AisyahHazwany Publish time 30-8-2019 01:24 PM

TIPS BERGUNA !!! MERAWAT MUKA BERJERAWAT DAN BERPARUT

Masalah jerawat sangat membimbangkan bagi sesiapa yang mengalaminya. Jika tidak dikawal dan dirawat ia akan menjadi semakin parah. Berikut beberapa tips berguna bagi merawat masalah jerawat dan kulit wajah yang berparut.
1. Tangan Sentiasa BersihSekiranya mempunyai kulit wajah yang berjerawat harus memastikan tangan bersih dari kuman. Ketika menanggalkan “make up”, pastikan tangan anda bersih, agar kuman dan bakteria di tangan terutama di celah kuku tidak akan berpindah pada kulit wajah. Kuman yang terdapat pada tangan menyebabkan masalah jerawat menjadi semakin parah. Jangan sentuh kulit wajah terutama bahagian yang berjerawat. Pastikan tangan dicuci menggunakan sabun antiseptik dan kuku anda juga dibersihkan. 2. Mencuci MukaSebelum & selepas melakukan sebarang aktiviti, pastikan cuci muka agar wajah kelihatan segar. Wajib mencuci muka jika tidak mahu jerawat menjadi semakin parah. Jika menggunakan “make up” disiang hari, hendaklah bersihkan sisa “make up” dengan "oil clenser" & "foam cleanser" kemudian gunakan "toner" dan "moisturiser" . 3. Gaya Hidup SihatCara merawat muka berjerawat adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Jika menjadi rutin mencuci muka dapat menghapus kotoran, debu, dan sisa make up dari kulit wajah, maka jalankan gaya hidup sihat dengan membuang atau meminimumkan kotoran dan minyak pada kulit wajah bermula dari dalam tubuh, Sehingga, wajah beransur pulih dan bebas dari jerawat. Mulakan dengan minum air putih sekurang kurangnya 1 liter setiap hari,lagi banyak lagi bagus. Makanlah makanan yang sihat seperti sayur-sayuran, biji-bijian, buah-buahan, dan ikan yang memiliki serat dan protein yang tinggi. Jangan terlalu kerap mengambil makanan segera dan berminyak, juga minuman bercaffein dan bergas 4. Terapi Ais BatuAis batu membantu menyegarkan kulit wajah, sekaligus membantu mengurangkan jerawat pada kulit wajah. Terapi kulit menggunakan ais batu adalah dengan menggosokkan ais batu pada permukaan kulit wajah secara perlahan-lahan. Ais batu dapat mengeluarkan kotoran dan minyak yang terdapat pada permukaan kulit dan mengecilkan pori-pori. Jadikan terapi ais batu ini rutin bagi meghilangkan jerawat. 5. Jangan picit jerawatJangan sesekali menyentuh ataupun memicit jerawat. Terutama jika Anda sengaja memecahkan jerawat, sama sekali jangan dilakukan. Kenapa? kerana jerawat yang dipecahkan dengan paksa akan menimbulkan bekas yang sangat susah untuk hilang. Oleh itu, gunakan cara lain untuk memecahkan jerawat, seperti melakukan rawatan dengan berjumpa pakar kulit, gunakan produk menghilangkan jerawat, atau menggunakan bahan-bahan semulajadi sehingga jerawat menghilang. 6. Aloe Vera/Lidah buayaLidah buaya terkenal dengan khasiatnya yang menyembuhkan pelbagai jenis luka termasuk menghilangkan bekas jerawat. Ini kerana lidah buaya mengandung aloesin, zat yang dapat menghalang pembentukan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap. Selain itu, lidah buaya mampu memudarkan bekas jerawat dan merangsang pembentukan sel kulit baru.

Aquarius9283 Publish time 30-8-2019 02:13 PM

Dulu muka sy berjerawat
Mkn madu alhamdulillah skrg dah ok

diggerr Publish time 30-8-2019 06:31 PM

Niceee sharingg

AisyahHazwany Publish time 3-9-2019 12:18 PM

Edited by AisyahHazwany at 3-9-2019 02:14 PM

Aquarius9283 replied at 30-8-2019 02:13 PM
Dulu muka sy berjerawat
Mkn madu alhamdulillah skrg dah ok
{:thumbo

AisyahHazwany Publish time 3-9-2019 02:17 PM

diggerr replied at 30-8-2019 06:31 PM
Niceee sharingg

{:2conggalo
Pages: [1]
View full version: TIPS BERGUNA !!! MERAWAT MUKA BERJERAWAT DAN BERPARUT


ADVERTISEMENT