Hatida Publish time 28-8-2019 02:44 PM

Pejuang Hydrocephalus & Holoprosencephaly

Edited by Hatida at 29-8-2019 02:57 PM

Assalamualaikum semua warga porum. Lama sangat ida tak jenguk sini. Memandangkan ida dah kerja balik (almost 3yrs 'berehat'.. kikiki) ida pun fikir-fikir nak sambung kisah anak istimewa ida, Muhammad Nur Iffad. For kawan2 porum ida yang mengikuti kisah ni dulu dalam thread ni Lebihan Cecair Dalam Kepala yang tak putus2 memberikan kata semangat, doa dari kalian... thank you so much. @ipes2 @Super-M @cantleyi @KAKSARAH @faraway1 @mokcikKSKB @sally03tomato @hijau_serindit @Ipo @idakamaruddin... mungkin ada yang dah tak aktif berporum kan?


Tujuan ida bukak thread ni adlah untuk berkongsi pengalaman ida menjaga anak yang ada masalah hydrocephalus, holopresencephaly, cleft palate & speech delay. Mungkin ada di luar sana parents yang mempunyai masalah yang sama ngan anak ida. Jangan malu jika anak syurga kita berstatus OKU kerana dia juga manusia biasa, perlukan perhatian dan kasih sayang dari kita as a parents serta jaminan kita ke syurga kelak. Insha Allah, mudah mudahan.. Ecehh panjang pulak intro nye. Hihihi..
Ni gambor terbaru Iffad.. :loveliness:
**maaf, tak bolehnk update gmbo iffad. Tak tau silap kt mana ni.. insha Allah nanti ida cuba lg.. :)





ipes2 Publish time 29-8-2019 04:08 PM

Waalaikumussalam and terima kasih for the tag Hatida

If tak leh upload dalam thread, upload la into the album.
bagus buka thread sebegini.
good luck.

the girl hari tu Nora Anne Quoirin tu ada holoprosencephaly juga, dan jika tiada incidence sesat/diculuik etc tu, her life would have been very good and she did have a good life prior to the incidence

lama tak dengar cerita iffad

Hatida Publish time 13-10-2019 03:04 PM

Assalamualaikum semua... After almost 3 years menunggu, hari nya telah tiba. Alhamdulillah.. esok jumpa pakar bedah plastik, n then bwk gi jumpa pakar bius. Kalau pakar bius cakap ok, takder masalah, boleh warded and..insya Allah esoknya (15/10/2019) akan buat operation la (palatoplasty). Mohon doa dari acik ankel sekalian semoga semuanya berjalan dengan lancar & semoga dipermudahakn urusan oleh Allah Taala.

Doc pakar plastik ada cakap gak ms last jumpa amik tarikh op ni..kemungkinan berisiko laa sikit sebabnye tak boleh nak tengok dia punya nganga tu. Doc kata takut dia nganga sikit je disebabkan rahang dia yang kecik. Moga2 takde apa2 masalah la time op tu nanti. Semoga Allah permudahkan urusan Iffad, insha Allah.. :loveliness:

menakkautau Publish time 13-10-2019 04:37 PM

Innalillahhiwainnalillahhirajioon.....

Jika yg terbaik baginya adalah untuk sembuh, maka semoga ianya dipermudahkan utk sembuh sepenuhnya, tapi jika telah ditentukan utk ia pergi mengadap PENCIPTA, sebagai yg terbaik utknya, semoga ianya pergi dalam keadaan tenang dan yg paling besar ujiannya adalah utkhang redho......kerana sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI dan sebaik baik perancang.....

cantleyi Publish time 16-10-2019 03:52 PM

Hatida replied at 13-10-2019 03:04 PM
Assalamualaikum semua... After almost 3 years menunggu, hari nya telah tiba. Alhamdulillah.. esok ju ...

salam ida..iffad ni buat post apa?palatoplasty tu apa?hehehehe

btw..syahmi pun baru sebulan lepas buat operation..mula2 rasa xnak buat bila dengar banyak komplikasi lebih2 lagi kalu majornya kepala..tapi alhamdulillah...sukses dan sihat da abam ensem saya {:1_551:}

Hatida Publish time 18-11-2019 05:10 PM

ipes2 replied at 29-8-2019 04:08 PM
Waalaikumussalam and terima kasih for the tag Hatida

If tak leh upload dalam thread, upload la in ...

