AisyahHazwany Publish time 23-8-2019 02:25 PM

ADAKAH ANDA MENGALAMI KULIT BERMINYAK ? INI TIPS PENJAGAAN MUKA BERMINYAK

Kulit muka yang terlalu berminyak menjadi igauan ngeri buat golongan wanita terutama yang mementingkan penampilan. Minyak yang berlebihan di muka bukan saja menyebabkan keyakinan anda menurun malah jika ia tidak dikawal, liang pori akan tersumbat, kulit akan mudah rosak dan jerawat mula tumbuh
.
ADAKAH ANDA MENGALAMI KULIT BERMINYAK ? INI TIPS PENJAGAAN MUKA BERMINYAK.
.
1. Makanan Seimbang
Elakkan memakan makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam. Sentiasa pastikan nutrisi yang diambil adalah seimbang dan tidak berlebihan.
.
2. Minum Air Banyak
Ini sangat penting. Kenapa ? Kerana air dapat membantu menyingkirkan toksin di dalam badan yang dapat menyebabkan penghasilan minyak dan pertumbuhan jerawat.
.
3. Pembersih Muka
Pilih pembersih muka yang mengandungi benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid atau beta-hydroxy acid. Kandungan ini sangat lembut dengan semua jenis kulit tambah lagi yang berminyak. Ia akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan.
.
4. Elakkan mencuci muka dengan air panas.
Kerana air panas boleh menyebabkan kulit muka anda rosak dan menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan.
.
5. Cuci Muka 2 Kali Sehari
Elakkan mencuci muka dengan teralu kerap kerana ia akan mengaktifkan lagi pengeluaran minyak di muka. Seelokknya mencuci muka ketika bangun tidur dan sebelum tidur. Ia akan menstabilkan pengeluaran minyak pada kulit.
.
6. Pilih Pelembap Muka yang Sesuai
kulit jenis berminyak masih memerlukan pelembap. Tidak boleh skip langkah ini. Pilih light weight dan oil free moisturizer. Pelembap yang teksturnya lebih ringan dan tidak melekit sangat bagus untuk kulit muka yang berminyak. Elakkan pelembab muka yang mengandungi petroleum kerana ia akan menambahkan lagi minyak di muka. Jadi, pastikan baca label dengan teliti sebelum membeli.
.
7. Tidur yang cukup
Tidur yang mencukupi antara penyebab keseimbangan kulit pada wajah. Tidur yang cukup ternyata sangat berkesan untuk penjagaan kecantikan.
.
#biobeau
#naturalskincare
#beautytips
#saveforskin
#naturalproduct
#sale
#cleanser
#parabenfree
#nochemicals

zulka Publish time 23-8-2019 03:08 PM

muka beminyak ni bagus dia 1 je...awet muda
Pages: [1]
View full version: ADAKAH ANDA MENGALAMI KULIT BERMINYAK ? INI TIPS PENJAGAAN MUKA BERMINYAK


ADVERTISEMENT