seribulan Publish time 2-9-2019 01:32 PM

[Takwil Puisi 026] aku dan kamu...

Edited by seribulan at 2-9-2019 08:17 PM

Pemenang Dan aku...?

Tahniah pemenang-pemenang https://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/pompom.gif

1 - @watashinoai - post #7

2 - @berakit2kehulu - post #11


Maksud puisi-

rangkap pertama & kedua - perasaan yg dirasakan disaat2 akhir mengadap ibu menghembuskan nafas terakhir didepan mata. seribu satu macam perasaan yang wujud

rangkap tiga - walaupun perkara tu dah lama berlalu tapi terasa baru semalam berlaku. nak melupakan tapi segala2nya tetap dalam ingatan. satu demi satu kenangan menjelma

rangkap akhir - sebagai hamba tuhan, saya tetap bersyukur kerana pernah dipinjamkan insan mulia yg digelar IBU yg tak pernah berhenti kebaikkannya terhadap anak2 hinggalah ke nafasnya yang terakhir



Puisi Minggu Ini

Tajuk : aku dan kamu

aku sering mengingatkan diri ku
hidup jangan bongkak
jangan sombong
jangan ego
jangan angkuh
jangan fikir tak perlukan orang lain di dalam hidupku
kerana....
sekuat mana pun aku berdikari
segagah mana pun aku menyendiri
seteguh mana pun aku berdiri
aku tetap perlukan orang lain dalam hidupku
mandikan jenazahku
sembahyangkan jenazahku
talkinkan jenazahku
dan..sedekahkan al-fatihah ke atas roh ku....

#sekadar peringatan...

Oleh

@annabellaruz2   


@KILL_NANCY
@MeghanK
@Foxey
@matkpop
@kuzaime
@hibernation
@fixit
@AlterEgo
@kuihbakar
@bianglala
@hotmak
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@meisapoya
@takayama
@chicozinn
@aleX-S
@fahdramli@orgsepang @Snack_Fruit @digger @rob07 @takayama @meisapoya @ati2027 @watashinoai @krimkraker @KahPahJ @seller6183 @aleX-S

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201908/13/111615ejlw2j2d2ljc622l.gif

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201908/13/111639d78k7fv1vj26fe1k.gif


meisapoya Publish time 2-9-2019 02:39 PM

Penulis mengingatkan betapa pentingnya hidup bermasyarakat. Jangan bermusuh dengan orang dan rendahkan ego kita. Walau segagah mana pun kita tika ini, kita mungkin memerlukan mereka semasa di saat susah dan semasa kita meninggalkan dunia yang fana ini.

salamon Publish time 2-9-2019 08:08 PM

Pemuisi ingin menyatakan hidup kita ibaratkan roda yg selalu berpusing.sekejap kita berada di bawah, sekejap kita berada di atas. Jangan sesekali kita sombong dgn kesenangan apabila berada diatas kerana kita berada diatas pon disebabkan ada orang2 yg membantu kita di kala kesusahan.

Jangan mendabik dada dan menghina orang lain kerana kelak bila kita mati nanti orang2 yg kita hina ini lah yg akan menguruskan jenazah kita.

Kesimpulannya dalam hidup kita ,sama2 lah kita muhasabah diri dan membantu org lain. Sesungguhnya kita semua adalah sama dan tiada bezanya kerana kita semua adalah hamba Allah.

