ccdj Publish time 21-8-2019 08:02 PM

WIDURI TV1: Mimpi Yang Sempurna (Aqasha, Tiz Zaqyah, Farahdiya, Keith Foo, Elish

Edited by ccdj at 21-8-2019 08:27 PM

JUDUL : MIMPI YANG SEMPURNA
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 22 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Khamis - Ahad, 7.00 malam
SIARAN TV : Slot Widuri, TV1 (RTM)
ADAPTASI NOVEL: Aiza Qriselda
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid, Ainaa Hanez
PENGARAH : Jo Yusof
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures
PELAKON : Aqasha, Tiz Zaqyah, Farahdhiya, Keith Foo, Elisha Sandha, Afifah Nasir, Shaharuddin Thamby, Arash Mohamad, Kuna, Aidil Aziz, Firdaus Ghufran, Rania Humaira, Jesse Lim, Ramli Salleh, Elanie Aidid

WATAK PELAKON
Aqasha sebagai Haiman
Tiz Zaqyah sebagai Wardah
Farahdhiya sebagai Arissa
Keith Foo sebagai Zaki
Elisha Sandha sebagai Yasmeen
Afifah Nasir sebagai Ida
Kuna Muzani sebagai Aminah
Shaharuddin Thamby sebagai Yussof
Arash Mohamad sebagai
Faez Nick sebagai Megat Adip
Rania Humaira sebagai Zara
Aidil Aziz sebagai Along

Sinopsis:
Kisahnya bermula dengan Wardah gadis cantik berpewatakan menarik bertugas sebagai pembantu kepada seorang pengurus kanan bernama Haiman.

Haiman seorang duda terkenal dengan sikap panas barannya melayan pekerja-pekerjanya termasuk Wardah dengan dingin. Wardah rasa dirinya menjadi mangsa buli Haiman yang banyak memberikan tugasan untuknya hingga seringkali pulang lewat ke rumah.

Setelah mendapat nasihat Mak Uda, Wardah kembali bersemangat terus bekerja malah merancang mahu mengubah sikap Haiman. Haiman semakin galak bagi kerja kepada Wardah juga mendesaknya ikut serta dirinya menghadiri mesyuarat. Wardah kongsi masalah dengan kawan baiknya, Yasmeen.

Haiman tiba-tiba mula melayan Wardah dengan baik. Sikapnya berubah ceria dengan kehadiran Wardah di sisi. Dalam pada itu ibu bapa Wardah mula bertanyakan hubungan Wardah dengan tunangnya, Adib yang dilihat dingin.

Wardah banyak membantu Haiman dalam tugasannya termasuklah menyiapkan bahan pembentangan sepatutnya disiapkan Haiman. Dalam pada itu dia mula mengajak Haiman solat.

Adib yang juga kawan abang kepada Wardah semakin galak keluar dengan gadis lain. Haiman cemburu dengan hubungan mesra Iskandar dengan Wardah.

Adib pula mendesak Wardah berkahwin dengannya sebaliknya Wardah cuba menangguhkan perkara tersebut. Haiman memarahi Wardah menyebabkan Wardah mula bersuara menyebabkan Haiman mengamuk besar.

Sambutan hari keluarga di mana Haiman berubah mesra dengan pekerjanya. Disitu juga Haiman cemburu melihat Zaki, penyelia majlis tersebut cuba mendekati Wardah.

Pada masa sama Wardah meluangkan masa dengan Haiman. Haiman runsingkan pembedahan jantung ibunya dan Wardah memberikan semangat kepadanya.

Situasi itu membuatkan mood Haiman berubah-ubah. Secara perlahan-lahan Haiman mula solat. Hubungan merekan semakin rapat dan Haiman berkongsi kisah dirinya yang sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya Akim. Wardah juga akhirnya putus tunang dengan Adib.

Lima tahun berlalu setelah Haiman menghilangkan diri secara tiba-tiba. Wardah kini bergelar peguam di firman guaman milik pak ciknya Zikri Associates.

Wardah sedang mengendalikan kes anak guamnya, Arissa tentang hak penjagaan anaknya Akim. Takdir Allah Wardah bertemu kembali dengan Haiman, bekas suami anak guamnya. Sementara itu muncul Zaki yang baru tamat belajar dari luar negara bertemu dengan Wardah.

Satu hari Haiman dan Wardah terperangkap dalam lif menyebabkan Wardah pengsan. Haiman menghantar Wardah pulang ke kampung berehat. Haiman berkenalan dengan keluarga Wardah yang menerima baik kehadirannya.

Akim pula minta kepastian daripada Arissa tentang kebenaran samada benar ayah kandungnya telah meninggal dunia atau pun ibunya berbohong. Arissa mula resah memikirkan perkara itu.

Hubungan Haiman dan Wardah kembali rapat. Haiman minta Wardah tarik diri daripada mengendalikan kes Arissa. Arissa semakin tidak tenteram bila Akim sentiasa mendesaknya bercerita tentang Haiman.

Haiman luah perasaan terhadap Wardah sebaliknya Wardah memberikan alasan belum bersedia menerimanya. Haiman tak putus asa membawa Wardah bercuti untuk memenangi hati gadis itu.