Hi ipes... alhamdulillah dah boleh upload dah. hihihi...

A'ah kan... kalau tak terjadi insiden culik menculik tu maybe hidup dia lebih baik kan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Banyak spekulasi berikutan kematian dia.Allahuakhbar.. sayu rasa hati. Teringat kat iffad. Macam mana masa depan dia nanti.. Hopefully he can do anything like others. Insha Allah aminn...

Terima kasih ipes kerana selalu follow pasal iffad. :loveliness:

Hatida Publish time 18-11-2019 05:28 PM

menakkautau replied at 13-10-2019 04:37 PM
Innalillahhiwainnalillahhirajioon.....

Jika yg terbaik baginya adalah untuk sembuh, maka semoga i ...

terima kasih menak atas nasihat...
alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar & dipermudahkan urusannya oleh Allah Taala jua.
ni dlm proses recovery... iffad sihat2 saja, aktif seperti biasa..
Syukran Allah.. :loveliness:

Hatida Publish time 18-11-2019 05:52 PM

cantleyi replied at 16-10-2019 03:52 PM
salam ida..iffad ni buat post apa?palatoplasty tu apa?hehehehe

btw..syahmi pun baru sebulan lep ...

Salam cant... sorry late reply. Sibuk sikit.. Hihihi..

Iffad ni ade cleft palate. So, kena repair dia punya palate tu (jahitkan balik supaya bertangkup). Alhamdulillah, semuanya selamat & dipermudahkan urusan oleh Allah pada 15 Oct lepas. Ni iffad dalam proses recovery la. Doc tak bagi makan lagi (kalau ikutkan doc la), boleh bagi minum je. Tapi ida kesian, bagi jugaklah bubur nasi ngan yogurt. Berat badan dia dah susut banyak. Dia tu suka makan.. serba mak nenek dia telan. Tak bagi kang mengamok, melalak lalak tak hengat donia.. Huhuhu! 1st follow up hari tu, tanjat la doc sebab tetiba ada lubang kat jahitan tu. Seblom dicharge tu ok je..elok je jahitannya. Mungkin sebab dia selalu menangis, mengamok, melalak lengkap satu pakej, benang tu terbukak balik. Tapi doc kata tak apa.. nanti lubang tu akan mengecil dengan sendiri.. tapi mungkin makan masa sikit la.

Ehh.. ye ke? Syahmi buat operation apa? Umur berapa dah sekarang? Mesti hensem giler kan macam abam gong yoo.. Ahardss!! :loveliness::$Itulah kan, ida hari tu pun berdebar masa iffad dalam OT. Doa tak putus2... Sebab nya doc dah terangkan sebarang risiko akan berlaku sepanjang operation tu. Main kepala kan.. Dah la anak kita ada masalah berkaitan kepala. Masa nak tinggalkan dia dalam bilik OT tu, bercucuran air mata ni. Lepas masukkan ubat tdo, terus tak bergerak.. Allahu sayunya rasa hati. Sedih sangat masa tu.. Hanya Allah yang tahu perasaan kita ni sebagai mak2 kan cant? :'(


Ida pun berharap agar syahmi diberikan kesihatan yang baik oleh Allah... semoga sihat2 selalu dan menjadi anak yang soleh untuk ibu ayah. Insha Allah, aminn.. :loveliness:

Hatida Publish time 19-11-2019 03:00 PM

Edited by Hatida at 19-11-2019 04:07 PM

Hi acik ankel semua... berjaya upload gmbo iffad. Yeayy! Hehehe...

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201911/19/153524pc422cgg22dcca6c.jpg
Yang ni gambo latest Iffad ngan Abg Adam kat Planet Animasi, Terengganu Trade Centre. :loveliness:

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201911/17/175451wlhbqnyk60h4za66.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201911/17/174831vn1fcezkgdody1g9.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201911/19/153449mo7g159ehv52haeb.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201911/19/153503uco67c88qqqcqtr8.jpg

Before Palatoplasty.. Hepi2 lagik... Hihihi


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201911/19/151546v484r0bjrjh4b80h.jpg   

After palatoplasty.. hampir 4 jam dalam OT. Pejam celik pejam celik masa ni, kesan ubat bius..




cantleyi Publish time 3-12-2019 07:31 AM

Hatida replied at 18-11-2019 05:52 PM
Salam cant... sorry late reply. Sibuk sikit.. Hihihi..