LemakPetai Publish time 2-9-2019 08:11 PM

Edited by LemakPetai at 2-9-2019 08:12 PM

Penulismenegur sikap sombong dalam masyarakat pada hari ini. Sikap sombong ini berlaku dimana2 sahaja...sesama rakan sekerja, sesama jiran tetangga. Gahnya sesebuah organisasi bukan terletak pada seorang pekerja, tetapi atas kerjasama pasukan. Macam mana hebat pun idea seorang itu, tak mungkin dia dapat membangunkannya sendiri. Begitu jugadalam hidup bermasyarakat, akhirnya akan tiba suatu masa kita perlukan pertolongan jiran tetangga. Tak perlu riak dan bongkak. Yang kuat pasti satu masa jadi lemah, yg sihat akan ditimpa sakit juga satu hari nanti.

sapeka Publish time 2-9-2019 08:32 PM

Penulis ingin mengingatkan masyarakat bahawa kita sentiasa memerlukan
Penulis juga menegur dan menasihati masyarakat supaya jangan sombong dan bongkak dengan apa yang kita punya
Walau siapa pun kita
Apa gelaran kita
Kita tetap manusia
Saling memerlukan
Terutama apabila telah tiada nafas
Memerlukan saudara seagama untuk menguruskan kepulangan kita pada yang Maha Esa

me12345 Publish time 2-9-2019 10:24 PM

Panjang....berulang kena baca...

Rob07 Publish time 2-9-2019 11:42 PM

Dalam kehidupanini penulis sedarbahawa diri nya sangat memerlu kan orang lain dan betapa penting nya ikatan ukhwah sesama umat manusia; samada semasa kita hidup atau punselepas meninggal kan dunia ini. Penulis juga sedar betapa penting nya untuk dia mengingat kan perkara yang serupa kepada orang lain. Jalani lah kehidupan ini dengan sifat2 yang positif dan elak kan aura2 negatif daripadamenguasai diri seperti sombong, ego dan memandang rendah terhadap orang lain. . Hakikat nya di dunia ini kita bukan nya hidup berseorangan tapi bermasyarakat, maka hormatidan hargai lah orang yang ada di sekeliling kita.

Bonda_Aniey Publish time 3-9-2019 12:20 AM

penulis menyatakan supaya sama2 kita beringat... dlm kesenangan ada kesusahan, dlm kesedihan ada kegembiraan, sapa pun kita apapun yg kita buat berdirilah dikaki sendiri dengan kesederhanaan, upama ikut resmi padi.. semakin berisi semakin tunduk.

tak perlu untuk mendabik dada...sedarlah setinggi mana pun kita, sentiasa beringat untuk pandang kebawah...

dunia hanya sementara..berbuat baiklah sesama insan..

ati2027 Publish time 3-9-2019 10:56 AM

Penulis mengingatkan semua orang termasuk dirinya sendiri untuk sentiasa berbuat baik, jangan sombong, jangan buat jahat dekat orang. Kita hidup nie bermasyarakat. Sampai kita mati nanti pun kita tetap perlukan orang untuk selesaikan urusan kita di dunia. Malah untuk sedekahkan Al-fatihah setelah mati pun masih perlu kan orang. Hiduplah dengan sentiasa berbuat baik dengan semua orang.

berakit2kehulu Publish time 3-9-2019 02:12 PM

Macih momod seribulan...nanti kita try takwil yang ni pulak :)

Snack_Fruit Publish time 3-9-2019 07:26 PM

Edited by Snack_Fruit at 3-9-2019 08:04 PM

Penyajak ni mengingatkan erti hidup bermasyarakat. At the end of the day, kita memerlukan masyarakat masa pengakhiran hidup.

Rasanya penyajak ni nak mengingatkan secara berkias lagi2 komuniti bandar ni, kenallah orang sekeliling. Pangkat harta tak bawak kemana pun. Nanti mati masih perlu jiran tetangga/sanak saudara/ahli keluarga untuk menguruskan jasad kita:'(

berakit2kehulu Publish time 3-9-2019 11:12 PM

Puisi penulis ni mempunyai mesej yang sangat jelas tentang peringatan bersama untuk semua orang. Jangan terlalu mendabik dada dan rasa kita hidup tak perlukan orang lain. Mungkin kita mampu berdiri atas kaki sendiri, kita rasa macam tak perlukan orang lain disisi. Tapi ingatlah yang bila mati tetap saje kita perlukan orang bantuan orang lain menguruskan sekujur tubuh kita yang telah kaku. Tetap jugak dahagakan ayat suci alquran dari manusia yang masih hidup untuk roh kita di sana.

