said
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan

WATAK PELAKON
Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmi Reza sebagai Haqif
Rahhim Omar sebagai Encik Rahimin
Kuza sebagai Bonda Ummi

SINOPSIS SETELAH KU DIMILIKI
Mengisahkan tentang Sarrafia yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya. Walau bagaimanapun, Adriz yang telah kehilangan ingatannya, tidak dapat mengenali Saraffia.

Sebelum ini Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah. Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah. Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali Rumah Azirah sempena nama maknya. Di sana dia diperkenalkan dengan Sarrafia.

Adriz telah membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarrafia namun wanita itu sering mengelak daripada bertemu dengannya. Adriz berasa sangat hairan dengan tingkah laku Sarrafia. Apakah hubungan antara mereka berdua sebenarnya? Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini?

https://1.bp.blogspot.com/-Q70nVsZb6gQ/XW3lCMydEfI/AAAAAAAAIbE/FdE0xpol8MU1scK7SKv4poV7V2qvSv72wCLcBGAs/s1600/Pelakon%2BSetelah%2BKu%2BDimiliki.jpg


eddlisa_uyuk Publish time 5-9-2019 01:06 AM

https://iluminasi.com/img/upload/drama-setelah-ku-dimiliki.jpg
                          Sarrafia terkejut selepas kali pertama diperkenalkan dengan lelaki yang bernama Adriz itu. Lelaki yang buat tak tahu meskipun sudah melihat wajahnya.

Pelik. Lantaklah, kalau tak kenal, lagi bagus. Lebih mudah. Dia pun bukan lagi perempuan terhegeh-hegeh serupa dulu.
        “Saya tak pernah jumpa awak. Ini kali pertama saya jumpa awak. Tapi pelik sebab awak nampak tak sukakan saya.” - Adriz
        Sarrafia naik menyampah apabila Adriz kerap mengekorinya.
        Kalau tak kenal sudahlah, yang nak mengekor tu apa hal. Gila! Pula tu selalu Adriz cakap dia berasa tak tenang. Lagi gila, sudah dia tak tenang nak ajak orang lain tak tenang juga.
        “Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” - Adriz
        “Gila! Nak tebus apanya. Guna duit atau nak guna badan saya sekali lagi?”- Sarrafia
        Kedegilan Adriz membuatkan Sarrafia menerima apa yang mahu ditebus oleh Adriz. Walaupun dalam hatinya tetap ada rasa yang sukar untuk difahaminya sendiri. Sarrafia idak mahu bahagia, tetapi dalam hatinya penuh dengan cinta untuk Adriz. Bahagia ataupun tidak biarlah masa yang menentukannya...
https://iluminasi.com/img/upload/sinopsis-drama-setelah-ku-dimiliki.jpg               


dineo Publish time 5-9-2019 04:26 AM

ganti citer kau yg pertama ker ?
intan selalu dapat hero yg bapak tinggi and sgt besar utk sizenya yg petite

eddlisa_uyuk Publish time 5-9-2019 12:47 PM

dineo replied at 5-9-2019 04:26 AM
ganti citer kau yg pertama ker ?
intan selalu dapat hero yg bapak tinggi and sgt besar utk sizenya...

tak.....ganti kau yang pertama kalau tak silap citer shahnaz.....lepas tuh baru citer nih

Nana_Man Publish time 19-9-2019 09:21 PM

Jalan cerita kat drama ni mcm jauh beza dari kat novel. Hopefully tak sendu lah..

bedahmenjuyah Publish time 22-9-2019 09:36 AM

Nana_Man replied at 19-9-2019 09:21 PM
Jalan cerita kat drama ni mcm jauh beza dari kat novel. Hopefully tak sendu lah..

Oh apa jalan cerita asal?

bedahmenjuyah Publish time 22-9-2019 09:36 AM

All the best bamjul. Lama tak keluar drama

Nana_Man Publish time 22-9-2019 09:47 AM

bedahmenjuyah replied at 22-9-2019 09:36 AM
Oh apa jalan cerita asal?