Kemunculan Zaki di situ secara tiba-tiba membuatkan Haiman marah membuatkan dia pura-pura sakit untuk menarik perhatian Wardah. Wardah pula diterima dalam keluarga Haiman.

Wardah akhirnya berkahwin dengan Haiman namun hubungan mereka ada pasang surutnya. Wardah meletak jawatan selepas menjadi isteri Haiman.

Arissa memberitahu Akim tentang perkahwinan Wadah dengan Haiman membuatkan Akim mengamuk. Sikap Haiman kembali panas baran apatahlagi bila masalah hak penjagaan anaknya masih tergantung.

Namun segalanya tidak lama kerana setelah berbincang Zaki berjanji tidak mengganggu isteri Haiman lagi.

Hubungan Haiman dan Wardah berjalan lancar. Apatahlagi bila mereka berjaya mencuri hati Akim yang baru menyedari dirinya lagi dihargai oleh ayah dan ibu tirinya berbanding ibunya sendiri yang banyak meluangkan masa bekerja.

Konflik berlaku bila Wardah mahu bekerja semula sebagai peguam. Haiman tidak setuju namun kemudiannya meminta Wardah bekerja dengannya. Wardah menerima dengan hati terbuka. Dalam diam Arissa mengupah orang mengekori gerak geri Haiman dan Wardah. Cemburunya meluap-luap melihat kemesraan mereka apatah lagi bila Akim juga berbaik dengan mereka.

Zaki memasang perangkap mendekati Arissa dan menjalin hubungan baik dengannya. Sebenarnya dia mempunyai niat jahat yang diaturnya semata-mata untuk mendapatkan Wardah kembali.

Lalu apakah kesudahan konflik kekeluargaan ini? siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Arissa yang tidak pernah dijangka sama sekali?
Montage:
IBLXAwEZYTA



shernazz Publish time 21-8-2019 08:18 PM

Hilman ke haiman?

ccdj Publish time 21-8-2019 08:20 PM

Teasers:
MJT4ylnEjS0
o2YHvA5pGOE
DOBkro3bSbQ
HiaCfNVwcy4
ihTqoG37ExU
ytbI1tJBqU4

ccdj Publish time 21-8-2019 08:28 PM

shernazz replied at 21-8-2019 08:18 PM
Hilman ke haiman?

Haiman.. Sori typo error tadi.

shernazz Publish time 21-8-2019 08:50 PM

Haha
iols jadi pusing tadi
Kejap baca naik atas balik
Mmg ada 2 watak ke
;P

Noted

dineo Publish time 21-8-2019 08:50 PM

since ada mention akashah kat sini
iols nak tanya betoi ka dia ada second wife ?
tanya jer klu sapa2 yg tau . TQ

cahaya_almas Publish time 21-8-2019 08:54 PM

Ok nak tgk eskkk

diggerr Publish time 21-8-2019 09:10 PM

Boleh try tengok

gebugebas Publish time 21-8-2019 09:15 PM

dineo replied at 21-8-2019 08:50 PM
since ada mention akashah kat sini
iols nak tanya betoi ka dia ada second wife ?
tanya jer klu s ...

Ye ke?yg tau hritu cinlok dgn ritrud je

missinpiece Publish time 21-8-2019 09:18 PM

Puas hati baca sinopsis ja ;P

missinpiece Publish time 21-8-2019 09:18 PM

Puas hati baca sinopsis ja ;P

tomaz Publish time 21-8-2019 09:20 PM

Huduh nya tiz pakai tudung. Selekeh amat :curse:

dineo Publish time 21-8-2019 09:52 PM

gebugebas replied at 21-8-2019 09:15 PM
Ye ke?yg tau hritu cinlok dgn ritrud je

oh ye ke , dia kawen dgn ritrud ke ?
tak kan la ?

gebugebas Publish time 21-8-2019 10:06 PM

dineo replied at 21-8-2019 09:52 PM
oh ye ke , dia kawen dgn ritrud ke ?
tak kan la ?

Eh xkwen..ciklok gituh je

dineo Publish time 21-8-2019 10:43 PM

gebugebas replied at 21-8-2019 10:06 PM
Eh xkwen..ciklok gituh je

ohhh ok ok ..

gebugebas Publish time 21-8-2019 10:58 PM

dineo replied at 21-8-2019 10:43 PM
ohhh ok ok ..

Kalau xkntoi dgn bni aqasha mngkin dh slmt nikah di siam uolss..huhu

dineo Publish time 21-8-2019 11:04 PM

gebugebas replied at 21-8-2019 10:58 PM
Kalau xkntoi dgn bni aqasha mngkin dh slmt nikah di siam uolss..huhu

ye ke ... sampai hati ritrud
tak habis2 mgaco laki worang ?

nazzse Publish time 21-8-2019 11:15 PM

Pening bava sinopsis..papepun mesti tengok, list of pelakon best2 kecuali KF ;P

Zeatyisaac Publish time 21-8-2019 11:31 PM

Kenapa Tiz? Tak suka

beta_carotene Publish time 22-8-2019 01:32 AM

Gitchuuu bc sinopsis xpyh tgk drama dh... siap ada spoiler lg :lol:
Pages: [1] 2
View full version: WIDURI TV1: Mimpi Yang Sempurna (Aqasha, Tiz Zaqyah, Farahdiya, Keith Foo, Elish


ADVERTISEMENT