Resepi Comel Cloud Egg Mudah
Edited by Lin2097 at 24-8-2019 11:37 PMResepi Comel ‘Cloud Egg’ Mudah, Comel Betul Nak Makan Pun Sayang
“Mama, boring lah asyik makan scrambled egg je waktu sarapan,”
Hari-hari makan menu yang sama je dengan telur, mana tak bosan si anak. Mak yang masak pun muak dah.
Godek punya godek, ternampak resepi ‘Egg Cloud’. Bentuk dan nama tempting betul. Si ibu pun cuba lah.
Rasa memang segah nama lah. Terasa macam di awang-awangan lepas jamah sesuap ‘egg cloud’
Apa lagi? Jom lah cuba!
Resepi ‘Egg Cloud’Bahan-Bahan:
[*]Telur Ayam
[*]Keju Parmesan (parut)
[*]Garam
[*]Lada Hitam
[*]Bijan (hiasan)
[*]Daun Bawang (hiris)
Cara Membuat:
[*]Pecahkan telur satu persatu. Kiraan telur adalah mengikut ‘berapa orang makan’.
[*]
[*]Asingkan kuning telur daripada putih telur.
http://image.tiantianxinwen.cn/upload/2019/7/24/e6c18a1db1551462a75b81b0e06577b6
Masukan parutan keju parmesan, garam serta lada hitam sesedap rasa ke dalam putih telur.
Pukul menggunakan pemutar elektrik hingga putih telur ringan seperti tekstur meringue.
http://image.tiantianxinwen.cn/upload/2019/7/24/7a16bf2cc35c26e910ff23fed867e1c4
Alaskan dulang pembakar dengan kertas pembakar atau sembur ia dengan baking spray terlebih dahulu untuk mengelak telur melekat pada logam dulang dan sukar dialihkan kemudian.
Ceduk putih telur menggunakan senduk lalu letak ia setempat di atas dulang. Dengan sudu, lengkungkan bahagian tengah putih telur untuk letak kuningnya nanti.
Bakar selama 5 hingga 8 minit pada suhu 230oC sehingga putihnya menjadi garing sikit.
Keluarkan putih telur yang meyerupai awan dari oven dan letakkan kuning telur di bahagian lengkungan tengahnya.
https://www.karteldakwah.com/wp-content/uploads/2019/07/dekorasi-rumah-7-27.jpeg
Masukkan kembali dulang ke dalam ketuhar selama beberapa minit lagi hingga kuning telurnya masak.
Siap! Nikmatinya dengan taburan hirisan daun bawang dan bijan sebagai sarapan enak lagi berkhasiat!
http://image.tiantianxinwen.cn/upload/2019/7/24/7585edb4f9d2500677aaf4cfd5c06cad
Resepi Oleh: Rose Malinie dari FB Group MAHN, Kartel Dakwah.
Copy & paste dari Cashzine.
Wah2 ini betul2pakai masa punya kerja termasuk membasuh 10 brg. Eh comelnya
ninja boy replied at 25-8-2019 06:55 AM
Wah2 ini betul2pakai masa punya kerja termasuk membasuh 10 brg.
Sekali sekala boleh la..
Time happy2 nak memasak... Pernah try, tp entah la, tak sedap makan telur putih airy mcm tu Kalau ada masa terluang boleh buat ni..kalau pepagi mmg xsempat..mgkn boleh buat utk mkn mlm.. Menarik...pelbgaikan kegunaan telur...yg cepat scramble egg jgk Wah comelnya Comelnya cloud egg ni
Pages:
[1]