Iffad ni ade cleft palate. So, kena repa ...

alhamdulillah semakin sihat..mudah2an begitulah hendaknya

syahmi da tujuh tahun..tahun depan nak masuk darjah 2...

last year jadi ketua kelas...xtaw next year pula..dia masuk sekolah PPKI

hari tu buat operation gigi..settle da semua...lepas ni tak mau da operation bagai...cukupla

btw..hari ni world disabilities day

Happy Disabilities Day to All Person With Disabilities...

Semoga Semuanya Sihat selaluu


ipes2 Publish time 11-12-2019 06:55 PM

Hatida replied at 19-11-2019 03:00 PM
Hi acik ankel semua... berjaya upload gmbo iffad. Yeayy! Hehehe...




so happy for you ida alhamdulillah

k@iDo_ Publish time 16-12-2019 01:00 PM

Skrg bnyk support group utk anak2 ni.
Moga parents kuat & tabah menjaga2 amanah ni.

adila39 Publish time 18-12-2019 10:58 AM

Hatida replied at 19-11-2019 07:00 AM
Hi acik ankel semua... berjaya upload gmbo iffad. Yeayy! Hehehe...




hebatnya awak TT. semoga iffad akan ok ok sahaja and to u too and family. Indeed mama yg hebat giler!

Hatida Publish time 1-9-2021 04:56 PM

cantleyi replied at 3-12-2019 07:31 AM
alhamdulillah semakin sihat..mudah2an begitulah hendaknya

syahmi da tujuh tahun..tahun depan na ...

assalamualaikum cant... apa khabar cant sekeluarga? syahmi sihat?
mesti dh besar panjang syahmi sekarang kan.. :loveliness:lama ida tak singgah sini.

ooohh syahmi pn pernah operate gigi ya. iffad ni pun next mont mungkin operate lagi.
operate gigi jugak... buang semua gigi depan atas bawah yang rosak.
kalau kes kobid menurun... boleh la masuk OT.
dah lama tak duduk umah tinggi. huhuhu...

hopefully cant sekeluarga sihat hendakNya, insha Allah. stay safe ok! :$

Hatida Publish time 1-9-2021 04:57 PM

ipes2 replied at 11-12-2019 06:55 PM
so happy for you ida alhamdulillah

tq ipes... harap ipes dan family sihat sejahtera hendakNya..insha Allah :loveliness:

Hatida Publish time 1-9-2021 04:58 PM

k@iDo_ replied at 16-12-2019 01:00 PM
Skrg bnyk support group utk anak2 ni.
Moga parents kuat & tabah menjaga2 amanah ni.

yup..memang banyak group yang support anak2 istimewa.
terima kasih atas dorongan k@iDo. Insha Allah, sy akan jaga amanah Allah ini sebaik mungkin. :loveliness:

Hatida Publish time 1-9-2021 05:00 PM

adila39 replied at 18-12-2019 10:58 AM
hebatnya awak TT. semoga iffad akan ok ok sahaja and to u too and family. Indeed mama yg hebat gil ...

hai adila..tq so much atas kata-kata semangat tu. sy anggap ni adalah rezeki untuk kami sekeluarga.
bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Insha Allah, iffad akan baik-baik sahaja dan membesar bagai sang juara! :loveliness:

mattzzx Publish time 1-9-2021 05:42 PM

tahniah kerana dikurniakan anak syurga

Hatida Publish time 2-9-2021 01:08 PM

mattzzx replied at 1-9-2021 05:42 PM
tahniah kerana dikurniakan anak syurga

TQ matt :$

mattzzx Publish time 2-9-2021 01:12 PM

Hatida replied at 2-9-2021 01:08 PM
TQ matt

sama sama Ida
semoga ida terus menjaga anak syurga tu dengan penuh kasih sayang


Pages: [1] 2
View full version: Pejuang Hydrocephalus & Holoprosencephaly


ADVERTISEMENT