Cerita asal mcm kat synopsis yg TT dah letak.. cuma yg ketara, dlm novel, watak tizzy tak pregnant.

bedahmenjuyah Publish time 1-10-2019 11:27 PM

Nana_Man replied at 22-9-2019 09:47 AM
Cerita asal mcm kat synopsis yg TT dah letak.. cuma yg ketara, dlm novel, watak tizzy tak pregnant ...

Dah tgk teaser kat ig drama sangat? Siannya abam sado nangis meleleh airmata

bedahmenjuyah Publish time 1-10-2019 11:28 PM

Lagu background tu lagu indonesia kan. Moga produser utamakan lagu tempatan lah ye. Banyak lagu malaysia yg sedap2 k

Nana_Man Publish time 2-10-2019 05:27 AM

bedahmenjuyah replied at 1-10-2019 11:27 PM
Dah tgk teaser kat ig drama sangat? Siannya abam sado nangis meleleh airmata

Dahhh... kene tunggu untk tgk asal dia sedih sgt..

Nana_Man Publish time 2-10-2019 05:28 AM

bedahmenjuyah replied at 1-10-2019 11:28 PM
Lagu background tu lagu indonesia kan. Moga produser utamakan lagu tempatan lah ye. Banyak lagu mala ...

Aah... lagu indon.. lagu pun dah lama..

imanda Publish time 11-10-2019 08:07 PM

dineo replied at 5-9-2019 04:26 AM
ganti citer kau yg pertama ker ?
intan selalu dapat hero yg bapak tinggi and sgt besar utk sizenya...

aah, tkejut I tgk gandingan zul n najwa nih. tp jln cerita mcm xbape strong so I dah blh agak memek muka najwa ni mcmn ms blakon, sm jer mcm cite dia jd maid tu. hmmm

bedahmenjuyah Publish time 11-10-2019 11:18 PM

imanda replied at 11-10-2019 08:07 PM
aah, tkejut I tgk gandingan zul n najwa nih. tp jln cerita mcm xbape strong so I dah blh agak meme ...

Oh ya? Mcm mana yg dikatakan story yg strong tu

imanda Publish time 12-10-2019 12:25 AM

bedahmenjuyah replied at 11-10-2019 11:18 PM
Oh ya? Mcm mana yg dikatakan story yg strong tu

horlaa kak bed, zul hilang ingatan pastu nanti mesti najwa mcm xsuka2 bila zul ttp carik dia n kawin ngn dia. dah blh agak mcmn muka najwa tu bila zul ckp2 n sengih2 senget kat dia.
cite strong pd I konflik berat mcm tu, tp jln cite ni mcm biasa je. lagi pulak director osman ali emmm xbape lar kakbed.

moller Publish time 14-10-2019 07:52 AM

aummmm...x sabar nk tgk abam jul{:mllove:}..

eddlisa_uyuk Publish time 14-10-2019 08:11 AM

dah nmpk iklan kat tv dah

bedahmenjuyah Publish time 17-10-2019 12:50 AM

imanda replied at 12-10-2019 12:25 AM
horlaa kak bed, zul hilang ingatan pastu nanti mesti najwa mcm xsuka2 bila zul ttp carik dia n kaw ...

Tu la director seman ali agak stereotype. Harap2 drama ni kendo lah. Mengharap sentuhan ajaib bamjul. Yeahhh

bedahmenjuyah Publish time 17-10-2019 12:52 AM

Dik imanda rimau dah mmg slot akasia ni khas utk adaptasi novel set2 berangan mmg gitu2 je lah jalan ceritanya.

imanda Publish time 17-10-2019 02:32 AM

bedahmenjuyah replied at 17-10-2019 12:52 AM
Dik imanda rimau dah mmg slot akasia ni khas utk adaptasi novel set2 berangan mmg gitu2 je lah jalan ...

haha iyelah kakbed
emangnya slot akasia sepesen gitu ajelah citenya tukar2 pelakon aje ehehe
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: AKASIA : SETELAH KU DIMILIKI [ZUL ARIFFIN,INTAN NAJUWA,TIZ ZAQYA


ADVERTISEMENT