Kesimpulannya bersederhana dan jagalah silaturrahim sesama manusia semasa kita hidup. :):)

bcomplex Publish time 4-9-2019 03:58 PM

puisi ini mengisahkan tentang kehidupan yang akhirnya akan tetap berakhir dengan kematian
walau siapa kita di bumi yang sementara ini akhirnya kita hanyalah berseorangan, mati yang pasti dan pastinya kita akan sendiri kerana hakikatnya kita hanya punya diri sendiri

tapi sebelum sendiri
sesungguhnya dalam hidup kita, sudah tentu kita perlu dan mempunyai org lain
dalam kehidupan kita seharian, ibu bapa, adik beradik, saudara mara,
rakan rakan, jiran tetangga dan juga orang disekeliling kita walaupun tidak saling mengenal

puisi ini mengingatkan kita usah sombong dan tidak mementingkan diri sendiri
walau siapa kita semasa hidup kerana akhirnya kita memerlukan orang lain

hidup jangan terlalu bongkak, kelak memakan diri


takayama Publish time 5-9-2019 08:18 AM

Kaka cuba takwil puisi ni

Penulis mengingatkan kita semua ttg kehidupan bermasyarakat yang makin pupus disbbkan sikap sesetgh manusia yg begitu sombong dan tidak mengendahkan org sekeliling. Penulis juga mengigtkan kita bhw setinggi pangkat kita dimata umum namun bila kita meninggal kita pasti memerlukan masyarakat sekeliling utk menguruskan jenazah kita

-adnil- Publish time 5-9-2019 09:50 AM

Penulis berpesan supaya dalam hidup jangan mengamalkan sikap sombong, angkuh dan mementingkan diri sendiri.Sentiasa hidup bermasyarakat dan bantu membantu biarpun dalam keadaan susah ataupun senang.Dalam hidup ini, kita tetap akan memerlukan bantuan orang lain biarpun sehebat dan segagah mana pun.Mungkin bukan sekarang, namun satu hari nanti apabila kita tidak lagi bernyawa dan kaku, tubuh kita akan diuruskan oleh orang lain jua.Kesejahteraan kita di alam sana juga memerlukan doa orang lain selain amalan sendiri.

seller6183 Publish time 5-9-2019 04:57 PM

peringatan untuk semua yang ingat mereka akan sentiasa selalu diatas, bongkak, angkuh, tanpa perlukan bantuan orang lain boleh hidup sendiri.
dia lupa, kalau betul dia boleh berdiri sendiri maknanya dia kena pergi korek minyak dekat tengah laut sana, tapis dan guna.

mungkin penulis pernah melalui kesusahan dan bantuan tiba tanpa putus membuatkan penulis merasa bersyukur dan sentiasa memberi peringatan terhadap diri sendiri.

semua manusia sama ada sedar atau tanpa sedar hidup diatas bantuan orang sekeliling nya.
nikmati la hidup saksama, kerana bila tiba di suatu alam juga kau perlukan bantuan untuk dipermudahkan urusan tersebut.


diggerr Publish time 7-9-2019 11:17 AM

Penulis mengingatkan yang dalam hidup ini kita saling memerlukan antara 1 sama lain. Mungkin kita rasa tidak pada hari ini, tspi kita memerlukannya setelah meninggal kelak walau ketika hayat kita masih gagah dan mampu berdikari

Wiwan Publish time 8-9-2019 07:45 AM

Penulis mengingatkan kita dlm hidup ini kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tidak kira masa susah dan senang. Jd jgn la kita menyombong

seribulan Publish time 10-9-2019 10:50 AM

Ditutup

@annabellaruz2   

@KILL_NANCY

Sila klaim kredit untuk sajak masing-masing :)
Pages: [1]
View full version: [Takwil Puisi 026] aku dan kamu...


ADVERTISEMENT