Sarirsa Publish time 30-8-2019 10:41 AM

BACK TO YOU [TELEFILEM SEMPENA MERDEKA]

Edited by eddlisa_uyuk at 10-9-2019 08:17 AM

Sempena bulan kemerdekaan ini, stesen televisyen pasti berlumba-lumba ingin mengeluarkan isi yang menerapkan semangat patriotik dalam diri penonton.


Tak kurang juga saluran 8TV di bawah naungan Media Prima menampilkan kelainan dengan membawa sebuah telefilem bertajuk 'Back To You' yang menceritakan perbezaan budaya dan agama hasil coretan Simon Long dan Moo Siew Keh.


Yang menariknya, telefilem ini menampilkan barisan pelakon drama Melayu yang hebat seperti Azizah Mahzan, Jasmin Suraya Chin, Ernest Chong, Remon Lim, Charlie Numan Salleh, dan Yuna Rahim.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/28/225120iq1ddua2dfbqb2op.png
Kredit foto: KoolFM



Nah trailernya:


https://twitter.com/faizalsulaiman/status/1164537411994439680


Telefilem ini mengisahkan tentang seorang ibu, Xiu Min yang terpaksa menyerahkan salah seorang anak kembarnya, Cai Yun kepada keluarga lain kerana masalah kewangan yang dihadapi dan atas desakan suaminya pada 28 tahun lalu.


Xiu Min kemudian diberitahu bahawa keluarga angkat anak gadisnya itu telah muflis dan mereka meninggalkan Cai Yun di rumah anak yatim. Selepas itu, Xiu Min tidak menerima apa-apa berita tentang anak gadisnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/28/225114p7esgfyf7e7ees78.png
Kredit foto: Youtube




Zhi Cheng yang merupakan adik beradik kembar Cai Yun berusaha untuk mencari gadis itu akhirnya membuahkan hasil apabila mengetahui keberadaannya.


Xiu Min yang sangat teruja untuk berjumpa dengan anak gadisnya terkejut melihat penampilan Cai Yun yang dibesarkan keluarga Muslim berhijab dan fasih berbahasa Melayu.


Namun, dapatkah Cai Yun menerima ibu kandung yang telah ‘membuang’ nya pada suatu ketika dahulu? Atau dapatkah Xiu Min memujuk anak gadisnya itu?


Rata-rata netizen menyatakan rasa tidak sabar mereka untuk menonton telefilem ini kerana kelainannya selain memuji 8TV kerana berani membawa kisah berat seperti ini.


Tak kurang juga ada netizen yang berkongsi bahawa jalan hidup mereka juga sama dengan plot yang disampaikan kisah 'Back To You' ini.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/28/230318q413iob42g8h1e45.jpg
Kredit foto: Twitter



Jangan lupa tonton telefilem 'Back To You' pada 31 Ogos ini, jam 8.30 malam di saluran 8TV. - CARI
Tak sabarnya! -CARI

diggerr Publish time 30-8-2019 02:37 PM

Must watchhhh

Artemesiaa Publish time 30-8-2019 03:42 PM

Tengok tezzer macam best je jalan ceritanya

nono86 Publish time 31-8-2019 10:00 PM

Tak berkenan sungguh geng bungkus kepala ni. Takda pelakon tualen dah ke yang pakai tudung helok macam heroin tu

miemiecha Publish time 6-9-2019 08:12 AM

knp mek baru nampakkkkkk hariniiiiiiiii!!!!!
sobs osb...

amira_adlina Publish time 16-9-2019 11:24 PM

Mmg xde subtitle ke masa family cina tu borak?xfhm plak
Tapi citer best

ladydolph Publish time 18-9-2019 03:17 PM

nak tgk hari tu tp cancel lah... sbb subs pun in chinese .....
{:1_550:}

ladydolph Publish time 18-9-2019 03:21 PM

mIkhtGJVT0c

ahernya jumpa jugak yang bersubstitle ....

sherzjacob Publish time 18-9-2019 04:10 PM

ladydolph replied at 18-9-2019 03:21 PM
ahernya jumpa jugak yang bersubstitle ....

Cantekkkk

heythere123 Publish time 29-7-2021 08:13 PM

best, iols memang sampai menangis tengok ni
Pages: [1]
View full version: BACK TO YOU [TELEFILEM SEMPENA MERDEKA]


ADVERTISEMENT